Author - Mohd Zarin

Terima Kasih MOO.com

Yea, terima kasih MOO.com kerana telah memberi Facebook Timeline bisnes kad secara percuma. Actually, promosi ni telahpun dibuat oleh MOO.com bulan lepas dengan memberi peluang kepada semua pengguna Facebook untuk mendapatkan bisnes kad secara percuma. Bisnes kad MOO yang berkonsepkan Facebook Timeline ni akan menggunakan gambar Timeline Cover anda sebagai gambar di bisnes kad.

Laman web MOO.com

Promosi percuma ini pula hanya untuk 200,000 pengguna Facebook terawal dari serata dunia. Saya pula kira bertuah kerana telah terpilih diantara berjuta-juta pengguna Facebook yang lain. Jadi di bawah ini adalah kad yang saya telah terima lebih kurang dalam tempoh 2-3 minggu pada tarikh saya mendaftar. Yelah, benda free, tak kisah lah nak buat kad ni untuk apa pun.. Hehe..
Cantik tak?
p/s : Kalau kos sebenar campur delivery boleh sampai RM90++ untuk normal 50pcs bisnes kad which is sangat mahal..

 1,215 total views

Peminat Setia : Danish & Danial

Pada post yang lalu saya dah berkongsi cerita mengenai salah seorang peminat setia iaitu Kelly. Selepas ramai yang membaca mengenai cerita Kelly, saya telah mendapat beberapa respon yang sangat baik. Ramai nak saya teruskan sebab nak tahu cerita-cerita menarik mengenai peminat setia Upin & Ipin.

Danish & Danial pada tahun 2009
Kisah peminat setia seterusnya yang ingin kongsi adalah kisah Danish & Danial. Siapa yang tak kenal dengan kembar comel ni mesti jarang join event Upin & Ipin kan?. Danish & Danial ni selalu muncul dalam event Upin & Ipin. Ada beberapa event memang berdasarkan jemputan saya dan ada yang event yang dorang memang suka-suka datang. Tapi apa-apa pun setiap kali dorang join event Upin & Ipin mesti ramai yang akan bergambar dengan dorang ni.

Danish ketika di Zoo Negara (2010)

 Danial ketika di Zoo Negara (2010)
Danish & Danial sebenarnya bermula menjadi “Upin & Ipin” bila memasuki pertandingan pakaian beragam masa kecik-kecik dulu. Masa tu penjaga dia test jadikan dia seperti Upin & Ipin. Tengok-tengok ramai yang suka dan terus dapat sambutan. Pertama kali saya berjumpa dengan Danish & Danial adalah pada tahun 2009 iaitu sekitar sesi promosi filem Geng. Masa tu, rumors pasal ada kembar macam Upin & Ipin ni tersebar meluas sampai ke Friendster (Masa tu tak femes sangat Facebook) hinggalah saya dapat jumpa sendiri semasa di event Read Malaysia di Mines. Saya mula-mula tak sure nak buat apa dan berbelah bagi. Samada nak ambik gambar sama-sama ataupun nak saman (Sebab pakai imej Upin Ipin tanpa kebenaran.. kononnya la).
 
Turut sertai Suarasa TV9
Ada milk mustache.. macam Upin Ipin dalam iklan Wyeth
Tapi selepas kerap berjumpa di beberapa event, saya ambik inisiatif untuk berkenalan dan merapatkan hubungan. Sejak dari itu, saya selalu juga membantu Danish & Danial dalam apa-apa event Upin & Ipin dan cuba menjadi seperti Abang angkat kepada dorang ni. Dorang sebenarnya sangat nakal dan susah nak jaga.. Hehe.. Tapi, mungkin ada timing-timingnya dan cara nak approach dorang then barulah dorang ni okay dan boleh berkawan. 
Saya masih ingat event di Melaka Wonderland 2010 di mana kami ada makan malam dengan pihak penganjur di restoran di Melaka. Semasa makan malam tu saya main-main ambik gambar Danish & Danial ni walaupun saya tahu dorang sangat susah nak bergambar. Bukan susah dari segi apa, susah dari segi nak senyum dan buat macam-macam expression yang pelik-pelik. Tapi malam tu dorang boleh dengar cakap saya dan ikut 3 pose bergambar cara comel yang saya ajar. Bermula dari situlah, pose-pose ni melekat kat dorang bila nak bergambar kat mana-mana event sekali pun. Walaupun nak bergambar kat rumah.

