Saya adalah pengemar Mee Rebus dan telah mencuba pelbagai jenis Mee Rebus tak kira di Kuala Lumpur ataupun di luar Kuala Lumpur. Bagi saya Mee Rebus yang sedap haruslah mempunyai rasa rempah ratus yang cukup dan sempurna. Kuahnya pula tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Ianya harus cukup untuk sebati dengan bilangan Mee serta disajikan dengan taugeh yang segar. Saya suka kalau kuahnya ada rasa sedikit manis dan pedasnya datang pada cili hijau yang digigit rangup.
Masjid Sultan di Arab Street
Proses mengorder makanan
Macam mana? Terliur tak? Saya dah jumpa Mee Rebus paling sedap saya pernah makan iaitu di Arab Street, Singapura. Nama restoran yang menjual Mee Rebus terbaik ini adalah Kampung Glam Cafe. Rasanya Restoran ni dah cukup terkenal bagi sesiapa yang pernah datang ke Singapura. Kampung Glam Cafe sini berhampiran dengan Masjid Sultan dan Arab Street yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong.Selain dari Mee Rebus, restoran ini juga amat terkenal dengan makanan nasi padang dan nasi lemak.
Assalamualaikum semua~ Kali ni saya nak sambung semula rentetan percutian saya ke Hong Kong. Buat mereka yang terlepas membaca artikel berkaitan dengan percutian saya di Hong Kong sebelum ini bolehlah membaca Bahagian 1 dan Bahagian 2 terlebih dahulu. Setelah seharian saya berjimba-jimba di Disneyland Hong Kong, pada keesokan harinya saya dibawa melawat bandaraya Hong Kong yang juga di dalam pakej percutian bersama Poto Travel. Diantara tempat-tempat yang terkenal sebagai lokasi tarikan pelancong adalah Hong Kong Avenue Of Stars, Victoria Peak dan Ocean Park. Konsep Avenue Of Stars adalah seakan-akan di Hollywood di mana terdapat lebih dari 100 “Hand Print” ataupun tapak tangan artis-artis Hong Kong yang terkemuka dilantai-lantai jalan. Di sini juga terdapat patung-patung seperti Bruce Lee dan beberapa patung-patung lain. Saya dimaklumkan juga di sini kerap diadakan aktiviti seperti persembahan muzik dan acara-acara lain.
Kepada sesiapa yang suka jalan-jalan cari makan pasti pernah dengar mengenai “Plan B”. Kedai makan Plan B ala-ala kopitiam ni sudahpun mempunyai cawangan di Kuala Lumpur seperti di One Utama dan Publica. Namun begitu cawangan mereka di Ipoh ini sering menjadi tumpuan pelancong dan orang Perak sendiri kerana keunikan dekorasi di dalam kedai dan kawasan persekitaran. Selain menawarkan makanan ala western dan pelbagai pilihan kopi, Plan B menjadi pilihan tempat untuk bersantai bersama keluarga ataupun kawan-kawan.
Selamat datang ke Plan B
Suasana di dalam Plan B
Menu Plan B
Plan B terletak di tengah-tengah bandar Ipoh iaitu di Jalan Panglima. Mencari Plan B tidaklah begitu sukar kerana kawasan kedainya yang besar dan sentiasa memaparkan signboard “Plan B” tidak kira dari arah mana anda datang. Dekorasi di dalam kedai Plan B sungguh santai dan banyak menggunakan elemen-elemen barat serta pokok hijau sebagai trademark mereka. Setiap ruangan di dalam kedai menggunakan pelbagai jenis meja dan susunan bagi memberi pilihan kepada pelanggan samada ingin makan secara dua orang, kumpulan ataupun untuk sesuatu majlis. Lampu downlight kuning dan dinding berkaca pula menaikkan mood eksklusif ketika berada di dalamnya.
