Tag - Reviews

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Meskipun iPhone 5s telah lama berada di pasaran dan kini kita setiap hari dikemas kini dengan gambar terbaru iPhone 6 namun, kali saya ingin berkongsi sesuatu yang sedikit berbeza mengenai iPhone 5s. Ini bukanlah review teknikal mendalam mengenai iPhone 5s tetapi ianya lebih kepada penggunaan bijak dan keperluan sebagai seorang blogger. Topik ini saya ketengahkan diantara lain bagi menyahut cabaran oleh kumpulan blog terkenal DenaiHati di dalam peraduan iPhone 5s bagi entry blog yang terbaik.

iphone02

Rupa sisi iPhone 5s

iphone05

Kamera iPhone 5s tidak pernah mengecewakan

Seperti sedia maklum, saya sangat selesa dan sudah sebati dengan eko sistem iOS. Menggunakan iPhone 5s sebagai telefon harian umpama membawa kereta Ferrari di lebuh raya. iPhone 5s sememangnya memudahkan seseorang blogger di dalam mengemas kini blog masing-masing. Dengan menggunakan aplikasi “Blogger” ataupun “WordPress“, seseorang blogger boleh meng-edit blog dengan mudah dan pantas tanpa mengira masa dan tempat.

Kamera pada iPhone 5s juga merupakan diantara kamera yang paling mudah digunakan dan menghasilkan gambar yang cantik. Saya sangat suka shortcut pada menu hadapan untuk mengambil gambar. Ianya sangat cepat dan membolehkan kita mengambil gambar secara pantas untuk pengisian pada blog. Walaupun ianya hanya dilengkapi dengan 8MP namun kualiti gambarnya mampu mengalahkan kamera yang mempunyai MegaPixel yang lebih tinggi. Read More

 5,283 total views