Tag - Food

Sukee-Sukii Stimbot dan BBQ

Dah lama rasanya tak makan stimbot dan lama juga tak pekena makanan grill. Sedapnya kalau dapat hirup sup tomyam yang pedas dan pada masa yang sama dapat makan daging atau ayam yang digrill panas-panas. Tiba-tiba saya terjumpa satu restoran melayu yang diberi nama Sukee-Sukii Stimbot dan BBQ yang terletak di Sungai Buloh. Sukanya saya sebab lokasinya taklah begitu jauh dari rumah saya. Restoran ini juga dikatakan baru saja beroperasi dan salah satu restoran Stimbot yang dijamin halal.

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Kaunter pilihan makanan

Jom kita tengok apa yang ada kat Sukee-Sukii Stimbot dan BBQ ni.

Sukee Sukii Stimbot dan BBQsukee03

Diantara makanan laut yang tersedia

Seperti restoran stimbot yang lain, Sukee-Sukii menggunakan konsep buffet dan harga untuk seorang dewasa adalah RM30.90 manakala untuk kanak-kanak pula adalah RM14.90. Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun adalah PERCUMA. Harga ini boleh jadi lebih murah mengikut hari-hari tertentu dan promosi yang ditawarkan. Contohnya promosi diskaun 10% untuk pelajar dan “Ladies Night” pada hari-hari tertentu. Potongan 10% juga diberikan kepada kumpulan yang datang lebih dari 10 orang. Pendek kata macam-macam promosi yang dijalankan di sini.

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Daging yang telah diperap

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Pedal ayam pun ada

Read More

 11,835 total views

Japan Boat Takoyaki

Siapa yang minat makan Takoyaki? Takoyaki ni seperti yang kita tahu adalah makanan yang berasal dari Osaka, Jepun dan kebiasaannya di jual di kaki-kaki lima jalan. Di Osaka, Takoyaki dimasak dengan menggunakan isi sotong dan menjadi makanan ringan di sana. Kalau di Malaysia, sebenarnya dah banyak versi moden dan ada pelbagai jenis isi di dalam seperti udang, ikan dan sebagainya.

Japan Boat Takoyaki

Japan Boat Takoyaki di IOI City Mall

Saya nak memperkenalkan Japan Boat Takoyaki yang berasal dari Osaka, Jepun. Yay!. Sebelum tu, kalau sesiapa yang pergi Jepun nanti, kebanyakkan Takoyaki di sana boleh dimakan kerana mereka hanya menggunakan makanan laut seperti sotong. Tetapi haruslah berhati-hati dan tanya dulu sebab yang tak boleh makan pada kebiasaannya adalah sos Takoyaki tu sebab ianya diperbuat dari minyak yang tidak halal.

Japan Boat Takoyaki

Penyediaan Takoyaki yang sangat sistematik

Japan Boat Takoyaki ni terletak di IOI City Mall dan berhampiran dengan level G di kawasan makanan.  Takoyaki kat sini dijual dengan harga RM6 sahaja untuk 1 set iaitu 3 ketul takoyaki dan secawan air minuman. Manakala untuk 3 set pula hanya RM12 sahaja tanpa minuman. Bagi pengemar Takoyaki mesti tahu harga Takoyaki dan mesti semua setuju harga kat sini sangat murah. Read More

 11,875 total views

Kopi 3D Fifties Cafe

Cafe berkonsepkan hipster sememangnya menjadi satu trend sekarang ini. Ramai orang suka menghabiskan masa untuk lepak dengan kawan-kawan sambil menikmati secawan kopi disamping bertherapy dengan environment yang sungguh santai. Di Shah Alam, terdapat sebuah cafe yang lebih dari itu malahan mempunyai satu kelainan yang sungguh unik iaitu Kopi 3D.

Fifties Cafe

Kaunter Fifties Cafe

Fifties Cafe

Diantara suasana di dalam Fifties Cafe

Fifties Cafe terletak di Glenmarie, Shah Alam dan sebenarnya baru saja beroperasi dalam tahun ini. Ianya mempunyai kopi paling unik iaitu kopi berbentuk 3D berupa pelbagai bentuk. Saya sendiri datang ke sini semata-mata ingin melihat dan mencuba sendiri kopi yang sungguh cantik ini. Kopi di Fifties Cafe ini merupakan satu work of art kerana proses membuatnya seolah-olah proses melukis. Bahagian 3D yang terhasil dari buih harus diteliti agar mengekalkan bentuknya sebaik saja dihidangkan kepada pelanggan. Read More

 4,680 total views

Shucked Oyster and Seafood Bar

Bukan semua pengemar seafood sejati meminati oysters yang dimakan secara mentah. Oysters ataupun tiram ini dikategorikan sebagai salah satu makanan exotic dan hanya segelintir orang saja yang betul-betul pandai menikmati Oysters. Oysters bukan saja rare, malahan ianya sangat mahal dan jarang-jarang ada dijual. Kali ni saya nak kenalkan salah sebuah restoran yang menjual Oyster segar di Publika, Kuala Lumpur. Restoran ini bernama Shucked dan ianya sangat terkenal dikalangan pengemar Oysters.

