Saya memang suka bercuti-cuti ke Johor Bahru dan rasa tak sabar nak merasai pengalaman baru di setiap hotel yang saya duduk. Pada awalnya saya susah nak memilih hotel yang sesuai di bandaraya Johor Bahru sebab terlalu banyak sangat hotel dan bimbang jarak di antara tempat-tempat menarik di JB terlalu jauh dengan hotel. Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan hotel baru di Johor Bahru iaitu DoubleTree by Hilton yang terletak betul-betul di tengah-tengah JB. Lokasinya sangat strategik dan hanya walking distance saja dengan Komtar JBCC dan City Square. Hotel DoubleTree by Hilton juga penginapan yang sesuai sekiranya untuk bercuti ke Singapore.
Apa lagi yang menarik kat sini? Ikuti pengalaman 3 hari 2 malam saya di DoubleTree by Hilton Johor Bahru.
Saya dimaklumkan hotel ini baru saja dibuka pada tahun 2014 dan bertaraf 4 Bintang. Lokasinya sangat stategik dan memudahkan semua perkara ketika bercuti ke sini. Ruang lobby dan check-innya sungguh luas dan amat selesa. Proses check-in dilakukan dengan cepat dan ditambahkan pula kemesraan petugas di sini. Sebaik sahaja proses check-in selesai, saya diberikan cookies panas yang dibuat khas untuk semua pelanggan DoubleTree by Hilton.
Ye, cookies besar ini memang betul-betul tengah panas ketika sampai ke tangan saya. Ini adalah trademark DoubleTree by Hilton yang ingin menyambut tetamu mereka dengan “warm welcome”. Read More
8,565 total views, 1 views today