Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Rapid Cuisine. Sebenarnya Rapid Cuisine adalah syarikat bumiputra yang mengeluarkan makan instant versi kotak dan ready to eat. Kalau sebelum ni kita dah terbiasa dengan jenama lain, tapi Rapid Cuisine membawa kelainan di dalam setiap hidangan mereka. Buat masa ini Rapid Cuisine telahpun mengeluarkan 4 pilihan makanan berasaskan nasi dan lauk iaitu Briyani Rice Chicken Ginger, Briyani Rice Beef Rendang Tok, Briyani Rice Chicken Mix Herbs dan Briyani Rice Mutton Mix Herbs. Semua pilihan makanan Rapid Cuisine ini dijamin HALAL dan mempunyai logo keluaran JAKIM.
Saya dimaklumkan Rapid Cuisine hanya menggunakan bahan segar dan tidak menggunakan bahan pengawet ataupun perasa tambahan di dalam hidangan mereka. Kebanyakkan pengeluar makanan segera, gemar menggunakan perasa tambahan bagi melambatkan tarikh luput serta menjimatkan kos. Patutlah Nasi Briyani Rendang Daging Tok Rapid Cuisine sangat sedap seperti sedang menikmati nasi briyani di kenduri kahwin. Read More
3,891 total views