Author - Mohd Zarin

Jom Jalan-Jalan Jepun – Makuhari-Harajuku (Part 3)

Setelah penat seharian berada di Japan Halal Expo, masih ada satu hari lagi di sini. Kali ni adalah masa untuk beberapa meeting di Jepun dan masa untuk shopping. Wah, takde la shopping sangat tapi sempat la cuci mata sikit-sikit. Alhamdullilah, pada hari tu cuaca sangat baik. Kalau pada hari sebelum-sebelumnya cuaca kat sini selalu hujan tapi pada hari tu awal-awal pagi lagi dah nampak cahaya matahari yang sangat cantik.

Pagi tu, saya dibawa ke destinasi meeting dengan menaiki teksi. Teksi kat Jepun ada beberapa jenis, cuma saya kurang pasti kenapa teksi ala-ala model lama ni menjadi pilihan. Walaupun teksi ni dari luar nampak macam oldschool, tapi kat dalam dia sangat lengkap dengan GPS dan macam-macam lagi.

makuhari02

Teksi yang dinaiki pada hari tersebut

makuhari03

Nampak macam old school tapi lengkap dengan GPS

Read More

 11,545 total views

Jom Jalan-Jalan Jepun – Makuhari (Part 2)

Akhirnya hari yang ditunggu iaitu Japan Halal Expo 2014 telahpun tiba. Acara ni berlangsung di Makuhari Messe iaitu sebuah pusat konvensyen yang terkemuka di Jepun. Makuhari Messe ni sangat terkenal sehingga acara-acara besar seperti Japan Auto Show dan konsert-konsert juga kebiasaannya diadakan di sini. Japan Halal Expo ni sebenarnya adalah penganjuran tahun pertama dan ianya tidak pernah dianjurkan sebelum ni. Di sini, lebih dari 100 syarikat dari pelbagai negara mempromosikan produk halal masing-masing dari produk makanan hinggalah kepada produk kesihatan.

View_of_Makuhari-Messe_from_Nakase_2-chome_crossing

Makuhari Messe (Sumber Google)

halal01

Pintu masuk

halal02

Sesi pendaftaran

Japan Halal Expo ni berlangsung selama 2 hari. Pada hari pertama, acara pelancaran diadakan pada awal pagi di dewan utama dan dihadiri oleh media-media tempatan. Saya kagum menonton acara pelancaran mereka ni sebab semuanya sangat sistematik dan tersusun. Kalau di Malaysia, kebiasaannya media akan menuju ke depan pentas untuk mengambil gambar sesi pelancaran dan sebagainya. Berbeza dengan suasana di Jepun, media tidak dibenarkan berada di hadapan pentas, disebaliknya semua media mengambil video dan gambar dari hujung dewan dengan menggunakan zoom lens.

Tidak cukup dengan itu, semua media dan tetamu dilengkapi dengan alat bantu dengar yang membolehkan kita memilih bahasa apa yang ingin kita dengar ketika acara sedang berlangsung. Alat bantu dengar ini kemudiannya mempunyai fungsi yang membolehkan media merakamkan audio secara terus kepada kamera masing-masing tanpa perlu berjumpa dengan juru audio.

halal07

Suasana pelancaran

halal03

Sedang susun flyer

Read More

 10,264 total views

Jom Jalan-Jalan Jepun – Makuhari (Part 1)

Alhamdullillah, belum sempat lagi saya habiskan penulisan saya ke Jepun pada beberapa bulan lepas, saya berpeluang ke Jepun sekali lagi tapi kali ini atas urusan kerja. Saya ucapkan terima kasih kerana memberikan peluang ni dan saya pasti pengalaman ke Jepun kali ini merupakan satu lagi pengalaman baru buat saya.

Sebelum saya bercerita lebih panjang, saya sekadar ingin mengingatkan kepada semua pembaca blog saya dan diri saya sendiri agar lebih berwaspada memilih kawan. Kawan gembira memang senang di cari, tapi kawan ketika susah dan sangat susah untuk dicari.

japanhalal_02

Perjalanan di Tokyo ketika waktu malam

japanhalal_04

Ketika menunggu bas

Objektif utama kali ini saya ke Jepun adalah untuk menguruskan acara Japan Halal Expo 2014 dan secara tak langsung mengumpulkan gambar serta video disepanjang acara tersebut. Tambah menarik lagi, watak Upin & Ipin dilantik sebagai duta Japan Halal Expo 2014. Flight saya ke Jepun adalah pada jam 2 petang hari Isnin (24 Nov) iaitu sehari selepas selesainya Karnival Upin & Ipin di PICC, Putrajaya. Perasaan kepenatan dan pening yang teramat sangat bercampur dengan perasaan teruja ketika berada di dalam flight. Belum lagi berada di awan, saya sudah meletapkan mata sebaik sahaja mendapatkan tempat duduk di dalam pesawat.

