Tag - Malaysia

M Boutique Hotel Station 18

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sekarang ni dah semakin banyak restoran dan kafe hipster di Ipoh. Baru-baru ni blog hiburan terkenal OhBulan! pun dah kongsikan mengenai M Boutique Hotel di Ipoh yang sangat cantik dan hipster. Tapi, kali ni saya pula nak kongsikan pengalaman sebenar dan suasana menginap di M Boutique Hotel cawangan Station 18. Untuk pengetahuan semua, cawangan Station 18 ini adalah cawangan ke dua M Boutique Hotel dan lokasinya adalah bersebelahan dengan AEON Station 18.

Dari jauh saya dah nampak hotel ni tersergam indah dengan hiasan pintu-pintu kayu memenuhi dinding luar hotel ini. Nampak sangat unik dan pada masa yang sama ada sedikit rasa scary. Bila diamati betul-betul, rupanya pintu-pintu kayu tu hanyalah hiasan dan hotel ini bukanlah dibina dari kayu. Ianya menggunakan bangunan asal di lot kedai dan direka supaya nampak sungguh unik.

M Boutique Hotel Station 18

Pintu masuk M Boutique Hotel

M Boutique Hotel Station 18

No bilik 108

Read More

 10,920 total views

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Pasti ramai yang dah pergi ke Mitsui Outlet Park yang terletak berhampiran dengan airport di KLIA. Mitsui ni bukan saja berhampiran dengan KLIA, tapi ianya merupakan diantara tarikan terbaru apabila berkunjung ke Sepang. Peluang untuk shopping dengan harga murah ini juga amat sesuai bagi sesiapa yang akan menaiki flight di KLIA2 kerana lokasinya yang begitu hampir. Tak perlu takut terlepas flight kerana pelbagai kemudahan disediakan di sini.

Selepas ni dah tak perlu pergi ke JPO lagi untuk dapatkan barangan season lepas dengan harga murah. Perjalanan dari Shah Alam ke Mitsui Outlet Park tak lebih dari 1 jam saja.

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Peta Mitsui Outlet Park di Jepun

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Rekaan dalaman di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Peta di dalam Mitsui

Mitsui Outlet Park sebenarnya berasal dari Jepun. Mitsui merupakan rangkaian premium outlet yang terkemuka di Jepun. Bagi sesiapa yang pernah melancong ke Jepun, pasti pernah singgah ke Mitsui Outlet Park kerana di Jepun mereka mempunyai 12 cawangan di bandar-bandar utama. Saya sendiri pernah berkesempatan mencuci mata di Mitsui Outlet Park Makuhari. Tak sangka sekarang Mitsui dah berada di Malaysia.

Read More

 17,891 total views

Shucked Oyster and Seafood Bar

Bukan semua pengemar seafood sejati meminati oysters yang dimakan secara mentah. Oysters ataupun tiram ini dikategorikan sebagai salah satu makanan exotic dan hanya segelintir orang saja yang betul-betul pandai menikmati Oysters. Oysters bukan saja rare, malahan ianya sangat mahal dan jarang-jarang ada dijual. Kali ni saya nak kenalkan salah sebuah restoran yang menjual Oyster segar di Publika, Kuala Lumpur. Restoran ini bernama Shucked dan ianya sangat terkenal dikalangan pengemar Oysters.

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Shucked

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Piilhan Salmon

Shucked terletak di dalam pasaraya Ben’s di Publika Kuala Lumpur. Suasana restorannya sangat santai dan berkonsepkan makanan laut yang segar.  Sebagai pelanggan, kita haruslah memilih sendiri oyster segar mengikut harga dan jenis-jenisnya. Selain dari oyster, kat sini juga ada menjual ikan salmon segar yang sedap dimasak grill.

Oysters kat sini memang berbeza dengan Oysters di buffet Ramadhan kerana ianya diimport dari beberapa negara seperti France, Australia dan United Kingdom. Harganya bermula dari RM30 sehingga RM100++ untuk sepinggan oysters yang mempunyai 12 ketul. Harga Oysters kat sini berbeza kerana perbezaan kualiti dari lokasi di mana ianya diimport. Mengikut pemilik Shucked, oysters yang paling sedap adalah Oysters yang berbau “hamis” kerana ianya mempunyai rasa.

