Buat peminat fanatik Ultraman pasti amat gembira bila membaca berita ni. Kebanyakkan orang termasuklah diri saya sendiri membesar dengan cerita-cerita Ultraman. Sebelum teruskan membaca apa kata semuanya save calendar untuk Karnival Upin & Ipin pada 21-23 Nov di PICC, Putrajaya yang juga bakal menampilkan Ultraman sebagai salah satu tarikan yang menarik.
Sempena dengan ulang tahun yang ke 50, syarikat produksi Ultraman iaitu Tsuburaya bakal mengadakan persembahan Ultraman di Genting Highland pada 19 Februari hingga 22 Mac 2015. Dimaklumkan lebih kurang 8 orang Ultraman akan beraksi selama 1 jam di Genting nanti dan tiket-tiket sudahpun mula dijual pada harga RM48 & RM88. Semua Ultraman ni adalah original yang diterbangkan dari Jepun, Manakala, kehadiran Ultraman di Pavilion KL dari 27 Oktober hingga 9 November 2014 ini pula merupakan sebahagian dari roadshow mereka untuk acara mereka pada bulan Feb nanti. Ultraman akan berada di Pavilion KL ditempat-tempat tertentu seperti di Tokyo Street untuk sesi bergambar. Diantara Ultraman yang akan berada di Pavilion KL adalah Ultraman Tiga, Ginga dan Ultraman Zero. Saya dapat tengok macam mana detailsnya pakaian Ultraman yang dihasilkan. Kalau sekali pandang, rupanya dah hampir sempurna dan sama seperti di dalam TV.
Pada majlis pelancaran Ultraman di Pavilion KL, pihak Tsuburaya telah menyediakan persembahan khas Ultraman selama 10 minit istimewa buat rakan media dan blogger serta pengunjung ada yang ketika itu. Persembahan ni walaupun sekejap tapi amat memukau dengan aksi serta stunt yang dilakukan. Saya suka dengan characteristic yang dibawa oleh setiap Ultraman sebab babak aksi dan lakonan. Mungkin kisah penceritaannya amat mudah tetapi rasanya buat peminat setia Ultraman ianya sudah cukup membuatkan mereka teruja. Ramai yang bersorak ketika aksi lasak dilakukan oleh Ultraman dan Kaiju. Tak kira tua atau muda. masing-masing rupanya peminat sejati Ultraman. Persembahan diakhiri dengan Ultraman meminta sokongan dari penduduk bumi agar terus menyokong mereka. (Oh, sungguh cliche)
Penampilan Ultraman di Pavilion KL telah dilancarkan oleh wakil dari Tsuburaya dan Genting Highland. Yang menariknya, ketika pelancaran ini dilangsungkan mereka mengadakan sedikit gimik yang saya rasa kelakar tapi menarik. Gimiknya adalah ketika VIP telah berada di pentas utama, semua VIP ni seolah-olah diserang oleh 2 kaiju dan VIP ni semua berlakon seolah-seolah di dalam keadaan panic dan cemas. Tapi tak sampai 1 minit, 3 Ultraman datang menyelamatkan mereka.
Menurut wakil dari Tsuburaya, watak Ultraman bukanlah melambangkan pergaduhan ataupun perlawanan, tetapi Ultraman lebih menggambarkan kepada semangat kerjasama, setiakawan dan jatidiri. Kebanyakkan kanak-kanak di Jepun meminati Ultraman kerana ianya membina keyakinan diri mereka. Jadi kepada yang ingin bergambar bersama dengan ketiga-tiga Ultraman ni datanglah ke Pavilion pada 27 Oktober hingga 9 November 2014 di Tokyo Street. Kepada yang ingin menonton persembahan eksklusif Ultraman di dalam bahasa melayu secara percuma, jangan lupa datang ke Karnival Upin & Ipin pada 21-23 Nov 2014 di PICC, Putrajaya.
Nantikan satu lagi pengumuman mengenai Upin & Ipin dan Ultraman.
12,739 total views, 1 views today

















[…] Karnival Upin & Ipin juga merupakan satu lagi keunikan. Jangan bandingkan dengan penampilan Ultraman di Pavilion kerana penampilan Ultraman di Karnival Upin & Upin merupakan persembahan lakonan di pentas […]
Macam mana nak dptkn tket utk kat genting nnt ye?bleh x emailkan detail pada sy..nk bwa ank la..dia mmg die hard fan ultraman.. nuraniskashmira@gmail.com
Boleh pergi ke url ni
http://www.rwgenting.com/ultraman-2014/index.htm
Mohd Zarin recently posted…Republic Of Big
[…] saya menonton preview persembahan Ultraman di Pavilion pada tahun lepas, saya memang dah berniat untuk menonton persembahan adiwira dari Jepun ni. […]