Assalamualaikum. Sekali lagi kita bertemu dan kali ini saya nak teruskan dengan update ketika saya berada di Disneyland. Kalau sebelum ini saya dah banyak kongsi gambar-gambar ketika di Disneyland Park, kali ni saya nak kongsi gambar di Disneyland California Adventure Park. Lokasi kedua-dua park ni berdepan di antara satu sama lain tapi tiket nak masuk ke dalamnya adalah berbeza. Boleh dikatakan secara kasarnya nak masuk satu thempark ni harganya sekitar RM260 untuk satu hari. Pakej tiketnya akan jadi lebih murah kalau beli pakej 2 hari atau lebih. Macam biasalah saya, Ainur & Fikri bersama-sama menghabiskan masa kat sini dari pagi sampai malam. Group yang lain ketika ini decide nak masuk semula ke Disneyland Park sebab ingin pergi ke attraction yang lain yang dorang tak sempat nak pergi haritu.
Ok, yang bezanya kat Disneyland California Adverture Park adalah kat sini ada banyak ride dan attraction yang baru-baru. Diantaranya adalah Little Mermaid, Bug’s Life, World of Colors dan banyak lagi. Jom kita tengok satu-satu~!
Replica watak dari Bug’s Life
Beruang apa ek?
Tempat pertama yang saya pergi adalah ke show 4D Bug’s Life yang diberi nama “Its Tough to be a Bug”. Show ni ala-ala teater 4D tapi jauh lebih hebat. Saya boleh dikatakan banyak-banyak tayangan 4D yang kitaorang pergi di sini, tayangan ini lah yang paling best. Ini adalah kerana dorang banyak menggunakan props dan animatronic bug bagi melengkapkan jalan cerita. Selain tu, kerusi penonton juga sering kali dihujani dengan efek-efek air, asap, bau dan serangga berjalan bagi memberi pengalaman baru dalam tayangan 4D. Signage dan keyword kat sini juga sangat kreatif dan unik. Pekerja kat sini memanggil pengunjung sebagai “bug” sebab secara tak langsung kita seolah-olah dibawa ke dunia bug. Comel ke panggil bug?
Assalamualaikum. Saya berhenti sekejap untuk post pasal Disneyland walaupun ada beberapa materials yang masih saya ingin kongsikan. Buat masa sekarang ni, saya takdelah jetlag ataupun tak sihat. Alhamdullilah sebab dapat meneruskan semula kerja macam biasa dan merancang untuk sesuatu yang lebih besar.
Saya teruskan berkongsi cerita berkaitan dengan gambar maternity yang pernah saya buat untuk pasangan Jojo & Anis tempoh hari. Semasa saya menulis post ni, Anis dahpun melahirkan baby lelaki. Tahniah saya ucapkan.
Gambar menunjukkan “perubahan masa”
Gambar low angle dari dalam katil baby
Kalau haritu saya dah kongsi gambar ketika sesi Outdoor, kali ni saya nak kongsi beberapa gambar ketika sesi Indoor pula. Sesi photoshoot kali ni lebih sekejap dan ringkas sebab lokasinya pun dalam rumah. Ianya jadi lebih senang dan selesa untuk si ibu. Macam biasalah saya dah bersiap sedia dengan props seperti kasut dan buku berkaitan baby. Saya mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih untuk menyelesaikan keseluruhan sesi photoshoot masa tu.
