Tag - Handphone

Bolt dari Instagram

Bagi pengguna tegar Instagram pasti dah mula perasan dengan iklan aplikasi “Bolt” di atas Instagram anda meskipun dah download aplikasi tersebut. Saya sendiri sudahpun mencuba aplikasi Bolt ni selama seminggu. Pada mulanya first impression saya terhadap aplikasi ni adalah sangat menakutkan dan bahaya. Kita boleh menghantar gambar secara pantas dan sekelip mata kepada orang lain tanpa sempat memastikan gambar apa yang dihantar. Ini adalah kerana aplikasi Bolt ni sememangnya dicipta untuk pengguna menghantar mesej bergambar kepada kawan-kawan. Dengan interfacenya yang sangat clean dan simple, pengguna kali pertama pasti akan tersalah hantar.

asa bolt-instagram_ Read More

 3,829 total views

Sony Xperia C3 untuk pengemar Selfie

Sebagai peminat produk Sony, saya memang takkan terlepas untuk mengumumkan salah satu telefon pintar terbaru oleh Sony iaitu Sony Xperia C3. Telefon ini direka khusus untuk pengila Selfie dengan beberapa features menarik yang menjadi perbezaan dengan telefon pintar keluaran Sony yang lain. Features utama adalah camera hadapan iaitu sebanyak 5.0 megapixel yang mana kebanyakkan telefon sekarang menawarkan sekitar 1.8 hingga 2.0 megapixel sahaja. Selain itu, camera hadapan juga didatangkan dengan flash dan menggunakan lens wide 25mm sesuai untuk selfie di dalam kumpulan. Aplikasi cameranya juga telah ditambah dengan aplikasi baru iaitu “Portrait Retouch” yang membolehkan pengguna mendekorasi gambar selfie sendiri ataupun kumpulan dengan beberapa tools tambahan seperti makeup, club dan sebagainya.

4_Xperia_C3_White_Designxperia-C3-gallery-06-1240x840-834e0cd639cbaeaa0270ac74d047f619xperia-c3-slim-sleek-and-lightweight-4902fe4dc415c12bea73ebf22f9c961e-940xperia-C3-gallery-04-1240x840-c33a59a793de5198382fd7057a90d952 Read More

 4,565 total views

Pelancaran BlackBerry Z3 di Malaysia

Walaupun di Malaysia pasaran telefon pintar lebih didominasi oleh Samsung dan iPhone namun sebenarnya permintaan untuk model terbaru BlackBerry masih tinggi lebih-lebih lagi dari negara seperti Indonesia. Semalam, telefon pintar terbaru dari BlackBerry iaitu Z3 telahpun dilancarkan. Saya yang kebetulan dijemput untuk majlis pelancaran telefon tersebut turut melaporkan suasana di sekitar majlis semalam. Kehadiran saya sebenarnya adalah sebagai salah seorang wakil dari Les’ Copaque Production dan yang membantu menyediakan informasi terkini berkaitan kerjasama di antara Les’ Copaque dan BlackBerry. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kerjasama itu, anda kenalah baca di blog Upin & Ipin nanti.

Majlis Pelancaran Blackberry Z3 ini dihoskan oleh Julie Woon, iaitu salah seorang personaliti TV, pelakon dan juga pengacara majlis-majlis korporat. Dengan kehadiran media yang sangat memberansangkan, Z3 telahpun diumumkan oleh Pengarah Urusan IndoChina BlackBerry iaitu Ben Quirin. Z3 telahpun dilancarkan pada bulan lepas di Indonesia dan dimaklumkan ianya dijual macam goreng pisang panas. Dengan code name “Jakarta”, BlackBerry Z3 di Indonesia telahpun dijual melebihi dari jangkaan awal. BlackBerry Z3 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 7 Julai 2014 dengan harga RM699.

IMG_3219

Julie Woon menjadi pengacara majlis untuk pelancaran ini

IMG_3235

IMG_3294 Sesi bergambar bersama Media

Read More

 3,801 total views