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Pelbagai pilihan Oyster segar

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Pilihan Oysters

Read More

 11,222 total views

Shopping Duty Free di Langkawi

Pulau Langkawi sememangnya dikenali sebagai syurga membeli belah bagi kaum wanita. Semua barangan pinggan mangkuk serta barangan keperluan rumah dijual dengan harga yang terlalu murah kerana semuanya dijual tanpa dikenakan cukai. Percutian ke Langkawi pasti tak lengkap sekiranya tak mencuci mata dan meneman orang rumah membeli belah di kedai-kedai Duty Free di Langkawi.

Sekiranya memang ke Langkawi untuk bershopping, saya cadangkan booklah hotel di kawasan Pekan Kuah seperti Adya Hotel Langkawi kerana semua kedai duty free terletak di kawasan sini.

Ada banyak kedai Duty Free di Langkawi, tetapi diantara yang terkenal adalah Kompleks Haji Ismail Group.

Kompleks Haji Ismail Group

Saya kagum bila membaca sejarah mengenai Haji Ismail Group. Bermula dari tahun 1987, Haji Ismail hanya berniaga secara kecil-kecilan di Pekan Kuah dan pada awal tahun 2015, Perniagaan Haji Ismail Group telahpun diperbadankan. Bangunan Kompleks Haji Ismail Group (HIG) ini sangat besar dan tinggi. Dari jauhpun kita dah boleh nampak. Bangunan HIG ini juga turut bersambung dengan Hotel HIG yang juga baru dibina. Pada bahagian hadapannya pula terdapat deretan kedai, surau dan medan selera yang sangat selesa.

Shopping Duty Free Langkawi

Haji Ismail Group

Shopping Duty Free Langkawi

Perniagaan HIG merupakan diantara yang terkenal

Shopping Duty Free Langkawi

Kawasan yang luas dan selesa

Di HIG, kita boleh membeli apa saja yang dijual di pulau Langkawi. Dari pelbagai pilihan pinggan mangkuk, periuk, sudu besi, beg, kain pelikat hinggalah coklat yang murah semuanya dijual di sini. Pendek kata, HIG ni dah macam one stop centre yang amat berbaloi. Menurut kata orang perempuan yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini harga-harga pinggan, harga kat sini secara kasarkan adalah lebih murah dari KL. Perbezaan harga kadang-kadang boleh mencecah sehingga 50%. Memang tak hairanlah kalau si suami dilupakan sekejap sekiranya membawa si isteri di HIG. Read More

 129,640 total views

Pengalaman di Adya Hotel Langkawi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Rasanya dah berpuluh-puluh tahun saya tak menjejakkan kaki di Pulau Langkawi. Dah banyak yang berubah dan Langkawi dah tak macam dulu lagi. Selain aktiviti membeli belah di kedai duty free, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan seperti menaiki SkyCab, Art in Paradise dan banyak lagi. Baru-baru ni saya telah bercuti selama 4 hari 3 malam di Langkawi dan saya telah memilih Adya Hotel sebagai tempat penginapan kali ini. Saya tahu mengenai Adya Hotel ni pun dari rancangan Romantika bersama Irma Hasmie dan semenjak dari itu saya dan wife dah pasang niat untuk datang ke sini.

Adya Hotel Langkawi

Adya Hotel Langkawi

Adya Hotel merupakan hotel bertaraf 4 bintang dan mula beroperasi pada awal tahun 2015.

Adya Hotel Langkawi

Bangunan paling tinggi di Pekan Kuah

 

Adya Hotel Langkawi

Rekaan bangunan bercirikan Islamik

Konsep Islamik

Adya Hotel terletak di tengah-tengah pekan Kuah dan memang lokasi strategik sekiranya ingin ke membeli coklat ataupun pinggan mangkuk di kedai duty free terkenal seperti di RAMS dan Haji Ismail Group. Bangunannya merupakan diantara yang tertinggi di kawasan pekan Kuah dan memang tak susah nak cari. Diantara keunikan Adya Hotel adalah hotel pertama yang berkonsepkan Islamik. Konsep Islamik yang diterapkan oleh Adya termasuklah dari rekaan arkitek bangunannya yang menggunakan konsep arabic dan corak-corak dinding seperti yang biasa kita lihat di masjid. Terdapat juga beberapa pokok kurma di hadapan pintu masuk hotel bagi memberi mood berada seperti di negara Arab. Read More