Top angle si ibu dengan headphone
Moment mendengarkan lagu melalui headphone kepada baby
Saya hanya menggunakan 2 lokasi utama iaitu di ruang tamu dan di bilik baby. Oleh kerana pilihan dan ruang lokasinya agak terhad, jadi peranan pasangan menggunakan ekspressi masing-masing amat penting. Saya suka-suka je suruh dorang pura-pura gelak ataupun seperti sedang berborak untuk menampakkan mood neutral. Dorang memang akan dengar arahan saya.. Hehe…
Berlakon pakaikan baju baby
Baby toys
Happy pose kat sofa
Mempromotekan baju baby
Shoot dari luar rumah
Tak lupa juga, Zarith yang menjadi PA saya pada haritu. Walaupun tak berapa banyak sangat props yang harus dibawa tapi kadang-kadang dia memberi idea shots atau angle-angle yang boleh diambil. Macam manalah nanti saya nak ambikkan gambar untuk dia nanti untuk maternity yang lebih kurang macam ni. Saya kena hire orang jugak agaknya…
Zarith pun ada juga
p/s : Tahniah sekali lagi dengan kelahiran baby boy
Tahniah kepada pasangan Jojo & Anis kerana telah dikurniakan bayi lelaki pada tanggal 11 Februari yang lalu. Saya mengambil masa beberapa hari untuk merancang post ucapan tahniah ni kat blog saya sebab sedang pening memilih contents yang terbaik. Dalam masa yang singkat dan agak penat sebab baru pulang dari LA, saya membuat keputusan untuk menghasilkan video kat bawah ni. Video ni saya rakam tanpa menggunakan tripod dan dengan masa yang sangat minimum. Saya harap korang berdua suka video ni…
Dengarlah lirik lagu latar yang saya pakai dalam video ni. Semoga kurniaan Allah yang terindah ini dapat dijaga dan dididik dengan baik… insyaAllah..
Salam dari Hollywood~!!. Yea, itulah aktiviti utama saya pada hari ke 4 saya berada di Los Angeles ni. Pada awal-awal pagi lagi kami dibawa oleh pemandu bas untuk ke Universal Studio Hollywood bagi melihat suasana studio produksi terkemuka dunia itu. Tapi sebelum sampai kat situ, kami singgah sekejap kat Hollywood Walk of Fame di mana di sinilah nama-nama bintang terkenal Hollywood dipamerkan kat lantai-lantai kaki lima. Nama-nama seperti Britney Spears, Jackie Chan dan ramai lagi menjadi tempat untuk ramai orang bergambar. Selain tu, tempat-tempat menarik kat sini lagi adalah Madame Tussauds yang mempamerkan patung-patung lilin artis-artis serta orang -orang terkenal. Oleh kerana masa suntuk, kami bercadang untuk datang semula kat sini pada esok hari. Tapi sebelum meneruskan perjalanan ke Universal Studio saya sempat bergambar dengan watak kegemaran saya iaitu Shrek~
Hollywood
Kiri : Bergambar bersama plat nama Mickey Mouse & Kanan : Kegemaran saya, Shrek
Saya nak kongsi sedikit dengan keterujaan Sambal Mak Nurul yang kami bawa dari KL ke LA. Sambal goreng ikan bilis resepi Melaka ni memang sedap bukan sahaja dimakan bersama roti malahan juga sedap dimakan bersama pancake ataupun pizza. Mari kita lihat video istimewa ni.
p/s : Siapa nak order sambal ni boleh contact saya. Model pelakon dijual secara berasingan.
Assalamualaikum semua. Nampaknya ramai kawan-kawan yang menantikan updates blog saya mengenai trip ke Los Angeles ni. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi membaca dan memberi komen di bawah post ni. Terus terang saya cakapkan sekarang ini saya dah rindu dengan negara Malaysia. Betullah orang kata, “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.”
Post kali ini adalah sambungan pada hari ke 3 saya di sini. Walaupun pada hari ke 2 saya dah pun masuk ke dalam Disneyland Park, tapi pada hari ke 3 ini saya masih memilih untuk masuk ke sini. 11 orang yang lain pula memilih untuk masuk ke Disneyland California Adventure Park yang berada bertentangan di antara satu sama lain. Tapi saya tidak berapa teruja untuk mencuba ride extreme yang lebih difokuskan kat situ dan tambahan pula masih banyak tempat yang belum saya explore di Disneyland Park. Jadi saya, Fikri dan Ainur berpecah pada hari tu untuk ke destinasi yang berbeza. Sedikit info kalau korang dah lupa. Tiket yang kami ada ni adalah pakej 2 hari themepark yang mana 1 hari untuk 1 themepark. Kita tak boleh bergi dua-dua themepark pada 1 hari yang sama.
Logo Mickey Mouse di lantai
Kitaorang pun berjalan masuk semula ke Disneyland Park. Misi utama pada hari ini adalah untuk mengkaji sedetails mungkin macam mana dorang ni mengawal persembahan maskot, jenis-jenis merchandise, props, rekaan dalaman, susun atur dan macam-macam lagi.
