Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Setelah lebih seminggu saya menjejakkan kaki di San Francisco, kali ini saya nak kongsikan 10 lokasi menarik yang wajib dilawati sekiranya berpeluang bercuti ke sini. San Francisco sebenarnya terletak di dalam daerah California dan kebanyakan kawasannya adalah berbukit serta berhampiran dengan pantai. San Francisco juga terkenal sebagai bandar IT kerana disinilah terletaknya Silicon Valley yang menempatkan kebanyakkan syarikat IT seperti Facebook, Pinterest, Cisco dan banyak lagi.
Walaupun banyak syarikat IT kat sini tapi tak bermakna San Francisco ni terlalu canggih dan takde tempat menarik. San Francisco ni begitu unik dan menarik sekali untuk dilawati kerana bandaraya San Francisco yang sungguh mixed culture dengan budaya lain seperti Asia.
1. Pier 39
Pier 39 ni terletak di kawasan bay area yang selalu menjadi tumpuan pelancong. Kawasan Pier 39 ni dibangunkan supaya menjadi destinasi shopping sambil bersantai menikmati pemandangan pantai yang indah. Dari Pier 39 ni juga kita dah boleh nampak Alcatraz dan Golden Gate Bridge dari jauh. Memang banyak barangan yang unik kat sini yang takde dijual ditempa lain seperti cenderamata berbentuk Golden Gate Bridge, tshirt, topi NHL dan banyak lagi. Kat Pier 39 ni juga terletaknya kedai Hard Rock Cafe dan terdapat banyak street performances.
5,146 total views