Ish, ish… sungguh malas saya ni menulis blog. Dalam bulan May hanya 1 entry saja yang berjaya ditulis. Tapi memandangkan pada bulan Jun ini banyak event dan wedding yang akan saya hadiri jadi saya sambung entry baru kali ini dengan sambutan majlis perkahwinan Hakim. Wedding Hakim iaitu salah seorang staff LCP ni sebenarnya dah lama berlangsung, kalau ikutkan sekarang dah habis honeymoon pun. Persandingan Hakim bersama pasangannya iaitu Azra dilangsungkan di Galeri Shah Alam.
Antara staff LCP yang datang awal
Pasangan pengantin ketika standby
Pada pendapat saya warna purple ni memang cantik sangat dan sesuai dengan pasangan ni yang berkulit cerah. Selain memang saya juga suka warna purple, warna purple ni macam menaikkan warna majlis dan menyejukkan suasana walaupun masa tu tengah panas. Kalau saya tau theme colornya puprle mesti saya juga akan pakai purple. Hehe. Boleh tahan ramai juga staff LCP yang memeriahkan majlis ni. Selain sebab majlisnya dekat, masing2 nak juga lihat pasangan Hakim dari dekat. Yela, nak kenal-kenal.
Pengantin berarak ke dalam dewan
Di pintu gerbang
Majlisnya begitu santai dan meriah. Saya yang secara automaticnya melantik diri saya sebagai juru gambar semasa itu, memang tak sempat duduk diam. Juru gambar profesional wedding ni amik dari angle sini, saya pun amik ikut angle sini… melawan tu. Saya pun memang minat ambik gambar wedding dan sekadar suka-suka mencuba angle-angle yang berbeza. Lebih kurang sejam lebih rasanya kitaorang di sini, sedikit sebanyak dapatlah berkongsi kemeriahan majlis persandingan Hakim ni. Hakim ni actually, semasa wedding ni dia masih bekerja sebagai seorang web designer. Jadi saya sendiri banyak bekerjasama dengan dia.
Adam, Aliya dan Idaman ketika makan nasi minyak
Huyoo, camera Leica ni
Cameraman ketika mengambil gambar keluarga
Bergambar bersama-sama semua staff LCP
I was here
Ok, lastly nak ucapkan semoga berbahagia hendaknya pasangan ni. Saya mendoakan semoga berkekalan sampai ke anak cucu . Erm, lepas ni kita ke wedding sapa pula. Ha, tunggu!
Best jugak dapat naik kapal terbang ni. Maklumlah dah disponsor, jadi amik je la peluang ni. Walaupun dekat, tapi talk di UiTM Kedah kali ni menaja penerbangan saya ni. Perjalanan lebih kurang 1 jam saja kalau dibandingkan dengan memandu boleh sampai 4-5 jam. Tapi rasa macam bosanlah pulak naik flight ni. Dah la nak kena check in la, tunggu flight la.. rasa macam drive sendiri lagi senang, bebas je nak ke mana-mana. Nak merewang pun senang. huhu
Sempat juga amik gambar kapal terbang sebelum naik
Okay, flight ni actually mendarat di Penang dan ada orang amik saya untuk ke UiTM Kedah pula. Tu pun dah makan lebih kurang 30 minit lagi. Aduh, terseksa jiwa raga. Talk saya tu sebenarnya keesokkan hari, jadi pada malamnya saya dibawa pergi makan satu gerai nasi kandar yang dikatakan sedap gila ni. Saya pun lupa nak rasa sedap gila ke tak, sebab sedar-sedar je nasi depan saya dah abis. Hmm…
Kedai Nasi Kandar sedap!
