Kepada pembaca setia blog saya, pasti dah tahu saya ni seorang pengemar Mee Rebus sejati. Saya pernah sampai ke Singapore semata-mata mencari Mee Rebus Terbaik yang diperkatakan ramai. Kali ni Mee Rebus yang saya nak kongsikan ni juga agak popular dan tak kurang sedapnya juga. Lokasi makan-makan kali ni adalah di Johor Bahru iaitu di Restoran ZZ Sup Tulang. Moh kita~

AMARAN – Dilarang baca ketika sedang lapar!

Restoran ZZ Sup Tulang

Restoran ZZ Sup Tulang

Restoran ZZ Sup Tulang

Pintu masuk Restoran ZZ Sup Tulang

Restoran ZZ Sup Tulang ni terletak memang betul-betul di bandaraya JB. As long as kita memang berada di sekitar JB memang tak susah nak cari restoran ni. Saya sendiri kalau tak salah dah pernah makan kat sini hampir 4-5 kali. Restoran ni dibina di kawasan berpokok-pokok ala-ala seperti di dalam kampung. Ruang makannya dihiasi dengan pondok daun nipah bagi menghidupkan suasana semulajadi. Kalau nak makan bersila pun boleh. Dah lama tak jumpa tempat makan macam ni kan ?

Selain Mee Rebus, Restoran ni juga menjual makanan panas seperti Tom Yam, Nasi Goreng, Kerang Bakar dan termasuklah Otak-Otak yang sudah semestinya terkenal di Johor. Otak-Otak ni bolehlah kita jadikan appetizer sebelum Mee Rebus kita sampai.

Advertisements
Restoran ZZ Sup Tulang

Suasana ala-ala kampung

Restoran ZZ Sup Tulang

Kerang yang masih belum dibakar

Restoran ZZ Sup Tulang

Suasana di dalam Restoran ZZ Sup Tulang

Restoran ZZ Sup Tulang

Otak-otak JB juga turut dijual

Restoran ZZ Sup Tulang

Diantara Otak-Otak yang sedap pernah saya rasa

Speciality Restoran Tulang ZZ adalah Mee Rebus yang dihidangkan bersama dengan Tulang. Wah, macam mana tu? Mee Rebus je pun dah nampak sedap, inikan pulak ditambah dengan Tulang. Memang nampak menyelerakan bila Mee Rebus Tulang yang kita order tu sampai di meja. Kalau pertama kali order Mee Rebus Tulang, kita mesti terdiam sekejap memikirkan macam mana nak makan.

Selain pilihan Mee Rebus Tulang, Mee Rebus kat sini boleh juga dihidangkan dengan Daging ataupun Ayam. Kalau nak lagi terangkat, kita boleh order Tulang+Daging ataupun Daging+Ayam. Kalau kalau nak ultimate terangkat, order je Tulang+Daging+Ayam. Gabungan yang tiada dalam menu tapi boleh dibuat. Menarikkan?

Restoran ZZ Sup Tulang

Menu Restoran ZZ Sup Tulang

Restoran ZZ Sup Tulang

Mee Rebus Tulang yang menyelerakan

Mee Rebus Tulang di sini mempunyai satu rasa yang unik dan sangat sedap. Kuahnya bukan sahaja pekat tapi penuh dengan rasa rempah-rempah istimewa. Rasa pada kuahnya sangat pekat dengan rasa daging yang seolah-olah ianya telah dimasak begitu sebati. Daging pada tulangnya juga amat lembut dan sesuai menjadi pelengkap bagi kuah Mee Rebus. Bagi yang biasa makan masakan ber”Tulang”, pasti geram je dengan isi kat dalam Tulang tu. Straw besar memang didatangkan siap-siap bersama hidangan ni bagi kita menyedut segala isi dan jus di dalam tulang tu.

Restoran ZZ Sup Tulang

Mee Rebus Tulang

Restoran ZZ Sup Tulang

Mee Rebus Tulang lengkap dengan cili hijau dan straw

Satu hidangan Mee Rebus Tulang ni adalah berharga sekitar RM9.50, manakala yang Mee Rebus yang berasaskan ayam dan daging adalah sekitar RM6++. Walaupun agak mahal sedikit, tapi rasanya berbaloi untuk mencuba menu special ni kalau dah sampai di Johor Bahru.

Selain Mee Rebus Ayam, salah satu menu lain yang boleh dicuba adalah Mee Sup. Style Mee Sup kat sini adalah menggunakan ayam goreng sebagai isi ayam dan bukannya ayam yang dimasak bersama dengan sup. Cara masakan macam ni mungkin ada yang tak suka, tapi bagi saya Mee Sup Ayam ni patut dicuba sebab rasanya kuahnya yang sedap.

Restoran ZZ Sup Tulang

Mee Sup Ayam

Secara keseluruhannya, menjamu selera di Restoran ZZ Sup Tulang di Johor Bahru ni pasti menjadi salah satu aktiviti wajib kalau ke sini. Memang tak rugi kalau mencuba. Cuma nasihat saya datanglah pada waktu petang untuk keselesaan kerana saya rasa kalau pada waktu malam kawasan ini agak gelap dan sukar untuk dicari. Selain tu, oleh kerana restoran ini dikelilingi dengan pokok, pada waktu malam mungkin anda akan diganggu dengan nyamuk.

Ini adalah alamat untuk ke sini :

Restoran ZZ Sup Tulang
Lot 667, JKR Daerah Jalan Petrie,
Off Jalan Mariamah,
Johor Bahru,



p/s : tahu tak kuah pekat dari Mee Rebus adalah datang dari bahan asasnya iaitu Keledek

copyright

 27,384 total views,  3 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.