Berbuka puasa di SACC ataupun Pusat Konvensyen Shah Alam sememangnya dinanti-nantikan saya setiap tahun ketika mencari lokasi berbuka puasa bersama keluarga mahupun kawan-kawan. SACC bukan sahaja menjanjikan hidangan berbuka puasa yang menyelerakan, bahkan ruang makan yang selesa serta beberapa kemudahan lain yang memuaskan. Kalau tak takkan la saya berbuka puasa hampir setiap tahun kat sini.
Terletak ditengah-tengah pusat bandar Shah Alam, lokasi SACC amat mudah dicari lebih-lebih lagi ianya berhampiran dengan PKNS dan SACC Mall yang menjadi tumpuan ramai setiap kali musim perayaan. Sekiranya berbuka puasa di sini, tak payah pening-pening untuk cari parkir kerana ruang parkir yang disediakan di bawah bangungan SACC sangat luas dan mudah. Selain itu juga, kita juga boleh membayar Zakat Fitrah dikaunter yang disediakan sementara menunggu waktu berbuka puasa. Mudahkan? Jom, kita tengok pula apakah menu-menu menarik Bufet Ramadhan SACC pada tahun ini.
Menggunakan tema “Warisan Tradisi”, menu bufet Ramadhan pada tahun ini membawakan 100 jenis sajian dan juadah warisan serta masakan kampung asli. Menurut Chef Eksekutif SACC, Jamili Napaih dan Sous Chef, Rizal Nahar, kebanyakkan makanan tradisional ditempat lain telah dikomersilkan dan diubah. Namun ianya berbeza dengan masakan di SACC yang masih mengekalkan rasa keaslian dan resepi makanan tradisi.
Diantara masakan asli yang menjadi hidangan istimewa adalah Pajeri Kedondong, Masak Lemak Pisang Muda, Sotong Masak Hitam, Ayam Masak Seroja, Singgang Kepala Ikan, Sambal Udang Terung Pipit dan banyak lagi. Namun begitu, menu utama yang menjadi tumpuan setiap tahun adalah Kambing Kebuli yang menjadi trademark hidangan di SACC. Saya sendiri memang meminati hidangan kambing kebuli di SACC ini kerana daging kambingannya yang disediakan begitu lembut dan berempah. Read More
13,088 total views