 Danish & Danial di Melaka Wonderland
Saya yang ajar dorang bergambar macam ni

Antara event lain yang penting buat Danish & Danial adalah di Karnival Upin & Ipin di SACC dan di Perak sebab Danish & Danial mengetuai pasukan animation parade ketika tu. Memang tak dapat dinafikan dengan penampilan Danish & Danial semasa parade tu sedikit sebanyak dapat mengambarkan macammana sambutan ataupun penerimaan siri Upin & Ipin kepada peminat-peminatnya. Turut serta dalam parade tu adalah 200 kanak-kanak lain yang turut memain pakaian seperti Upin & Ipin. Namun sudah tentulah yang istimewanya adalah Danish & Danial.
Ketika di Perak, kesihatan Danish & Danial agak kurang baik. Badan dorang agak panas dan tak bersemangat nak sertai apa-apa acara ketika tu. Mungkin juga situasi yang terlalu mengejutkan sebab Danish & Danial bersama penjaga masa tu datang naik train ke Ipoh pada petang sebelum hari event tu. Ditambahkan pula dengan cuaca panas ketika parade memang senang untuk jatuh sakit. Walaupun pada event tu Danish & Danial tak sihat sangat, tapi saya betul-betul berterima kasih kerana sokongan luar biasa yang diberikan.
Ketika di Suarasa TV9

 Ketika di Space U8 (2011)

Sertai event di Geng’s Corner
Memang banyak betul event yang pernah disertai oleh Danish & Danial. Boleh dikatakan kesemua staff Les’ Copaque memang kenal dengan dorang ni. Selain saya, Danish & Danial juga sangat rapat dengan “Opah”. Mungkin dorang ni menjiwai watak Upin & Ipin agaknya. Tapi kalau mood tengah hyper macam mana sekali pun kalau kat situ ada “Opah” mesti dorang akan dengar cakap Opah.
Dengan berimej Upin & Ipin, perwatakan Danish & Danial sekejap saja dapat dikesan oleh pihak media. Dorang ni pernah keluar sebagai cover depan majalah E-Baca keluaran Karangkraf pada tahun 2010. Bukan senang tau nak terpilih masuk majalah, siap jadi cover lagi tu. Tak lama selepas tu, bakat lakonan dorang pula cuba digilap di dalam penampilan khas filem “Momok – Jangan Cari Pasal. ” Filem Momok ni khabarnya akan ditayangkan dipawagam pada tahun 2012 ini juga. Sama-samalah kita beri sokongan nanti.
Cover depan majalah E-Baca
Pada tahun ini, Danish & Danial sudahpun memulakan persekolahan darjah 1. Macam-macam cerita kelakar saya baca di Facebook maknya berkaitan pengalaman hari pertama pasangan ni bersekolah. Bila dah masuk darjah 1 ni, mungkin imej Upin & Ipin secara tak langsung terpaksa dikurangkan. Yelah, takkan nak ke sekolah dengan rambut sehelai macam Upin kan? Sure sekolah tak bagi. “Tapi, kita tengoklah macam mana nanti. InsyaAllah.. boleh join lagi” Itulah pesanan penjaganya kepada saya dihari-hari terakhir sebelum Danish & Danial melangkah ke alam persekolahan.

Saya nak amik kesempatan untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada Danish & Danial serta keluarga dengan sokongan yang tak pernah putus-putus selama ini. Terima kasih kerana memeriahkan dunia “Upin & Ipin”.

