Samsung Galaxy Note 5 merupakan diantara smartphone bersaiz phablet yang paling terkenal di dunia. Dengan pelancaran Note 5 baru-baru ini, Samsung mula menjual Galaxy Note 5 di pasaran Malaysia bermula 4 Sept 2015. Beberapa roadshow telah diaturkan oleh Samsung sehingga 9 Sept 2015 dan pelbagai tawaran menarik bagi pembeli terawal Samsung Galaxy Note 5.
Samsung Galaxy Note 5
Sempena dengan roadshow istimewa ini, Samsung menawarkan 50% diskaun bagi pembelian kedua bagi beberapa unit terawal. Jadi tak hairanlah ramai yang dah mula beratur awal-awal pagi lagi untuk merebut peluang keemasan ini.
- Orange Concourse, Sunway Pyramid, Kuala Lumpur (100 Unit) : 4th – 9th September 2015
- Main Concourse, Gurney Plaza, Penang (50 Unit) : 4th – 6th September 2015
- Level 3 Concourse, Sutera Mall, Johor Bahru ( 50 Unit) : 4th – 6th September 2015
Samsung Galaxy Note 5 dijual dengan harga RM2,699 (32 GB) dengan 4 pilihan warna. Selain itu, bagi pemilik Galaxy Note lama juga anda boleh trade in Note lama dengan harga-harga tertentu.
Apa yang menarik mengenai Note 5 adalah pennya yang telah dikemas kini dan fungsi kameranya yang sama seperti Galaxy S6. Selain dari Note 5, Samsung juga memperkenalkan Galaxy S6 Edge + yang bersaiz lebih besar iaitu 5.7″ jika dibandingkan dengan S6 Edge dengan saiz skrin 5.1″. S6 Edge + dijual dengan harga RM3,099.
Review penuh dengan pengalaman sebenar mengenai Samsung Galaxy Note 5 akan dikongsikan pada masa akan datang selepas saya dapat mencubanya sendiri.
3,639 total views, 1 views today
[…] dengan resolusi 1080 X 1920. Skrinnya sangat besar dan ianya lebih besar dari iPhone 6 Plus mahupun Samsung Galaxy Note 5. Dengan saiz skrin sebesar ini, ianya hanya memaparkan 367 ppi. Walaupun bukan spesifikasi yang […]