Sebagai peminat produk Sony, saya memang takkan terlepas untuk mengumumkan salah satu telefon pintar terbaru oleh Sony iaitu Sony Xperia C3. Telefon ini direka khusus untuk pengila Selfie dengan beberapa features menarik yang menjadi perbezaan dengan telefon pintar keluaran Sony yang lain. Features utama adalah camera hadapan iaitu sebanyak 5.0 megapixel yang mana kebanyakkan telefon sekarang menawarkan sekitar 1.8 hingga 2.0 megapixel sahaja. Selain itu, camera hadapan juga didatangkan dengan flash dan menggunakan lens wide 25mm sesuai untuk selfie di dalam kumpulan. Aplikasi cameranya juga telah ditambah dengan aplikasi baru iaitu “Portrait Retouch” yang membolehkan pengguna mendekorasi gambar selfie sendiri ataupun kumpulan dengan beberapa tools tambahan seperti makeup, club dan sebagainya.
Buat pertama kalinya saya telah dijemput oleh NuffNang untuk menyertai tayangan filem Dawn of The Planet of The Apes. Actually, tayangan ni terbuka kepada semua NuffNangers dengan syarat kena buat slogan sikit dan sharekan di Facebook. Akhirnya, saya berjaya mendapat 2 tiket untuk ke filem terbaru ini. Terima kasih kepada NuffNang.
Nantikan review filem ini di blog saya nanti. Wehuu.~
Siapa yang tak kenal dengan BATMAN. Pada tahun ini watak Batman menyambut ulang tahun yang ke 75 tahun. Wow, lama betul tu… kalau Batman adalah seorang manusia yang betul mesti dia dah tua sekarang. Anyway, sambutan ulang tahun ke 75 tahun ini secara specialnya diadakan di Pavilion Kuala Lumpur bermula pada penghujung Mei yang lalu. Sejarah Batman yang sebenarnya bermula dari tahun 1939 iaitu dari populariti komik kemudian diadaptasi di dalam TV Series, kartun, video games dan hinggalah kepada filem. Di sini, segala pameran mengenai Batman dipersembahkan termasuklah pameran ratusan figurine Batman dan watak-watak lain yang sudah rare untuk didapatkan. Selain itu juga, replika saiz sebenar Batmobile dan Batcycle sememangnya pasti menarik perhatian pengunjung.
Diantara tarikan paling utama adalah persembahan Hologram Batman yang ditayang di dalam bilik gelap. Tayangan Hologram ini hanya dibenarkan kepada mereka yang membuka akaun BSN di situ sahaja. Ok, mari kita tengok gambar-gambar menarik disekitar hari jadi Batman yang ke 75 tahun.
Batman bermula dari tahun 1939
Pengunjung yang membuka akaun bank BSN akan mendapat hadiah eksklusif Batman
Assalamualaikum kepada pembaca blog saya yang hensem lagi cun ni semua. Sebenarnya saya saja je nak tunggu minggu ni untuk sharekan mengenai pakej Berbuka Puasa yang ditawarkan oleh SACC ataupun Shah Alam Convention Centre. InsyaAllah sekiranya diizinkanNya, umat Islam seluruh dunia akan menyambut 1 Ramadhan pada hujung minggu ini. Jadi mari kita tengok apa tengok apakah menu-menu yang menarik bakal ditawarkan di SACC.
Set berbuka puasa di SACC bermula dari harga RM88 untuk dewasa.
Saya telahpun menghadiri preview Ramadhan yang dianjurkan oleh SACC pada beberapa minggu lepas. Pada setiap tahun, saya memang takkan terlepas untuk berbuka puasa di sini samada dengan keluarga ataupun dengan kawan-kawan. Sebelum kita bercerita mengenai menu makanan, apa kata biar saya kongsikan mengenai suasana berbuka puasa di sini. Pada kebiasaannya SACC akan membuka semua dewan utamanya untuk berbuka puasa termasuklah kawasan luar dewan bagi mereka yang mengemari suasana terbuka. Setiap kali selepas berbuka puasa, SACC pada kebiasaannya akan menyediakan persembahan dipentas utama samada berbentuk persembahan kebudayaan ataupun nasyid. SACC juga menyediakan ruang solat yang cukup luas dan selesa termasuklah untuk Solat Terawih. Bagi mereka yang ingin membayar Zakat pula, bolehlah berbuat demikian di kaunter Zakat yang terletak di pintu masuk SACC. Semuanya amat mudah di SACC.