Facebook Danish & Danial : https://www.facebook.com/ddfarhan

 2,188 total views

Maternity Photoshoot – The Preparation ~

Assalamualaikum dan berjumpa lagi di dalam blog saya ni. Alhamdullilah.. dah lama saya teringin nak mencuba maternity photography ni semenjak saya kenal dengan camera DSLR. Tapi untuk sekian lama, saya tak pernah dapat peluang untuk try. Kalau tak salah tahun lepas saya ada offer Kak Ijan, tapi dia kata dia malu sangat. Malu punya malu tengok-tengok dah 2 kali saya tak dapat ambik gambar semasa dia sedang mengandung.
Untuk maternity photoshoot kali ni saya diberi peluang untuk amik gambar kakak Zarith iaitu Anis Iylia sendiri. Mengikut dari due datenya insyaAllah dia akan deliver sekitar pertengahan bulan Februari nanti. InsyaAllah baby boy~! Jadi bukan saya saja yang sibuk-sibuk nak buat photoshoot ni, tapi si Zarith sendiri pun sibuk jugak sebab kena teman saya buat persediaan nak beli props dan apa-apa yang berkaitan dengan photoshoot tu nanti. Lokasi utama kami adalah sekitar One Utama, The Curve dan Ikano.

 

One Utama ketika tu boleh kata ramai juga orang. Yelah, maklum saja ramai yang shopping untuk CNY. Agak awal pagi jugalah kitaorang sampai kat sini. Jadi, sebelum apa-apa kita mulakan dengan breakfast dulu. Walaupun niat awalnya untuk beli barang maternity tapi kitaorang mula-mula setelkan barang kitaorang dulu di One Utama ni. Boleh pulak kat OU ni, beli je barang ada cabutan bertuahlah pulak. So, kitaorang pun beratur dan tunggu apa hadiah cabutan bertuahnya. Hadiahnya boleh tahan menarik seperti Gold Medal 10Gram, 5Gram dan 1Gram. Yang lain-lain tu biasa-biasa je. Tapi, kitaorang dapat hadiah kotak tisu dan bantal sahaja. Haha… takpela, janji dapat jugak hadiah.~!
 
 Ramai juga orang di One Utama walaupun pada awal pagi
 
Bergambar di kedai cenderamata barangan CNY

Antara hadiah cabutan bertuah (kecuali bag Gap tu)

 Breakfast di Kopitiam jap

Masih bergambar

Selepas hampir sejam dua berada di One Utama tu barulah perasan yang sebenarnya tak beli apa-apa pun lagi untuk barang maternity. Tu pun sebab banyak barang plan nak beli sekitar The Curve nanti. Jadi lokasi seterusnya adalah di The Curve. Siapa pernah pergi flea market sure tahu macam-macam barang ada dijual kat sini. Dari pakaian, cenderamata hinggalah kepada barangan pakaian bayi. Antara barangan yang ada dalam kepala adalah baju dan kasut baby. Tak sure size apa yang patut beli untuk baby, tapi taknak terlalu kecil sebab tak nampak cantik dalam gambar. Cukuplah size sederhana, boleh juga pakai bila dah besar nanti.

 Flea Market
 Ye, kat sini pun kena amik gambar jugak

Hadapan E-Curve Cineleisure

Flea Market

Pakaian Baby

 Rasanya ni payung~

Pakaian baby gurl

 Yes, inilah baju yang kitaorang beli!

Banyak pilihan

Diantara props yang dapat kitaorang jumpa adalah seperti kasut, baju-baju dan beberapa props kecil-kecil yang colorful. Memang rambang mata bila datang sini. Nak beli benda lain, benda lain pulak terbeli. Tak caya tengok lah ni!

Banyak baju-baju characters yang comel-comel

Cantikkan baju-baju characters macam ni? Kalau ada yang suka bolehlah pergi tengok-tengok kat flea market ni setiap weekend. Saya berkenanan nak beli couple t-shirt macam Donald Duck dengan Daisy ataupun Mickey dengan Minnie Mouse ataupun Stitch dengan Pink Stitch (taktau nama)… tapi oleh sebab size dah habis.. jadi kitaorang beli dua-dua pun watak stitch. Harga sehelai tshirt ni adalah RM29 dan dipackkan dalam bekas mesra alam. Sangat eksklusif!

