Author - Mohd Zarin

Upin & Ipin The Musical (Bahagian 2)

Assalamualaikum semua, saya sambung semula coretan berkaitan dengan teater Upin & Ipin The Musical. Buat masa sekarang ni, teater ni masih diperkatakan lagi walaupun dah hampir sebulan ianya selesai dipentaskan di Istana Budaya. Sangat rindu dengan telatah dan aksi adik-adik teater ni berlakon dan menari di pentas. Tapi takpe, sebab dengar kata DVD teater ini akan dikeluarkan tidak lama lagi. Ha, siapa yang dah tengok teater ni wajiblah beli buat koleksi.

Aksi labah-labah turun dari atas

Aksi memukau kumpulan Rama-Rama

Kumpulan Pulu-Pulu yang mencuit hati Read More

 6,759 total views

Mencari orang dengan Find My Friends

Dah lama rasanya saya tak berkongsi info berkaitan gadget-gadget mahupun software yang saya suka pakai. Bukanlah saya terlalu pandai dan banyak pakai software yang baru-baru, cuma semenjak dua menjak ni saya selalu mengodek-godek iPhone 4 saya sampailah ada beberapa apps yang menjadi kewajipan bagi saya.
Bagi yang bukan pengguna iOS anda boleh terus pangkah browser ni dan buka website lain. Apps yang saya nak kongsi ni adalah Find My Friends yang hanya boleh digunakan dengan versi iOS 5 ke atas sahaja. Fungsinya mudah saja iaitu mencari di mana lokasi kawan anda yang juga pengguna iOS5 berada.
Contoh menu utama Find My Friends                    

Mula-mula kedua-dua pengguna haruslah memuat turun apps Find My Friends dan saling invite dan approve diri masing-masing terlebih dahulu. Kemudian kita hanya perlu klik nama untuk mengetahui di mana lokasi kawan kita berada dengan syarat kedua-duanya mempunyai talian internet semasa itu. Antaramuka apps ni sama seperti Map dan kita boleh setkan direction kalau kita mahu berjumpa dengan kawan kita.
Sekiranya anda berani bolehlah pakai apps ini untuk girlfriend, isteri mahupun parents masing-masing. Bukanlah berniat untuk menjadi stalker tetapi apps ni berguna untuk memastikan keselamatan orang yang kita sayangi. Atleast bolehlah tahu dia dah sampai rumah ataupun dah sampai ke tempat kerja.

Selamat mencuba~

Mencari lokasi pasangan

p/s : Tapi sampai sekarang saya tak berani nak introduce kepada bos sebab takut dia tahu kat mana saya berada. haha..

 1,276 total views

Terima Kasih Cikgu~

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru diseluruh Malaysia. Ha, nak tahu tak? Sebenarnya projek ni dah bermula sejak beberapa bulan yang lepas. Projek album lagu baru Upin & Ipin bersama Nova Music ni dirancang sepatutnya berada dipasaran pada awal tahun ini ataupun setidak-tidaknya bulan April yang lepas. Tapi oleh kerana ada beberapa perubahan pada pemilihan lagu sebab nak pastikan lagu yang keluar tu betul-betul sedap jadi terpaksa didelaykan lagi.

Tapi apa-apapun, sempena Hari Guru ni lagu “Terima Kasih Cikgu” yang dicipta khas untuk guru-guru dah mula didengarkan melalui corong-corong radio-radio tempatan seperti di SuriaFM dan HotFM. Kalau ada macam tiba-tiba terdengar kat radio tu sure macam terpinga-pinga kejap, “Eh, lagu apa ni”

Lagu ni merupakan hasil nyanyian bersama Najwa Latif dan Asyiela Putri pelakon suara Upin & Ipin. Dengar macam comel je dorang ni nyanyi berdua. Actually, nak dapatkan spot kat radio untuk lagu cikgu-cikgu macam ni bukanlah senang. Sebab biasanya radio hanya mainkan lagu yang latest sahaja. Jadi cabaran nak naikkan lagu ni pun bukanlah senang. InsyaAllah, dengan nama Najwa Latif dan Upin Ipin diharapkan lagu ni mendapat tempat dihati peminat-peminat semua.

Oklah, saya share dulu video klip tak rasmi untuk lagu ni. Apa pendapat anda tentang lagu ni? Ok tak?