 33,827 total views

Tarikan Baru Hari Kebangsaan 2015

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. Bermula pada tahun ini, kita sudah tidak menyebut sambutan tahun ke berapa tetapi menyebut sebagai sambutan Hari Kebangsaan ataupun 31 Ogos. Begitulah kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada hari ini di Putrajaya. Selain itu juga, sambutan hari kemerdekaan pada kali ini juga akan menggunakan slogan Malaysia #sehatisejiwa.
Sehatisejiwa

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2014

Diantara kelainan lain yang bakal di bawa pada tahun ini ialah penganjuran Bufet Hari Kebangsaan serta penampilan khas malim gunung pada perarakan Hari Kebangsaan. Sekiranya sebelum ini pihak -pihak hotel begitu giat mempromosikan Bufet Ramadhan, Datuk Seri berpendapat sekiranya dirangka dengan baik Bufet Hari Kebangsaan juga pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pihak hotel boleh menawarkan pelbagai menu serta dekorasi hotel yang bersesuaian dengan Hari Kebangsaan. Pekerja hotel juga boleh memakai pakaian menggunakan jalur gemilang seperti yang pernah dibuat oleh Sudirman. Untuk peringkat pertama ini, beberapa hotel-hotel terpilih di seluruh negara bakal memulakan bufet mereka pada 28 Ogos sehingga 16 September. Read More

 3,484 total views

Pengalaman menaiki ETS ke KL-Ipoh

Assalamualaikum & Salam Sejahtara,

Saya sebenarnya dah lama tak naik public transport seperti bas ataupun LRT. Boleh dikatakan lebih 10 tahun semenjak saya menggunakan kenderaan sendiri ke mana-mana saja. Baru-baru ni saya berpeluang mencuba sendiri perkhidmatan KTM ETS untuk balik ke Ipoh, Perak. Rupanya senang saja nak ke Ipoh menaiki train.  Buat masa ni, perkhidmatan ETS ini beroperasi dari KL Sentral dan menuju ke utara hentian terakhir iaitu di Ipoh. Saya dengar, perkhidmatan ini akan dilanjutkan sehingga ke Pulang Pinang dan Hatyai tidak lama lagi.

ETS KL to Ipoh

KL Sentral

Sebelum boleh menaiki ETS ni, saya dah membeli tiket ETS ni beberapa hari lebih awal di KL Sentral. Selain itu juga, tiket boleh dibeli secara online melalui laman web KTM. Tiket ETS ni selalu cepat habis oleh itu kita kena beli lebih awal. Terdapat 2 jenis tiket iaitu tiket jenis Silver dan Gold. Saya telah membeli tiket jenis Silver yang berharga RM25 manakala tiket Gold adalah berharga RM35. Perbezaan kedua-dua jenis tiket ini adalah dari segi jumlah hentian stationnya. Untuk tiket Gold, trainnya akan lebih kurang berhenti jika dibandingkan dengan Silver.

ETS KL to Ipoh

Tempat pembelian tiket ETS

Read More

 47,984 total views

Keajaiban di Magic Of The Night 2015

Baru-baru ini Putrajaya telah diterangi dengan cahaya dan lampu-lampu dari bot-bot berhias sempena dengan acara Magic Of The Night 2015. Acara ini sememangnya dinantikan bukan saja oleh penduduk sekitar Putrajaya malahan dari negeri lain juga lebih-lebih lagi ianya pernah dianjurkan sebelum ini. Acara ini dianjurkan sepenuhnya oleh Ministry of Tourism and Culture Malaysia (MOTAC) dan dibantu oleh rakan penaja lain seperti Tourism Malaysia, Perbadanan Putrajaya, GayaTravel dan beberapa agensi yang lain.

Magic Of The Night 2015

Marina Putrajaya

Ini adalah kali pertama saya berada di acara Magic Of The Night dan ini adalah pengalaman sebenar saya. Sebelum ni, saya hanya melihat gambar-gambar saja tetapi kali ni saya datang dengan perancangan dan sasaran tertentu. Teruskan membaca.