Ye, Comel sangatt

Dalam keasyikkan saya amik gambar-gambar di atas ni adalah kakak yang menjual tudung ni tegur. “Takde pun orang nak amik gambar akak”. “Untung girlfriend ada orang amikkan gambar”. Saya pun jawab, yelah kak nak saya amik gambar akak pun boleh je… Rupanya akak ni sekali sekala ada juga menjadi model tudung sendiri. Mungkin ada bisnes online rasanya. Hopefull, bisnes online pun masyuk jugak…

 Senyum skit kak, nak amik gambar ni..

Beli anak tudung pulak

Oklah, itulah sedikit sebanyak cerita pasal nak beli barang semasa preparation. Walaupun nampak sikit tapi kami yang seharian mencari barang ni rasa macam nak tercabut kaki dah.. Hehe.. Nanti saya akan sharekan output dan beberapa tips pasal maternity photography.

 2,304 total views

Peminat Setia : Kelly

Kali ni saya tergerak hati ingin berkongsi cerita berkaitan dengan peminat setia Upin Ipin yang saya pernah kenal disepanjang 5-6 tahun kebelakangan ini. Terlalu ramai untuk diingati dan diceritakan sebenarnya. Tetapi ada beberapa orang peminat kecil yang sangat setia dan selalu berhubung sehingga kadang-kadang terasa terharu dengan sokongan yang telah diberikan. Senarai peminat setia ini tidak dikeluarkan mengikut senarai ranking sebab saya tulis mana yang saya ingat dulu…

Kelly bersama “Mei Mei” ketika di Karnival Upin Ipin Shah Alam 2010

Kelly bersama pasukan “Lanun”nya

Saya akan mulakan dengan Kelly. Kelly ni berasal dari Ampang dan pertama kali saya berjumpa dengan Kelly sebenarnya pada tahun 2010. Mak Kelly iaitu Mandy pada awalnya berurusan dengan saya untuk menjadi penonton rancangan Kelab Upin & Ipin. Masa tu shooting Kelab Upin Ipin ni nak dilakukan di Damansara.  Tak sangka first time jumpa Kelly dia nampak sangat comel dengan pakaian ala-ala princess. Tapi masa tu dia malu-malu sebab dia takde kawan nak berborak. Sedikit demi sedikit saya cuba mengenali Kelly dan maknya.
Selepas tu involvement terbesar Kelly adalah semasa di Karnival Upin Ipin Shah Alam pada hujung tahun 2010. Kelly dipilih untuk memakai baju Puteri Mei Mei. Dia suka sangat masa tu. Kelly ditempatkan di dalam kumpulan “Lanun” dan bukan di bawah jagaan kumpulan saya. Walaupun macam tu, tapi mak kelly sangat appriciate bantuan saya sebab bagi anak dia expose dengan aktiviti macam ni. Mak dia nak sangat Kelly ni bergaul dan berkawan dengan semua orang supaya boleh build confident.

 Kelly bergambar untuk Majalah Komik Upin & Ipin

Oleh kerana kecomelan Kelly menjadi puteri Mei Mei, saya pun bawa Kelly ke studio untuk test suara. Manalah tau dia boleh buat suara Mei Mei. Tapi mungkin dalam umur 6 tahun masa tu agak terlalu awal untuk Kelly berani mencuba. Tapi tak kisah, its worth the effort sebab relation dengan Kelly tak habis sampai situ.

Selang beberapa bulan lepas tu, kami semua buat Karnival Upin Ipin di Melaka Wonderland. Ada juga ajak Kelly, tapi masa tu dia tak dapat pergi sebab ada Birthday Party dia di KL. Yang kelakarnya, dia pulak ajak saya join Birthday Party dia yang dia buat di McDonalds. Siap ada kad jemputan McDonald lagi. Its was a cute invitation. Tapi saya tak dapat pergi sebab tarikh tu saya masih di Melaka. But, thanks again for the invitation.
Antara mainan koleksi Kelly di rumah