Video klip tak rasmi lagu Terima Kasih Cikgu

 4,733 total views

Upin & Ipin The Musical (Bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Seperti yang dijanjikan tempoh hari, kali ini saya ingin berkongsi dengan lebih mendalam mengenai cerita disebalik teater Upin & Ipin The Musical. Kalau ada yang belum tengok lagi baik simpankan je hasrat murni tu sebab teater ni dah pun selesai dipentaskan di Istana Budaya. Genap sebanyak 30 persembahan menjadikan teater ini teater yang paling lama dipentaskan dalam tempoh sebulan. Dah pun dapat Malaysia Book of Records mengenai perkara ni. Bestkan?
Saya sendiri walaupun sebenarnya tidaklah terbabit secara langsung dalam teater ni tapi saya dah mewajibkan diri untuk menonton teater ni hampir setiap malam di Istana Budaya. Rasa tak complete kalau tak menonton teater ni walaupun sehari. Ok, seperti yang kita tahu teater ini merupakan hasil kerjasama dengan produksi teater CTRA yang pernah menerbitkan teater Gamat, Mak Dara Nyonya, Tun Mahathir dan banyak lagi. Dari hari pertama perbincangan memang tak sangka penantian hampir setahun ini menjadi kenyataan. Memang tak sangka watak-watak dari animasi ni boleh dan mampu di teaterkan. Kitaorang yang masing-masing background 3D animasi ni memang tak nampak sangat gambarannya pada awal-awal dulu. Tapi apa-apapun, diharapkan hasil akhir nanti masih mengekalkan elemen-elemen asal dari animasi.
Saya bersama Zarith yang sentiasa menemani

Read More

 5,493 total views

Upin & Ipin The Musical Melabuhkan Tirainya…

Assalamualaikum. Ya, Allah lamanya tak update blog saya ni. Dah hampir sebulan dah.. Ish, ish~ Ini semuanya gara-gara saya yang terlalu sibuk dengan teater Upin & Ipin. Ha, siapa yang tak tengok lagi memang rugilah sebab semasa saya menulis blog ni teater ini hanya tinggal 1 show sahaja lagi. 

Macam-macam perkara yang saya dah perhatikan dan belajar disepanjang terlibat secara tak langsung dengan pembikinan teater ini. Saya sendiri secara  tak rasmi dah melalui semua proses pembikinan teater ini tapi tidaklah mendalam seperti mana orang-orang kuat dibelakang tabir teater ini seperti penerbit dan pengarah.

Gambar teaser bersama Kak Ros
InsyaAllah, saya dapat rasakan teater ini bukanlah yang terakhir bagi team ni. Sekiranya ada peluang mungkin ianya akan dipentaskan sekali lagi dan mungkin lepas ini di negara jiran pula. Siapa tahukan? Selama 30 persembahan tanpa henti (kecuali masa 28 April) menjadikan teater ini lain dari yang lain. Penat tu sudah tentulah penat. Saya yang hari-hari berada di Istana Budaya dan hanya mengambil gambar pun dah penat, inikan pulak adik-adik kita yang melompat dan menari-menari setiap hari di atas pentas. Di dalam kepenatan yang teramat sangat rupanya ada juga perasaan sebak diantara mereka apabila teater ini akan melabuhkan tirai. Tiada lagi gelak ketawa sesama mereka dan tiada lagi sebab untuk munasabah untuk mereka berkumpul di bawah satu bumbung.
Oklah, saya pun nak cerita banyak tapi tak sempat nampaknya. Saya tinggalkan anda semua dengan gambar eksklusif saya bersama Kak Ros. Wah, tak nak kalah tu. Silalah jeles..Hahaha….

 1,114 total views

Super Spontan memang spontan habis~!

Yay~! Seronok sangat sebab minggu lepas saya berkesempatan menonton rancangan Super Spontan secara live di studio. Wah, jangan jeles ok sebab saya ada sumber tiket untuk masuk studio rakaman show ni yang dorang buat kat Finas setiap hari Jumaat. 1st episod minggu lalu sememangnya saya tidak tahu menahu langsung dengan konsep dan contents Super Spontan ni. Tapi lepas habis je tengok episod ni memang rasa taknak lepaskan peluang untuk menonton setiap minggu.
Selain lineup artisnya memang yang best-best, saya juga rupanya kerap kali masuk dalam camera sampai ada beberapa kawan-kawan yang sms dan tweet saya kata nampak muka saya dalam TV. Saya pun memang tahu ada camera depan muka jadi kenalah cover-cover sikit gelak.  Entahlah, dorang kata adalah macam 3-4 kali nampak saya tengah tepuk tangan. Tapi tak boleh lawan lagi bila last-last sekali saya jadi penonton bertuah dan diinterview oleh Ameer secara live. Ni semua gara-gara akak pakcik dalam studio tu yang taknak diinterview. Semuanya nak pass kat orang dan akhirnya dapatlah kat saya. Saya tak kisah sangat nak kena interview sebab show kelakarkan.. nak tanya soalan susah sangat apa pon… Hehe..

