Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama rasanya saya tak bercuti-cuti dan melancong. Alang-alang saya berada di Bandung untuk Tahura Trail Run 2018, jadi saya luangkan sedikit masa untuk berjalan-jalan menikmati keindahan alam di Bandung. Tak jauh dari Taman Hutan Raya Bandung, The Lodge Maribaya Bandung ni terletak di Jalan Maribaya, Bandung Barat. Saya memilih untuk ke sini kerana tempatnya yang sungguh cantik dan orang kata sungguh “Instagramable”. Saya ke sini menaiki kereta sewa kerana lokasinya yang agak dalam menyebabkan tiada perkhidmatan Grab ataupun Uber.
Tak sangka saya rasa sungguh bertuah pada hari tu sebab keadaan di sini tidak terlalu sesak dan ramai orang. Saya dimaklumkan The Lodge Maribaya Bandung ini kebiasaanya sesak pada hari minggu dan cuti. Nasib baiklah saya datang pada hari Isnin.
Tiket Masuk The Lodge Maribaya
Tiket masuk tidaklah terlalu mahal, hanyalah 20 ribu rupiah (~RM5) seorang pada hari biasa, 25 ribu rupiah (~RM7) seorang pada hujung minggu dan 35 ribu rupiah (~RM10) pada hari cuti umum. Jadi kalau nak datang tu memang kena rancang betul-betul supaya dapatkan harga termurah sekali. Tapi kalau nak difikirkan apalah beza sangat RM5 dan RM10 tu kan? Kalau nak tahu kenapa, teruskan baca sehingga habis artikel ini.
Saya menerima tiket berupa akses kad yang hanya digunakan sekali sahaja untuk masuk dipintu utama The Lodge Bandung ni. Ohya sebelum saya terlupa, drone tidak dibenarkan digunakan di kawasan ni. Amaran ini jelas dipaparkan dipintu masuk utama. Read More
27,944 total views