Nampaknya teaser filem baru yang dimuatnaik melalui YouTube Channel Les’ Copaque baru-baru ini terus memberikan gambaran baru di dalam industri perfileman negara. Teaser filem baru hasil kerjasama Les’ Copaque Production dan KRU Studios ini nampak sungguh promosing dan lain dari yang lain.
Dari teaser ini, pihak produksi memperkenalkan watak utama iaitu Puteri Balqis yang merupakan Pelakon Wanita Terbaik Asia Anugerah Television Asia. Mesti semua sudah maklum dengan lakonan mantap Balqis yang boleh membuatkan penonton tersenyum ataupun menitiskan air mata. Read More
Semasa saya menginap di DoubleTree by Hilton Johor Bahru. saya juga turut diperkenalkan dengan restoran Tosca yang terletak di tingkat 13 hotel ini. Meskipun berada di dalam bangunan yang sama, Tosca menyajikan makanan yang berbeza dengan “Makan Kitchen” yang terletak di ground floor. Dengan berkonsepkan masakan Itali, Tosca merupakan restoran yang ideal bagi mereka yang inginkan suasana makan yang eksklusif ataupun private dinner.
Restoran Tosca
Suasana di luar Tosca
Restoran Tosca terletak bersebelahan dengan swimming pool. Berkonsepkan live kitchen, kita boleh nampak chef menyediakan pizza dan juga chef akan memasakan pasta mengikut permintaan kita. Terdapat juga sebuah bilik makan khas yang mempunyai pintu kaca bagi memberi peluang pengunjung menonton aksi menarik di dapur ketika sedang makan. Read More
Perth sememangnya salah satu destinasi impian saya dan ianya bagaikan mimpi bila dapat menjejakkan kaki ke sini. Berbeza dengan Melbourne ataupun Sydney, Perth terletak di barat Australia dan keadaan di Perth sangat tenang dan tidak sibuk. Suasana tenang dan nyaman terasa sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Perth. Penerbangan ke Perth dari KLIA mengambil masa lebih kurang 5 jam. Ini adalah pengalaman pertama saya di Perth dan saya sangat excited nak terokai apa yang menarik di Perth.
Baru-baru ini saya berpeluang untuk menjamu selera di sebuah restoran yang mempunyai nama yang sungguh unik iaitu Rimba dan Rusa. Restoran ini bukanlah terletak di dalam hutan dan makan bersama rusa, tetapi ianya terletak di Kota Damansara berdekatan dengan Sunway Nexis. Lokasinya sangat strategik kerana terletak di simpan jalan utama. Bila menjejakkan kaki ke dalam restoran Rimba dan Rusa, barulah saya tahu rupanya restoran ini di bawah pengurusan Wonder Milk yang terkenal dengan kek yang sedap.
Rimba & Rusa
Restoran Rimba & Rusa terletak ditepi simpang utama
Suasana di dalam Rimba & Rusa
Dekorasi di dalam Wonder Milk sudah tentulah bukan biasa-biasa. Ianya sangat cantik dan mempunyai konsep tersendiri. Dari rekaan kaunter, warna meja, susunan lampu hinggalah kepada pilihan makanan, Rimba dan Rusa nampak eksklusif dari semua sudut. Secara umumnya makanan di sini agak mahal sedikit kerana kualiti dan enrivonment sekitar. Read More
Baru-baru ni saya ditawarkan perkhidmatan iflixPERCUMA selama setahun kerana saya merupakan salah seorang pelanggan UniFi. Tawaran ni memang sangat bermakna kerana saya sebenarnya sedang di dalam dilema samada ingin mula melanggan atau pun tidak selepas tamat tempoh percubaan. iflix secara peribadinya cukup bagus meskipun ramai yang membandingkannya dengan Netflix.
Banyak betul movie dan TV series di iflix sehingga saya rasa kalau saya langgan Netflix pula lagi, entah bila masa saya akan tengok. Ada banyak cara untuk menonton Netflix ataupun iflix dan anda boleh pilih mana-mana cara yang anda suka. Kali ni saya nak tunjukkan cara menggunakan Google Chromecast kerana saya rasa ianya lebih praktikal dan user friendly.
Chromecast di dalam kotak
Rupa chromecast
Spesifikasi Chromecast
Apa di dalam kotak
Mula-mula saya dapatkan Chromecast secara online di Lazada dengan harga RM149 sahaja. Sekarang sebenarnya dah ada Chromecast 2 tapi saya masih berkenan dengan Chromecast 1 kerana bentuknya yang lebih simple seakan-akan thumbdrive. Chromecast ni sangat ringan, mudah dibawa ke mana-mana tapi masih terasa sangat solid dan kuat. Di dalam kotak terdapat beberapa item lain seperti kabel penghubung, kabel USB dan juga plug. Walaupun nampak macam banyak benda, tapi tak semua kita perlukan sebenarnya. Read More
Kalau petang-petang memang layan je kalau dapat minum teh tarik sambil makan kuih. Lagi sedap kalau dapat makan kuih-muih tradisonal macam lepat pisang ataupun lempeng. Mana nak cari ye?
Di Shah Alam, terdapat sebuah kafe yang memang khusus menjual kuih-muih tradisional yang diberi nama Kueh. Terletak di Seksyen 13, kafe Kueh ni sangat senang untuk dicari kerana signboard “Kueh”nya dari jauh dah boleh nampak.