Pada hujung tahun lepas, tiba-tiba saya memerlukan contents untuk Majalah Komik Upin & Ipin. Contents untuk segment baru tu adalah untuk segment “Cerita Kelab Upin & Ipin”. Jadi saya pilih Kelly untuk berkongsi cerita menariknya sebagai ahli Kelab Upin & Ipin. Bermulalah satu lagi involvement baru Kelly ke dalam Majalah Komik Upin Ipin pula. Untuk menyiapkan cerita tu, saya kena pergi ke rumah Kelly untuk ambik gambar dan data-data yang saya perlu. Jadi secara tak langsung, saya diberi peluang untuk kenal Kelly dan keluarga dengan lebih rapat lagi. Kelly ni sebenarnya anak tunggal dan famili dia sangat jaga dia betul-betul. Teruja pertama kali datang ke rumah Kelly banyak betul tengok permainan Kelly seperti dapur memasak, toaster, patung-patung dan terlalu banyak lagi. Isu majalah yang ada cerita Kelly pun dah berada dipasaran sekarang. Habis mak dia borong semua kat kedai.

Walaupun Kelly masih malu-malu sampai sekarang tapi saya tahu Kelly sangat happy jadi sebagaian dari ahli Kelab Upin Ipin. Last event saya di Muzium Negara, saya sendiri ada letak beberapa gambar Kelly disegment galeri bagi menunjukkan gambar-gambar peminat setia Upin Ipin. Ada satu hari dia datang ke Muzium Negara semasa hari saya tak bertugas, mak dia terus sms saya sebab dia terkejut. Terkejut tengok ada gambar Kelly di muzium negara. Kelly katanya menjerit bila jumpa gambar dia yang diprint sebesar A3 tu. Panjang betul mak dia sms kat saya malam tu, cakap terima kasih dan dia thankful sebab kenal dengan saya. Wow~!

Kadang-kadang kita tak expect apa yang kita buat tu is a big favor sangat sebab memang part of our job. Tapi bila adanya pujian dan expression macam ni membuatkan kita rasa di-appreciate sangat dan ia adalah sangat priceless.

p/s : Thanks juga sebab support Upin Ipin. XOXOXO

 2,210 total views

Orang gi mancing, kita gi makan ~

 
Tu la nak gi mancing macam malas sebab malas nak menunggu ikan tu makan umpan. Baik kita sendiri gi makan, lagi baguskan. Ha itulah aktiviti paling latest iaitu makan ikan di tepi kolam pancing. Lokasinya terletak kat Shah Alam seksyen 24 berhampiran dengan uptown Shah Alam. Aler, kalau orang Shah Alam sure tahu punya lah~!
Zarith dan Saya sebelum kenyang

Pada malam kejadian tu, si tukang pengajak makan dan merangkap rakan mangsa iaitu Nurulhuda telah menghabiskan set ikan siakap 3 rasa berserta makanan sampingan yang lain sebab saya dan Zarith lambat sampai. Cepat betul habisnya sebab masa saya otw, dia kata dia baru sampai restoran tu. Tapi, takpelah.. oleh kerana saya pun lapar, jadi kami mengorder satu set lagi ikan siakap 3 rasa yang harganya hanya sekitar RM29 (setelah dimasak).

Sotong Goreng Tepung

Kailan Ikan masin

Ikan siakap terbaik nie~

Isi ikannya memang terbaik sebab rasanya sangatlah fresh. Ikan sebesar tu akhirnya selamat juga ditangan saya dan Zarith. Walaupun bersaiz sederhana, tapi oleh kerana taknak bagi Nurulhuda dan Neysa curi ikan tu.. saya tetap bersemangat habiskan sehingga ke kepala. Kak Ijan dan famili pun ikut juga. Terima kasih kepada Kak Ijan selaku rakan penaja pada malam tu. Semoga dimurahkan rezeki lagi. Amin~

Neysa dan Nurul kenyang benor makan

Bersama Damia Comel~
p/s : Teringin nak buat blog pasal makanan… hehe

 1,438 total views

Mentedarah di Pizza Hut

Betul ek eja Mentedarah tu? Hehe, actually baru-baru ni saya dan beberapa orang lagi baru je sepakat makan di Pizza Hut sebab promosi special 1 hari yang Pizza keluarkan. Promosi dia adalah 4 Pizza size personal berharga RM27 dan save RM11 katanya.

