Kebanyakkan orang memang sangat excited sempena acara Putrajaya International Hot Air Balloon semenjak ianya diiklankan di TV dan Radio. Mana taknya , walaupun dah 7 tahun dianjurkan ada saja elemen baru yang ditambah setiap kali penganjurannya. Pada tahun ini, saya dengar event ini berubah kepada lebih hipsterdari sebelum ini. Apa yang hipster sangat tu? Jom ikut saya pusing-pusing kat Putrajaya kejap.
Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015
Smiggle sebenarnya adalah sebuah jenama yang berasal dari Australia dan menjual pelbagai jenis barangan cenderamata yang berwarna-warni. Setahu saya Smiggle tidak mempunyai cawangan di Malaysia tetapi yang paling hampir dengan Malaysia adalah di Singapore. Bagi yang pernah bercuti ke Australia seperti di Melbourne, Sydney ataupun Perth, pasti dah selalu tengok butik Smiggle sebab di sana memang banyak cawangan Smiggle.
Apa yang saya suka mengenai Smiggle adalah kepelbagaian cenderamatanya yang dalam pilihan warna yang sungguh ceria. Kali ni saya nak bawa anda semua ke outlet Smiggle terbesar di Singapore iaitu di Vivo City Mall.
Saya ni memang tak pernah habis-habis bercerita mengenai negara Jepun. Iyalah, ada banyak perkara unik dan menarik mengenai Jepun yang pasti membuatkan semua orang yang sedang membaca blog ni teringin menempah tiket ke Jepun. Baiklah, kali ni saya nak berkongsi mengenai 5 Perkara Unik Tentang Jepun.
Uniknya Jepun
1. Budaya
Orang Jepun suka berjalan kaki
Salah satu budaya orang Jepun yang sungguh unik adalah budaya mengucapkan selamat pada setiap masa dan sering memohon maaf sekiranya tersilap. Ini memang budaya timur yang sejati yang hanya boleh dilihat di Jepun. Bila kita masuk di mana-mana kedai tak kisah kedai tu besar atau kecik, mereka pasti akan menegur kita dengan “Ohayoo Gozaimasu (Selamat Pagi)” ataupun “Konnichiwa (Selamat Petang)” sambil menundukkan kepala sedikit. Walaupun ucapan selamat datang ni ada juga dilakukan di Malaysia, tetapi perbuatan ucap selamat ni lebih ikhlas dan ianya seolah-olah tidak dipaksa-paksa. Saya yakin, perbuatan ini bukanlah satu perkara wajib yang disuruh oleh majikan, tetapi lebih kepada budaya mereka.
Budaya menundukkan kepala adalah budaya yang dilakukan begitu kerap oleh orang Jepun sebagai tanda hormat. Kalau ada sesiapa yang berpeluang ke Jepun, pasti dapat melihat budaya ini sebaik saja melangkah kaki ke airport mereka.
Selain itu, kadang-kadang bila kita sedang berjalan ditempat-tempat yang sesak, kita pasti tak dapat elak dari terlanggar orang lain. Bila perkara ini berlaku mereka akan meminta maaf sambil berkata “Sumimasen (Maaf)” beserta menundukkan kepala.
Pada hari ini, pihak AirAsia baru saja mengemaskini laman web mereka dengan promosi terkini iaitu AirAsia Asean Pass. Semestinya ini adalah berita baik kepada mereka yang gemarkan melancong dan kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia. Asean Pass ini adalah umpama token yang boleh dibeli dengan harga pakej iaitu 10 kredit berharga RM499 ataupun 20 kredit dengan harga RM888. Kredit ini kemudiannya boleh digunakan oleh untuk memilih destinasi pilihan seperti Thailand, Indonesia, Myanmar, Laos, Singapore, Cambodia, Vietnam ataupun Brunei. Read More
Selain Bandung terkenal dengan makan yang best-best, bandung juga terkenal sebagai syurga bagi yang suka membeli-belah. Semasa saya bercuti-cuti ke Bandung tempoh hari, saya sebenarnya sudah dibawa ke merata tempat shopping seperti Rumah Tas, Cihampelas dan banyak lagi. Namun, dalam banyak-banyak tu Rumah Mode merupakan diantara tempat shopping yang paling menarik dan unik. Jom ikut saya jalan-jalan.