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Shucked

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Piilhan Salmon

Shucked terletak di dalam pasaraya Ben’s di Publika Kuala Lumpur. Suasana restorannya sangat santai dan berkonsepkan makanan laut yang segar.  Sebagai pelanggan, kita haruslah memilih sendiri oyster segar mengikut harga dan jenis-jenisnya. Selain dari oyster, kat sini juga ada menjual ikan salmon segar yang sedap dimasak grill.

Oysters kat sini memang berbeza dengan Oysters di buffet Ramadhan kerana ianya diimport dari beberapa negara seperti France, Australia dan United Kingdom. Harganya bermula dari RM30 sehingga RM100++ untuk sepinggan oysters yang mempunyai 12 ketul. Harga Oysters kat sini berbeza kerana perbezaan kualiti dari lokasi di mana ianya diimport. Mengikut pemilik Shucked, oysters yang paling sedap adalah Oysters yang berbau “hamis” kerana ianya mempunyai rasa.

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Pelbagai pilihan Oyster segar

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Pilihan Oysters

Read More

 11,222 total views

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Lenggong adalah salah sebuah daerah di Perak yang sangat terkenal dengan ikan pekasamnya. Namun begitu, Lenggong juga amat terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap termasuklah hidangan istimewa ikan bakar. Bagi sesiapa yang pernah sampai ke Lenggong, pastikan tidak terlepas menjamu selera di Restoran Tasik Raban yang menghidangkan makanan lauk pauk yang sedap seperti ikan bakar lenggong.

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Bagi warga Ipoh pula, sudah tidak perlu ke Lenggong lagi untuk melepaskan rindu kerana sekarang sudah ada Restoran Ikan Bakar Lenggong yang telah dibuka di Silibin. Saya dimaklumkan, pemilik restoran ini merupakan adik beradik kepada Restoran Tasik Raban dan oleh itu mereka masih mengekalkan resepi dan rasa yang sama. Lokasi Restoran Ikan Bakar Lenggong ini adalah bersebelahan dengan Kedai 1Malaysia.

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Pelbagai menu masakan kampung

Read More

 8,453 total views

Sup Tulang Merah di Banafee Village

Setelah ramai kawan-kawan yang membaca mengenai Sup Tulang Merah Singapore, ada beberapa orang yang bertanya kat mana nak dapatkan Sup Tulang Merah selain di Singapore? Sebenarnya ada beberapa restoran Sup Tulang Merah di sekitar Kuala Lumpur ataupun negeri-negeri lain. Saya tak pernah cuba semuanya tapi kalau saya datang ke Johor Bahru, saya pasti akan singgah di restoran Banafee Village. Di sini amat terkenal dengan Sup Tulang Merah dan yang menariknya kat sini restoran ini beroperasi selama 24 jam. Jadi tak kisah pukul berapapun kita teringin nak makan, boleh je terus datang ke sini.

Banafee Village

Banafee Village

Banafee Village

Suasana di dalam Banafee Village

Kalau nak tahu, Banafee Village ni adalah kepunyaan artis terkenal iaitu Betty Banafee. Nasib tak baik, saya tak jumpa pula Betty. Kat sini, restorannya berkonsepkan santai dan tempat untuk lepak-lepak waktu malam.

Banafee Village

Set Sup Tulang Merah

Selain Sup Tulang Merah sebenarnya kat sini banyak lagi menu-menu lain seperti goreng-goreng, makanan arab, western dan banyak lagi. Tapi oleh kerana misi saya kali ni nak makan Sup Tulang Merah, jadi saya tak order makanan lain. Satu set Sup Tulang Merah yang merah menyala ni adalah sekitar RM35. Ada lebih kurang 6 ketul tulang dan set roti turut didatangkan bersama.  Read More

 15,529 total views

Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja

Alhamdullilah, bila sebut pasal makanan di Ipoh ni memang banyak tempat makan yang sedap-sedap. Dalam tempoh beberapa hari je memang tak sempat nak singgah semua tempat. Kali ni saya telah diperlawa untuk menjamu selera di restoran Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja yang terletak di Lorong Sungai Choh, Ipoh. Dengar kata restoran ni sangat terkenal dengan Mee Udangnya dan pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Saya dengar nama kedai pun dah rasa tak sabar sangat nak merasai sendiri Mee Udang kat sini. Jom ikut saya masuk dalam kedai.

Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja

Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja

Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja

Pernah muncul di dalam Jalan-Jalan Cari Makan TV3

Restoran Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja ni menawarkan pelbagai jenis udang dan ketam. Dari Udang Harimau, Udang Galah, Ketam Nipah, King Crab sehinggalah kepada Lobsters boleh dipilih di sini. Pelanggan boleh memilih sendiri saiz ketam atau udang sebelum dimasak. Menunya pula tidak terhad kepada beberapa pilihan saja malahan mereka boleh memasak apa saja kombinasi makanan mengikut citarasa pengunjung. Nak campur Udang dengan Ketam dengan Lobster dalam satu hidanganpun boleh.