Kitaorang pun print promosi 2 helai dan order 8 Pizza size personal tu. Orang yang makan masa tu ada 5 orang je. Ni semua Nurul punya idea. Last-last x habis dia yang kena habiskan. Hee

P/s : Sekarang ni semua fast food pun banyak buat promosi sehari dua yang murah. Taukan ada promosi KFC yang dibatalkan oleh KFC haritu kena kutuk gila-gila oleh orang ramai.

 1,154 total views

Blog Idaman

http://ida-mandarin.blogspot.com/

Salam rakan-rakan blogger. Jemputlah masuk, pintu tak kunci. hehe.

Kali ni saya nak berkongsi cerita mengenai blog idaman kalbu saya .. eh, bukanlah blog idaman saya..  tapi blog Ida Mandarin ataupun lebih dikenali dengan Kak Ros. Idaman yakni nama ringkas bagi Ida Mandarin ni sebenarnya salah seorang blogger tegar macam saya dan dah lama mula menulis blog, juga macam saya.  Blog Idaman juga kadang-kadang selalu jarang ada updates, juga macam blog saya.

Tapi kali ni saya bukan nak cerita apa yang sama macam saya. Yang sebenarnya saya ingin bercerita kepada saya suka blog Idaman. ( Wah, statement~! ) Blog Idaman ni sebenarnya dah jadi dewasa sama dengan penulisnya. Menulis blog ni pernah dijadikannya sebagai rutin harian dan pembakar semangat dia. Kalau nak tahu dan nak kenal Idaman bolehlah baca setiap post Idaman ni. Oleh kerana Idaman ni suka membaca buku jadi banyaklah juga entry dia berdasarkan pasal buku-buku yang dibacanya.
Ada satu interest yang sama dengan saya adalah band “Mocca”. Saya pun dulu pernah suka gila dengan “Mocca” dan Idaman dapat pergi ke live show dorang kat Shah Alam dulu. Bila balik je dari show tu dia terus post kat blog dia bergambar dengan Mocca. Inilah cara nak bagi orang jeles kat blog.
Selain tu juga, kat blog Idaman kita boleh tengok macam mana zaman-zaman dulu kitaorang struggle pergi event tanpa any good preparation. Less is more~!. Macam mana ada a few fans yang still boleh ingat kitaorang dan sampai sekarang still keep in touch.  Saya happy masa tu dan seronok dapat tengok fan yang kecik-kecik ni membesar depan mata dan still sayang Upin Ipin sampai sekarang~
Ok, lepas ni kita ramai-ramai klik blog Idaman ni dah tengok apa dia nak kongsi cerita lagi…

http://ida-mandarin.blogspot.com/

p/s : Heran, macam mana Ida boleh dapat jumpa dengan Yuna sampai 2 kali …

 1,181 total views

Menulis Blog Semula~!

Assalamualaikum semua … Dah lebih 8 bulan saya tak sentuh langsung blog ni rupanya. Ada terfikir nak tutup terus sebab dah malas nak buat blog.. tapi bila tengok dan baca balik post2 yang lama rasa rindu nak tulis blog semula. Ada juga kawan-kawan blog yang lain masih gigih menulis blog sehingga layout dorang masih sama walaupun dah 2-3 tahun buka blog. Oklah, mari kita mulakan semula.
Selama saya berdiam ni, saya bukanlah tak menulis blog langsung.. cuma saya sedang sangat sibuk menulis blog lain dan menjaga Facebook lain.Saya akan cuba mencari masa untuk menulis sebab banyak sangat yang nak saya kongsikan kat blog ni. Orait, mula-mula saya nak kena redesign skit blog ni, nak bagi freash looks skit. 
Ok, stay tuneee!!
p/s : Dah pakai Facebook Timeline?

