Alhamdullilah, bila sebut pasal makanan di Ipoh ni memang banyak tempat makan yang sedap-sedap. Dalam tempoh beberapa hari je memang tak sempat nak singgah semua tempat. Kali ni saya telah diperlawa untuk menjamu selera di restoran Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja yang terletak di Lorong Sungai Choh, Ipoh. Dengar kata restoran ni sangat terkenal dengan Mee Udangnya dan pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Saya dengar nama kedai pun dah rasa tak sabar sangat nak merasai sendiri Mee Udang kat sini. Jom ikut saya masuk dalam kedai.

Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja

Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja

Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja

Pernah muncul di dalam Jalan-Jalan Cari Makan TV3

Restoran Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja ni menawarkan pelbagai jenis udang dan ketam. Dari Udang Harimau, Udang Galah, Ketam Nipah, King Crab sehinggalah kepada Lobsters boleh dipilih di sini. Pelanggan boleh memilih sendiri saiz ketam atau udang sebelum dimasak. Menunya pula tidak terhad kepada beberapa pilihan saja malahan mereka boleh memasak apa saja kombinasi makanan mengikut citarasa pengunjung. Nak campur Udang dengan Ketam dengan Lobster dalam satu hidanganpun boleh.

Semasa kunjung saya restoran ini, pengusaha restoran bersungguh menunjukkan pilihan hidupan laut yang segar termasuklah King Crab yang dikeluarkan dari peti ais di dalam dapur. Semua ketam dan udang kat sini memang nampak sangat segar dan bersaiz besar. 

Advertisements
Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Pilihan ketam yang segar

Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Udang yang bersaiz besar dan segar

Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Inilah King Crab

Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Ketam ditimbang terlebih dahulu

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai udang dan ketam, di restoran ini juga mempunyai banyak minuman signature yang diambil dari tajuk-tajuk drama Melayu tempatan. Diantaranya adalah nama minuman seperti Nur Kasih (Air Jagung Aiskrim), Ombak Rindu (Soda Bandung Laici Aiskrim), Mr. Arrogant (Soda Ribena Sunquick) dan banyak lagi.

Selain dari udang dan ketam, di sini juga terdapat pilihan makanan seperti nasi goreng, sayur-sayuran dan menu ala carte yang lain.

Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Pelbagai pilihan minuman yang unik

Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Menggunakan tajuk drama TV3 sebagai nama minuman

Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Dah sedia untuk makan

Tak sampai 20 minit, 5 hidangan yang telah dipesan pun sampai ke meja saya. Nampak sangat sedap dan menyelerakan. Saya pun dah lupa apa nama hidangan saya ni sebab saya terus makan.

Seperti yang saya gambarkan, udang dan ketam yang dihidangkan sangat fresh. Isinya dimasak sempurna dan sangat lembut. Udangnya yang bersaiz besar memang membuatkan kita betul-betul puas hati semasa makan. Kalau orang perak cakap makan sampai habih hati. Masakannya juga boleh tahan dan sedap rasanya.

Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Lobster

Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Udang masak halia

Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Ketam cili

Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Untuk menu saya sendiri, saya telah cuba menggabungkan Mee Udang + Ketam bagi mencuba kelainan. Saya memilih Mee Udang kerana signature makanan kat sini adalah Mee Udang. Memang jenuh jugak nak habiskan sepinggan sebab portionnya sangat besar. Sama seperti hidangan yang lain, Udang dan Ketamnya sangat segar dan isinya sangat sedap. Rasa puas betul dapat makan udang dan ketam dalam satu pinggan macam ni. Namun begitu, kuahnya tidak terlalu pekat dan rasanya diambil dari rasa udang dan ketam.

Secara keseluruhannya, restoran Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja memang amat sesuai untuk pengemar makanan laut. Saya amat berpuas hati kerana udang dan ketam yang dihidangkan sangat sedap dan segar. Oleh kerana makanan laut ni mahal, jadi tanyalah dulu harga sebelum mereka masak kerana untuk 4 orang makan kadang-kala boleh mencecah lebih 200 ringgit. Ianya bergantung kepada menu yang dipilih.

Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Mee Udang + Ketam

Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja

Mee Udang + Ketam

Kalau nak datang makan malam di sini, saya sarankan call dulu dan buat reservation terlebih dahulu. Ini adalah alamat restoran :

Mee Udang Ketam Sempoiii Diraja
No 51, Lorong Sungai Choh 10,
Taman Tanjung Perdana Ulu Kinta,
Tanjung Rambutan, 31150, Ipoh,
Perak
No Tel : 0194664816

Baca Mengenai
Mee Udang D’Laila @MMA Santai Corner
Murtabak Cheese Terbaik
Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya Zailan

 

12,048 total views, 1 views today

Advertisements
      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

  • How much the price of lobster and crab per 100 gram when you went there? And can you suggest what kind of dishes should I try there except mee, haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.