Meskipun iPhone 5s telah lama berada di pasaran dan kini kita setiap hari dikemas kini dengan gambar terbaru iPhone 6 namun, kali saya ingin berkongsi sesuatu yang sedikit berbeza mengenai iPhone 5s. Ini bukanlah review teknikal mendalam mengenai iPhone 5s tetapi ianya lebih kepada penggunaan bijak dan keperluan sebagai seorang blogger. Topik ini saya ketengahkan diantara lain bagi menyahut cabaran oleh kumpulan blog terkenal DenaiHati di dalam peraduan iPhone 5s bagi entry blog yang terbaik.

iphone02

Rupa sisi iPhone 5s

iphone05

Kamera iPhone 5s tidak pernah mengecewakan

Seperti sedia maklum, saya sangat selesa dan sudah sebati dengan eko sistem iOS. Menggunakan iPhone 5s sebagai telefon harian umpama membawa kereta Ferrari di lebuh raya. iPhone 5s sememangnya memudahkan seseorang blogger di dalam mengemas kini blog masing-masing. Dengan menggunakan aplikasi “Blogger” ataupun “WordPress“, seseorang blogger boleh meng-edit blog dengan mudah dan pantas tanpa mengira masa dan tempat.

Kamera pada iPhone 5s juga merupakan diantara kamera yang paling mudah digunakan dan menghasilkan gambar yang cantik. Saya sangat suka shortcut pada menu hadapan untuk mengambil gambar. Ianya sangat cepat dan membolehkan kita mengambil gambar secara pantas untuk pengisian pada blog. Walaupun ianya hanya dilengkapi dengan 8MP namun kualiti gambarnya mampu mengalahkan kamera yang mempunyai MegaPixel yang lebih tinggi.

Advertisements
iphone04

Home button yang mempunyai ciri-ciri keselamatan

iphone03

TouchID kini di iPhone5s

Amat penting bagi seseorang blogger untuk sentiasa peka dan tidak tertinggal apa-apa maklumat ataupun idea. Oleh itu, dengan menggunakan iPhone 5s seseorang blogger boleh mengambil nota secara cepat dengan menggunakan sebarang aplikasi nota seperti Evernote. Mempunyai kapatasi dan kepantasan seperti iPhone 5s menjanjikan nota yang diambil terus disimpan di “cloud system” untuk rujukan seterusnya.

Bercakap mengenai cloud, iPhone 5s juga mempunyai cloud photo system yang sangat-sangat membantu. Setiap gambar yang diambil, sistem iOS akan mengemas kini gambar tersebut melalui iCloud dan kita boleh mengambil gambar tersebut diperanti yang lain seperti MacBook ataupun iPad.

Gambar serta dokumen seseorang blogger adalah sangat penting dan harus dijaga dengan rapi. Dengan sistem keselamatan Touch ID pada iPhone 5s, ianya meningkatkan tahap keselamatan data anda. Kita tidak perlu bimbang sekiranya orang yang tidak dikenali cuba untuk memecah masuk dan mencuri data-data kita.

Kelebihan yang terakhir sekali adalah kerana ianya adalah iPhone. Tidak pernah ada cara yang betul ataupun salah menggunakan iPhone. Ianya sangat ringan, berkuasa tinggi dan yang paling penting sekali ianya eksklusif untuk semua orang. Seseorang blogger tak pernah bosan membaca blog sendiri ataupun blog rakan-rakan di skrin iPhone 5s. Biarpun skrinnya tidak sebesar Galaxy Note ataupun Sony Xperia Z2, tetapi ianya sangat sempurna untuk semua blog.

Terima kasih kerana telah membaca blog ini melalui peranti iPhone anda~ Assalamualaikum

Seribu penghargaan kepada semua penaja peraduan ini.

 5,283 total views,  1 views today

Advertisements
               

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.