Magic Of The Night 2015

Salah satu persembahan pada waktu petang

Magic Of The Night 2015 telah berlangsung di Marina Putrajaya selama 4 hari iaitu dari 28 – 31 Mei 2015 bermula pada jam 5 petang sehingga 11 malam. Selain berhajat untuk melihat bot-bot berhias, saya juga menyertai peraduan fotografi dan selfie yang juga turut dianjurkan oleh pihak penganjur. Manalah tahu ada rezeki.

Awalpun Magic Of The Night bermula seawal 5 petang, tetapi keajaiban sebenar hanya bermula sekitar jam 9 malam. Pada waktu petangnya, acara seperti persembahan busker dan penjualan makanan menjadi aktiviti utama. Setiap malam acara ini dirasmikan oleh VVIP yang berbeza. Dengan bertemakan Malam Keajaiban, beberapa watak dari animasi antarabangsa seperti Frozen, Snow White dan Mermaid diguna pakai oleh pihak penganjur. Watak-watak ini memakai pakaian ala cosplay dan menarik minat pengunjung untuk bergambar.

Magic Of The Night 2015

Peserta berpakaian seperti Frozen

Magic Of The Night 2015

Persembahan tarian

Read More

 2,910 total views

Pengalaman di Farm In The City

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama dah saya teringin nak ke Farm In The City selepas ramai kawan-kawan saya yang dah bercerita dan berkongsi gambar semasa di Farm In The City. Kebanyakkan dari respon mereka adalah Farm In The City ni menarik tapi hanya untuk budak-budak saja. Jadi saya pun menunggu masa yang sesuai untuk membawa Aqeel bersama-sama memandangkan saya takde kanak-kanak lain.

Farm In The City

Farm In The City

Farm In The City terletak di Seri Kembangan dan berkonsepkan petting zoo dalam bandar. Tak susah sangat nak cari Farm In The City ini sebab ianya terletak berhampiran dengan Cyberjaya dan kalau nak datang boleh juga waze ke sini.

Farm In The City

Kura-kura besar

Tiket masuk adalah sekitar RM30 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Walaupun bunyi macam mahal, tapi harga ni sebenarnya adalah termasuk dengan makanan untuk haiwan. Kat dalam ni kita boleh beri makanan kepada haiwan mengikut kesukaan kita. Kebanyakkan haiwan dibebaskan dan tidak dikurung di dalam sangkar. Jadi bila dah masuk kat dalam ni memang rugi kalau kita tak beri makanan kepada haiwan.

Farm In The City

Nampak tak kuku dia tu?

Farm In The City

Boleh beri makanan

Read More

 10,446 total views

Murtabak Cheese Majid Kampung Kurnia

Salah satu menu yang saya sering cari-cari bila datang ke Johor adalah Murtabak. Kalau dulu saya pernah kongsikan kesedapan Murtabak Singapore Zam Zam, tetapi kali ni saya nak kongsikan satu lagi menu murtabak yang sangat terkenal di Johor iaitu Murtabak Cheese Majid Kampung Kurnia. Murtabak ni sangat terkenal sehingga ramai blogger dan media pernah menulis dan berkongsi mengenainya. Murtabak Cheese Majid ni juga pernah muncul di dalam rancangan “Best In The World”.
Jom ikut saya ke Kampung Kurnia di Johor Bahru untuk melihat dengan lebih dekat cara-cara pembuatan Murtabak Cheese Majid.

Majid Murtabak Special No 1

Majid Murtabak Special No 1

Majid Murtabak Special No 1

Harga baru semenjak 1 Mei 2015

Murtabak Cheese Majid ataupun Murtabak Majid Special No 1 ni telah pun beroperasi lebih dari 40 tahun dan merupakan perniagaan warisan tradisi. Pada awalnya Murtabak Majid berasal dari Muar, Johor tetapi turut dijual di Singapura. Oleh sebab itulah, murtabak ini ada persamaan dengan murtabak singapura. Walaupun telah lama menjual murtabak, tetapi resepi Murtabak Cheese hanya diperkenalkan semenjak 5 tahun yang lepas. Memandangkan cheese sangat terkenal dan sering dimasukkan di dalam apa juga jenis makanan, Murtabak Cheese Majid menjadi diantara makanan yang trending di Johor sekarang. Read More

 25,580 total views