Apabila bercuti ke Johor, pada kebiasaannya saya akan memilih untuk menginap di hotel sekitar bandaraya Johor Bahru. Tetapi kali ni saya inginkan kelainan dan cuba mencari keunikan di kawasan Nusajaya iaitu di Puteri Harbour. Di kawasan ini sangat terkenal dengan Sanrio Hello Kitty Town dan The Little Big Planet Club. Kalau saya nak bawa keluarga menonton Hello Kitty, takkanlah saya perlu duduk hotel di JB.
Hotel Jen Puteri Harbour bersebelahan dengan Hello Kitty Town
Saya diperkenalkan dengan Hotel Jen Puteri Harbour yang dikatakan bukan saja berhampiran dengan 2 taman tema antarabangsa ini, malahan menawarkan pengalaman yang berbeza. Mari ikuti pengalaman sebenar saya bermalam di Hotel Jen.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Kali ni saya nak bawa pembaca semua ke restoran Nasi Lemak yang tengah viral di media sosial iaitu Nasi Lemak Cik Chom di Batu Pahat. Sebenarnya Nasi Lemak ni tiba-tiba famous sebab ianya menjual menu nasi lemak yang sangat unik iaitu Nasi Lemak Sotong King dan Nasi Lemak Ikan Siakap. Mana nak cari menu-menu istimewa macam ni kalau bukan di Nasi Lemak Cik Chom di Batu Pahat. Jom kita tengok apa ada kat dalam kedai ni.
Orang beratur sehingga ke luar kedai
Bagi yang pertama kali datang ke sini, suasana beratur panjang hingga ke luar kedai adalah perkara biasa. Walaupun restoran Nasi Lemak Cik Chom ni mula beroperasi sekitar jam 5 petang, tapi orang ramai dah mula beratur seawal jam 4 petang lagi. Masa ni, kerusi meja pun belum di susun lagi dan pemilik restoran pun masih tengah goreng kacang lagi.
Walaupun terpaksa beratur sekurang-kurangnya 1 jam, tapi kebanyakkan dari pelanggan di sini tidak merungut kerana rasa berbaloi dengan apa yang mereka tunggu. Yang menariknya, pelanggan di sini bukan saja terdiri dari orang melayu bahkan ramai juga bangsa lain yang turut beratur untuk mendapatkan Nasi Lemak istimewa ini.
Suasana ketika membeli nasi lemak
Suasana di dalam restoran Nasi Lemak Cik Chom
Terdapat beberapa menu pilihan di sini seperti Nasi Lemak Sotong King, Nasi Lemak Siakap, Nasi Lemak Ayam dan Nasi Lemak Burung Puyuh. Tapi diantara semua menu ini, yang paling banyak menerima order adalah Nasi Lemak Sotong King. Ini adalah senarai harga: Read More
Bagi sesiapa yang pernah sampai dan membeli belah di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, ada sesuatu yang anda patut tahu mengenai Mitsui Outlet Park. Sebenarnya Mitsui Outlet Park merupakan rangkaian premium outlet terkemuka yang berasal dari Jepun. Di Jepun sahaja ada sekurang-kurangnya 12 cawangan Mitsui Outlet Park.
Saya berpeluang melawat cawangan Mitsui Outlet Park Makuhari. Jom kita tengok apa yang berbeza dengan di Sepang.
Cawangan Mitsui Outlet Park di Jepun
Sangat berhampiran dengan station
Mitsui Outlet Park Makuhari boleh dikatakan yang paling mudah dikunjungi kerana ianya sangat hampir dengan train station iaitu Kaihin-Makuhari Station. Tak sampai 5 minit berjalan kaki saja dah boleh sampai. Selain itu juga, Mitsui Outlet Park Makuhari ini terkenal kerana paling hampir dengan Disneyland Tokyo. Sememangnya salah satu lokasi wajib sekiranya merancang untuk bercuti ke Disneyland.
Apa yang saya boleh nampak di sini adalah kawasannya yang sangat luas dan tenang. Setiap kedai amat mudah dicari walaupun pada kawasan yang luas. Diantara jenama terkenal yang dijual di sini adalah seperti New Balance, Adidas, Casio, Coach dan banyak lagi.