Semasa kunjung saya restoran ini, pengusaha restoran bersungguh menunjukkan pilihan hidupan laut yang segar termasuklah King Crab yang dikeluarkan dari peti ais di dalam dapur. Semua ketam dan udang kat sini memang nampak sangat segar dan bersaiz besar.  Read More

 14,130 total views

Coffee King, Kopi Paling Trending di Ipoh

Nama Coffee King tiba-tiba naik dan sangat viral di laman sosial lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan tahun ini. Jenama Coffee King mungkin sangat asing bagi kita semua, tetapi jenama ini sangat terkenal di Ipoh. Baru sahaja beroperasi pada tahun ini, Coffee King menawarkan pilihan minuman kopi yang sangat sedap pada harga yang sangat murah hasil dari anak muda tempatan. Tak kurang juga yang membandingkan kesedapan Coffee King dengan Starbucks.

Coffee King

Coffee King di Meru

Terdapat 2 cawangan Coffee King di Ipoh iaitu di Taman Cempaka dan yang terbaru di Meru. Walaupun gerai Coffee King ini mula dibuka pada jam 4 petang, namun pengunjung sudah mula beratur panjang sebelum gerai dibuka lagi. Ini adalah fenomena biasa di gerai Coffee King.

Coffee King

Jenama baru

Coffee King

Orang mula beratur walaupun gerai belum dibuka

Terdapat 6 pilihan kopi iaitu Ice Coffee, Ice Black Coffee, Ice Cocoa,  Ice Tea, Ice Green Tea dan Ice Lime Tea. Kesemua perisa ini dijual dengan harga RM5 sahaja. Saya nampak mereka menggunakan gula perang dan susu sejat bagi mendapatkan rasa kopi yang unik. Walaupun beratur panjang, tapi proses pembeliannya sangat cepat. Read More

 48,515 total views

Keunikan Kapten Pisang

Saya telah mencuba pelbagai jenis pisang goreng cheese, dari The GorPis hinggalah kepada Pisang Cheese Jakarta dan The Pisang Cheese, tetapi saya amat tertarik dengan keunikan Kapten Pisang. Lokasi Kapten Pisang terletak di Foodcourt Taman Peringgit, Melaka dan saya telah ke Melaka semata-mata untuk merasai sendiri keunikan Kapten Pisang. Bagi saya, pisang goreng cheese Kapten Pisang adalah diantara yang tersedap saya pernah makan selama ini.

Kapten Pisang

Kapten Pisang

Kapten Pisang

Menu Kapten Pisang

Kapten Pisang menawarkan menu pisang goreng cheese selain juga mempunyai pelbagai pilihan topping yang lain seperti chocolate, chocolate+cheese, caramel, oreo dan juga cinnamon. Harganya juga sangat berpatutan dan setiap set pisang goreng cheesenya dibungkus di dalam kotak khas berserta mesej istimewa dari Kapten Pisang. Walaupun ianya nampak simple, tetapi saya rasa personal touch begini mempunyai nilai yang tinggi lebih-lebih lagi kepada pembeli.

Setiap cheese atau chocolatenya diparut terus ke dalam kotak yang berisi pisang goreng. Ini bagi memastikan cheese tidak membazir dan pembeli dapat merasai sebanyak mungkin cheese.
Read More

 10,353 total views

Mee Udang D’Laila @MMA Santai Corner

Assalamualaikum,

Destinasi makan-makan saya kali ni adalah hasil dari pengaruh oleh Food Blogger Malaysia iaitu Hazman Fadzil dan Shakiddo.com. Hazman ni dah banyak kali makan di sini dan setiap kali dia upload gambar makanan di Facebook pasti membuatkan ramai yang telan air liur membuatnya. Tempat makanan yang best kali ni adalah di MMA Santai Corner di Bandar Baru Nilai. MMA Santai Corner sebenarnya adalah medan selera dan mempunyai banyak kedai-kedai makanan di dalamnya. Tapi, ada satu kedai makanan ni yang betul-betul menarik minat saya iaitu D’ Laila Mee Udang.

Dimaklumkan, Mee Udang D’Laila ni adalah Mee Udang paling sedap dan mampu mengalahkan Mee Udang Kuala Sepetang. Betulke ni? Teruskan membaca.

Mee Udang D’Laila @MMA Santai Corner

@MMA Santai Corner

Mee Udang D’Laila @MMA Santai Corner

D’ Laila Mee Udang

Mee Udang di sini disajikan di dalam pelbagai pilihan saiz udang. Ada dari udang saiz L, Udang Galah dan boleh juga dicampurkan dengan Ketam ataupun Kupang. Pendek kata, apa yang ada kat dapur tu boleh dimasukkan bersama Mee Udang pilihan kita.

Saya telah memilih Mee Udang L iaitu berharga RM12. Apa yang membuatkan ianya nampak sangat-sangat menarik adalah dari segi susunan udangnya. 10 ekor udangnya disusun cantik umpama bunga. Tak pernah lagi saya nampak Mee Udang yang dipersembahkan seperti ini. Bau kuah udangnya begitu harum dicampur pula  dengan bau bawang goreng dan daun sup. Read More

 12,299 total views