Setelah hampir 2 tahun Taman Tasik Titiwangsa ditutup kerana proses menaik taraf, kini pada 15 Disember 2019 akhirnya ianya dibuka semula kepada orang awam. Pengunjung sudah boleh beriadah dan menggunakan semua kemudahan yang terdapat di sini. Namun begitu Taman Tasik Titiwangsa ini akan dirasmikan secara rasminya pada tahun 2020 nanti. Saya sendiri dah lama rasanya tak sini dan memang rindu sangat nak berjalan-jalan di kawasan sekitar Taman Tasik Titiwangsa.
Tanpa melepaskan peluang yang ada, saya mengambil kesempatan melihat sendiri Taman Tasik Titiwangsa berwajah baru sempena hari pertama pembukaannya pada Disember 2019 yang lalu. Seawal 7 pagi lagi saya dah sampai ke Taman Tasik Titiwangsa ini dan apa yang saya boleh cakapkan pada first impression saya adalah WOW! Kalau nak tau, teruskan membaca.
Lokasi Taman Tasik Titiwangsa ini sememangnya sungguh unik dan penting kerana ianya terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Satu usaha yang baik yang diambil orang DBKL untuk menaik taraf taman yang sungguh dekat dihati warga kuala lumpur. Taman ini dibuka seawal jam 6pagi sehingga 10malam. Berikut adalah peta keseluruhan Taman Tasik Titiwangsa bagi rujukan semua.
Taman Air Kanak-Kanak Titiwangsa
Salah satu tarikan terbaru yang diperkenalkan di Taman Tasik Titiwangsa adalah Taman Air Kanak-Kanak yang menjadi tumpuan kanak-kanak dan juga keluarga. Di sini kanak-kanak boleh beriadah sambil bermandi-manda dan bermain dengan rekaan struktur yang disediakan. Ianya seakan-akan taman tema air di KLCC dan bukanlah berkonsepkan “swimming pool’ tetapi lebih kepada permainan air yang pasti membuatkan kanak-kanak tak mahu balik.
Kawasan permainan taman air ini boleh dikatakan agar luas namun untuk menampung pengunjung pada hari pembukaan mungkin agak sedikit padat.
Tengoklah, berapa ramainya kanak-kanak dikawasan ni yang sibuk bermain air. Kawasan ini ada pelbagai jenis binaan dan permainan air yang nampak sungguk cantik dan menarik untuk diexplor oleh kanak-kanak. Namun begitu, apa yang saya dapat lihat bila dah terlalu ramai kanak-kanak tu saya harap keselamatan juga turut diambil kira dan aktiviti mereka dipantau oleh ibubapa. Selain itu, kemudahan dan permainan yang terdapat kat sini juga diharapkan dapat dipelihara untuk jangka masa yang panjang.
Taman Permainan Kanak-Kanak Titiwangsa
Bersebelahan dengan taman tema air ini pula terdapatnya Taman Permainan Kanak-Kanak. Kat kawasan ni kanak-kanak boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti bermain buaian, menaiki titi, memanjat dan macam-macam lagi. Semua struktur mainan kat sini semuanya nampak cantik dan moden. Namun begitu pengawasan oleh ibubapa amat diperlukan bagi memastikan anak-anak mereka selamat ketika menggunakan kemudahan permainan yang disediakan.
“Canopy Walk” Banjaran Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa ini adalah seluas 20.23 hektar dan terdapat banyak kawasan-kawasan menarik yang baru diperkenalkan. Salah satunya adalah Kanopi Banjaran Titiwangsa yang kelihatan sungguh cantik dan seolah-olah berada di oversea ataupun di kawasan yang sejuk. Terdapat water mist dikawasan ini yang pasang secara berkala dan mengikut masa-masa tertentu bagi memberi rasa nyaman dan dingin. Sayang pula masa saya sampai di sini ianya tidak dipasang.
Pengunjung boleh berjalan di laluan kanopi ini bagi menikmati keindahan landscape semulajadi yang indah dan menenangkan. Kat sini juga terdapat aliran sungai dan kolam binaan yang sungguh cantik. Jadi boleh jalan-jalan kat sini sambil mendengar bunyi sungai sama seperti di dalam hutan. Indahkan macam tu. Tambah menarik lagi kalau bergambar kat sini lebih-lebih lagi kalau masa ada water mist tu.
