Tag - Gadget

Review “Everyday Messenger” Beg dari Peak Design

Bagi seseorang yang gemar melancong dan pada masa yang sama gemar mengambil gambar, saya amat mementingkan beg yang harus saya bawa. Walaupun sekarang ni dah banyak pilihan beg untuk kamera tetapi beg yang saya ada selalunya tak pernah mencukupi. Ini adalah kerana di lema seorang photo traveller adalah untuk mempunyai lebih dari satu beg kamera untuk pelbagai situasi ataupun keadaan. Sebagai contoh, beg kamera untuk melancong yang memuatkan 1 body kamera dan 2 lens ataupun beg kamera yang memuatkan 1 compact kamera dan 1 ipad adalah berbeza.

Sebelum ini saya sering menukar-nukar beg mengikut kepada keperluan. Tetapi tak sangka beg rekaan Peak Design hasil projek Kick Starter merubah segalanya. Ianya bukan sekadar beg, tetapi ianya boleh diubah dan disesuaikan dengan keperlukan harian. Pendek kata, samada kita mahu memenuhkan beg dengan semua peralatan kamera ataupun sekadar untuk membawa peralatan asas disamping sedikit barangan peribadi yang lain; beg ini ada jawapannya.

The Everyday Messenger Peak Design

The Everyday Messenger Peak Design

The Everyday Messenger Peak Design

Klip besi bermagnet

Siapa yang pernah mengikuti Kick Starter projek pasti sudah memahami konsep perniagaan mereka. Bermula dari idea dan konsep, Peak Design “menjual” idea beg “The Everyday Messenger” ini secara online tanpa sebelum menghasilkannya secara serious. Tak sangka, beg ini mendapat sambutan luar biasa sehingga memenangi beberapa anugerah. Read More

 3,069 total views

Samsung Galaxy Note 5 di pasaran Malaysia

Samsung Galaxy Note 5 merupakan diantara smartphone bersaiz phablet yang paling terkenal di dunia. Dengan pelancaran Note 5 baru-baru ini, Samsung mula menjual Galaxy Note 5 di pasaran Malaysia bermula 4 Sept 2015. Beberapa roadshow telah diaturkan oleh Samsung sehingga 9 Sept 2015 dan pelbagai tawaran menarik bagi pembeli terawal Samsung Galaxy Note 5.

Samsung Galaxy Note 5 Malaysia

Samsung Galaxy Note 5 di Sunway Piramid

Samsung Galaxy Note 5

Begitu ramai peminat Samsung beratur untuk menjadi orang pertama yang membeli Note 5

Read More

 3,639 total views