Walaupun Samsung telah mengumumkan Galaxy Note 4 mereka semalam, namun saya harap masih tidak terlambat untuk berkongsi mengenai salah satu ahli keluarga mereka iaitu Samsung Galaxy Tab S. Sebenarnya, saya selalu membaca mengenai peranti Samsung tetapi tidak pernah betul-betul menggunakan apa-apa peranti Samsung. Samsung seperti yang kita tahu kerap mengemas kini peranti mereka dan kadang-kala kita tidak terkejar dengan teknologi yang mereka bawa. Adik beradik Galaxy Tab pula sungguh banyak berada di pasaran hingga kita pun keliru dan terlupa nama-nama mereka. Namun begitu, kali ini saya ingin kongsikan mengenai Galaxy Tab S yang akan membuatkan anda akan mengingati namanya selepas selesai membaca blog ini.

s04

Samsung Galaxy Tab s

s05

Home button dan fingerprint scanner

Galaxy Tab S didatangkan dalam dua saiz iaitu 8.4-inci dan 10.5-inci. Kedua-dua pasangan saiz ini kerap dibandingkan dengan iPad Mini Retina dan iPad Air kerana skala saiz yang yang hampir sama. Saya tidak pasti apakah maksud “S” pada nama Tab ini tapi saya boleh simpulkan ianya mungkin untuk “Screen” ataupun “Sharp”. Tab ini dilengkapi skrin ber resolusi sangat tinggi iaitu 1600 X 2560 pixel iaitu bersamaan ~359 ppi yang dipanggil teknologi Super AMOLED. Jadi tak hairanlah ramai yang mudah jatuh cinta pandang pertama apabila pertama kali menatapi skrin Galaxy Tab S. Resolusi skrin pada Tab S lebih tinggi dari kebanyakkan TV kita yang berada di rumah (selain TV 4K).

Selain itu, Tab S sangat nipis dan sangat ringan. Saya benar-benar terkejut apabila pertama kali memegang Tab S kerana menyangka iPad Mini Retina saya sudah cukup ringan selama ini. Keringanan Tab S hanya seberat 298 gram dan saya kira ianya merupakan “Phablet” paling ringan yang ada di pasaran sekarang selepas Sony Xperia Z Ultra iaitu seberat 212 gram.

Advertisements
s06

Pandangan sisi

s07

Kamera 8 MP

s11

Skrin yang sangat menawan

 

s09

Sangat sesuai untuk menonton video

Galaxy Tab S banyak diispirasikan dari Galaxy S5 namun saya rasa ianya lebih baik dan kemas pada Galaxy Tab S. Rekaan dan bentuk pada belakang tab ini juga seakan-akan S5. Sama seperti S5, Tab S juga memiliki fingerprint scanner untuk tujuan keselamatan. Tiada Phablet yang memiliki kelebihan sebanyak ini. Ianya menjadi pelengkap kepada Tab S dan rasa lebih selamat untuk menyimpan data peribadi.

Samsung Galaxy Tab S dilengkapi dengan OS Android 4.4.2 Kitkat iaitu yang terkini di pasaran. Menggunakan Tab S tiada masalah dan sangat lancar. Dengan memori 3GB saya kira tiada masalah untuk multitasking dan pemprosesan lain. Meskipun Tab S hanya didatangkan dengan kamera 8 megapixel, namun ianya sudah mencukupi untuk mengambil gambar dan merakam video 1080p.

s08

Android 4.4.2 Kitkat

s10

Perbezaan di antara iPad Mini Retina dan Samsung Tab S

Menggunakan Samsung Galaxy Tab S sangat menyeronokkan. Tiada Phablet yang mampu menandinginya buat masa ini. Siapa yang masih mencari-cari pengganti untuk iPad sekiranya sudah bosan menggunakannya, ini adalah pilihan terbaik.

 p/s : Terima kasih kepada Ayah Mertua saya yang meminjamkan Galaxy Tab S ini untuk sesi photography.

 5,016 total views,  1 views today

Advertisements
            

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.