Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Saya rasa sungguh bertuah kerana dapat menyaksikan persiapan awal persembahan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal diadakan pada 31 Ogos nanti. Sesi latihan untuk slot persembahan ini sebenarnya telah melibatkan hampir 2,000 pelajar sekitar Selangor dan 2,000 pelajar sekitar Kuala Lumpur. Sebelum ini  mereka telah berlatih secara berasingan di Stadium Panasonic Shah Alam dan Stadium Hoki selama seminggu. Baru semalam mereka disatukan di Stadium Putra Bukit Jalil untuk latihan bersama.

IMG_0035

Aksi gerakan oleh Pelajar

IMG_0053

Berehat pun kena dalam keadaan formasi

IMG_9987

Bersedia menerima arahan

Pada pandangan saya, latihan sebegini sememangnya sangat rumit dan memerlukan kepekaan yang tinggi dari pelajar-pelajar. Walaupun persembahan pembukaan ni hanya memakan masa sekitar 15 minit, tapi persediaan awal memerlukan masa yang lebih lama. Pelajar-pelajar ini telah dilatih untuk membuat formasi pelbagai bentuk dan corak. Mereka yang menyertai kumpulan formasi diharuskan memakai baju beserta hud kepala mengikut warna masing-masing. Apabila mereka bergerak mengikut arahan yang telah diberikan, kita akan nampak pembentukan objek apabila dilihat dari atas. Memang nampak rumit bila tengok mereka ni berlatih. Kalau saya yang kena buat sure confirm tak ingat step.

Advertisements
IMG_9991

Arahan dari guru-guru pengiring

IMG_9997

Ikrar juga dilaungkan bersama

LC2_2529

Diantara salah satu bentuk formasi yang dilakukan

Yang menariknya, maskot Upin & Ipin juga akan hadir untuk sesi latihan ini nanti. Kalau nak tahu kenapa kenalah baca Blog Upin & Ipin nanti. Saya juga akan mengemaskini persiapan-persiapan yang bakal dilakukan sehinggalah sambutan Hari Kemerdekaan nanti. Teruskan membaca blog saya.

 4,477 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

  • […] Jamuan Raya untuk ahli Kelab Upin & Ipin kerana menghormati kejadian MH17 dan kesibukkan persiapan sambutan Hari Kemerdekaan. Open House ni diadakan pada waktu malam iaitu selepas solat Maghrib. Namun begitu, saya dan Aino […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.