Kalau di Shah Alam kita berbangga dengan adanya ICT iaitu tempat yang bercahaya dengan lampu-lampu yang cantik, tetapi penduduk di Pantai Timur juga berbangga dengan ICT mereka sendiri. ICT yang dimaksudkan adalah Ikan Celup Tepung yang menjadi makanan wajib bagi sesiapa yang berada di negeri-negeri Pantai Timur. ICT ini kebiasaannya dimakan pada waktu petang macam goreng pisang sambil berehat-rehat menikmati udara pantai. Di Pantai Timur, mereka suka masak apa saja asalkan boleh digoreng dengan tepung.
Kunjungan saya di ICT Haji Pak Long, Terengganu beberapa minggu yang lepas membuatkan saya teruja melihat kepelbagaian makanan berasaskan tepung yang disediakan. Dari ikan, sotong, udang, ketam, hinggalah ke ikan pari semuanya merupakan menu hidangan istimewa ICT di sini.
Kalau sesiapa yang datang ke Ipoh pasti tak sah kalau tak pekena Nasi Vanggey. Vanggey yang bermaksud “Mari” dalam bahasa Tamil sememangnya sudah terkenal di Ipoh dan dinikmati oleh semua bangsa tak kira Melayu, Cina ataupun India. Nasi Vanggey juga dulu terkenal dengan panggilan Nasi Ganja dikalangan orang Melayu. Walaupun sekarang sudah terdapat banyak cawangan Nasi Vanggey, tetapi Nasi Vanggey original adalah yang terletak di Jalan Yang Kalsom, iaitu sebuah Kedai Kopi peniaga cina iaitu Yong Suan. Nasi Vanggey dijual di bahagian hadapan kedai kopi, manakala pemilik kedai kopi ini pula hanya menjual air minuman sahaja. Siapa sangka kedai yang kelihatan seperti kedai makanan cina ini, rupanya menjual nasi yang menjadi ketagihan ramai orang.
Kedai Nasi Vanggey Original
Zarith pun kena beratur
Perniagaan Nasi Vanggey ini tidak putus-putus diserbu pelanggan yang ingin mencuba keenakan nasi ini. Walaupun ramai orang, tetapi layanan mereka sangat cepat dan membuatkan kita terasa beratur sekejap saja. Nasi Vanggey di sini dijual sekitar RM6 untuk set ayam dan terdapat beberapa pilihan lauk lain seperti ikan dan daging. Keistimewaan Nasi Vanggey ini adalah pada sambal karinya yang sedap dan pekat. Kalau siapa yang tak tahan, mungkin boleh sakit perut dibuatnya. Ayamnya pula berwarna merah dan penuh dengan rempah ratus yang unik.
Pasti sesiapa saja yang membaca tajuk topik kali ini tertanya-tanya dan ingin mengetahui mengenai Lemang Periuk Kera. Kebanyakkan dari kita zaman sekarang, sudah tidak mengetahui dan mungkin juga tak pernah makan Lemang Periuk Kera yang dikatakan salah satu makanan warisan yang hampir pupus. Saya sungguh bertuah dan bernasib baik kerana bertemu dengan salah seorang pengusaha Lemang Periuk Kera secara tidak langsung dan beliau terus menawarkan saya untuk berkunjung ke rumahnya untuk merasai sendiri kesedapan makanan ini. Nama beliau adalah, abang Tan Safry yang telah 20 tahun melibatkan diri dalam masakan lemang warisan ini. Yang menariknya, Abang Tan berkongsi cerita mengenai perniagaannya yang semakin laris semenjak Lemang Periuk Kera ini diperkenalkan di dalam siri Upin & Ipin. Kebanyakkan dari pelanggan tidak sangka Lemang Periuk Kera ini betul-betul wujud, dan hanya mengetahui lemang ini melalui cerita Upin & Ipin.
Lemang Periuk Kera di dalam siri Upin & Ipin
Periuk Kera merupakan salah satu tumbuhan yang susah untuk ditemui
Kali ni kita nak jalan-jalan cari satu menu istimewa iaitu Nasi Kukus Awan Besar. Kalau nak tahu, lokasi Nasi Kukus ni terletak di RnR Awan Besar Lebuhraya KESAS. Jarang kita nak tengok kawasan makanan di RnR kena serbu dengan orang setiap hari pada waktu makan tengahari. Ini adalah disebabkan Nasi Kukus di sini memang diantara yang tersedap yang boleh didapatkan disekitar Kuala Lumpur.