Nak makan kena beratur dulu ye
Okay, tugas sebenar saya pun bermula pada keesokan paginya. Kalau siapa perasan saya dah selalu ke UiTM untuk beri seminar atau talk tapi UiTM Kedah ini yang pertama kali. Cuba kita list jap, UiTM Segamat, UiTM Shah Alam, UiTM Perak, UiTM Terengganu dan UiTM Kedah. Erm, pengalaman di UiTM Kedah ni sudah tentunya pengalaman baru dan tidak boleh dilupakan. Walaupun bukanlah UiTM feveret saya tapi suasananya masih best. Apa agaknya yang saya cakap lama2 tu ek. Sebenarnya setiap talk tu contentsnya agak sama. Cuma yang membezakannya ialah dari segi update. Mungkin pada talk lain saya tunggu benda lain, kalau pada talk lain mungkin benda tu dah diupdate sikit. Macam tu lah lebih kurang. Selain tu, saya biasanya akan mengambil kesempatan untuk memberi hadiah ataupun goodies kepada pelajar-pelajar ni. Baikkan saya?
Suasana ketika talk diberi
Profile saya yang turut dicetak
Talk saya ni mengambil masa lebih kurang 2 jam. Saya turut diberitahu seminggu sebelum saya datang di sini, Gayour telah pun datang memberi ceramah dan sambutannya sangat menggalakkan. Kebanyakkan pelajar di sini actually tak belajar 3D sangat tapi lebih fokus kepada multimedia. Jadi pendedahan awal berkaitan 3D ni sangatlah penting dan boleh menarik minat bila nak belajar 3D pula nanti.
Sesi ceramah lebih kurang 2 jam
Sukalah tue
Nak bagi hadiah kat pelajar2 ni
Di post ni saya ingin berkongsi manakah talk yang paling best ataupun sebagainya mengikut kategori yang saya fikirkan sesuai. Mari kita lihat!
Talk Paling Lama UiTM Segamat. Saya diminta bercakap selama 4 jam. Habis semua benda saya goreng.
Talk Paling Layanannya Best UiTM Segamat. Saya dilayan macam pengantin. Siap ada pengiring untuk saya nak ke mana saja. Pengacara majlisnya pula, memulakan talk tu dengan pantun. Memang macam raja seharilah. Cuma yang kurangnya tak disediakan pengantin perempuan je. uhuhu
Talk Paling Jauh UMS Labuan. Sudah tentu jauh. Siap makan angin lagi.
Talk Paling Happening UiTM Shah Alam. Ni adalah kerana layanan dorang ni boleh tahan. Siap bagi banyak hadiah dan cawan yang ada muka2 dorang ni. Crowdnya pun boleh tahan dan sporting.
Talk Paling Berserabut UMT Terengganu. Sebabnya talk saya ini dibuat pada awal pagi dan merupakan slot pertama program. Hall yang besar tapi hanya ada kurang 20 orang yang attend. Laptop saya pula buat hal. Lag la, hang la. Memang macam-macam problem masa tu. Haih…
Talk Paling Sempoi
FeSSTis, PKNS. Hehe, kat PKNS pun buat talk tau. Tapi ni under program FeSSTIS kiranya macam program teknologi lah. Dah cakap pun dalam shopping mall, jadi saya tukar konsep lebih kepada interaction dengan orang dalam PKNS tu. Aler, tade rupa talk pun…
Talk Paling Terkejut UiTM Perak. Memang terkejut beruk dibuatnya. Mana taknya, sepatutnya saya datang untuk tujuan promosi iaitu membawa maskot dan bagi student bergambar, bermesra dengan pelakon suara. Sampai-sampainya dorang dah siapkan 1 hall penuh dengan pelajar multimedia dekat 300 orang lebih. Memang terus kena buat talk spontan. Terbaik.
