Ish, ish… sungguh malas saya ni menulis blog. Dalam bulan May hanya 1 entry saja yang berjaya ditulis. Tapi memandangkan pada bulan Jun ini banyak event dan wedding yang akan saya hadiri jadi saya sambung entry baru kali ini dengan sambutan majlis perkahwinan Hakim. Wedding Hakim iaitu salah seorang staff LCP ni sebenarnya dah lama berlangsung, kalau ikutkan sekarang dah habis honeymoon pun. Persandingan Hakim bersama pasangannya iaitu Azra dilangsungkan di Galeri Shah Alam.
Pada pendapat saya warna purple ni memang cantik sangat dan sesuai dengan pasangan ni yang berkulit cerah. Selain memang saya juga suka warna purple, warna purple ni macam menaikkan warna majlis dan menyejukkan suasana walaupun masa tu tengah panas. Kalau saya tau theme colornya puprle mesti saya juga akan pakai purple. Hehe. Boleh tahan ramai juga staff LCP yang memeriahkan majlis ni. Selain sebab majlisnya dekat, masing2 nak juga lihat pasangan Hakim dari dekat. Yela, nak kenal-kenal.

Pengantin berarak ke dalam dewan
Majlisnya begitu santai dan meriah. Saya yang secara automaticnya melantik diri saya sebagai juru gambar semasa itu, memang tak sempat duduk diam. Juru gambar profesional wedding ni amik dari angle sini, saya pun amik ikut angle sini… melawan tu. Saya pun memang minat ambik gambar wedding dan sekadar suka-suka mencuba angle-angle yang berbeza. Lebih kurang sejam lebih rasanya kitaorang di sini, sedikit sebanyak dapatlah berkongsi kemeriahan majlis persandingan Hakim ni. Hakim ni actually, semasa wedding ni dia masih bekerja sebagai seorang web designer. Jadi saya sendiri banyak bekerjasama dengan dia.
Ok, lastly nak ucapkan semoga berbahagia hendaknya pasangan ni. Saya mendoakan semoga berkekalan sampai ke anak cucu . Erm, lepas ni kita ke wedding sapa pula. Ha, tunggu!
1,766 total views, 1 views today
Advertisements