Tetapi awas, stroller tidak dibenarkan untuk dibawa menaiki kanopi ni sebab kawasan laluannya agak sempit.
Maze Garden
Kat sini pengunjung kanak-kanak boleh bermain pagar sesat di kawasan Maze Garden yang mana kanak-kanak perlu memilih laluan yang diinginkan sehingga menemui jalan pulang semula. Laluan keseluruhannya di pagar menggunakan pokok seakan-akan pokok di ladang teh bagi memberi ilusi sedang berada di dalam kawasan berpagar. Maze Garden ini juga dihiasi dengan arca rama-rama yang dimaklumkan akan bercahaya pada waktu malam hari.
Laluan Basikal dan Pejalan Kaki
Di sekeliling Taman Tasik Titiwangsa sini juga disediakan kemudahan pejalan kaki dan penunggang basikal. Ianya dilabelkan di lantai dengan warna merah dan biru serta logo khusus bagi memudahkan pengguna laluan tersebut. Sebenarnya laluan ini penting bagi memberi ruang kepada penunggan basikal menggunakan kemudahan laluan ini dan bagi mengelakkan kemalangan dengan pejalan kaki. Oleh sebab itu, kita sebagai pengguna haruslah menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya.
Tasik Timur dan Tasik Barat
Sudah tentulah pemandangan yang paling mengujakan adalah pemandangan tasik di Tasik Titiwangsa ini. Terdapat kawasan tasik besar iaitu tasik timur dan barat yang mana kedua-dua tasik ini boleh dilihat dari mana-mana sudut tasik. Ianya dihiasi dengan landscape semula jadi bagi memberi suasana kehijauan disekeliling tasik
Sebenarnya banyak lagi kawasan yang tak sempat saya explore namun ianya begitu menarik dan cantik. Berada hampir 3 jam di sini pada hari pembukaan dan berjalan dari satu kawasan ke satu kawasan di Taman Tasik Titiwangsa ini sejujurnya membuatkan saya begitu teruja untuk datang lagi. Walapun dulu saya sering ke sini, tetapi dengan Taman Tasik Titiwangsa berwajah baru ini membuatkan seolah-olah satu pengalaman baru dan lokasi baru yang saya tak pernah sampai lagi.
Namun begitu, saya sangat-sangat hargai sekiranya kita sebagai pengguna untuk menjaga kemudahan yang disediakan di Taman Tasik Titiwangsa ini agar ianya dapat diguna untuk jangka masa yang panjang. Jangan membuang sampah merata-rata bagi mengekalkan kebersihan Taman Tasik Titiwangsa ini. InsyAllah
9,479 total views, 6 views today
Sudah pergi ke Tasik Titiwangsa… Very nicely done..Sadly, people do not have any civic mindedness! Saya nampak sampah merata-rata.
wow, ohsem ni zarin.
ni tempat aida lepak dgn friends dulu kala time blaja.
study. makan2.
2 thn ditutup ye. oic. tak tau tu.
now, alhamdulillah 🙂 sgt bagus.
sgt cantik. menarik minat anak-anak. sgt mesra keluarga.
Ya Allah lamanya tak gi Taman Tasik Titiwangsa ni. Tau dah berubah wajah tapi masih blm berkesempatan nak gi. Memang lawa sungguh ek
Kita hari pertama buka tu terus kita pergi yer memang tertarik sangat banyak perubahan yang menarik kat sini dah wajah sangat lain. Tengok lak gambar yang Zarin ambil ni menggoda betul tapi hakikat ada jer yang masih pemikiran kolot nak cemarkan tempat baru.
Mahamahu recently posted…Mengambil Satu Setengah Cawan Kismis California Setiap Hari Sudah Cukup
Cantik sangat diaorang upgrade tempat ni. Patutlah lama sangat tutup. Dapat hasil macam ni memang berbaloi tunggu lama. Harap kita dapat jaga lah tempat ni elok elok.
best, saya pun dah pergi. jangan pi time weekend, confirm terlalu ramai orang. hihi
Wahhhh menariknya taman titiwangsa yang baru ni.
wah cantik yer.. nanti turun ke KL wajib bawa anak2 riadah pagi di sini. Thanks sharing..
Canteknya taman ni. Lama x ke sini smpi x tahu ada tempat menarik
Dah makin cantek tempat ni. Moga dapat dikekalkan keindahan yg ada…
cantiknyaaaa taman tasik titiwangsa skrg. siap ada taman air lg wow