Kebanyakkan orang memang sangat excited sempena acara Putrajaya International Hot Air Balloon semenjak ianya diiklankan di TV dan Radio. Mana taknya , walaupun dah 7 tahun dianjurkan ada saja elemen baru yang ditambah setiap kali penganjurannya. Pada tahun ini, saya dengar event ini berubah kepada lebih hipster dari sebelum ini. Apa yang hipster sangat tu? Jom ikut saya pusing-pusing kat Putrajaya kejap.
Pada tahun lepas, saya mempunyai pengalaman tersendiri apabila terlibat secara tak langsung dengan Hot Air Balloon Unicef untuk kempen Flying High for Kids Project. Saya telah melihat secara dekat cara hot air balloon di pasang dan mempelajari sesuatu mengenai Hot Air Balloon. Memang sangat bertuah saya rasa tahun lepas. Pada tahun ini pula, saya datang ke Putrajaya International Hot Air Balloon sebagai salah seorang media untuk blog MohdZarin.com.
Dianjurkan pada lokasi yang sama, event pada tahun ni sekali pandang nampak sama. Saya perasan beberapa booth yang menjual Official Merchandise diperbanyakkan jika dibandingkan dengan tahun lepas. Beberapa design merchandise seperti Tshirt dan tote beg menggunakan design yang agak simple namun unik dan sesuai dengan tema hipster.
Terdapat juga satu kaunter mencetak gambar dari Instagram secara percuma. Walaupun elemen ni menarik, namun mungkin ramai yang tak perasan. Secara keseluruhannya kawasan event ini direka bagi pengunjung untuk bersantai sambil menonton Hot Air Balloon serta acara lain. Terdapat beberapa bangku yang diperbuat dari papan kosong untuk pengunjung bersantai. Di beberapa kawasan pula terdapat lambakan beanbag hasil penajaan dari Doof. Memang selesa dan rasa taknak bangun bila dah duduk.
Persembahan Hot Air Balloon diadakan pada jam 7 pagi dan 6 petang setiap hari. Dua pilihan masa ini adalah mengikut kesesuaian untuk menerbangkan Hot Air Balloon dari segi cuaca dan arah angin. Tapi saya perasan, ramai pengunjung yang tak sedar dengan jadual ini dan mengharapkan boleh menyaksikan Hot Air Ballon pada jam 2 petang. Kebanyakkannya yang dari dari jauh pulang hampa kerana satu Hot Air Balloon pun tak kelihatan.
Berbeza dengan pengunjung yang dah biasa dengan event ni, mereka merancang masa untuk datang lebih awal ataupun pada waktu petang. Sebagai wakil media, saya diberi peluang untuk masuk ke dalam kawasan perlepasan Hot Air Balloon. Tepat jam 6 petang, semua petugas Hot Balloon masing-masing mula membuat persiapan. Sebelum mereka boleh bermula, ketua dan pegawai yang memantau keadaaan cuaca akan melepaskan satu belon kecil bagi menguji arah angin. Bila arah angin telah dipastikan, barulah “green light” diberikan.
Sebenarnya, selain dari kaedah manual, petugas di sini juga turut menggunakan komputer dan tablet bagi mengkaji keadaan cuaca dan arah angin. Mereka biasanya mempunyai software ramalan cuaca yang terperinci yang boleh memberitahu gerakan awan dan banyak maklumat lain.
Dari suasana tenang bertukar menjadi riuh seolah-olah sedang berpesta. Ini adalah kerana ketika petugas sedang sibuk memasang peralatan mereka, orang sekeliling sibuk berlari-lari mengambil gambar. Setiap detik pemasangan mahu dirakam sebagai koleksi peribadi.
Pada tahun ini diantara Hot Air Balloon yang menjadi tumpuan adalah Van Gogh dan Humpty Dumpty kerana bentuk mereka yang unik dan menarik. Saya sempat mengambil gambar proses Hot Air Ballon Van Gogh dari belum menjadi balloon kepada bentuk akhir.
Bila semua Hot Air Balloon ni sedang berada di udara memang nampak cantik sangat. Suasana ni seolah-olah berada di Cappadocia.
Apabila Hot Air Balloon ni dah berada di udara, Hot Air Balloon ni akan terbang mengikut arah tiupan angin. Api ataupun udara panas yang dihasilkan adalah untuk mengemudi Hot Air Balloon. Pemandu Hot Air Balloon tak boleh menentukan arah tuju tapi pada kebiasaannya mereka dah ada sasaran untuk mendarat berdasarkan kajian mengenai arah angin pada awal sebelum penerbangan.
Ramai pengunjung yang tak tahu beranggapan Hot Air Balloon tu akan berpatah balik. Oleh sebab itu mereka menanti dengan sabar. Tapi pada hakikatnya Hot Air Balloon ni tak mampu untuk patah balik. Trak mereka akan bergegas ke tempat landing Hot Air Balloon untuk menyambut mereka. Saya tahu fakta ni pun sebab saya sertai Hot Air Balloon Unicef pada tahun lepas.
Foodgasm Fest
Kalau takde makanan yang best mesti event tak meriahkan? Jadi pada tahun ni, Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta ni juga mengadakan event berasas pesta makanan iaitu Foodgasm Fest. Sebagai peminat makanan, sudah semestinya saya mencari makanan-makanan yang unik dan sedap. Kebanyakkan makanan yang dijual kat sini bukan level pasar malam tetapi ianya adalah makanan trending dan terkini. Saya perasan ada juga beberapa makanan kat sini yang pernah dijual di Food Hunter 2.0.
Ada banyak sebenarnya kedai makan kat sini yang best-best tapi diantaranya yang saya nak highlight adalah kedai “Pulut Pulut”. Saya suka dengan “Pulut-Pulut” kerana mereka menjual pelbagai jenis pulut dari pulut durian, pulut mangga hinggalah pulut ayam. Semua jenis pulut ni telah dibrandingkan dan dipackkan dalam packaging yang cantik dan kemas. Rasanya bukan saja sedap malahan sangat fresh. Saya dengar bulan April nanti mereka dah mula buat tempahan untuk delivery. Kalau nak tahu details, kenalah follow Instagram mereka : https://instagram.com/pulut_pulut/
Selain tu ada satu lagi makanan yang unik iaitu “Wok It”. Makanan ni nampak unik sebab ianya dihidangkan di dalam kotak makanan seolah-olah kotak chinese food. Cara nak order makanan ni pula haruslah mengikut langkah 1 hingga 4 iaitu memilih bahan-bahan di dalam makanan ni. Saya tak sempat nak makan sebab kedai ni tak pernah tak ramai orang.
Erm, nampak sedap-sedapkan semua makanan kat sini? Dah lama tak makan aiskrim. Panas-panas kat Putrajaya ni memang sesuai sangat kalau dapat makan aiskrim. Masa saya tengah mencari aiskrim tu tengok-tengok memang ada orang yang menjual aiskrim yang sangat unik. Kenapa saya kata unik sebab aiskrim ini adalah berperisa Paletas iaitu perisa gabungan rasa manis dan herba. Walaupun nampak macam aiskrim biasa je, tapi aiskrim jenama wonderpops ni menawarkan pelbagai jenis gabungan seperti Pineapple + Chili, Key Lime + Pie, Banana + Puding, Orange + Basil dan Mexican Chocolate. Ha, macam mana? Pelikkan?
Walaupun ada sedikit herba dicampurkan tapi rasa aiskrim wonderpops ni sangat sedap dan masih mempunyai rasa aiskrim yang manis dan sejuk. Saya sendiri dah rasa Pineapple Chili dan tak sangka gabungan dua perisa ni sungguh sesuai dan sepadan. Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah stalk Instagram mereka : https://instagram.com/wonderpops_kl
Nampaknya Aleeya’s Kitchen yang terkenal dengan sambal pucuk ubi masak nogori pun ada menjual di Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta. Dua hari berturut-turut saya datang shopping sambal Aleeya ni. Saya pun taktau nak pedas masuk ICU ataupun pedas masuk Hospital. InsyaAllah saya akan buat full review mengenai produk Aleeya’s Kitchen ni nanti. Sementara ni bolehlah tengok apa aktiviti Aleeya’s Kitchen di Instagram mereka : https://instagram.com/aleeyazailan
Banyak juga aktiviti menarik di Putrajaya International Hot Air Balloon ni. Pendek kata kalau setakat datang sehari memang tak sempat nak cover semua benda. Apa yang pasti, acara macam ni pasti akan dinanti-nantikan oleh setiap orang kerana ianya sangat unik dan jarang-jarang dianjurkan di Malaysia. Tahniah kepada penganjur AKA Balloon yang semakin matang dengan penganjuran Hot Air Balloon.

