Walaupun di Malaysia pasaran telefon pintar lebih didominasi oleh Samsung dan iPhone namun sebenarnya permintaan untuk model terbaru BlackBerry masih tinggi lebih-lebih lagi dari negara seperti Indonesia. Semalam, telefon pintar terbaru dari BlackBerry iaitu Z3 telahpun dilancarkan. Saya yang kebetulan dijemput untuk majlis pelancaran telefon tersebut turut melaporkan suasana di sekitar majlis semalam. Kehadiran saya sebenarnya adalah sebagai salah seorang wakil dari Les’ Copaque Production dan yang membantu menyediakan informasi terkini berkaitan kerjasama di antara Les’ Copaque dan BlackBerry. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kerjasama itu, anda kenalah baca di blog Upin & Ipin nanti.
Majlis Pelancaran Blackberry Z3 ini dihoskan oleh Julie Woon, iaitu salah seorang personaliti TV, pelakon dan juga pengacara majlis-majlis korporat. Dengan kehadiran media yang sangat memberansangkan, Z3 telahpun diumumkan oleh Pengarah Urusan IndoChina BlackBerry iaitu Ben Quirin. Z3 telahpun dilancarkan pada bulan lepas di Indonesia dan dimaklumkan ianya dijual macam goreng pisang panas. Dengan code name “Jakarta”, BlackBerry Z3 di Indonesia telahpun dijual melebihi dari jangkaan awal. BlackBerry Z3 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 7 Julai 2014 dengan harga RM699.
3,801 total views