Kalau datang ke Melaka memang tak sah kalau tak makan asam pedas Melaka yang original. Sebenarnya ada terlalu banyak pilihan asam pedas di Melaka ni dari exit tol Air Keroh sampailah ke Menara Taming Sari ada saja gerai asam pedas di kiri dan kanan jalan. Sebelum ni saya dah try Asam Pedas Hajah Mona yang sangat terkenal dan saya pun dah pernah jatuh hati sampai makan dua tiga kali di tempat yang sama.
Tapi kalau tanya orang Melaka sejati, kebanyakkannya akan recommend Asam Pedas Claypot yang terletak di Taman Kota Laksamana. Setelah saya sendiri merasai sendiri asam pedas kat sini, barulah saya tahu kenapa. Teruskan membaca.
Asam Pedas Claypot ni dibuka pada lewat petang sehinggalah waktu malam. Kat sini lebih happening pada waktu malam dan tak putus-putus dengan orang. Walaupun tempatnya agak terpencil dan tiada kedai-kedai lain disekelilingnya, tapi restoran Asam Pedas Claypot ni memang menjadi tumpuan orang ramai. Pelbagai pilihan asam pedas kat sini seperti ikan pari, ikan parang, ikan kembung dan favourite saya daging tetel. Satu set asam pedas iaitu bersama sepinggan nasi dijual dengan harga RM10 sahaja. Read More
27,471 total views






















