Assalamualaikum, bertemu sekali lagi di blog saya yang dah lama gila tak update ni. Erm, kali ni boleh kata lebih kurang 8 bulan tak update apa-apa langsung.. Maklumlah baru kahwin tahun ni jadi masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dan mencari masa untuk blog.
Mak, Kaklong, Aqeel dan Zarith ketika di pintu masuk Zoo Negara
Ketika dipakaikan tiket masuk dipergelangan tangan
Ok, post kali ni saya sekadar nak share yang simple sahaja sebagai pemanas idea untuk blog-blog yang mendatang. Beberapa minggu yang lalu saya bersama keluarga Zarith telah berkesempatan untuk ke Zoo Negara. Ha, dah lama kan tak pegi Zoo Negara? Ada yang last time pergi masa kecik dan ada yang tak pernah pergi langsung. Kami nak ke Zoo Negara pun sebenarnya sekadar nak bawak Aqeel jalan-jalan dan sambil-sambil ambil gambar. Sebelum ni Aqeel dah pernah masuk Zoo Taiping dan ini adalah Zoo kedua buat Aqeel (rasanyala). Jangan kata Aqeel, Makngahnya (Zarith) pun terlebih excited sebab ghupenya dia pun sukakan Zoo. Haih, ntah binatang apa yang dia nak jumpa sangat kat dalam Zoo tu agaknya.
Cuaca yang panas
Aqeel excited
Ikan apa ntah la
Salah satu persembahan yang diadakan
Ok, first impression saya pada Zoo Negara yang dah lama tak masuk ni pada awalnya nampak biasa sahaja. Mungkin setelah beberapa tahun tak masuk Zoo Negara, saya betul-betul harapkan kelainan yang drastik dan tarikan yang baru. Tapi sayangnya, saya boleh katakan tiada perubahan walaupun dah lama tak menjejakkan kaki di sini. Kebanyakkan susun atur zoo masih nampak sama dengan beberapa kemudahan mungkin agak usang sikit. Namun begitu ada juga beberapa area yang nampaknya macam sedang dibangunkan oleh Zoo Negara. Mungkin ianya satu petanda baik tetapi buat pengunjung pada hari tersebut mungkin satu kerugian kerana tak dapat banyak mencuci mata.
Aqeel pegang payung sebab terlalu panas
Aqeel masih dengan payung
Nak naik tramp pun kena bayar lagi
Menunggu tramp
Sempat bergambar lagi
Zirafah
Si Gajah
View dari tramp
Ramai orang beratur nak naik tramp
Tak sure ikan apa
Flower horn kut
Keletah Aqeel pada hari tu, nampak sangat teruja. Dia seolah-olah kehairanan bercampur kagum dengan setiap binatang yang dilihatnya. (Begitu juga makngahnya). Kami menaiki tramp sahaja untuk mengelilingi Zoo Negara kerana keadaan yang terlalu panas ketika tu. Pada hari tersebut, agak ramai juga orang yang berada di Zoo Negara. Yelah, mungkin pada masa tu hari minggu dan ramai orang dah bercuti sekolah. Kami berada di Zoo Negara tidak lebih dari sejam dan seterusnya shopping sikit-sikit di kedai cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.
2,628 total views, 1 views today
Advertisements
Advertisements