Tag - Terengganu

Nasi Kerabu Tersedap di Dunia!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bila bercakap pasal nasi kerabu, kita sering terbayang menu enak dari pantai timur ini yang sering dijual di bazaar Ramadhan ataupun pasar malam. Tapi tahu tak, terdapat sebuah restoran di Terengganu yang menjual Nasi Kerabu Tersedap di dunia!. Ya, memang betul nasi kerabu kat sini telah diiktiraf sebagai 50 makanan terbaik di dunia oleh The World Street Food Congress 2017. Bukan calang-calang restoran saya nak pergi makan kali ni tau, level international tau!

Tak percaya dengan laporan media, saya sendiri pergi ke restoran Fauzi Nasi Kerabu yang terletak di Kuala Terengganu ini untuk merasai sendiri betul ke sedap sangat nasi kerabu kat sini.

Fauzi Nasi Kerabu Kuala Terengganu

Fauzi Nasi Kerabu

Fauzi Nasi Kerabu Kuala Terengganu

Beratur panjang

Bila sampai je di Fauzi Nasi Kerabu ni saya dah boleh nampak ramai orang beratur dengan suasana berasap-asap dari jauh. Tak sempat lagi saya beratur, saya jenguk sikit apa yang sedang dibakarnya sebab baunya sungguh menusuk kalbu. Kebetulan ketika saya baru tiba di situ, peniaga baru saja meletakkan ayam dan juga daging di tempat membakar. Perapan ayamnya kelihatan begitu merah dan pekat mungkin dari kunyit dan beberapa rempah lain lagi. Isi ayamnya juga nampak besar dan menyelerakan. Read More

 3,567 total views

Kampung Cina, Kuala Terengganu

Kampung Cina ataupun Chinatown di Kuala Terengganu ni sangat terkenal kerana ianya bukan sahaja terletak ditengah-tengah Kuala Terengganu, namun ianya juga berhampiran dengan lokasi-lokasi utama lain seperti Pasar Payang. Sewaktu saya ke K.Terengganu beberapa bulan lepas, saya sempat berjalan-jalan di sekitar Kampung Cina yang dimaklumkan telah di renovate dan nampak lebih cantik dari sebelum ini. Kampung Cina ini pada hari-hari biasa akan menjalankan aktiviti perniagaan seperti kedai makanan, kedai kopi, cenderamata dan kedai-kedai lain. Pada waktu malam pula,  akan diadakan seperti “Uptown” yang menjual pelbagai cenderamata unik serta makanan.

bukitcina17

Bangunan lama yang masih terpelihara di Kampung Cina

bukitcina01

Pintu masuk ke lorong Penyu

bukitcina02

Di dalam lorong Penyu

bukitcina03

Dekorasi Penyu

Yang menariknya di Kampung Cina ini setiap lorong kecilnya dihiasi dengan dekorasi yang cantik dan unik. Walaupun ruang pada lorong ini tidaklah terlalu luas, namun ianya sudah cukup cantik dengan hiasan pelbagai tema dan konsep. Sebagai contonnya, Lorong Penyu ini menggunakan konsep Penyu disepanjang lorong. Selain gambar-gambar dan patung batu penyu, lorong ini juga menyediakan info-info menarik berkaitan dengan penyu. Pada lorong-lorong lain pula, terdapat konsep yang lain seperti lorong payung, pondok, kunci, lukisan mural dan macam-macam lagi. Setiap lorong tu mempunyai identitinya tersendiri dan takkan puas berada sekejap saja disetiap lorong.

bukitcina04

Patung batu Penyu / Restoran di dalam loron Penyu

bukitcina06

Lorong yang penuh dengan Mural

Read More

 8,772 total views