Kali ni saya nak kongsikan pendapat saya mengenai “Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama”. Bagi yang suka melancong dan buat perancangan nak makan angin ke luar negara pada tahun ini, apa kata jadikan Jepun sebagai salah satu destinasi anda. Banyak sebab dan perkara menarik yang kita boleh lakukan di Jepun. Tak kisahlah kita nak travel bersama kawan-kawan ataupun keluarga, saya pasti Jepun adalah destinasi yang paling ideal. Jom kita tengok diantara sebab-sebabnya :
Negara 4 Musim
Jepun Sebagai Destinasi Pelancongan Utama
Jepun adalah salah sebuah negara yang mempunyai 4 musim iaitu musim panas, musim luruh, musim salji dan musim bunga. Setiap musim di Jepun mempunyai tarikan dan kelebihan tersendiri. Musim bunga merupakan diantara musim yang menjadi tumpuan pelancong kerana ramai orang ingin melihat bunga Sakura yang hanya muncul setahun sekali. Read More
Majalah Libur terbitan Kumpulan Media Karangkraf merupakan majalah pelancongan No. 1 Malaysia yang sentiasa memberi maklumat berkaitan dengan lokasi pelancongan baik dalam negara ataupun luar negara. Bersempena dengan ulang tahun yang ke 12, Majalah Libur telahpun melancarkan satu kolum baru yang diberi nama “Blog O’ Rama”.
Kolum khas ini adalah untuk memperkenalkan penulis-penulis blog tempatan yang menulis mengenai pelancongan, informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan menarik dan apa-apa yang berkaitan dengan “Libur”.
Travel Blog Pilihan Libur 2015
Majalah Libur Karangkraf
Method pendaftaran seperti travel card
Suasana ketika acara
Saya rasa sangat berbesar hati kerana telah dijemput oleh editor Majalah Libur untuk menjadi sebahagian dari kumpulan blogger pertama yang akan menyumbangkan artikel di dalam majalah ini. Pada sesi pelancaran “Blog O’ Rama” tempoh hari di Starbucks Kota Kemuning, editor Majalah Libur iaitu saudara Meor turut menggalakkan lebih ramai lagi blogger menulis mengenai topik pelancongan kerana ianya sangat menarik untuk dikongsi dan sentiasa mempunyai pembaca.
Assalamualaikum semua. Bertemu sekali lagi dalam post mengenai jalan-jalan di Jepun yang panjang lebar ni. Kali ni, sebelum baca bahagian 3 ni, apa kata pergi bancuh milo dulu sebab bahagian kali ni lebih panjang. Kalau belum baca lagi bahagian 1 dan bahagian 2 saya galakkan baca dulu. Saya berada di Tokyo, Jepun lebih kurang 5 hari dan saya dah pergi ke beberapa tempat menarik yang wajib dilawati kalau ke Tokyo seperti Harujuku, Odaiba, Shibuya dan banyak lagi. Teruskan membaca.