Dewan berbuka yang luas
Diantara suasana berbuka puasa di SACC
Persembahan kebudayaan
Diantara pengunjung yang sedang menikmati juadah berbuka puasa
Walaupun di Malaysia pasaran telefon pintar lebih didominasi oleh Samsung dan iPhone namun sebenarnya permintaan untuk model terbaru BlackBerry masih tinggi lebih-lebih lagi dari negara seperti Indonesia. Semalam, telefon pintar terbaru dari BlackBerry iaitu Z3 telahpun dilancarkan. Saya yang kebetulan dijemput untuk majlis pelancaran telefon tersebut turut melaporkan suasana di sekitar majlis semalam. Kehadiran saya sebenarnya adalah sebagai salah seorang wakil dari Les’ Copaque Production dan yang membantu menyediakan informasi terkini berkaitan kerjasama di antara Les’ Copaque dan BlackBerry. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kerjasama itu, anda kenalah baca di blog Upin & Ipin nanti.
Majlis Pelancaran Blackberry Z3 ini dihoskan oleh Julie Woon, iaitu salah seorang personaliti TV, pelakon dan juga pengacara majlis-majlis korporat. Dengan kehadiran media yang sangat memberansangkan, Z3 telahpun diumumkan oleh Pengarah Urusan IndoChina BlackBerry iaitu Ben Quirin. Z3 telahpun dilancarkan pada bulan lepas di Indonesia dan dimaklumkan ianya dijual macam goreng pisang panas. Dengan code name “Jakarta”, BlackBerry Z3 di Indonesia telahpun dijual melebihi dari jangkaan awal. BlackBerry Z3 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 7 Julai 2014 dengan harga RM699.
Julie Woon menjadi pengacara majlis untuk pelancaran ini
Hi everyone, this is my Behind The Scene blog post. This is my special blog dedicated to Mr Andrew Parker, the Hot Air Balloon Pilot for “Flying High for Kids“. Currently, he is in Cambodia continuing his journey to travel around the world and fly the UNICEF Hot Air Balloon. Well, it’s not an easy job but somebody has to do it. This special project is actually started at his hometown which is New Zealand. Malaysia is his 3rd country (if I’m not mistaken) and his final destination is Chile. This project will took around 4 years to be completed.
I’ve met him when he was in Malaysia early this month and I manage to arrange a video shooting with him. The video shooting is basically to highlight his profession and to give awareness about his project. We did the shooting at Putrajaya and Kedai Makan Upin & Ipin with AKA Balloon assistant. For those who don’t know, AKA Balloon is the company behind the Putrajaya Hot Air Balloon International Fiesta.
Pengunjung boleh melihat kawasan terminal dari luar Mall
Sudah pasti buat masa sekarang, ramai yang sudah menjejakkan kaki di KLIA2 kerana menaiki penerbangan AirAsia ataupun sebab mengambil kawan-kawan yang pulang bercuti. Apa pun sebabnya, tak salah rasanya kalau ingin datang ke KLIA2 sekadar suka-suka ataupun membeli belah. Ini adalah kerana KLIA2 kini amat berbeza dengan LCCT sebelum ini. KLIA2 terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu Mall dan Terminal. Di dalam Mall, anda boleh bershopping apa saja seperti di dalam Shopping Mall sebenar. Iya, bila saya cakap apa saja memang saya maksudkan apa saja. Dari pakaian harian, makanan, koleksi barang kemas hinggalah kepada barangan basah seperti ikan dan ayam. Konsep Mall ini sememangnya bertujuan mendekatkan pengunjung dengan KLIA2 tak kira sebab dan waktu.
Di bahagian terminal pula, ianya didesign dengan cantik dan tersusun. Saiz terminalnya yang luas dan besar amat selesa dan menyenangkan. Walaupun AirAsia masih menggunakan konsep tambang murah namun perkhidmatan sebegini amatlah memudahkan. Mana tahu pada masa akan datang AirAsia akan menaikkan tambang mereka? Sapa tahukan.
Rekaan yang futuristik
Bukan senang nak tengok view macam ni
Air Asia kini di KLIA2
Kini penumpang tidak perlu berjalan jauh di luar terminal
Oleh kerana KLIA2 masih baru, pihak pengurusan KLIA2 telah menempatkan pembantu arah jalan yang memegang signage “ASK ME” hampir disetiap ceruk dan lorong. Jangan risau kalau tak tahu mana nak tuju sebab pembantu-pembantu ini sangat ramai. Mengikut pengalaman saya, mereka ni sangat helpful namun ada juga yang memberitahu saya, dorang pun tak tahu direction. Well, semuanya bergantung kepada nasib masing-masing. Bagi saya oleh kerana signage yang besar-besar dan simple agak mudah mencari direction.
Lagi satu yang saya suka adalah estimation perjalanan jalan kaki. Oleh kerana KLIA2 ini sangat besar, di setiap signage penting ada information berkaitan estimation sekiranya berjalan kaki ke arah tempat yang dituju dari lokasi kita berdiri. Ini sangat penting untuk mengelakkan terlepas flight dan sebagainya. Sekiranya terlalu jauh, di beberapa kawasan perkhidmatan buggy turut disediakan. Read More
Assalamualaikum semua. Kali ini saya nak sambung cerita panjang saya ketika percutian di Hong Kong dan kali ini saya nak fokus kepada perjalanan di dalam Disneyland Hong Kong. Pada post bahagian pertama saya dah ceritakan macam mana permulaan menjejakkan kaki di Hong Kong dan sudah tentulah destinasi utama iaitu Disneyland amat dinanti-nantikan. Sebelum ini saya pernah berada di Disneyland Los Angeles dan ini merupakan Disneyland ke 2 di dalam hidup saya.