 1,284 total views

Mediahorizon 2011

Yippie! Dah 5 tahun sebenarnya blog Mediahorizon ni bernyawa. Eh, blog ada nyawa ke? Mestilah ada. Sebab setiap blog ada pengikutnya yang setia. Saya begitu rajin dan rancak menulis blog pada tahun 2009. Pada masa tu orang kata masih berdarah muda. Hehe…

Dari situlah saya belajar macam-macam. Layout blogpun dah beberapa kali ditukar. Tak kurang kurang juga beberapa kawan-kawan yang mengenali diri saya dari blog Mediahorizon ni terlebih dahulu barulah kenal di dunia yang nyata. Kalau tak salah rakan blog saya, Afiq Ludin merupakan salah seorang daripadanya. Blog ni boleh merapatkan kawan-kawan yang jauh. Yelah, kita boleh baca je blog dorang dan boleh tahu perkembangan hidup dorang dengan mudah. Contohnya blog kawan saya ini, MummySya. Tapi nampaknya blog dia dah macam tak aktif lagi. Oklah, nanti terasa nak buat blogpost mengenai kawan-kawan blog.

Mengenai blog Mediahorizon sendiri yang sudah masuk tahun ke 5, kali ini saya akan mengubah layout dan cuba menulis sebanyak mungkin contents. Kalau dulu, benda2 macam twitter dan facebook ni kurang femes. Tapi sekrang kalau tade benda-benda ni memang takleh hidup. Jadi blog saya ni akan link terus kepada twitter dan facebook. Canggih tau!

 1,165 total views

[REVIEW] Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan semua filem epik yang telah menjadi buah mulut ramai pengemar dan penggiat filem tempatan. Trailernya saja yang telahpun bermain berulang kali di YouTube terus menarik jutaan peminat terasa ingin untuk menontonnya sebaik saja keluar panggung. Saya sendiri berkesempatan untuk menonton filem ini pada hari pertama tayangan. Berikut ialah komen saya.

Filem Hikayat Merong Mahawangsa secara keseluruhannya menceritakan semula kisah sejarah secara lebih mudah difahami. Bukan mudah nak menghasilkan filem berkonsep sejarah kerana semua fakta kenalah betul dan tepat. Belum keluar lagi filem ini khabarnya sudah ada pakar sejarah yang mengulas mengenai ketidaksahihan fakta yang digunakan. Pandai-pandailah Yusry goreng.

Cerita
Secara ringkasnya kisah Merong Mahawangsa ini ialah kisah bagaimana Merong membantu kerajaan Rom di dalam misi mereka berjumpa dengan puteri China untuk berkahwin. Perkahwinan politik ini pada asalnya tidak disukai oleh putera Rom dan puteri China. Tapi orang kata, tak kenal maka tak cinta. Selepas dorang kenal, boleh pulak jatuh cinta. Di dalam ekspidisi Merong membantu putera Rom, Merong di serang oleh kumpulan lanun yang digelar Geruda yang mengamalkan ilmu hitam. Selepas kali pertama diserang, Merong berpisah dengan putera Rom manakala puteri China diculik oleh Geruda. Di dalam proses nak balas dendam, Merong berlatih di suatu tempat dan secara tak langsung Merong menaikkan tempat tersebut dengan nama Langkasuka.

Watak
Saya kira ramai yang tidak tahu siapakah Merong Mahawangsa. Semua yang menonton 15 minit pertama seolah-olah terpinga-pinga dengan perwatakkan Merong. Merong yang berbahasa Inggeris sangat baik pada awalnya seperti kekok apabila bercakap Bahasa Melayu. Merong digambarkan sebagai kaki perempuan dan sering diburu orang kerana Merong sering membuat kacau di setiap tempat di mana dia berlabuh. Pengenalan watak Merong agak kurang jelas kerana dia secara tiba-tiba menjadi watak penting kerana pegawai Rom meminta bantuan Merong untuk membawa Puteranya berkahwin dengan Puteri China. Pegawai Rom yang tiada pilihan memilih dan meminta bantuan Merong. Mungkin ianya fakta yang sudah tertulis ,namun saya kira alasan untuk Merong menurut perintah Rom masih boleh disusun dengan baik lagi.

