Bandung bukan sahaja terkenal dengan makanannya yang sedap dan pakaiannya yang murah, tetapi Bandung juga sebenarnya semakin dikenali dengan jenama pakaian mereka sendiri. Diantara jenama tempatan yang terkenal adalah “Badger“. Bagi sesiapa yang tak pernah dengar nama jenama mungkin disebabkan jenama ni bukanlah jenama mainstream. Walau bagaimanapun, Badger sebenarnya dah berusia 12 tahun dan amat popular dikalangan remaja yang mementingkan pemakaian berkonsepkan “urban”.

badger1

Butik Badger

badger2

Rupa di dalam butik Badger

badger3

Pilihan kemeja

badger4

Jenama Badger pada Tshirt

Butik Badger ni terletak di Jalan Hasan Saputra dan ianya tak jauh dari Jalan Dago. Masa first time saya menjejakkan kaki kat sini saya rasa impress dengan kepelbagaian rekaan dan pilihan yang ada. Dari tshirt, kemeja, bag, jeans, topi hinggalah kepada beg duit semuanya nampak sangat unik. Saya dimaklumkan juga kebanyakkan design tshirt kat sini dicetak secara limited sahaja. Barulah nampak eksklusif kalau sesiapa yang pakai. Kebanyakkan tshirt dan baju kat sini menggunakan design yang simple dan kemas sesuai dengan trend zaman sekarang. Cuma kesemua pilihan baju kat sini hanya menawarkan size yang kecik saja. Size XL sangat limited dan boleh kata tiada langsung. Jadi faham-fahamlah, saya hanya boleh mencuci mata saja.

badger11

Tshirt Badger juga menggunakan rekaan yang simple

badger5

Pilihan Topi

badger6

Banyak juga topi Badger kat sini

Contoh topi Badger yang saya dah beli

Advertisements

Walaupun kebanyakkan tshirt dan baju kat sini nampak sangat eksklusif, tapi harganya tidaklah terlalu mahal. Secara keseluruhannya saya boleh bagitahu barang-barang kat sini sekitar RM40-RM50 saja. Semua topi Badger yang cantik-cantik tu hanya berharga 138,000 rupiah iaitu tak sampai pun RM50. Paling mahalpun mungkin adalah beg duit kulit Badger yang bernilai dalam lingkungan 250,000 ripuah iaitu dalam RM85.

Saya diberitahu, ada juga butik Badger di The Curve, Damansara. Saya sendiri tak pernah sampai kat sana tapi dimaklumkan harga di situ adalah lebih mahal. Kalau nak tahu berapa mahalnya tu, kenalah pergi jalan-jalan kat The Curve pulak nanti.

badger8

Beg pun ada

badger9

Beg duit kulit pun cantik

badger10

Jeans pun ada

Apa yang saya suka mengenai jenama Badger adalah dengan kualiti kainnya. Walaupun kebanyakkan design nampak terlalu simple, tetapi kain yang diguna adalah berkualiti dan tidak nampak murahan. Bagi sesiapa yang ke Bandung wajiblah untuk singgah di butik Badger ni. Di sekitar kawasan butik ni juga ada beberapa lagi jenama tempatan yang tidak kurang hebatnya juga.copyright

 7,499 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.