Ok, dalam satu kedai ni mereka ada menjual gambar-gambar Disney dengan custom-able frame. Ada satu mesin ni, kita pilih je gambar apa kita nak dan frame macam mana yang kita minat. Sistem ni sangat mudah tapi menarik. Ada juga gambar-gambar eksklusif yang dahpun diframe dan dijual terus kepada pengunjung. Gambar-gambar macam ni boleh mencecah sehingga USD150. Selain itu, dorang juga sangat creative dalam menghasilkan topi telinga Mickey Mouse. Dengan bentuk asas telinga Mickey je, macam-macam watak boleh dihasilkan.
Antara gambar-gambar yang dijual
Donald Duck
Topi watak Dumbo yang berasaskan design telinga Mickey
Assalamualaikum. Pada hari ke 3 ni banyak tempat-tempat dan pengalaman yang menarik saya dah lalui. Tapi oleh kerana masa sangat pack dan padat saya tak sempat nak tulis apa-apa pada hari ni. Sekejap lagi ni saya akan ke Universal Studio dan beberapa tempat yang lain lagi. Sementara itu, inilah gambar saya bersama Mickey Mouse setelah 1 jam beratur kat dalam rumah dia. ~
p/s : Sambal Mak Nurul pengubat rindu dengan makanan Melayu~
Pada hari ke dua saya di LA, kami dah terus merancang ke Disneyland Park. Walaupun dah masuk hari ke dua, tapi actually kami baru sampai je di hotel pada pukul 11 malam semalam.. so kira macam baru hari pertama juga sebenarnya. Orang kata jetlag tu mungkin ada sikit-sikit sebab perubahan masa yang sangat besar.
Menunggu Breakfast
Kitaorang pun tak sabar nak makan
Jadi pada awal-awal pagi kami breakfast dengan makanan yang disediakan di hotel. Kat sini, hotel tak sediakan buffet breakfast macam kita kat Malaysia. Kita kena order makanan kita berdasarkan beberapa pilihan breakfast yang diberi. Macam biasalah, saya akan mengelak makanan ayam atau daging dan pilih sayur atau seafood sahaja. Dekat sini juga rupanya takde sos cili. Dorang makan semua pakai tomato sos dan tabassco sos. Memang susah tekak nak masuk makanan sebab kebanyakkannya agak tasteless. Nasib baik saya bawak sambal goreng Mak Nurul resepi orang Melaka… Hehe..
Sos tomato dan Tabasco je yang ada
Atas : Omelette dengan kentang Bawah : Pancake dengan kentang
Alhamdullilah, post saya kali ini saya lakukan secara terus menerus dari Los Angeles, USA. Trip ke LA ini sebenarnya telahpun dirancang beberapa bulan yang lalu oleh Les’ Copaque Production dan saya menjadi salah seorang dari 14 orang yang bernasib baik diberi peluang untuk ke LA bagi melihat sendiri Taman Tema Disneyland dan beberapa taman tema yang lain di sana. Selain dari menjadi sebahagian dari rewards yang diberi oleh company, trip ini juga bertujuan bagi mencari reference terbaik untuk Taman Tema Upin & Ipin nanti. Menarikkan?
Bergambar di KLIA
Fizi dan Kak Ros bergambar dengan peminat
14 orang yang turut menyertai trip ini adalah Faiz, Yuki, Haris, Fuad, Ida Rahayu, Ida Shaheera, Zaki, Razuri, Ainur, Saf, Kengsun, Akmal, Fikri dan saya sendiri. Seawal jam 10.30 pagi lagi kami semua dahpun sampai di KLIA dan bersedia untuk check in. Flightnya adalah sekitar jam 1.05 tengahari dan kami kena berhenti di Bangkok untuk transit selama 5 jam dan seterusnya barulah ke LA. Baru je di airport dah ada orang yang kenal dengan Kak Ros dan Fizi yang tak kedekut terus je bergambar bersama.