Kalau di Shah Alam kita berbangga dengan adanya ICT iaitu tempat yang bercahaya dengan lampu-lampu yang cantik, tetapi penduduk di Pantai Timur juga berbangga dengan ICT mereka sendiri. ICT yang dimaksudkan adalah Ikan Celup Tepung yang menjadi makanan wajib bagi sesiapa yang berada di negeri-negeri Pantai Timur. ICT ini kebiasaannya dimakan pada waktu petang macam goreng pisang sambil berehat-rehat menikmati udara pantai. Di Pantai Timur, mereka suka masak apa saja asalkan boleh digoreng dengan tepung.
Kunjungan saya di ICT Haji Pak Long, Terengganu beberapa minggu yang lepas membuatkan saya teruja melihat kepelbagaian makanan berasaskan tepung yang disediakan. Dari ikan, sotong, udang, ketam, hinggalah ke ikan pari semuanya merupakan menu hidangan istimewa ICT di sini.
Walaupun Samsung telah mengumumkan Galaxy Note 4 mereka semalam, namun saya harap masih tidak terlambat untuk berkongsi mengenai salah satu ahli keluarga mereka iaitu Samsung Galaxy Tab S. Sebenarnya, saya selalu membaca mengenai peranti Samsung tetapi tidak pernah betul-betul menggunakan apa-apa peranti Samsung. Samsung seperti yang kita tahu kerap mengemas kini peranti mereka dan kadang-kala kita tidak terkejar dengan teknologi yang mereka bawa. Adik beradik Galaxy Tab pula sungguh banyak berada di pasaran hingga kita pun keliru dan terlupa nama-nama mereka. Namun begitu, kali ini saya ingin kongsikan mengenai Galaxy Tab S yang akan membuatkan anda akan mengingati namanya selepas selesai membaca blog ini.
Samsung Galaxy Tab s
Home button dan fingerprint scanner
Galaxy Tab S didatangkan dalam dua saiz iaitu 8.4-inci dan 10.5-inci. Kedua-dua pasangan saiz ini kerap dibandingkan dengan iPad Mini Retina dan iPad Air kerana skala saiz yang yang hampir sama. Saya tidak pasti apakah maksud “S” pada nama Tab ini tapi saya boleh simpulkan ianya mungkin untuk “Screen” ataupun “Sharp”. Tab ini dilengkapi skrin ber resolusi sangat tinggi iaitu 1600 X 2560 pixel iaitu bersamaan ~359 ppi yang dipanggil teknologi Super AMOLED. Jadi tak hairanlah ramai yang mudah jatuh cinta pandang pertama apabila pertama kali menatapi skrin Galaxy Tab S. Resolusi skrin pada Tab S lebih tinggi dari kebanyakkan TV kita yang berada di rumah (selain TV 4K). Read More
Walaupun kita dah beberapa hari menyambut 31 Ogos, namun saya masih terasa lagi semangat Merdeka. Saya rasa kebanyakkan dari peserta persembahan Hari Merdeka pasti mempunyai perasaan yang sama. Ini adalah kerana semuanya telah bertungkus lumus selama lebih kurang 3 bulan untuk pelbagai jenis latihan dan perancangan. Alhamdullilah, semuanya telah selesai dengan jayanya. Saya masih teringat detik-detik persembahan Hari Merdeka dan apa yang berlaku di belakang pentas utama. Calltime pukul 3 – 4 pagi sudah terasa biasa kerana sudah hampir seminggu saya melaluinya. Saya dan krew Les’ Copaque kebanyakkannya tidur di hotel sekitar Dataran Merdeka untuk menjimatkan masa dan mengelak jem. Kebanyakkan petugas seperti cikgu, pelajar, polis dan pegawai kerajaan juga bermalam di sekitar hotel di Dataran Merdeka.
Sebelum jam 6 pagi lagi seorang demi seorang peserta mengambil posisi masing-masing. Tepat jam 6.30 pagi tiada lagi pelajar yang boleh bergerak dan semuanya harus sudah berada ditempat yang telah ditetapkan. Walaupun siaran langsung hanya bermula pada jam 8 pagi tetapi persediaan awal dan latihan pagi harus dimulakan. Saya kagum dengan pelajar-pelajar yang menyertai persembahan kerana mereka harus lebih awal berada di sekolah masing-masing iaitu sekitar jam 3 pagi sekiranya mereka datang ke Dataran menaiki bas sekolah.
