Kepada pembaca setia blog saya, pasti dah tahu saya ni seorang pengemar Mee Rebus sejati. Saya pernah sampai ke Singapore semata-mata mencari Mee Rebus Terbaik yang diperkatakan ramai. Kali ni Mee Rebus yang saya nak kongsikan ni juga agak popular dan tak kurang sedapnya juga. Lokasi makan-makan kali ni adalah di Johor Bahru iaitu di Restoran ZZ Sup Tulang. Moh kita~
Di antara tempat yang saya suka datang adalah Singapore kerana kat sini banyak betul pilihan makanan yang sedap-sedap. Kalau dulu saya pernah kongsikan mengenai Sup Tulang Merah Singapore, kali ni saya nak kongsi pula mengenai Murtabak Singapore Zam Zam. Sebenarnya Murtabak Singapore ni boleh je didapatkan di mana-mana kedai di Singapore ataupun Johor, tetapi saya dimaklumkan Murtabak Singapore di Restoran Zam Zam adalah yang TERBAIK!
Restoran Zam Zam terletak berdekatan dengan Masjid Sultan
Siapa pernah terfikir “Tahu” pun boleh jadi salah satu makanan unik di Bandung. Di Indonesia secara amnya, selain Nasi Padang, Tahu juga menjadi diantara makanan utama. Tahu ni dijual ditepi-tepi jalan dan kalau di Malaysia ni dah umpama Pisang Goreng.
Salah satu produksi Tahu yang terkenal di Bandung adalah Tahu Susu Lembang. Mula-mula saya agak sceptical dengan Tahu Susu ni sebab takkan lah sedap sangat sampai begitu terkenal. Lagipun Tahu je kan… Selepas berpuluh kali dipromote, saya pun singgah ke Tahu Susu Lembang untuk mencuba sendiri Tahu Susu ni.
Dah lama tak belanja pembaca MohdZarin.com dengan gambar makanan yang sedap-sedap. Entry kali ni special sikit kerana saya sanggup ke Singapore untuk merasai keenakkan makanan unik ni yang dah lama saya idamkan. Sup Tulang Merah adalah salah satu menu terkenal di Singapore. Lokasi yang paling terkenal untuk menikmati Sup Tulang Merah ini adalah di Golden Mile Food Centre yang terletak di Beach Road. Kat sini ada beberapa kedai yang menjual Sup Tulang Merah, tapi diantara yang tersedap saya diberitahu adalah kedai Deen Tiga Rasa.
Di sini adalah kawasan Food Court yang menjual semua jenis makanan termasuklah makanan Cina dan India.
Deen Tiga Rasa terletak di Golden Mile Food Centre, Beach Road
Kepada sesiapa yang suka jalan-jalan cari makan pasti pernah dengar mengenai “Plan B”. Kedai makan Plan B ala-ala kopitiam ni sudahpun mempunyai cawangan di Kuala Lumpur seperti di One Utama dan Publica. Namun begitu cawangan mereka di Ipoh ini sering menjadi tumpuan pelancong dan orang Perak sendiri kerana keunikan dekorasi di dalam kedai dan kawasan persekitaran. Selain menawarkan makanan ala western dan pelbagai pilihan kopi, Plan B menjadi pilihan tempat untuk bersantai bersama keluarga ataupun kawan-kawan.
Selamat datang ke Plan B
Suasana di dalam Plan B
Menu Plan B
Plan B terletak di tengah-tengah bandar Ipoh iaitu di Jalan Panglima. Mencari Plan B tidaklah begitu sukar kerana kawasan kedainya yang besar dan sentiasa memaparkan signboard “Plan B” tidak kira dari arah mana anda datang. Dekorasi di dalam kedai Plan B sungguh santai dan banyak menggunakan elemen-elemen barat serta pokok hijau sebagai trademark mereka. Setiap ruangan di dalam kedai menggunakan pelbagai jenis meja dan susunan bagi memberi pilihan kepada pelanggan samada ingin makan secara dua orang, kumpulan ataupun untuk sesuatu majlis. Lampu downlight kuning dan dinding berkaca pula menaikkan mood eksklusif ketika berada di dalamnya.
Kalau sesiapa yang datang ke Ipoh pasti tak sah kalau tak pekena Nasi Vanggey. Vanggey yang bermaksud “Mari” dalam bahasa Tamil sememangnya sudah terkenal di Ipoh dan dinikmati oleh semua bangsa tak kira Melayu, Cina ataupun India. Nasi Vanggey juga dulu terkenal dengan panggilan Nasi Ganja dikalangan orang Melayu. Walaupun sekarang sudah terdapat banyak cawangan Nasi Vanggey, tetapi Nasi Vanggey original adalah yang terletak di Jalan Yang Kalsom, iaitu sebuah Kedai Kopi peniaga cina iaitu Yong Suan. Nasi Vanggey dijual di bahagian hadapan kedai kopi, manakala pemilik kedai kopi ini pula hanya menjual air minuman sahaja. Siapa sangka kedai yang kelihatan seperti kedai makanan cina ini, rupanya menjual nasi yang menjadi ketagihan ramai orang.