Johan

 Zizan
Zahid

 

Overall saya memang enjoy sangat tengok show ni walaupun ada kalanya nampak macam dorang seolah-olah kena buat lawak. Dengan durasi program iaitu 1 jam setengah saya rasa berbaloi untuk tengok dan berada di dalam studio. Pada kebiasaanya saya takde mood nak amik gambar dengan artis tapi mungkin kerana malam tu tiada tekanan dari kerja dan perasaan bebas sebagai seorang penonton tu tiba-tiba ada.. sayapun ambiklah gambar dengan beberapa idola saya seperti Zizan & Johan.

Harun Salim Bachik

 2,848 total views

Upin & Ipin dipentaskan di Istana Budaya

Dalam semenjak dua menjak ni tiba-tiba ramai pulak kawan-kawan yang call mintak tiket free. Hehe, sebenarnya bukan saya kedekut, tapi saya memang takde tiket free pun. Tiket apa lagi yang doarng mintak kalau bukan tiket teater Upin & Ipin The Musical yang akan mula dipentaskan di Istana Budaya pada 14 April 2012 ini. Macam tak percaya je kan cerita kartun macam Upin Ipin pun boleh jadi pementasan teater. Tapi, korang jangan tak tahu. Kalau animasi luar macam Lion King, Aladdin dan banyak lagi boleh dipentaskan di panggung teater kenapa bukan Upin Ipin?

Diantara aksi pelakon-pelakon kanak-kanak
di dalam Upin & Ipin The Musical

Aksi pelakon Upin ketika berjumpa dengan
berjumpa dengan watak rama-rama

Saya secara tak langsung dahpun melibatkan diri dengan teater ini sejak dari awal lagi. Walaupun tanggungjawab saya tidaklah begitu besar, tapi melihat teater ini berkembang sehingga ke saat terakhir persembahannya di Istana Budaya ini saya rasa sangat bangga. Saya amat suka membantu penerbitan teater ini iaitu CTRA Production kerana kami sama-sama nak lihat teater ini berjaya. Bekerja di dalam dunia baru ini membuatkan saya banyak belajar tentang selok belok dunia teater dan pemasaran menggunakan media baru. 
Yang membanggakan adalah lagu latar teater ini dihasilkan sepenuhnya oleh Pak Ngah. Sentuhan lagu Pak Ngah kali ini agak berbeza dengan lagu-lagunya yang lain. Sebagai penonton, kita akan mudah terbuai dengan lagu kanak-kanak yang sangat catchy dan membuatkan kita mahu menari bersama. Sebut pasal tarian pula, kesemua pelakon teater ini dilatih oleh guru tari yang tidak asing lagi iaitu Aris Kadir yang sangat aktif dengan Akademi Fantasia sebelum ini.

Diantara barisan tenaga kerja teater

 Kak Roy, penerbit bersama CTRA Production

Pak Ngah pencipta lagu teater Upin Ipin
Bersama beberapa pelakon utama
Seramai 55 pelakon teater terdiri dari kanak-kanak semuda 5 tahun sehinggalah kepada pelakon dewasa berumur 52 tahun. Kesemua pelakon ini telah menjalani beberapa ujibakat yang saya boleh pastikan bukanlah mudah. Mereka ni semua bukan hanya boleh menari, berlakon bahkan juga perlu mempunyai mental yang sangat kuat. 
Salah seorang pelakon teater yang saya kenal adalah Dira (Idola Kecil). Walaupun Dira tak memegang watak utama tapi mengikut kata ibunya watak yang diberikan ni pun dah sangat mencabar. Dira perlu practice lebih masa dan bersabar dengan tekanan yang diberikan oleh cikgu-cikgu teater. Garang agaknya cikgu dorang ni kan~. Selain tu saya juga kenal dengan 2 orang watak utama iaitu watak Susanti dan Mei Mei. Saya takdelah kenal sangat, cuma saya pernah interview dorang ni semasa sebelum sesi ujibakat hujung tahun lepas. Masa tu saya mintak dorang nyanyi lagu Sahabat Selamanya sebab nak rekod masuk youtube. Sempat jugak saya wish good luck dan tengok-tengok dorang dapat as main role. Rezeki dorang~!…
Mei Mei dan Susanti