Pelajar mula memenuhi Dataran Merdeka pada awal pagi
Petugas JPAM bersiap sedia
Diantara barisan cikgu-cikgu
Peserta dengan pakaian masing-masing
[Kiri] Hafiz [Kanan] Ah Wei
Suasana di dalam khemah
Petugas-petugas lain juga harus berada di Dataran Merdeka sekitar waktu 6 pagi walaupun tidak memerlukan latihan awal pagi. Jalan-jalan utama ditutup seawal jam 6 dan untuk memang agak mustahil untuk masuk ke kawasan Dataran Merdeka selepas waktu itu selain menggunakan pengangkutan awam. Di dalam khemah Les’ Copaque juga, kami mengadakan briefing setiap hari bagi mengemaskini semula dan memperbaiki kekurangan pada fasa raptai. Yang hairannya, perasaan pada hari merdeka tidaklah begitu nervous. Mungkin kerana kami semua telah melalui raptai penuh pada beberapa hari sebelumnya dan sudah faham mengenai jadual acara. Pada hari tersebut, kami lebih banyak menghabiskan sesi pagi dengan bergambar dengan menikmati keindahan sekeliling. Tak sangka, begitu ramai orang yang datang pada awal pagi untuk menyaksikan perarakan Merdeka. Saya dan kebanyakkan peserta yang sedang berada di belakang pentas tidak dapat langsung menonton apa yang sedang berlaku dan hanya menonton TV Besar di Dataran bagi mengetahui perkembangan. Read More
Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 baru sahaja selesai berlangsung dengan meriahnya dan gilang gemilang. Saya secara tak langsung telah melibatkan diri dengan aktiviti persembahan pada tahun ini. Banyak kenangan manis serta dugaan yang telah ditempuhi sepanjang melibatkan diri. Walaupun sangat penat, tetapi hasilnya sangat memuaskan dan berbaloi. Saya kongsikan beberapa gambar-gambar menarik disepanjang sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57. InsyaAllah saya akan kongsikan cerita-cerita menarik disebalik tabir dan persiapan Hari Kemerdekaan pada post yang akan datang.
Peserta tarian sebagai acara pembukaan
Upin & Ipin sebagai salah satu keunikkan tahun ini
Perbarisan oleh Tentera
Guru pembimbing yang membantu pelajar menari dan membuat persembahan
Kalau sesiapa yang datang ke Ipoh pasti tak sah kalau tak pekena Nasi Vanggey. Vanggey yang bermaksud “Mari” dalam bahasa Tamil sememangnya sudah terkenal di Ipoh dan dinikmati oleh semua bangsa tak kira Melayu, Cina ataupun India. Nasi Vanggey juga dulu terkenal dengan panggilan Nasi Ganja dikalangan orang Melayu. Walaupun sekarang sudah terdapat banyak cawangan Nasi Vanggey, tetapi Nasi Vanggey original adalah yang terletak di Jalan Yang Kalsom, iaitu sebuah Kedai Kopi peniaga cina iaitu Yong Suan. Nasi Vanggey dijual di bahagian hadapan kedai kopi, manakala pemilik kedai kopi ini pula hanya menjual air minuman sahaja. Siapa sangka kedai yang kelihatan seperti kedai makanan cina ini, rupanya menjual nasi yang menjadi ketagihan ramai orang.
Kedai Nasi Vanggey Original
Zarith pun kena beratur
Perniagaan Nasi Vanggey ini tidak putus-putus diserbu pelanggan yang ingin mencuba keenakan nasi ini. Walaupun ramai orang, tetapi layanan mereka sangat cepat dan membuatkan kita terasa beratur sekejap saja. Nasi Vanggey di sini dijual sekitar RM6 untuk set ayam dan terdapat beberapa pilihan lauk lain seperti ikan dan daging. Keistimewaan Nasi Vanggey ini adalah pada sambal karinya yang sedap dan pekat. Kalau siapa yang tak tahan, mungkin boleh sakit perut dibuatnya. Ayamnya pula berwarna merah dan penuh dengan rempah ratus yang unik.
