Tag - Red

Open House di Rumah Bos

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua~ Jangan risau kerana entry kali ini saya tidak akan upload sebarang gambar makanan walaupun tajuk entry ini berkaitan dengan Open House. Sebenarnya Open House kali ni adalah khusus buat staff Les’ Copaque Production yang telah dianjurkan oleh Big Bos iaitu Tn Haji Burhanuddin dan Hajah Ainon. Kalau di office, kami hanya memanggil mereka berdua dengan panggilan Uncle & Auntie sahaja.

Untuk tahun ni, Les’ Copaque tidak menganjurkan sebarang Jamuan Raya untuk ahli Kelab Upin & Ipin kerana menghormati kejadian MH17 dan kesibukkan persiapan sambutan Hari Kemerdekaan. Open House ni diadakan pada waktu malam iaitu selepas solat Maghrib. Namun begitu, saya dan Aino telahpun sampai di rumah Uncle & Auntie sejak pukul 5 petang lagi kerana membantu membuat persiapan untuk majlis malamnya nanti.

LC2_1918

Aino memulakan tugasan dihadapan pintu rumah Uncle

LC2_1938

Tugasan memasang projektor juga tugas Aino

Menu utama pada malam tu adalah Nasi Arab dan Kambing Golek disamping beberapa menu-menu makanan yang lain. Selain makan-makan, malam tu juga Uncle mengambil peluang untuk bercerita dan berkongsi mengenai perancangan untuk tahun ini dan projek-projek akan datang. Walaupun staff Les’ Copaque belum melebihi 200 orang tetapi, peluang untuk berkumpul beramai-ramai macam ni memang jarang-jarang sekali dapat dilakukan. Aino pula pada malam tersebut turut mengambil peluang dan mengumumkan tarikh majlis perkahwinannya. Ops, kepada yang baru tahu ni memang betulah Aino akan berkahwin pada hujung bulan ni nanti. Untuk menjaga keselamatan dan stok door gift, saya tidak dapat memaklumkan bila tarikh perkahwinannya dan lokasi ia diadakan. Biarlah tuan punya badan yang announce.

Jamuan makan malam ni sangat santai-santai saja. Tiada aturcara rasmi disediakan dan diikuti. Staff Les’ Copaque yang sudah berkahwin pula dibenarkan membawa suami atau isteri sertai anak-anak. Barulah raya namanya.

LC2_1971

Jom makan

LC2_2075-2

Aino mengumumkan sesuatu?

Read More

 3,806 total views