Assalamualaikum. Beberapa minggu yang lalu saya dah kongsi pengalaman saya semasa bersiap sedia untuk sesi Maternity Photoshoot seperti pergi beli barang-barang dan mencari idea. Ok, tanpa membuang masa kali ni saya nak berkongsi situasi dan beberapa gambar final untuk sesi outdoor pula. Saya takut kalau saya tangguh lagi post kat blog ni, tengok-tengok si ibu dah bersalin pulak.. hehe.
Lokasi photoshoot ni dilakukan dikawasan Putrajaya sebab dekat dan banyak tempat-tempat yang cantik. Memperkenalkan semula, model bakal si ibu adalah kakak kepada Zarith Iylia iaitu Anis Iylia yang semasa sesi photoshoot ini kalau tak salah sudah mengandung lebih 8 bulan. Kali ni Zarith kena tolong saya jadi props girl dengan membawa semua props yang saya perlukan seperti tisu, payung, buku-buku, beg dan macam-macam lagi. Kali ni kita buli dia sikit…
Anis dan Zarith bersiap sedia
Lokasi Masjid Putrajaya menjadi pilihan
Pada awalnya sesi bergambar ni santai-santai saja dan saya bagi kebebasan kepada Anis dan Jojo untuk bergambar dengan pose masing-masing. Orang pregnantkan tak boleh berdiri lama sangat atau buat pose-pose yang extreme. Jadi saya banyak amik pose duduk dan sekali sekala berdiri. Macam mana sekalipun pose standard maternity macam buat bentuk love kat perut tu memang wajib diambil. Props macam kasut dan huruf “BOY” pun kadang kadang saya guna untuk hasilkan kelainan.
Sebelum bermulanya sesi outdoor ni, saya dah berbincang dengan pasangan untuk memilih tone warna baju yang sesuai. Kombinasi warna pasangan haruslah nampak sedondon untuk hasilkan mood. Anis sendiri memilih baju warna hijau muda bersama tudung pink bagi menimbulkan warna ceria. Sayapun galakkan warna-warna ceria untuk sesi outdoor sebab nak bagi nampak happy dan seolah-olah tak sabar nak tunggu kelahiran.
Pose “Love”
Penggunaan kasut dan huruf sebagai props
Pemandangan berlatarkan Masjid Putrajaya
Dari Masjid Putrajaya, kita bertukar lokasi iaitu ke Pullman. Siapa tak pernah pergi ke Pullman ni memang rugi sebab pemandangannya sangat cantik. Pullman ni pun sangat terkenal dikalangan photographer untuk photoshoot pre-wedding dan maternity. Saya tak sempat dan survey kawasan yang cantik sebab semasa tu tak sempat. Jadi saya hanya memilih satu kawasan jambatan kayu dan menghabiskan masa lebih kurang 30 minit bergambar.
Bergambar di Pullman
Beberapa shoot mengunakan props
Seterusnya saya mencari lokasi yang banyak pokok-pokok dan rumput hijau. Lokasinya adalah Taman Botani. Kat sini saya spend masa sekejap je sebab masing-masing macam dah penat. Dapatlah juga saya capture beberapa moments menarik seperti ekspresi muka dan composition gambar yang lebih cantik. Elemen daun dan nature somehow memang banyak digunakan oleh photographer untuk maternity photoshoot. Selain gambar nampak cantik, nature feels ni akan memberikan mesej ketenangan kepada si ibu yang sebenarnya tengah sangat takut nak menghadapi due date.
Scene bawah pokok yang tenang
The best moment
The Sign
Overall experience memang sangat bernilai. Baru saya tahu maternity photoshoot macam ni kita kena hargai masa sebab si ibu mungkin akan penat. Kita kena guide sebijak mungkin dan capture the moments sebanyak mungkin. Yeah, itulah diantara perkara yang sangat dapat belajar. Dan lagi satu tips for the whole maternity photoshoot ni adalah kita kena naikkan confident bakal ibu. Tahu tak bila sedang mengandung, dorang akan rasa macam tak yakin sebab nampak diri sendiri macam terlalu gemuk dan sebagainya. Jadi, camera angle serta pemakaian boleh “melupakan” dilema bakal ibu buat sementara. Camera angle tu kita boleh cari yang angle tight sikit ataupun center pointnya bukanlah pada perut. Try untuk bagi ruang kepada bakal bapa untuk berinteraksi dengan pasangannya.