Tahniah kepada pengantin baru Dr Dana & Syahir yang baru saja melangsungkan perkahwinan beberapa hari yang lepas di Ipoh. Kalau nak tahu, Dana ni adalah sedara kepada Zarith. Kiranya masa kecik-kecik dulu dorang adik-beradiklah yang selalu main tepi longkang sama-sama dan kayuh basikal pergi kedai. Itu cerita mereka masa kecik-kecik dulu.
Wedding ni telah dilangsungkan di Adonis Bridal di Ipoh, Perak dan diatur serta direka begitu unik sekali kerana menggabungkan beberapa konsep moden dan baru. Pasangan pengantin ini menggabungkan beberapa konsep dari perkahwinan ala masyarakat Cina dan ala-ala Garden Wedding. Dari hiasan lampu kuning menerangi kawasan taman hinggalah kepada live band yang menyanyikan lagu cinta dalam bahasa Inggeris, semuanya merupakan beberapa sentuhan moden yang ingin dicapai. Photobooth dipintu masuk utama tetamu juga dihias dengan cantik dan berseri. Dana & Syahir adalah pasangan yang suka melancong dan mengambil gambar. Jadi tak heranlah, gambar-gambar mereka menghiasi taman dan menjadi sebahagian dari elemen dekorasi.
Tak banyak sangat gambar yang sempat saya ambil kerana hujan yang telah turun semenjak petang lagi. Walaupun hujan, namun aturcara majlis tetap diteruskan seperti yang telah dirancang.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua~ Jangan risau kerana entry kali ini saya tidak akan upload sebarang gambar makanan walaupun tajuk entry ini berkaitan dengan Open House. Sebenarnya Open House kali ni adalah khusus buat staff Les’ Copaque Production yang telah dianjurkan oleh Big Bos iaitu Tn Haji Burhanuddin dan Hajah Ainon. Kalau di office, kami hanya memanggil mereka berdua dengan panggilan Uncle & Auntie sahaja.
Untuk tahun ni, Les’ Copaque tidak menganjurkan sebarang Jamuan Raya untuk ahli Kelab Upin & Ipin kerana menghormati kejadian MH17 dan kesibukkan persiapan sambutan Hari Kemerdekaan. Open House ni diadakan pada waktu malam iaitu selepas solat Maghrib. Namun begitu, saya dan Aino telahpun sampai di rumah Uncle & Auntie sejak pukul 5 petang lagi kerana membantu membuat persiapan untuk majlis malamnya nanti.
Aino memulakan tugasan dihadapan pintu rumah Uncle
Tugasan memasang projektor juga tugas Aino
Menu utama pada malam tu adalah Nasi Arab dan Kambing Golek disamping beberapa menu-menu makanan yang lain. Selain makan-makan, malam tu juga Uncle mengambil peluang untuk bercerita dan berkongsi mengenai perancangan untuk tahun ini dan projek-projek akan datang. Walaupun staff Les’ Copaque belum melebihi 200 orang tetapi, peluang untuk berkumpul beramai-ramai macam ni memang jarang-jarang sekali dapat dilakukan. Aino pula pada malam tersebut turut mengambil peluang dan mengumumkan tarikh majlis perkahwinannya. Ops, kepada yang baru tahu ni memang betulah Aino akan berkahwin pada hujung bulan ni nanti. Untuk menjaga keselamatan dan stok door gift, saya tidak dapat memaklumkan bila tarikh perkahwinannya dan lokasi ia diadakan. Biarlah tuan punya badan yang announce.
Jamuan makan malam ni sangat santai-santai saja. Tiada aturcara rasmi disediakan dan diikuti. Staff Les’ Copaque yang sudah berkahwin pula dibenarkan membawa suami atau isteri sertai anak-anak. Barulah raya namanya.