Teater Bikers Kental merupakan salah satu teater adaptasi dari filem Bikers Kental yang dipopularkan oleh Zizan Razak dan Awie. Teater ini telahpun dipentaskan di Istana Budaya bermula dari 23 sehingga 31 Januari 2016. Biarpun sambutan asal filem ini tidaklah begitu mendapat sambutan di panggung wayang ketika ditayangkan dulu, tetapi pihak produksi teater ini tetap meraih harapan tinggi dengan menggunakan kaedah yang sedikit berbeza.
Menggunakan jalan cerita yang sama, penonton sudah dapat membaca setiap jalan cerita yang dipersembahkan. Walaupun ianya adalah adaptasi dari filem, tapi saya mengharapkan sedikit perubahan dari jalan cerita dan kejutan ataupun penambahan baru dalam teater ini. Dibarisi pelakon hebat seperti Zizan dan Awie, Istana Budaya ternyata riuh rendah dengan gelak tawa hasil dari komedi spontan mereka berdua.
Lakonan spontan Zizan sememenangnya mencuit hati dan menjadi penguat kepada teater Bikers Kental. Tanpa kelibat Zizan, mungkin teater ini terasa kosong dan lemah. Beberapa lawak berulang dari filem Polis Evo mungkin terlalu overused dan mengganggu fokus jalan cerita sebenarnya. Walaupun teater ini dipentaskan di Istana Budaya, tetapi elemen pementasan teater terasa kurang diguna pakai. Seolah-olah sedang menonton persembahan dipentas yang biasa sahaja. Read More
4,082 total views