Sajian Aliaa sentiasa dipenuhi dengan penggemar Nasi Kukus Awan Besar
Ayam goreng panas-panas lagi ni
Kuah kari pedas dan “side dishes”
Limau ataupun cili potong sekiranya inginkan lebih terangkat
Assalamualaikum kepada pembaca blog saya yang hensem lagi cun ni semua. Sebenarnya saya saja je nak tunggu minggu ni untuk sharekan mengenai pakej Berbuka Puasa yang ditawarkan oleh SACC ataupun Shah Alam Convention Centre. InsyaAllah sekiranya diizinkanNya, umat Islam seluruh dunia akan menyambut 1 Ramadhan pada hujung minggu ini. Jadi mari kita tengok apa tengok apakah menu-menu yang menarik bakal ditawarkan di SACC.
Set berbuka puasa di SACC bermula dari harga RM88 untuk dewasa.
Saya telahpun menghadiri preview Ramadhan yang dianjurkan oleh SACC pada beberapa minggu lepas. Pada setiap tahun, saya memang takkan terlepas untuk berbuka puasa di sini samada dengan keluarga ataupun dengan kawan-kawan. Sebelum kita bercerita mengenai menu makanan, apa kata biar saya kongsikan mengenai suasana berbuka puasa di sini. Pada kebiasaannya SACC akan membuka semua dewan utamanya untuk berbuka puasa termasuklah kawasan luar dewan bagi mereka yang mengemari suasana terbuka. Setiap kali selepas berbuka puasa, SACC pada kebiasaannya akan menyediakan persembahan dipentas utama samada berbentuk persembahan kebudayaan ataupun nasyid. SACC juga menyediakan ruang solat yang cukup luas dan selesa termasuklah untuk Solat Terawih. Bagi mereka yang ingin membayar Zakat pula, bolehlah berbuat demikian di kaunter Zakat yang terletak di pintu masuk SACC. Semuanya amat mudah di SACC.
Dewan berbuka yang luas
Diantara suasana berbuka puasa di SACC
Persembahan kebudayaan
Diantara pengunjung yang sedang menikmati juadah berbuka puasa
Siapa yang tengah lapar dan tengah mengidam laksa ni saya pasti anda akan terliuq bila baca post saya kali ni. Pada kunjungan terakhir saya ke Kedah baru-baru ni saya sempat ke gerai “Laksa Ikan Sekoq” yang terletak di Alor Setar. Gerai ni pernah disiarkan di dalam surat khabar dan saya memang dah lama mencari gerai ni.
Inilah dia gerai Laksa Ikan Sekoq
Laksa di gerai ni memang sangat sedap dan melihatkan gambar laksa ni je dah boleh membuatkan sesiapapun akan teringin nak rasa. Seperti yang diiklankan, laksa ni didatangkan dengan seekor ikan dalam setiap pinggan. Kuahnya sendiri dah ada isi ikan dan sememangnya lebih sedap bila dijamu dengan seekor lagi ikan. Walaupun ikannya tidaklah begitu besar, tetapi untuk ianya sudah cukup untuk hidangan sepinggan laksa. Siapa yang tak cukup tu, bolehlah tambah laksa dan kuah secara percuma. Ye, betul tu! Kalau nak tambah apa-apa je (kecuali ikan) memang percuma je. Dengar kata ada orang pernah menambah sehingga 4 kali tambah. Amboi, amboi.. melantak ke tu~ Hehe…
Hidangan Laksa Ikan Sekoq
Tapi apa-apapun pemilik gerai ni iaitu Fauzi Man tak risau sebab itulah diantara tarikan menarik digerai beliau. Katanya ramai pelanggan bukan sahaja dari Kedah malahan dari negeri lain juga turut datang untuk merasa sendiri kenikmatan sebenar laksa di sini. Saya sendiri secara jujurnya suka sangat dengan rasa laksa kat sini sebab bagi saya semuanya cukup rasa. Tambahan pula dengan adanya menu sampingan seperti cendul dan macam-macam lagi. Sebelum balik, barulah saya perasan ada menu unik iaitu Laksa Udang. Sempat pula saya bungkus laksa udang ni sebab ianya merupakan menu baru dan tiada ditempat lain.