Tag - Tempatan Fest

Port Festival 2015

Hujung-hujung tahun ni terasa macam banyak pula event yang dianjurkan bukan saja di sekitar Kuala Lumpur, tapi juga di seluruh Malaysia. Percaya atau tidak, hampir setiap negeri menganjurkan event dan karnival masing-masing sempena cuti sekolah hujung tahun ni. Kebetulan ketika berada di Ipoh, saya terperasan satu event lokal iaitu Port Festival 2015 yang diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh. Ini memang sudah cantik sebab saya sendiri memang sangat menyokong event lokal.

Dengan lokasi yang sangat strategik, memang mustahil untuk tidak terperasan event ni bila pusing-pusing di bandaraya Ipoh. Apa yang saya nampak Port Festival ini merupakan gabungan satu lagi event iaitu Lokal Fellow yang lebih memfokuskan kepada penjualan jenama pakaian lokal ala-ala Tempatan Fest. Manakala Port Festival ini sendiri sebenarnya adalah bertujuan menonjolkan industri kreatif dan hasil anak seni orang Ipoh. PORT itu sendiri membawa maksud People Of Remarkable Talents.

Port Festival 2015

Di Dataran Bandaraya Ipoh

Port Festival 2015

Booth MyNegeri

Port Festival 2015

Pameran motor vintage

Port Festival 2015

Pintu masuk Port Festival

Read More

 5,409 total views

Tempatan Fest Ipoh

Sebagai peminat pakaian jenama lokal , Tempatan Fest sememangnya menjadi salah satu event yang saya dinanti-nantikan. Tempatan Fest Ipoh telah diadakan pada 4 & 5 April di PORT Ipoh dan menjadi Tempatan Fest yang paling meriah setakat ini. PORT ataupun People Of Remarkable Talents adalah “port” baru di Ipoh bagi anak muda berkarya dan berkongsi segalanya berkaitan dengan aktiviti kreatif dan seni. Dengar kata ini adalah pertama kali event sebesar ini diadakan di PORT. Moh kita tengok apa yang menarik kat sini.

Tempatan Fest Ipoh

Tempatan Fest Ipoh

Tempatan Fest Ipoh

PORT Ipoh

Apabila menjejakkan kaki di Tempatan Fest Ipoh, perkara pertama yang saya perasan adalah kekurangan parking. Ini adalah kerana tiada langsung parking awam yang disediakan untuk event sebesar Tempatan Fest. Jadi semua pengunjung terpaksa meletakkan kereta di kiri dan kanan jalan utama yang mana ianya sudah penuh seawal jam 9pagi. Suasana di hadapan pintu masuk PORT agak sesak namun terkawal kerana adanya bantuan dari Rela. Read More

 9,882 total views

Suasana Tempatan Fest X – Selangor

Salah satu event hujung tahun yang dianggap sebagai penutup penghujung tahun 2014 adalah Tempatan Fest yang telahpun dilangsungkan di Selangor pada 27 & 28 Disember 2014. Bagi golongan remaja yang suka dengan fashion-fashion terkini dan rare, event ini memang untuk korang semua. Paling best sekali, semua pakaian yang dijual kat sini dihasilkan oleh pereka tempatan dan independent yang kebanyakkan tak dijual dikedai-kedai biasa. Kebanyakkan dari baju-baju ni dijual secara online sahaja ataupun di event Tempatan Fest. Kalau pakai baju-baju ni kat luar nanti, orang tanya.. beli kat mana baju ni bro?~ (Kembang hidung)

tempatan02

Diantara baju di Tempatan Fest

tempatan06

Pelbagai design menarik

Read More

 8,304 total views