Menarik sungguhlah sekali sekala buat (PC) Press Conference di Gloria Jean’s ni. Tempat pun santai, makanan pun free, artis pula ramai. Memang terbaik wok. Tapi kehadiran saya serta Upin & Ipin di PC ni sebenarnya ialah untuk memberitahu kepada pihakmedia mengenai calon2 anugerah HipTV yang pada masa saya menulis ini telah pun selesai. Upin & Ipin dicalonkan di Anugerah Artis Paling HIP sebaris dengan artis yang lain seperti Farah Fauzana dan ramai lagi. Keputusannya dimenangi oleh Farah Fauzana. Malam Anugerah itu pula saya tak dapat hadir kerana saya baru pulang dari Kedah untuk urusan lain. Jadi, saya sekadar dapat berkongsi mengenai suasana semasa PC nya aje.
Ipin ketika baru sampai
Diantara artis yang hadir dan turut dicalonkan
Kenapa ek Shiela bergambar pegang pipi, nampak comel lagi kut
Bermula sekitar pukul 3 petang, PCnya sangat santai dan bersenang lenang. Aktiviti utamanya ialah bergambar bersama artis untuk pihak media meletakkannya di dalam media masing-masing nanti. Saya dan Afiq pula dipaksa untuk mempromokan Upin & Ipin supaya peminat boleh mengundi. Yelah, kalau nak suruh maskot, maskot mana boleh bercakap. Makruh. Mula-mula tu memang seganlah nak record sebab orang selalu kata saya tak muat masuk TV. Tapi, bila dah dapat mic tu, siap mic2 dia sekali saya pinjam untuk recording guna camera lain pula. Erm, tak perasan bila keluar TV.. tapi sepatutnya dah la.
Semua jenis air adalah free
Ada tak rupa macam calon Kak Ros yang baru? huhu
Ketika sesi rakaman promo
Begitulah aktiviti rutinnya. Bergambar dan kemudian ditemuramah. Ramai kawan-kawan yang mengaitkan saya dengan kaki suka jumpa artis. Mungkin itu dulu, tapi sekarang ni saya rasa sudah agak biasa dan tidak terlalu teruja bila berjumpa dengan artis-artis. Mungkin kerana saya merasakan mereka juga adalah orang biasa. Ataupun mungkinkah saya sendiri sudah termasuk di dalam dunia artis. Oh tidak!. Kalau boleh nak saja saya tarik satu opis untuk berjumpa dengan artis yang dorang minat. Tapi tak mungkinlah nak buat macam tu.
Irma yang teruja dengan pipi Ipin
Mungkin muka kami kurang komersil sebab tu tak menang. Ahaha
Apa-apa pun ramai juga kawan-kawan saya yang lain berpeluang ke Party Hip TV tempoh hari menggantikan saya. Biarkan mereka merasa melihat artis dari dekat. Erm, sampai di sini sajalah. Lepas ini saya nak berkongsi mengenai pengalaman saya mengenai Talk yang saya buat di UiTM Kedah.
Oh tidak! Saya bukanlah ulat buku yang rajin membeli buku di pesta buku seperti Pesta Buku Antarabangsa KL ini. Tapi saya ingin mencuba kerana lagi banyak kita baca lagi banyak kita reti nak menulis. Selain ingin menaikkan nafsu membaca, saya juga sudah tentunya datang bersama maskot kembar untuk memeriahkan lagi pesta buku yang sudah sedia meriahnya dengan longgokkan buku-buku pelbagai cerita ini.
Antara cover majalah yang dipamerkan
Ambik gambar bersama Upin & Ipin
Bergambarlah lagi
Penampilan Upin & Ipin hanyalah di Dewan Tun Razak 2 iaitu dewan diseberang sungai kerana kuatir keadaan tidak terkawal sekiranya ditampilkan di dewan utama. Tanpa maskotpun keadaan sudah tidak terkawal apakan lagi sekiranya ditambah pula maskot yang besar ini. Penampilan maskot ini juga turut disokong dengan krew TV9 yang kebetulan sedang membuat liputan untuk program CHOPP!. Jadi bertambahlah lagi orang berkerumun nak melihat apa yang berlaku.
Meh ramai-ramai serang Upin & Ipin
Krew TV9 sedang membuat rakaman
CHOPP! jangan tak Chopp!