Semenjak Netflix dah secara rasmi masuk ke pasaran Malaysia ni, ramai betul orang mula beralih arah ke Netflix. Netflix dah lama diperkenalkan di pasaran US dan di Malaysia sebelum ni kita hanya ada iflix. Tapi macam mana nak tengok Netflix ataupun iflix ni? Ramai yang masih keliru dan kali ni saya nak tunjukkan 6 cara mudah untuk menonton Netflix dan iflix. Tak kira apa-apa carapun, yang paling penting sekali kenalah ada internet sebelum mencuba cara-cara di bawah.
1. SmartTV
Cara paling mudah adalah dengan menggunakan SmartTV. Sekarang ni dah ada macam-macam jenama SmartTV dan kesemuanya ada fungsi aplikasi tambahan seperti Netflix. Hanya perlu pilih rancangan melalui remote TV seperti menonton TV biasa. Cara ni mungkin paling mudah, tapi bukan semua orang mampu nak beli SmartTV.
2. AppleTV
Buat penggemar Apple sudah pasti tahu mengenai AppleTV. Ianya berharga sekitar RM350 sahaja dan mampu digunakan untuk menonton siri kegemaran di Netflix. Selain itu, AppleTV juga digunakan untuk filem HD yang dibeli ataupun disewa secara maya di Apple Store. Read More
Kali ni kita nak cari steamboat yang terkenal di Johor iaitu Johor Steamboat. Sebenarnya saya tahu mengenai Johor Steamboat ni melalui radio BestFM yang iklannya diulang-ulang setiap hari. Saya ni kan setiap hari wajib dengar radio BestFM. Saya pun tak tahan terus pergi ke Johor semata-mata nak tengok sendiri steamboat kat sini.
Johor Steamboat ni terletak di Taman Adda Heights, Johor Bahru dan tak susah nak cari restoran ni sebab ianya terletak di tepi jalan utama dan di corner lot. Restoran ni sangat ramai orang dan seolah-olah ada kenduri kahwin sebab sangat meriah. Suara DJ kat sini dah macam sedang mengacarakan kenduri ataupun station radio.
Selepas saya melihat gambar dan banyak review mengenai sebuah restoran hispter di Shah Alam, saya dah lama berhajat nak mencubanya sendiri. Restoran yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ni, tiba-tiba trending tahun lepas apabila menu Toran Coffee mereka yang menggunakan aiskrim, nutella dan macam-macam lagi diperkatakan di sosial media. Setiap hari penuh sehingga tak jemputpun saya datang review. Tapi apa-apapun, Toran Coffee ini adalah sebuah kafe hispter di Shah Alam yang wajib bagi orang Shah Alam. Memang rugi kalau tak datang. Jom ikut saya makan malam di sini.
Suasana di dalam Toran Coffee
Toran Coffee mula dibuka pada jam 12 tengahari sehingga 12 tengah malam. Terdapat 2 ruang makan iaitu di dalam dan di luar. Ruang makan di luar lebih santai dan rileks dengan perkhidmatan shisha pada waktu malam. Sekiranya datang dengan keluarga, saya cadangkan makan di ruang dalam. Oleh kerana Toran Coffee ni sentiasa penuh, saya sarankan kalau datang dalam kumpulan yang besar, cubalah booking dulu.
Pasta Salmon
Di sini mengamalkan sistem layan diri. Pelanggan sendiri yang kena buat order di kaunter dan terus buat pembayaran. Rasanya macam takde masalah sebab kitapun dah biasa dengan sistem macam tu. Cuma sedikit masalah iaitu menu di Toran Coffee ni semuanya takde gambar, jadi kenalah banyak bertanya sikit masa nak first time buat order di kaunter. Jangan risau sebab petugas di kaunter ni rajin memberi penerangan dan mencadangkan menu kepada pelanggan. Read More
Freeport A’Famosa Outlet Village yang terletak di Alor Gajah Melaka dikatakan lokasi terbaru bagi peminat barangan berjenama sama seperti di JPO ataupun di Mitsui Outlet Park Sepang. Kemunculan lokasi shopping terbaru ini menjadikan lebih banyak sebab kenapa harus datang ke Melaka turut dipanggil sebagai Melaka Premium Outlet. Tapi adakah Freeport A’Famosa Outlet Village ini setanding dengan JPO? Itulah soalan yang ramai orang tanya. Untuk melihatnya sendiri mari kita tengok apa yang ada kat dalam.
Kawasan parking outdoor yang luas
Rekaan blok-blok kedai yang unik
Freeport A’Famosa Outlet Village baru saja dibuka pada penghujung tahun 2015. Keseluruhan kawasan ini dibina di kawasan perkampungan di Alor Gajah dan perjalanan selepas tol akan melalui jalan kampung 2 lane sebelum boleh sampai ke sini. Kemudahan parkingnya agak luas dan selesa. Pertama kali datang ke sini pasti akan terus teruja dengan rekaaan bangunannya yang unik dan menarik. Ianya seakan-akan rekaan bangunan lama yang telah dimodenkan. Mungkin ada sedikit unsur-unsur bangunan di Belanda dengan rumah berupa kincir angin. Read More