Props
Dengar kata bertahun-tahun props untuk filem ini dikumpulkan. Erm, melihatkan dari outputnya saya kira semua props tersebut dikumpulkan dari pelbagai negara. Walau bagaimanapun kadangkala props seperti pakaian serta alatan Rom dan China itu kelihatan terlalu bersih.

Aksi
Part aksilah yang dinanti-nantikan kerana melalui trailernya sudah menjanjikan pelbagai aksi dan kesan khas yang menarik. Aksi pertarungan boleh dikatakan cantik walaupun tiada aksi-aksi berlawan seperti Jet Li. Tetapi usaha untuk menimbulkan mood ke arah itu saya kira ada.

Pemilihan pelakon extra agak kurang memuaskan lebih-lebih lagi yang dipilih dijadikan sebagai lanun. Ada beberapa shot aksi yang menunjukkan semua lanun-lanun tersebut sangatlah kurus dan tidak sasa langsung. Walaupun ramai pelakon extra yang digunakan tetapi boleh nampak perbezaan yang ketara antara pelakon utama dan pelakon extra. Kadang kala mood peperangan yang hebat telah terbantut dengan perkara ini. Beberapa shots aksi juga dipercepatkan dan beberapa save shot digunakan.

Namun begitu ada beberapa scene aksi yang sangat baik dilakukan contohnya seperti scene di dalam hujan di mana ketika itu Merong yang sedang marah sambil menjerit membunuh sesiapa saja yang lalu di hadapannya. Dengan effect slow motionnya, ianya nampak begitu mengasikkan sekali. Scene ending juga tidak kurang hebatnya. Scene membunuh Khir Rahman dan membunuh diri agak cantik dihasilkan. Mungkin kalau negara kita membenarkan aksi memotong kepala atau tangan di dalam filem, Yusry dah hasilkan banyak scene sebegitu.

Kesan Khas
Kesan khas filem ini boleh dikatakan agak kemas dan cantik walaupun beberapa shotnya terlalu pendek dan semuanya sudah ditaruk di dalam trailer. Contohnya scene di negara China yang menunjukkan maharaja Cina dengan berlatar belakangkan gendang-gendang besar sambil dihujan salji. Scenenya direka begitu cantik. Ianya boleh dilihat di dalam trailer dengan jelas. Nah, itulah saja scene mengenai negara dan maharaja Cina di dalam filem.

Kesan khas yang digunakan untuk memperbanyakkan objek contohnya seperti kapal layar agak baik dan mudah dilakukan kerana ianya hanya kelihatan dari jauh. Tetapi saya rasa agak sayang kerana terdapat satu scene di mana ianya menunjukkan begitu banyak kapal Roman dan China ingin datang menyerang lokasi lanun. Mood dan cameranya sudah cantik, tetapi kumpulan kapal yang banyak itu ditunjukkan hanya datang dari 1/3 screen. Alangkah cantiknya kalau kapal tersebut menutupi keseluruhan screen dan seolah-olah kapal tersebut terlalu banyak sehingga dapat menakutkan lanun Geruda.

Muzik
Mana lagu Anuar Zain yang sedap tu? Ye, saya betul-betul mengharapkan ada lagu Anuar Zain dalam filem ini. Tetapi lagu ini hanyalah ditayangkan pada hujung credit filem. Saya kira muzik di dalam Puteri Gunung Ledang diatur dengan lebih baik.

Kesimpulan

Saya kira filem Merong Mahawangsa merupakan sebuah yang filem berani dihasilkan. Dengan kos RM8juta saya kurang pasti dengan kutipan yang bakal diraih dipawagam. Kalau mengikut rekod, orang Malaysia ni suka tengok wayang filem hantu dan komedi. Faktor peminat menonton lebih dari sekali merupakan fakor sesebuah filem tersebut box office. Apa-apapun saya ucapkan semoga berjaya dengan filem ini dan kepada semua peminat filem Malaysia janganlah beli DVD cetak rompak filem ini nanti. Kenalah sokong filem tempatan.
Salah satu scene di dalam Merong Mahawangsa

Poster cun Merong Mahawangsa


 3,544 total views