7,582 total views, 5 views today
































Wok It













Cantik gambar2x kat atas. Nak pergi memang tak dapatlah ada hal pula time tu. Mungkin next time.
adarain recently posted…Pengalaman ke Gua Tempurung Dan Cameron Highland
Terima kasih. Next year ada lagi insyaAllah.
Mohd Zarin recently posted…Pengalaman Sebenar di Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015
The fiesta looks awesome! It is nice to see this kind of event in Malaysia, with proper safety measurement (which is what I look for in any events) 🙂
Hanis Amanina recently posted…Missing The Sunset
Tak sempat nak tengok belon berlepas masa tu. Sampai tengahari dengan keluarga. So kena tunggu petang. Tapi petang pun tak sempat tgk disebabkan dah berjalan kat IOI Mall…
Jia Rizaira recently posted…Cara Pasang Facebook Page Plugin Dalam Blog
Harus menyinggah ni kalau ada lagi kat sini, thanks for the info. Sangat menarik.
myliferia recently posted…Bagaimana Nak Jayakan Kaedah “Just Do IT” Dengan Betul
[…] Bila menjejakkan kaki saja kat sini, saya terus rambang mata sebab terlalu banyak sangat pilihan makanan. Diantara beberapa makanan yang memang saya dah target dan menjadi favorite saya adalah Nancos Region, Kaw Kaw Burger, Wok It, Ayaq Botol dan juga Aleeya’s Kitchen. Ini adalah beberapa jenama makanan yang selalu join food festival seperti Food Hunter Festival dan Putrajaya Hot Air Balloon. […]