Suasana santai di Jepun
Kedai Hello Kitty Japan
Saya beli apa ye
Makanan Halal
Sebelum kita berjalan-jalan lebih jauh lagi, saya nak bercerita sikit mengenai makanan halal di Jepun. Secara umumnya, di Jepun ni mereka jarang menghidangkan makanan berasaskan daging seperti ayam dan lembu (ataupun oink oink) melainkan ianya sudah tertulis ianya adalah daging ataupun sebagainya. Ini adalah kerana kebanyakkan makanan utama masyarakat Jepun adalah berasaskan makanan laut. Oleh itu, kita boleh makan makanan Jepun kat sini seperti Sushi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, cuba elakkan makan Sushi dengan sos atau kicap mereka kerana kebanyakkannya mengandungi sake (arak). Takde masalah sekiranya nak tanya mereka samada makanan tu mengandungi sake atau tidak. Sebab itulah, kalau tengok program “Jejak Zizan ke Jepun”, Zizan makan apa saja walaupun takde tanda halal. Tapi bukan tak bermakna di Jepun takde kedai berstatus halal. Ada tu memang ada. Cuma lokasinya agak jauh dan ianya terhad. Selain tu, makanannya juga adalah lebih mahal. Ada juga beberapa pilihan kebab arab yang dijual dibeberapa lokasi utama di Tokyo. Read More
Alhamdullilah, akhirnya tercapai juga impian melihat suria pagi di Jepun. Ingatkan semalam tu mimpi je datang Jepun, rupanya betul-betul. Hotel yang saya tinggal di Tokyo, Jepun ni namanya adalah Khaosan Tokyo Ninja. Hotel ni merupakan sebuah hotel khusus untuk backpackers ataupun pelancong yang ingin tinggal lama di Jepun dalam mode budget. Hotel ni bukanlah hotel 5 bintang, tetapi semua kemudahan asas seperti bilik tidur, bilik air lengkap disediakan. Ruang biliknya tidaklah begitu besar dan hanya ada katil dan sebuah almari saja. Tiada TV dan bilik airnya adalah di luar dan harus dikongsi bersama orang lain.
Walaupun bunyi macam sedihje kan, tapi sebenarnya tak. Hotel ni sangat-sangat bersih dan selesa. Kiranya macam duduk asrama masa belajar dulu tapi kali ni asrama tu kat Jepun. Hotel ni juga merupakan salah satu pilihan yang datang bersama dengan pakej tiket penerbangan melalui Air Asia Go. Kos hotel ni selama 5 hari adalah sekitar RM400 yang mana sudah termasuk di dalam kos keseluruhan tiket penerbangan iaitu sebanyak RM1,100 untuk seorang. Murah kan?
*Saya tinggalkan tip memilih hotel melalui Air Asia Go diakhir blog ini.
Konnichiwa~! Sayonara~! Sushi King~ Amboi, sekali sekala cakap Jepun apa salahnya. Kali ni saya excited betul nak sharekan pengalaman saya ke Jepun pada beberapa bulan yang lepas. Yelah, manalah nak terfikir akan ke negara Jepun sebelum ni. Bunyinya pun dah macam mahal dan memang takkan mampu nak melancong ke sana. Eeeh, tapi tu dulu. Sekarang ni nak ke Jepun dah tak mahal macam dulu. Percutian saya ke Jepun ni sememangnya ikut budget dan saya rasa semua orang pun mampu nak pergi. Saya booking melalui Air Asia Go lebih kurang 8 bulan lebih awal dari tarikh yang saya nak tu. Dan saya pula tak pilih peak season sebab harganya akan lebih mahal. Untuk tiket penerbangan pergi balik serta hotel (ala-ala orang bujang) untuk 5 hari 4 malam saya hanya membelanjakan sekitar RM1100 sahaja. Kalau kita kira pada harga kos, apalah sangat sebab janji dapat jejakkan kaki di negara Jepun. Percutian ke Jepun kali ni disertai oleh Hafiz, Aino dan Adang. Kiranya kali ni macam travel orang laki-laki je. Kami telah memilih Tokyo sebagai destinasi utama sebab masing-masing mempunyai sebab dan minat tersendiri di Tokyo. Kami berempat tiada pengalaman ke Jepun dan kami juga tiada kemahiran langsung bercakap bahasa Jepun. Kami hanya berbekalkan Google dan iPhone masing-masing sahaja.