Kedai Nasi Vanggey Original
Zarith pun kena beratur
Perniagaan Nasi Vanggey ini tidak putus-putus diserbu pelanggan yang ingin mencuba keenakan nasi ini. Walaupun ramai orang, tetapi layanan mereka sangat cepat dan membuatkan kita terasa beratur sekejap saja. Nasi Vanggey di sini dijual sekitar RM6 untuk set ayam dan terdapat beberapa pilihan lauk lain seperti ikan dan daging. Keistimewaan Nasi Vanggey ini adalah pada sambal karinya yang sedap dan pekat. Kalau siapa yang tak tahan, mungkin boleh sakit perut dibuatnya. Ayamnya pula berwarna merah dan penuh dengan rempah ratus yang unik.
Assalamualaikum. Masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog MohdZarin.com setelah kita semua bercuti panjang pada minggu lalu. Kali ni saya nak kongsi sikit mengenai pengalaman berbuka puasa di Jakarta pada bulan lepas. Wah, jauh tu kan berbuka puasa sampai ke seberang. Saya rasa paling tidak dah lebih kurang 10 kali saya ke Indonesia atas urusan kerja. Selain dari Jakarta, saya juga pernah menjejakkan kaki di Bandung dan Yogyakarta. Sebenarnya, majlis berbuka puasa ni adalah majlis tahunan yang wajib dilakukan oleh Les’ Copaque bersama rakan niaga di Jakarta. Dalam 2 tahun kebelakangan ni rezeki saya dapat ikut sekali ke Jakarta dan merapatkan silahturahim bersama dengan teman-teman di Jakarta.
Suasana ketika di dalam kereta
Kurang kenderaan ketika itu
Alhamdullilah, perjalanan 2 jam dalam kapal terbang memang saya balas dengan tidur disepanjang penerbangan. Yelah, nak makan pun tak boleh… kan bulan puasa masa tu. Suasana lalu lintas tidaklah begitu sesak mungkin disebabkan waktu ketibaan saya adalah bukan waktu orang balik kerja. Sampai saja di Jakarta saya dihantar ke hotel untuk sambung berehat (tidur) dan pada sekitar jam 4 petang pula bersiap sedia untuk ke lokasi berbuka puasa.
Mee Kicap ataupun Mee Ipoh sangat terkenal di Ipoh dan telah menjadi sebahagian dari menu wajib sarapan pagi selain dari Nasi Lemak. Mee Kicap yang asalnya dari makanan etnik masyarakat Cina telahpun disesuaikan dengan citarasa Melayu. Seperti namanya, Mee Kicap secara ringkasnya adalah diasaskan dari beberapa jenis cairan kicap dan kuah sup. Walaupun nampak simple, tapi rasanya sangat sedap.
Lokasi berhampiran dengan Stadium
Sentiasa penuh
Di Ipoh, saya telah diperkenalkan dengan lokasi Mee Kicap terbaik iaitu berhampiran dengan Stadium. Tak susah nak cari lokasi kedai Mee Kicap ini kerana kedai Mee Kicap ini sentiasa penuh dari awal pagi. Pada kebiasaannya, sesiapa nak yang mencuba makan di sini kenalah datang pada awal pagi. Mee Kicap biasanya dihidangkan bersama sambal serta sup “fishcake”. Bagi pengunjung tetap pula, kadang-kala mereka lebih gemar menukar kuah sup dengan kuah kari bagi menambahkan rasa pedas. Read More
Assalamualaikum, Alhamdullilah hari ni hari Jumaat. Apa kata hari ni Jumaat ni kita tukar mood sikit kita tengok menu-menu makanan Arab pulak. Okay, nak jadi cerita sebenarnya lately saya dan member-member office boleh kata hari-hari memang makan di restaurant Arab yang baru dibuka ni. Nama restaurant ni adalah Elaf Restaurant yang terletak di Menara U iaitu depan dengan office Les’ Copaque. Dengar kata masa hari opening Elaf Restaurant ni ramai betul orang datang sampai jem depan office sebab dorang ada bagi makanan percuma. Amboi, makan free je memang confirm ramai.
Elaf Restaurant di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam
Lately saya tak sure pulak kenapa saya selalu sangat update cerita pasal makanan. Mungkin sebab saya tengah happy dan selalu je dapat makan yang sedap-sedap, jadi saya nak kongsi kepada pembaca blog saya. Kalau dulu saya pernah kongsikan mengenai Mee Jawa yang sedap di Pavilion, kali ni saya nak kongsi pula pasal Pan Mee yang paling sedap saya pernah makan. Pan Mee ni kedai dia sebelah je dengan kedai Mee Jawa. Apa yang menarik dengan Pan Mee ni adalah Pan Mee ni didatangkan dengan set Kari Ayam yang lengkap dengan cendawan, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. Kalau siapa rajin, masa tunggu order siap tu bolehlah tengok macam mana dorang sediakan makanan Pan Mee ni.
Tak susah nak cari kedai Pan Mee di Pavilion
Nampak gaya macam senangje. Dia rebus Pan Mee tu dengan sayur dan sup tertentu yang telah siap lebih awal. Pan Mee tu pulak kemudiannya dikeluarkan dan digaul dengan kicap-kicap dia tu. Sambil air rebusan tadi tu dihidangkan jugak kepada kita sebagai sup sampingan. Last sekali barulah tambah cendawan yang direbus siap-siap dan Kari Ayam yang juga sudah siap lebih awal. Read More