Saya memang suka bercuti-cuti ke Johor Bahru dan rasa tak sabar nak merasai pengalaman baru di setiap hotel yang saya duduk. Pada awalnya saya susah nak memilih hotel yang sesuai di bandaraya Johor Bahru sebab terlalu banyak sangat hotel dan bimbang jarak di antara tempat-tempat menarik di JB terlalu jauh dengan hotel. Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan hotel baru di Johor Bahru iaitu DoubleTree by Hilton yang terletak betul-betul di tengah-tengah JB. Lokasinya sangat strategik dan hanya walking distance saja dengan Komtar JBCC dan City Square. Hotel DoubleTree by Hilton juga penginapan yang sesuai sekiranya untuk bercuti ke Singapore.
Apa lagi yang menarik kat sini? Ikuti pengalaman 3 hari 2 malam saya di DoubleTree by Hilton Johor Bahru.
Saya dimaklumkan hotel ini baru saja dibuka pada tahun 2014 dan bertaraf 4 Bintang. Lokasinya sangat stategik dan memudahkan semua perkara ketika bercuti ke sini. Ruang lobby dan check-innya sungguh luas dan amat selesa. Proses check-in dilakukan dengan cepat dan ditambahkan pula kemesraan petugas di sini. Sebaik sahaja proses check-in selesai, saya diberikan cookies panas yang dibuat khas untuk semua pelanggan DoubleTree by Hilton.
Ye, cookies besar ini memang betul-betul tengah panas ketika sampai ke tangan saya. Ini adalah trademark DoubleTree by Hilton yang ingin menyambut tetamu mereka dengan “warm welcome”.
Bilik saya adalah jenis bilik Executive yang mempunyai beberapa kelebihan istimewa termasuk access ke Executive Lounge 24 jam termasuk sarapan pagi dan minum petang. Biliknya luas tapi tak terlalu besar. Bilik seperti ini berharga RM500-RM600 semalam. Oleh kerana hotel ini terletak ditengah-tengah bandar, jadi pemandangan luar bilik saya tidaklah terlalu cantik. Tapi dari sudut tingkap saya dah boleh nampak swimming pool yang memanggil-manggil.
Bilik mandinya menggunakan cermin transparent tapi kita masih boleh menutupnya dengan langsir elektronik yang disediakan. Kemudahan port kabel-kabel seperti VGA ataupun HMDI turut disediakan. Panel kabel ini adalah memudahkan kita menyambungkan laptop contohnya ke TV LED tanpa memerlukan mencucuknya di belakang TV secara manual. Walaupun nampak remeh, tapi sebagai seorang blogger yang kerap menggunakan laptop dan kadang-kadang ingin menonton YouTube di TV LED, saya rasa features ini sangat berguna.
Terhad kepada tetamu di tingkat Executive sahaja, Executive Lounge adalah istimewa untuk mereka. Oleh kerana saya menginap di Executive room, jadi saya pun dapat masuk di kawasan ini. Di sini kita boleh minum atau makan apa saja yang disediakan sambil berbincang ataupun meeting dengan client. Sarapan pagi juga turut disediakan di sini tapi dalam saiz yang lebih sederhana dan tak semeriah di buffet hotel. Pada kebiasaannya, tetamu tingkat executive ni adalah ahli perniagaan yang inginkan privacy ketika sarapan pagi dan tidak perlu berjalan jauh.
Sebelum kita pergi tengok apa makanan yang sedap di DoubleTree by Hilton, saya nak bawa tengok swimming pool dulu. Swimming pool terletak di tingkat 13 dan berkonsepkan terbuka. Swimming poolnya sangat bersih dan selesa. Memang sangat santai dan rileks je petang-petang dapat rehat kat sini. Bersebelahan dengan swimming pool pula terdapat kemudahan Gym.
Ditingkat yang sama juga terdapat restoran Italy yang sedap iaitu Tosca Italian Trattoria. Pakej makan di sini adalah berbeza dengan pakej bilik hotel namun saya akan kongsikan juga menu-menu makanan di sini pada entri yang berbeza nanti.