Setibanya di Haneda Airport sekitar jam 11.30pm, rakan niaga di Jepun dah pun menunggu saya di pintu keluar. Saya dibawa ke hotel dengan menaiki bas transit. Walaupun bas tu nampak macam bas biasa je, tapi tiket bas tu je berharga 1150 Yen iaitu lebih kurang RM33. Perjalanan ke hotel memakan masa lebih kurang 20 minit.

japanhalal_05

Pemandu bas membantu membawa beg ke dalam perut bas

japanhalal_06

Harga tiket bas

Read More

 12,688 total views

Upin & Ipin dilantik sebagai duta “Japan Halal Expo 2014”

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Saya melaporkan secara terkini dari Makuhari Messe, Jepun sempena dengan acara “Japan Halal Expo 2014”. Pada tanggal 26 Nov 2014, sejarah baru animasi Malaysia tercipta apabila watak Upin & Ipin diangkat menjadi duta bagi acara ini. Hampir tak percaya bila pertama kali dapat berita ni tapi inilah yang berlaku.
Seperti yang kita tahu, negara Jepun kaya dengan dunia animasi mereka sendiri dan agak sukar untuk menyelitkan nama Upin & Ipin di dalam industri mereka. Mungkin melalui skop makanan halal, nama Upin & Ipin perlahan-lahan mula disebut di sini.

MZ_japan02

MZ_japan06 Japan Halal Expo 2014

Pemilihan Upin & Ipin sebagai duta sebenarnya merupakan satu peluang keemasan yang jarang-jarang boleh diperolehi. Secara kebetulan pihak penganjur sememangnya ingin mencari satu ikon kartun yang terkenal dikalangan masyarakat Islam di Asia untuk dijadikan sebagai duta. Tambahan pula, acara “Japan Halal Expo 2014” ini merupakan penganjuran kali pertama dan sememangnya memerlukan daya tarikan yang kuat.

Read More

 5,885 total views

WordPress Master Class anjuran Akademi DenaiHati

Assalamualaikum semua. Kali ni saya nak berkongsi pengalaman peribadi semasa menyertai WordPress Master Class anjuran Akademi DenaiHati. Sebenarnya, kelas ni dah lama saya daftar tetapi di atas sebab-sebab tertentu saya tangguhkan sehinggalah kepada hari ini. Kelas ni terbahagi kepada dua iaitu WordPress Essentials dan WordPress Master Class.

Kelas Essentials adalah untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak membuat blog, manakala Master Class pula adalah untuk mereka yang sudahpun menggunakan WordPress.

masterclass_denaihati02

Penerangan terperinci oleh saudara Eizil

masterclass_denaihati03

Belajar mengenai kemas kini blog

Kelas Master ni hanya terdiri dari beberapa orang pelajar saja untuk sesi tersebut iaitu dari CahayaDiana.com, Hafiz.my dan saya sendiri MohdZarin.com. Saya beruntung kerana berpeluang belajar bersama cikgu blogger hebat iaitu saudara Hadihaizil yang juga membuat blog iaitu Eizil.com.

Sepanjang lebih kurang 7 jam di dalam Master Class ni banyak perkara baru yang telah diajar yang mana selama ini sebagai blogger biasa mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai isu-isu keselamatan mahupun ciri-ciri kemaskini untuk blog. Read More

 5,077 total views

Jom Jalan-Jalan Jepun – Tokyo (Part 3)

Assalamualaikum semua. Bertemu sekali lagi dalam post mengenai jalan-jalan di Jepun yang panjang lebar ni. Kali ni, sebelum baca bahagian 3 ni, apa kata pergi bancuh milo dulu sebab bahagian kali ni lebih panjang. Kalau belum baca lagi bahagian 1 dan bahagian 2 saya galakkan baca dulu. Saya berada di Tokyo, Jepun lebih kurang 5 hari dan saya dah pergi ke beberapa tempat menarik yang wajib dilawati kalau ke Tokyo seperti Harujuku, Odaiba, Shibuya dan banyak lagi. Teruskan membaca.