Bila bercuti ke Jepun, salah satu concern orang ramai adalah berkaitan dengan makanan halal. Sebenarnya, di Jepun ada banyak lokasi makanan halal lebih-lebih lagi dalam setahun dua ini kerana negara Jepun sangat mementingkan keperluan halal pelancong Islam. Dari Japan Halal Expo sehinggalah beberapa kemudahan lain seperti surau dan masjid ianya memang amat memudahkan bagi pelancong Islam ke Jepun.
Kalau berkesempatan ke Tokyo, bolehlah berkunjung ke Ippin Halal Teppanyaki yang terletak di Ebisu. Restoran halal ini berkonsepkan watak kembar terkenal Malaysia iaitu Upin & Ipin. Sebagai duta halal di Jepun, watak Upin & Ipin sememangnya sinonim dengan produk makanan halal. Nama Ippin digunakan bagi mengantikan Upin & Ipin kerana Ippin bermaksud sangat baik bagi masyarakat Jepun.
Restoran Halal Ippin di Ebisu
Saya di pintu masuk
Ippin Teppanyaki terletak di kawasan Shibuya dan train station yang paling hampir adalah Ebisu Station. Lokasinya agak sukar untuk dicari kerana kita harus berjalan ke dalam kawasan perumahan sedikit. Pastikan rujuk pada peta atau google map sebelum ke sini. Read More
Macam-macam aktiviti yang harus dilakukan bila bercuti ke Langkawi. Sebelum sampai ke sini lagi saya dah berazam nak naik cable car ataupun SkyCab di Langkawi sebab dengar kata ianya merupakan diantara tarikan utama kat sini. Langkawi SkyCab ini terletak di lokasi yang sama dengan Art In Paradise Langkawi iaitu di Oriental Village.
Banyak sebenarnya yang ada di sini termasuklah Langkawi SkyBridge, SkyDome, SkyAdverture Park, Geopark Hotel dan kedai-kedai yang menjual cenderamata. Tak susah nak cari lokasi ni sebab kalau di Langkawi ni pusing-pusing akan sampai kat area tu juga.
Papan tanda arah nak ke mana
Banyak kedai-kedai di sini
Nak main ni pun boleh
Suasana di dalam Oriental Village ni sangat santai. Kalau nak duduk-duduk je kat dalam ni sampai tengok gelagat orang pun dah cukup terhibur. Untuk ke kaunter tiket SkyCab, kita haruslah berjalan kaki sedikit ke dalam selama 5 minit. Jangan risau, takde lah jauh sangat. Boleh lagi mencuci mata sebab macam-macam dijual kat sini. Read More
Dah lama rasanya tak makan stimbot dan lama juga tak pekena makanan grill. Sedapnya kalau dapat hirup sup tomyam yang pedas dan pada masa yang sama dapat makan daging atau ayam yang digrill panas-panas. Tiba-tiba saya terjumpa satu restoran melayu yang diberi nama Sukee-Sukii Stimbotdan BBQ yang terletak di Sungai Buloh. Sukanya saya sebab lokasinya taklah begitu jauh dari rumah saya. Restoran ini juga dikatakan baru saja beroperasi dan salah satu restoran Stimbot yang dijamin halal.
Seperti restoran stimbot yang lain, Sukee-Sukii menggunakan konsep buffet dan harga untuk seorang dewasa adalah RM30.90 manakala untuk kanak-kanak pula adalah RM14.90. Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun adalah PERCUMA. Harga ini boleh jadi lebih murah mengikut hari-hari tertentu dan promosi yang ditawarkan. Contohnya promosi diskaun 10% untuk pelajar dan “Ladies Night” pada hari-hari tertentu. Potongan 10% juga diberikan kepada kumpulan yang datang lebih dari 10 orang. Pendek kata macam-macam promosi yang dijalankan di sini.
Sekarang ni memang famous betul dengan Muzium 3D. Tapi siapa sangka di Langkawi pun rupanya dah ada Muzium 3D yang bukan saja terkenal malahan telahpun dirasmikan oleh Tun Mahathir. Pada beberapa bulan selepas perasmian muzium ni pula, Tun datang sekali lagi bersama-sama dengan ahli keluarga beliau. Memang comel melihat aksi-aksi Tun bergambar kat sini. Saya juga dimaklumkan Langkawi Art In Paradise ini telah dianugerahkan oleh Malaysia Book of Records sebagai Muzium 3D yang terbesar di Malaysia dan yang ke dua terbesar di dunia. Wah, memang betul-betul best kalau macam ni.