Makan Kitchen adalah tempatnya untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga malam di DoubleTree by Hilton. Terletak di ground floor, lokasinya sangat mudah untuk dicari dan menyajikan pelbagai jenis makanan Melayu, Indian, Chinese dan juga barat. Untuk sarapan pagi, ianya dibuka seawal jam 6.30pagi sehingga 10.00pagi. Terlalu banyak pilihan makanan di sini sehingga semuanya pun nampak sedap. Diantara yang menjadi pilihan saya untuk sarapan pagi adalah nasi lemak dengan rendang ayam yang sedap. Selain itu, kaunter masakan makanan India juga amat berbeza kerana menggunakan Chef dari India. Sebut saja semua jenis makanan India dari Roti Canai hinggalah ke Roti Pratha semuanya ada sepanjang hari di sini.
Kebanyakkan menu makan di sini turut memperkenalkan makanan lokal orang Johor seperti Lontong dan Mee Rebus. Bagus juga tu, sekurang-kurangnya orang luar boleh rasa makanan asli orang Johor. Selain tu juga, menu makanan seperti Nasi Ayam dimasak menggunakan resepi Chinese yang mempunyai rasa yang unik dan nasinya lebih sedap dan lembut. Bila bab kari pula, resepi kari original dari India digunakan dan rasanya memang terangkat.
Set Buffet lunch juga disediakan di sini dan ianya tidak termasuk dengan harga bilik. Diantara makanan yang disediakan ketika tengahari adalah Mee Rebus, Kerabu, Laksa, Nasi Putih, Dim Sum, Ayam Tandoori, Nasi Ayam dan banyak lagi. Menunya sangat menarik sehingga orang yang tidak menginap di hotel ni pun datang untuk makan tengahari kat sini. Semua makan di sini sudah tentulah mengikut standard hotel dan sedap.
Pada waktu malam pula, saya mencuba Seafood Weekend yang hanya diadakan pada hujung minggu. Masa ni semua menu makan malamnya adalah berasaskan seafood dan dihidangkan dengan semewah-mewahnya. Dari Oyster, Ketam, Udang hinggalah Lobsters, semuanya menjadi hidangan istimewa waktu malam.
Saya memang sangat suka dengan Seafood Weeekend ni sebab semuanya sangat sedap dan susah nak jumpa di luar. Contohnya, kita boleh pilih apa-apa makanan laut seperti udang ataupun ketam dan boleh meminta chef masakkan depan kita secara live. Diantara masakkan yang memang sedap adalah Chili Bean Sauce dan Black Pepper Sauce. Ini sebenarnya adalah masakan ala Chinese yang sudah tentu kita jarang ada peluang nak rasa.
Di bahagian lain ada juga dihidangkan sushi, ikan bakar, sate, kambing, Lontong Johor dan banyak lagi.
Bila cakap pasal dessert pula, di sini mempunyai dessert yang tersedap pernah saya makan. Creme Brulee dan Aiskrim Sirap Ros menjadi menu ulangan saya setiap kali ke sini. Rasanya bukan saja sedap malahan sangat addicted.
DoubleTree by Hilton Johor Bahru secara keseluruhannya adalah hotel yang sangat cantik dan selesa. Semua pekerjanya sangat membantu dan sepanjang saya menginap di sini tiada sebarang masalah dari segi bilik ataupun perkhidmatan. Kesemua pekerja di sini seolah-olah berlumba untuk membantu tetamu dan memberikan bantuan yang cepat.
Baru saja duduk di sini, beberapa orang pekerja hotel dah mula mengenali saya dan bertanya khabar serta mencadangkan aktiviti sepanjang penginapan saya di sini. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai hotel ini.
Alamat : No. 12 Jalan Ngee Heng, Johor Bahru,80000, Malaysia TEL: +60-7-2686868 FAX: +60-7-2686888 Facebook : https://www.facebook.com/doubletreeJB
8,565 total views, 1 views today





































[…] saya menginap di DoubleTree by Hilton Johor Bahru. saya juga turut diperkenalkan dengan restoran Tosca yang terletak di tingkat 13 hotel ini. […]