Lama tak baca komik ni
Bersama krew PTS, memang bestlah booth ni!
Bersama adik yang comel lagi
Saya sendiri sebenarnya adalah membeli sedikit buku dan ketika blog ini ditulis saya masih cuba untuk menghabiskan membaca. Erm, bilalah nak habis (kalau semuanya bergambarkan boleh cepat habis). Diakhir event ni tersempaklah pula dengan adik yang comel ni. Namanya Sarah. Sungguh comel dengan berbaju mickey mouse dia tu. Selain tu, secara overallnya saya sendiri rasa event ini sungguh berjaya dan membuka peluang untuk memasarkan lagi barangan Upin & Ipin yang berbentuk buku seperti Majalah Komik Upin & Ipin. Adios!
Yay, kita kembali memblog setelah hampir sebulan menyepi. Tapi sebelum boleh meneruskan blog mengenai aktiviti yang terkini, kita kenalah membayar hutang untuk blog2 yang dah lepas. Salah satunya ialah Suarasa Kuantan ni. Bayangkanlah Suarasa Kuantan ni berlangsung bulan Mac lalu baru nak post sekarang. Rasanya dah ramai tahu yang mana Suarasa Kuantan ni merupakan Suarasa pertama untuk tahun ini dan Kuantan juga pertama kali dijadikan tempat Suarasa. Sebelum bercerita mengenai Suarasa Kuantan apa kita kita singgah di R&R Temerloh dulu untuk merasakan kenikmatan tempoyak ikan patin. Sedapnya~. Pekena dengan nasi lemak bungkus campur kopi O. Memang sedap! Tapi harga boleh tahan!.
Tempoyak Ikan Patin yang mencengkam jiwa ragaku
Tempoyak campur Nasi Lemak, memang terbaik
Pengalaman di Suarasa Kuantan ni yang saya pasti semua orang boleh ingat termasuklah warga kerja TV9, makcik2 jual air, jual nasi ayam ataupun yang sapu sampah ialah cuacanya yang sangat panas. Bayangkanlah dulu kami semua ni putih melepak, balik je kuantan dah macam ikan masin dah. Seingat saya semasa di Kuantan bahang panasnya sudah mula terasa seawal pukul 11 pagi lagi dan pada pukul 6 petang cuacanya masih panas dan cerah. Tapi takpe, dengan semangat Upin & Ipin kami setia menjual dan bekerja di bawah panas terik.
Tidur jap orang tak perasan kut
2 Singgit?
Di kuantan ni, kami menjalankan rutin Suarasa yang biasa seperti penampilan maskot Upin & Ipin dan juga jualan barangan Upin & Ipin. Walaupun cuaca panas, pengunjung di Kuantan yang jarang-jarang melihat Upin & Ipin ini tidak patah semangat untuk membanjiri tapak Suarasa setiap kali adanya penampilan maskot. Wow, orang di dalam maskot memang seperti di dalam sauna dan telahpun berjaya mengurangkan 5 kilo berat badannya. Wah, Bestnya!
Upin & Ipin sentiasa tersenyum
walaupun panas
Eh, comelnya adik ni
Kali ini saya akan lebih kepada berkongsi gambar-gambar gelagat ataupun aksi pengunjung di Suarasa. Kebanyakkan gambar2 ni semuanya candid dan spontan. Malas nak tulis bebanyak, kita tengok gambar aje lah ek.
Ambik gambar abang ke dik?
Adik ni nangis mak dia hilang
Nak beli topup bole?
Upin & Ipin di booth Celcom, berbaloi-baloi
Wada (Idola Kecil) muka dah penat je nampak
Wow, cantik handphone dia
Nak suruh orang amik gambar lah tue
Abang merah jambu kita
sebagai maskot tambahan
Duit seposen-seposen
Ok, selepas ini Suarasa dikabarkan akan menyinggah di Johor pula. Jadi warga Johor nantikan kemunculan Abang, eh kemunculan Upin & Ipin sudah tentunya di Suarasa Johor nanti. Jumpa di sana!