 Bersama pelakon kanak-kanak berusia 5 tahun

Salah seorang watak Upin iaitu Faris Azim

Bersama Dira (Idola Kecil)
Bersama watak Mail 2 Singgit

Bersama watak Ipin

Bersama watak Kak Ros. Jangan Marah~!
Oklah. Apa-apapun teater ni memang best dan rugi besar kalau tak pergi tengok. Tiket dah mula dijual secara online di Ticket2u.biz. Dengar kata tayangan hari pertama iaitu pada 14 April 2012 dah nak habis dijual. 
p/s : Yay, saya dapat tengok freeee~!

 3,655 total views

The Making of Yusry & Lisa

Ha, memang ramai yang suka tengok perkahwinan Yusry & Lisa tempoh hari lalu. Selain dari dua-dua pasangan nampak sweet dan cute, wedding dorang sendiri nampak simple tapi meriah. Definisi simple tu bukan dari segi kos tapi dari segi presentation yang dorang pamerkan seperti pelamin, baju dan sebagainya. Kalau wedding orang lain surely, baju je dah berpuluh ribu ringgit dan wedding pun dan macam dalam istana.
Saya tak salahkan Zarith sebab terlalu taksub dengan konsep wedding Yusry & Lisa ni. Bila sembang sikit je.. mesti buka cerita Lisa.. cakap pasal baju mesti cakap pasal Lisa lagi. Terasa pasal diri saya macam Yusry pulak dah. Tapi apa-apapun, mana yang boleh diserapkan dan menjadi references untuk wedding kami tu nanti insyaAllah boleh diserapkan. Yang penting, weddingnya simple but nice.

Zarith bersama 2 majalah tak rasmi Yusri & Lisa
Ha, tengoklah habis saya kena temankan Zarith mencari majalah tak rasmi perkahwinan Yusry & Lisa ni. Majalah ni saya jumpa di Subang Parade setelah banyak shopping mall saya dah cari. Kiranya ni macam majalah haram yang orang lain terbitkanlah. Kita tengoklah nanti apa sumber ilham yang berjaya Zarith dapat. Hehe…

 1,254 total views

Mickey’s Soundsational Parade

Assalamualaikum semua. Oklah, sekali lagi dan rasanya kali terakhir saya akan update berkaitan trip saya ke Los Angeles bulan lepas. Part ini adalah bahagian yang saya paling suka. Percaya atau tidak, disepanjang 2 hari saya berada di Disneyland Park ni saya dah menyaksikan 3 kali Disney Parade. Setiap hari dorang akan buat parade ni 2 kali je iaitu pada jam 4 petang dan 6.30 petang. Kalau weekdays parade hanya sekali sahaja iaitu sekitar 4 petang.

Parade yang saya tengok ini dipanggil “Mickey’s Sounsational Parade”. Sebenarnya ada banyak parade yang pernah dibuat oleh Disneyland dan setiap paradenya adalah berbeza-beza mengikut musim dan tempat. Macam “Mickey’s Sounsational Parade” ni sebenarnya baru diperkenalkan bulan Mei tahun lepas. Parade-parade yang lain tu kadang-kadang dorang pindahkan ke Disneyland yang lain untuk beri kelainan.

Marching Band sebagai pembuka parade

 Minnie Mouse comel menari di atas float

Mickey & Minnie berada di dalam kumpulan float yang pertama

Aksi Mickey bermain drum secara live Read More

 2,437 total views

10 Petanda Jodoh Kita

Assalamualaikum. Kali ni saya nak kongsi something lain sikit. Artikel ni saya jumpa dari iluvIslam .com yang berkisarkan mengenai tips dan petanda berkaitan jodoh. Mungkin ada diantara kawan-kawan saya yang sedang menjalinkan hubungan dengan pasangan masing-masing ataupun sudahpun merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Memang tak salah, jodoh ditentukan oleh Allah SWT, tapi kita boleh cuba memastikan pasangan kita itu jodoh yang betul atau tidak. Harap-harap kita tak memilih berdasarkan rupa paras dan nafsu sahaja.
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
 
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

 6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
 dipetik dari iloveislam.com
 
p/s : Doakan laluan penyatuan jodoh saya berjalan dengan lancar. Amin~
 

 1,507 total views