Konnichiwa~! Sayonara~! Sushi King~ Amboi, sekali sekala cakap Jepun apa salahnya. Kali ni saya excited betul nak sharekan pengalaman saya ke Jepun pada beberapa bulan yang lepas. Yelah, manalah nak terfikir akan ke negara Jepun sebelum ni. Bunyinya pun dah macam mahal dan memang takkan mampu nak melancong ke sana. Eeeh, tapi tu dulu. Sekarang ni nak ke Jepun dah tak mahal macam dulu. Percutian saya ke Jepun ni sememangnya ikut budget dan saya rasa semua orang pun mampu nak pergi. Saya booking melalui Air Asia Go lebih kurang 8 bulan lebih awal dari tarikh yang saya nak tu. Dan saya pula tak pilih peak season sebab harganya akan lebih mahal. Untuk tiket penerbangan pergi balik serta hotel (ala-ala orang bujang) untuk 5 hari 4 malam saya hanya membelanjakan sekitar RM1100 sahaja. Kalau kita kira pada harga kos, apalah sangat sebab janji dapat jejakkan kaki di negara Jepun. Percutian ke Jepun kali ni disertai oleh Hafiz, Aino dan Adang. Kiranya kali ni macam travel orang laki-laki je. Kami telah memilih Tokyo sebagai destinasi utama sebab masing-masing mempunyai sebab dan minat tersendiri di Tokyo. Kami berempat tiada pengalaman ke Jepun dan kami juga tiada kemahiran langsung bercakap bahasa Jepun. Kami hanya berbekalkan Google dan iPhone masing-masing sahaja.
27,035 total views, 1 views today





