Haris? Pembaris? Apa ko bondo nye ni? Ha!X5, ni lah indie band LCP yang baru ditubuhkan untuk persembahan-persembahan amal untuk function LCP. Dorang ni kesemuanya merupakan staff LCP yang pada siang harinya sangat tekun mengadap komputer. Haris, iaitu ketua kumpulan ini pada siang begitu aktif bermain dengan tablet tapi pada malam hari telah berubah rupa dan gemar memukul kayu drum. Semua sintom2 ni adalah untuk persiapan Malam Sahabat Niaga Upin & Ipin. Saya taknak bercerita lanjut mengenai malam sahabat niaga kerana info2 mengenai boleh di baca di blog LCP.
Seminar pada siang hari
Sesi berkenalan dengan staff
Ada rupa sama ke? Oh, tidak!
Walaupun kejadian itu berlaku pada malam harinya, tetapi pada siang harinya sebenarnya terdapat satu lagi kejadian yang tak kurang pentingnya. Kejadian ini diberi nama SEMINAR. Iye, memang benar seminar ni telah berlaku dan dengan tidak semena-menanya sayalah pengacara majlis seminar tersebut. Dipilih 1 jam sebelum majlis, saya sememegangnya main hentam saja bercakap tanpa skrip. Dipendekkan cerita, seminar tamat dalam masa 2 jam lebih rasanya dan krew2 event bergegas pula dalam sesi raptai.
Rupanya kitaorang yang menang
Para penyambut tetamu pada malam itu
Ok, kita teruskan dengan saat-saat bermulanya majlis. Walaupun majlis ni sebenarnya bermula pukul 8 malam, tapi sudah ramai yang datang lagi awal untuk mengisi perut. Maklumlah, perut kosong tak boleh kerja pula nanti. Malam tersebut actually sangat simple dan easy. Bertemakan warna biru, setiap staff dan krew digalakkan memakai baju biru. Antara mereka-mereka yang hadir ni beralasan tade baju biru ataupun buta warna merupakan alasan tidak berbaju biru. Tapi janji ada tone2 biru sikit2 tu kira halallah.
Makan ingat orang belakang sikit ye
Dorang ni memang minum air kosong aje
Aien, Juan dan Fila
Mula-mula majlis bermula dengan ucapan dan macam-macamlah aktiviti protokol yang kena dilangsungkan. Haris and the Pembaris hanya muncul ketika sesi makan malam. Muncul dengan berkaca hitam walaupun semasa malam tidak sedikitpun mengurangkan prestasi persembahan mereka pada malam itu. Haris ketua kumpulan, selaku drummer agak malu-malu bersuara tetapi begitu bersemangat menghayun kayu drum mengikut rentak muzik. Penyanyinya pula iaitu Afiq, menyanyi dengan tenang 3 buah lagu diantaranya ialah Dara Pujaan. Afiq yang standard level seperti pemenang pertandingan karaoke dengan mudah menyapu bersih 3 buah lagu tersebut sebagai acara persembahan ketika tetamu semua sedang makan. Afiq juga sempat berinterksi dengan tetamu sambil membuat lawak-lawak spontan. Kelakarye abang Afiq ni… hihi
Razuri, lead guitar
Akmal, bass guitar
Haris, drummer
Haris and the Pembaris ketika membuat persembahan
Wah, memang terhiburlah dengan persembahan mereka ni. Lepas ni dijangkakan mereka akan membuat roadtour 1 Malaysia bermula di Zoo Negara dulu. Mungkin mereka akan menghiburkan binatang-binatang di sana dengan lagu Lion Sleep Tonight. Nanti kita akan kongsi suasana di Zoo Negara pula nanti.