japan056

Suasana santai di Jepun

japan059

Kedai Hello Kitty Japan

japan098

Saya beli apa ye

Makanan Halal

Sebelum kita berjalan-jalan lebih jauh lagi, saya nak bercerita sikit mengenai makanan halal di Jepun. Secara umumnya, di Jepun ni mereka jarang menghidangkan makanan berasaskan daging seperti ayam dan lembu (ataupun oink oink) melainkan ianya sudah tertulis ianya adalah daging ataupun sebagainya. Ini adalah kerana kebanyakkan makanan utama masyarakat Jepun adalah berasaskan makanan laut. Oleh itu, kita boleh makan makanan Jepun kat sini seperti Sushi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, cuba elakkan makan Sushi dengan sos atau kicap mereka kerana kebanyakkannya mengandungi sake (arak). Takde masalah sekiranya nak tanya mereka samada makanan tu mengandungi sake atau tidak. Sebab itulah, kalau tengok program “Jejak Zizan ke Jepun”, Zizan makan apa saja walaupun takde tanda halal. Tapi bukan tak bermakna di Jepun takde kedai berstatus halal. Ada tu memang ada. Cuma lokasinya agak jauh dan ianya terhad. Selain tu, makanannya juga adalah lebih mahal. Ada juga beberapa pilihan kebab arab yang dijual dibeberapa lokasi utama di Tokyo.  Read More

 41,178 total views

Kacang Pool Haji, Johor

Salam Jumaat. Kali ni saya nak share satu lagi menu wajib kalau singgah ke Johor Bahru. Rasanya tempat ni dah ramai yang tahu dan banyak juga Food Blogger yang dah pernah buat review makanan ni. Menu makanan hari ni adalah Kacang Pool Haji yang terletak berhampiran dengan Balai Bomba Larkin. Kacang Pool ni sebenarnya adalah makanan berasal dari Johor dan biasanya dimakan waktu breakfast. Ada juga Kacang Pool versi Singapura.

kacangpool01

Set Kacang Pool

kacangpool02

Kuah Kacang Pool yang pekat dan dimasak dengan daging cincang

Read More

 7,921 total views

Upin, Ipin dan Ultraman Ribut

Les’ Copaque Production akan menerbitkan episod khas dalam Siri Animasi Upin & Ipin Musim ke-8 yang akan menampilkan watak “Ultraman Ribut”. Episod khas ini bakal ditayangkan di TV9 pada 14,15 dan 16 November 2014 jam 5.30 petang. Penampilan khas Ultraman di dalam Siri Animasi Upin Ipin ini, adalah hasil dari kerjasama antara syarikat kami dengan Tsuburaya Productions dari Jepun.

POSTER_DATE

Read More

 14,580 total views

Jom Jalan-Jalan Jepun – Tokyo (Part 2)

Alhamdullilah, akhirnya tercapai juga impian melihat suria pagi di Jepun. Ingatkan semalam tu mimpi je datang Jepun, rupanya betul-betul. Hotel yang saya tinggal di Tokyo, Jepun ni namanya adalah Khaosan Tokyo Ninja. Hotel ni merupakan sebuah hotel khusus untuk backpackers ataupun pelancong yang ingin tinggal lama di Jepun dalam mode budget. Hotel ni bukanlah hotel 5 bintang, tetapi semua kemudahan asas seperti bilik tidur, bilik air lengkap disediakan. Ruang biliknya tidaklah begitu besar dan hanya ada katil dan sebuah almari saja. Tiada TV dan bilik airnya adalah di luar dan harus dikongsi bersama orang lain.

Walaupun bunyi macam sedihje kan, tapi sebenarnya tak. Hotel ni sangat-sangat bersih dan selesa. Kiranya macam duduk asrama masa belajar dulu tapi kali ni asrama tu kat Jepun. Hotel ni juga merupakan salah satu pilihan yang datang bersama dengan pakej tiket penerbangan melalui Air Asia Go. Kos hotel ni selama 5 hari adalah sekitar RM400 yang mana sudah termasuk di dalam kos keseluruhan tiket penerbangan iaitu sebanyak RM1,100 untuk seorang. Murah kan?

*Saya tinggalkan tip memilih hotel melalui Air Asia Go diakhir blog ini.

japan015

Hotel Khaosan Tokyo Ninja

japan016

Kawasan di lobby hotel

japan017

Suasana di dalam bilik air kongsi

Read More

 18,890 total views

Karnival Upin & Ipin 2014

KARNIVALUI_01-1024x1024

Karnival Upin & Ipin 2014 tiba lagi dan kali ini ianya bakal membawa 1,000 macam kelainan dan keunikannya yang tersendiri. Lokasi di PICC, Putrajaya sebenarnya telah dipilih untuk Karnival Upin & Ipin tahun 2013 tetapi oleh kerana kesuntukan masa  dari segi kelulusan dan sebagainya, akhirnya lokasi ini dipinda pada November 2014. Pejam celik, pejam celik… tengok-tengok hanya kurang lagi sebulan karnival ini akan berlangsung. Menjadi sebagai salah seorang diantara orang belakang tabir Karnival Upin & Ipin semenjak tahun pertama penganjuran iaitu sekitar tahun 2010, saya dapat melihat banyak perubahan dan pembaikan pada setiap tahun.

1496231_10152190453964750_422804538_o

Gambar dari Facebook Upin & Ipin

Read More

 13,284 total views