Gambar 3D dipintu masuk
Naik surfboard
Pergi jumpa Gajah
Langkawi Art In Paradise ini sebenarnya terletak di dalam Oriental Village dan seluas 21,000 kaki. Ianya mempunyai lebih dari 100 lukisan 3D yang dilukis oleh pelukis antarabangsa. Selain dari Langkawi Art In Paradise, di Oriental Village ini juga adalah lokasi terkenal untuk menaiki SkyCab, DuckTours dan macam-macam lagi. Pendek kata, kalau datang ke sini dah macam cover separuh attraction di Langkawi. Read More
Siapa yang minat makan Takoyaki? Takoyaki ni seperti yang kita tahu adalah makanan yang berasal dari Osaka, Jepun dan kebiasaannya di jual di kaki-kaki lima jalan. Di Osaka, Takoyaki dimasak dengan menggunakan isi sotong dan menjadi makanan ringan di sana. Kalau di Malaysia, sebenarnya dah banyak versi moden dan ada pelbagai jenis isi di dalam seperti udang, ikan dan sebagainya.
Japan Boat Takoyaki di IOI City Mall
Saya nak memperkenalkan Japan Boat Takoyaki yang berasal dari Osaka, Jepun. Yay!. Sebelum tu, kalau sesiapa yang pergi Jepun nanti, kebanyakkan Takoyaki di sana boleh dimakan kerana mereka hanya menggunakan makanan laut seperti sotong. Tetapi haruslah berhati-hati dan tanya dulu sebab yang tak boleh makan pada kebiasaannya adalah sos Takoyaki tu sebab ianya diperbuat dari minyak yang tidak halal.
Penyediaan Takoyaki yang sangat sistematik
Japan Boat Takoyaki ni terletak di IOI City Mall dan berhampiran dengan level G di kawasan makanan. Takoyaki kat sini dijual dengan harga RM6 sahaja untuk 1 set iaitu 3 ketul takoyaki dan secawan air minuman. Manakala untuk 3 set pula hanya RM12 sahaja tanpa minuman. Bagi pengemar Takoyaki mesti tahu harga Takoyaki dan mesti semua setuju harga kat sini sangat murah. Read More
Salah satu sebab utama orang datang ke Disneyland adalah sudah tentu untuk melihat Disneyland Parade yang sangat menarik dan unik. Disneyland Parade amat berbeza dengan parade di themepark lain kerana mereka mempunyai pengisian dan kualiti persembahan yang berbeza-beza setiap musim dan tempat. Ketika saya berada di Disneyland Tokyo, saya tidak melepaskan peluang untuk melihat apakah kelainan parade di sini.
Parade di Disneyland Tokyo diadakan 2 kali setiap hari iaitu sekitar jam 12.30pm dan sekitar jam8pm. Bagi yang meminati parade dan watak-watak Disney, saya sarankan tengoklah kedua-dua sesi ini kerana ianya sangat berbeza dan rugi besar kalau tak tengok.
Sony Xperia kali ini diperkemaskan dengan keluaran terbaru yang diperkata ramai iaitu Sony Xperia Z5. Meskipun sekali pandang ianya nampak hampir sama dengan Xperia Z3+/Z4 tetapi sebenarnya ianya sungguh banyak berbeza malahan mempunyai beberapa features baru yang sangat menggoda. Diantara kelebihan utama yang “dijual” oleh Sony adalah Sony Xperia Z5 Premium merupakan smartphone pertama di dunia yang mempunyai paparan 4K.
Paparan 4K bermaksud resolution skrin yang lebih tinggi dan kiraan pixel per inch (ppi) yang lebih banyak. Ini bermakna skrinnya mampu memaparkan kualiti gambar ataupun video paparan lebih tinggi dari biasa dan tak masuk akal. Bayangkan seperti menonton TV 4K pada saiz sebuah telefon. Walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap saiz skrin 4K yang agak kurang perlu, tetapi suka atau tidak inilah hala tuju teknologi skrin smartphone pada masa akan datang. Read More