Dah lama tak post pasal lagu feveret. Kali ni terasa nak share lagu Sixth Sense yang bertajuk Tak Bisa Memilih. Lagu ni bukan sahaja sedap malahan lately famous melalui drama Asmaradana yang ditayangkan di TV3. Sempat jugak saya tengok ye. Cerita dia actually biasa je, tapi macam moment dia dan lagu dia membuatkan cerita dia sangat touching sungguh ..uhuuhk. Kita layan saja lirik dia..
Sixth Sense – Tak Bisa Memilihmu
Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu, Dalam ruang dan waktu, Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu, Resahku tanpa hadirmu, Sungguh berat hatiku untuk merasakannya
Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku, Untuk cintainya, Hatiku pun inginkannya, Hingga runtuh setiaku kepada dirimu
Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….
C/O Maaf ku tak bisa memilih dirimu Karena kuterhanyut mencintai dia Inilah salahku yang memberi ruang Didalam hatiku tuk mencintainya…
Penat sungguh perjalanan saya ke Penang kali ni. Trip ke Penang dengan tujuan menghadiri wedding Jam iaitu salah seorang staff LCP pertama kali saya lalui. Saya memandu seorang diri bermula sekitar 5 pagi dari Shah Alam. Rakan-rakan LCP yang lain telah pun bergerak lebih awal dan masing-masing semasa itu sedang nyenyak tidur bersama char kuew tiau sungai dua. Saya sendiri terpaksa bergerak lewat kerana menghadiri event pada siang harinya. Dengan bersemangat waja, walaupun tak drive kereta waja akhirnya saya sampai di Penang sekitar pukul 8 pagi. Sebaik saja sampai, saya pun berkumpul bersama dengan rakan-rakan lain dan terus pergi ke kenduri Jam sekitar pada pukul 12 tengahari.
Berbaris nak gi makan nasi minyak
Bergambar lagi sebelum masuk
Lebih kurang 20 orang staff LCP memeriahkan wedding Jam ni. Oleh kerana weddingnya ni, sipi-sipi dengan cuti Chinese New Year, jadi staff LCP yang berbangsa Cina tak dapatlah join. Berkonsepkan sederhana, kami dijamu makan sebaik saja menjejakkan kaki di dalam khemah kenduri. Diberi layanan istimewa kami pula dipelawa makan di dalam rumah. Memang segan bila semua orang asyik pandang aje, dah macam VIP pula.
Meh masuk rumah Jam
Nak ayam goreng !
Sambil makan, sambil ambil gambar
Lama tak makan bersilakan
Selesai menjamu selera, ngam-ngam pengantin pun sampai. Berbaju kuning, pasangan pengantin memang nampak macam Raja. Walaupun cuaca agak panas ketika itu, tapi pengantin tetap tersenyum riang. Kenapa agaknya ye? Memang sempoi dan santai, pengantin perlahan-lahan masuk ke dalam rumah. Masing-masing yang nak bergambar pun mulalah berebut mengeluarkan kamera masing-masing.
Pengantin mula berarak
Semuapun ambik gambar
Ketika sesi bergambar
Jam bersama isterinya
Lebih kurang pukul 3 petang, kami masing-masingpun mulalah berangkat pulang ke Shah Alam. Nak dijadikan cerita, jalan memang sesak betul sebab ramai orang balik dari cuti CNY. Saya yang baru saja beberapa jam di Penang tadi pun terus memandu balik juga. Bercampur dengan jem akhirnya saya sampai di Shah Alam sekitar 10 malam. Itu belum ambik kira yang kereta lain sampai sekitar 12 pagi. Saya kira bernasib baik sampai awal.
Pasangan Pengantin
Ambik berkat bergambar bersama pengantin
Bergambar berasama semua staff yang hadir
Oklah, apa-apapun saya masih bersyukur kerana sempat juga melihat perkahwinan ni. Yelah, asyik miss wedding member-member je. Walaupun bersusah-susah saya datang dan hanya berapa jam saja di sana namun saya rasa puas hati kerana saya berjaya menyelitkan diri menjadi fotograpfer percuma pada hari tersebut. Ehehem, macam manalah wedding saya nanti ye agaknya… erm. Nantilah kita pikir.