Sebaik sahaja selesai sarapan pagi di hotel, kami semua dibawa oleh pemandu pelancong Poto Travel untuk berkumpul di bas dan memulakan perjalanan. Tak sangka, total keseluruhan yang mengikuti pakej percutian kali ini hampir 200 orang. Jadi sememangnya mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan semua orang. Saya dan Zarith seperti pada hari sebelumnya menaiki bas untuk group A. Ketika di dalam bas lagi, masing-masing sudah diberi tiket masuk serta kupon makan. Semuanya ni dah termasuk di dalam pakej Poto Travel. Perjalanan dari hotel ke Disneyland mengambil masa lebih kurang 40 minit dan semuanya dah nampak excited masa dalam bas.
Takkan sesat kalau ikut bendara Poto Travel
[Kiri] Bergambar di hadapan hotel sebelum bertolak [Kanan] Arissya, salah seorang anak kepada grup A
Excited dalam bas
Tiket, peta dan kupon makan diberi lebih awal
Hidden Mickey Spotted
Sampai saja dipintu masuk Disneyland Hong Kong, kami semua dipecahkan kepada hala tuju masing-masing. Tetapi sebelum berpecah, kami bergambar dulu. Nampak tak, begitu ramainya yang join trip kali ni. Gambar yang sama, anda semua boleh nampak di dalam surat khabar Utusan. Muka saya takde dalam gambar ni sebab saya korbankan untuk ambil gambar ketika ni. Bila berjalan di dalam Disneyland, yang paling penting adalah untuk merujuk kepada peta dan directory. Mengikut pengalaman saya dulu, pembahagian masa dan perancangan adalah penting ketika berada di dalam Disneyland. Kalau salah merancang masa, kita mungkin end-up terlepas show penting ataupun tak cukup masa untuk berjalan-jalan kat semua tempat. Memang betul seperti tagline Disneyland, The Happiest Place on Earth, di sini tak tak kira tua atau muda sememangnya patut rasa enjoy ketika berada di sini.
Disneyland Hong Kong ni merupakan Disneyland terkecil sekali di antara Disneyland yang lain. Namun begitu, beberapa tarikan utama masih ada di sini dan terdapat beberapa kelainan jika dibandingkan dengan Disneyland di negara lain. Di sini kebanyakkan signboard dan beberapa persembahan adalah di dalam bahasa kantonis. Jom kita jalan-jalan dulu~
Bergambar bersama semua peserta dan setiap kumpulan
Membaca tajuk teater “Di Bawah Lindungan Kaabah” sahaja sudah membuatkan bulu roma berdiri dan ditambahkan pula dengan barisan pelakon-pelakon teater yang berbakat besar ianya memberi gambaran awal sebuah teater yang penuh dengan lakonan emosi dan penghayatan mendalam. Begitulah, first impression saya bila tahu teater ini akan dipentaskan di Istana Budaya. Saya sungguh bertuah kerana mendapat jemputan pada malam pertama pementasan oleh CTRA Production, selaku penerbit teater ini. Samada anda ingat atau tidak, sebenarnya CTRA Production adalah syarikat yang sama yang pernah menghasilkan Teater Upin & Ipin The Musical 2 tahun lalu.
Zarith bersama standee pelakon wanita
Saya pula bersama pelakon lelaki
Berbeza dengan teater “Bahayanya Wanita” dan “Teater Upin & Ipin The Musical“, teater ini sememangnya mengaplikasikan pembawakan teater dan pementasan sebenar. Diadaptasikan dari karya asal novel Prof. Dr. Hamka yang berasal dari Indonesia, teater “Di Bawah Lindungan Kaabah” sudahpun mempunyai peminatnya sendiri yang tidak sabar untuk menyaksikan karya ini di dalam bentuk teater. Keseluruhan teater ini menceritakan mengenai kesucian cinta oleh seorang lelaki dan wanita yang masing-masing takut untuk meluahkan perasan kerana pelbagai dugaan dan halangan.
Semalam telahpun bermula pementasan hari pertama teater Di Bawah Lindungan Kaabah di Istana Budaya. Teater istimewa ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Adi Putra, Nasha Aziz, Fizo Omar, Elfira Loy, Dafi, Yasmin Hani, Dayana Roza dan beberapa lagi muka baru dari 9 hingga 18 Mei 2014.
Kepada yang ingin dapatkan tiket teater ini sila layari ke www.airasiaredtix.com ataupun hubungi 03 4026 5520 / 03 6186 6592 / 03 4026 5555