Walaupun saya sebagai peminat sejati Sony Xperia, saya rasa tidak terlalu “bias” sekiranya saya cakap sesiapapun akan jatuh cinta dengan Sony Xperia C5 Ultra Dual. Ini adalah bukan kerana dari segi fungsi utamanya sebagai kamera selfie terbaik, tetapi dari segi designnya yang sangat cantik dan nampak futuristic. Walaupun sekali imbas ianya nampak sama saja seperti keluarga Xperia yang lain, tetapi Sony Xperia C5 mempunyai beberapa kelainan dan keunikannya yang tersendiri.
Screen
Skrin Sony Xperia C5 Dual Ultra bersaiz 6″ dengan resolusi 1080 X 1920. Skrinnya sangat besar dan ianya lebih besar dari iPhone 6 Plus mahupun Samsung Galaxy Note 5. Dengan saiz skrin sebesar ini, ianya hanya memaparkan 367 ppi. Walaupun bukan spesifikasi yang sesuai, namun skrinnya sudah cukup untuk memberikan kualiti sebenar FULL HD dengan teknologi IPS LCD dan Mobile BRAVIA 2. Read More
3,125 total views