Salam, kali ni saya terasa ingin berkongsi mengenai beberapa sikap pelajar kadang-kadang terasa angin juga. Bukanlah saya cakap semua pelajar yang berurusan dengan saya macam ni, tapi adalah segelintir yang tak berfikir panjang dan terlalu ambil mudah beberapa perkara bila berurusan dengan orang lain.
Gambar Hiasan
1. Set appointment melalui Facebook Ye, memang betul sekarang ni semuanya pakai Facebook sajelah. Tapi cuba fikir, kalau nak hantar resume kerja pun pakai facebook kat mana pulak logiknya. Saya tak tahulah kalau ada syarikat yang memang ingin ambil pekerja melalui Facebook, tapi apa-apa punk enalah berfikiran realistic dan berfikiran logik. Sekurang-kurangnya gunakanlah emel rasmi syarikat. Tak susah pun.
2. Tak buat research Banyak pelajar yang ditugaskan buat research untuk beberapa topik yang telah ditetapkan oleh pihak IPT. Tak salah sekiranya berminat nak buat research dan biasanya saya memang sedia membantu. Kalau pelajar tu terlalu jauh dan tak mampu nak datang pula diberi kelonggaran untuk memberi soalan research melalui emel. Ha, kat sinilah masalahnya. Bila dah beri peluang, habis semua soalan dicampak kat emel. Macam saya kena jawab semua soalan yang lecturer dia bagi pulak. Tolonglah research dulu sebelum nak hantar soalan ye. Soalan-soalan simple tak perlulah bagi.
3. Last minute appointment Buat masa ni, perkara nilah yang saya rasa paling tidak boleh diterima. Adalah beberapa group of student ni yang ingin untuk membuat research atau interview ni merasakan ianya sangat senang dan mudah lebih-lebih lagi kalau kampusnya dekat saja dengan opis syarikat tersebut. Saya terasa ingin kongsi juga pengalaman dealing dengan student ni sebab perkara ni bukan sekali tapi dah banyak kali berlaku. Student ni call kata nak buat interview untuk topik tertentu. Saya jawablah boleh dan tiada masalah, hanya kena hantarkan surat sekurang-kurangnya seminggu awal. Dia menjawab yang dia dah tak sempat nak hantar surat dan ingin terus datang ke opis. Saya kata tak boleh macam tu, sebab bukan orang yang nak diinterview tu ada setiap masa di opis. Saya cuba beri kelonggaran sedikit dengan bertanyakan sekiranya ingin datang, ingin datang bila. Pelajar tu dengan mudahnya menjawab nak datang SEKARANG!. Adeh, cuba bagitahu di manakah rasionalnya untuk tiba-tiba datang macam tu. Nak beli makanan pun kena beratur. Bila saya menjawab tak mungkin boleh, pelajar tu dengan senang hati menjawab “oklah, TERIMA KASIH” dan meletakkan telefon. Terasa macam apa yang dia mohon pada awalnya seperti main-main. Hanya mencuba nasib. Erm, kenapalah boleh berfikir macam tu agaknya.
Saya harap pelajar-pelajar lain tidaklah berfikiran macam ni. Erm, saya rasanya ingin berkongsi perkara-perkara yang sering pelajar buat salah apabila menghantar resume untuk kerja. Rasanya ada yang minat nak baca tak? Sebab semua kesalahan ni yang akan saya kongsikan nanti rasanya takde ditulis kat mana-mana buku. Eheh, menarikan. Nantilah kalau ada masa saya akan tulis mengenai ni pula.
Nampaknya Port Dickson menjadi lokasi event pada kali ini. Bila cakap pasal PD ni kita mesti terbayang 2 benda aje ; 1- pantai 2-ikan bakar, betul tak? Event Hari Keluarga Berita Harian ni dilangsungkan di hotel baru iaitu di Permaisuri Resort. Sememangnya di sini merupakan kawasan baru, jadi boleh kata semuanya masih clean and clear lagi. Yang pasti salah satu dari dua benda tu saya gagal perolehi semasa event ni.
Nak masuk pun kenalah daftar dulu
Ok, pasal event ni pula sebenarnya merupakan Hari Keluarga untuk unit berita Berita Harian. Adalah lebih kurang 30 family rasanya yang join dan mereka semua bermalam 2 hari di sini. Sebaik saja saya menjejakkan kaki di sini dah mula nampak kesibukkan di lobby resort. Kebanyakkan kakitangan Berita Harian pada hari pertama tu baru pulang dari treasure hunt dan ramai juga yang belum pulang-pulang. Jadi dikesempatan itu, sempatlah juga saya mengisi perut dulu sebelum bekerja.
Signs untuk ke tempat makan
Aktiviti utama saya di sini adalah semata-mata untuk penampilan maskot Upin & Ipin. Tapi jangan confius, bukan saya yang pakai. Kali ni tugas saya lebih kepada pembantu maskot dan ambil gambar saje. Penampilan maskot sudah tentunya untuk menghiburkan ahli keluarga Berita Harian khususnya adik-adik kecik. Keluar lebih kurang 40 minit setiap kali penampilan membolehkan saya banyak waktu terluang. Sempat juga berjalan-jalan di tepi pantai sampai mengambil gambar scenery santai waktu petang di pantai.
Antara hidangan menu buffet
View pantai di resort
Flag yang digunakan untuk permainan pantai
Ipin pun nak join bola sepak pantai
Bergambar bersama peminat macam biasa
Dua hari saya kat sana rasanya macam dah puas berjalan di PD. Ada pengalaman pahit yang saya masih ingat lagi sampai sekarang iaitu kepayahan mencari makanan di waktu malam di PD. Dari pukul 8.30 malam cari makan last2 pukul 10mlm juga baru dapat makan. Tu pun saya belasah makan di pasar malam saja. Semua kedai kebanyakkannya tersangat penuh dan kalau tak penuh pun bahan masakan dah habis pula. Memang sungguh stress. Balik hotel main sambung main wrestling lagi baik… huhu.
Dari view handphone
Adik yang berambut stylo
Alalala..sweetnya
Adik ni lah yang saya hadiahkan keychain
Pengalaman manis pula walaupun tak berapa manis sangat ialah saya berjumpa dengan seorang peminat kecik yang sangat comel ni. Sewaktu menulis blog ni saya dah lupa nama dia. Dia terserempak dengan saya sebaik saja penampilan maskot dah selesai dan bersiap untuk balik. Dengan kecomelannya, saya tanpa berfikir panjang terus memberi keychain Upin yang tergantung di beg saya pada masa tu. Lepas bagi je tiba-tiba 3 orang kakaknya datang dan meminta benda yang sama. Saya dengan rasa bersalah terus menjawab yang saya dah tiada keychain lagi. Kakak dia tu baya dia juga ye, jangan salah faham ye. Saya pun patah balik dan minta rakan saya sekiranya mereka ada button batch sebab button batch tak mahal sangat kalau nak bagi. Saya pulak diperli dengan mencadangkan kenapa tak bagi beg sekolah ke, patung ke? Erm, mungkin saya suka sangat bagi barang-barang kat budak-budak dan tak sampai hati tengok dorang kecewa… hehe. Lepas dari tu, saya selalu spare button batch dalam beg sekiranya perlu nanti. Tapi kena ada special case lah, kalau semuanya bagi bengkok jugak nanti.
p/s : Untuk event ni gambar saya takde la pulak, sebab totally jadi tukang amik gambar