Happy Birthday, happy birthday to GENG. Yay! pada 12 Feb yang lepas maka genaplah setahun filem Geng ditayangkan di pawagam. Memang macam rasa baru je filem tu ditayangkan. Masih teringat lagi saat-saat seronok semasa promosi filem Geng ni dipawagam dulu. Dari Selatan hinggalah ke Utara saya pergi semata-mata ingin lihat filem Geng ini mendapat tempat di hati peminat. Jadi, sempena dengan memperingati hari itu, kami satu opis meraikan dan yang pasti ada makan-makan. Tak makan tak best lah.
Kek Geng (Sedapnya… nyum, nyum)
Kek ni semua saya punya
Memang sporting betullah dorang ni. Pada tarikh yang dah dijanjikan, semua staff kena pakai baju Geng bewarna hitam tu. Sebab ni sajalah baju rasmi yang kami ada masa dulu. Masing-masing kenalah selongkar balik almari nak cari baju ni. Percaya tak saya ada sekurang-kurangnya 15 helai baju Geng serta Upin & Ipin yang saya beli sepanjang tahun ni. Yelah, sebab saya selalu keluar ke eventkan. Takkan asyik pakai baju sama.
3 Dara pinggitan; Nurul, Nad dan Cima
Yuki antara senior yang bekerja
bersama saya sejak mula hasilkan Geng
Nell, Afiq dan Zaid
Oklah kita bercakap pasal menu makanannya pula. Kali ni memang antara menu terbaiklah. Segala jenis menu ada. Dari satay, kek, pizza, nasi ayam, donut, pendek kata macam-macamlah ada. Tapi di atas faktor kesihatan… hehe saya tak makan pun. Anyway, saya enjoy tengok semua orang makan dan saya ambil gambar dorang.
Antara menu makanan yang ada Donut pun ada juga
Disamping itu, masing-masing diberi ruang untuk berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing semasa menghasilkan filem Geng dulu. Memang bukan semua yang masih ada sempat berkhidmat untuk filem Geng jadi dikesempatan inilah segala pengalaman dikongsi bersama. Rasa syukur bercampur syahdu mengenangkan ramai juga yang telah kecundang semasa menghasilkan filem Geng dulu. Namun, ramai juga yang berkobar-kobar untuk memulakan produksi filem ke 2 tidak lama lagi. InsyaAllah filem ke 2 nanti akan dihasilkan dengan lebih baik dan berkualiti.
Kak Ina dan Kak Izan aka Mak Dara
Faren, Saya dan Nurul bergambar dengan replika filem reel Geng
Beramai-ramai bergambar kenangan
Adam, walaupun tak sempat menyumbang semasa filem Geng, tapi berhasrat untuk membuat yang terbaik untuk filem ke dua nanti
Faiz antara orang kuat di dalam pembikanan filem Geng
Kalau dikenang semula sebenarnya dalam tempoh setahun ini terlalu banyak perkara yang sudah berlaku. Dalam tempoh ni nilai persahabatan dan kesetiaan diuji dengan hebatnya. Hasilnya sesuatu yang sangat susah nak diterima pada peringkat awal. Tapi saya yakin itulah asam garam kehidupan. Saya masih meneruskan perjuangan yang mulakan. Diharapkan semua pengalaman itu dapat mendewasakan saya lagi selepas ini.
Diwaktu kebosanan melanda tiba-tiba termuncul satu idea untuk mengambil gambar LCP dari angle yang berbeza. Saya terfikir 1 angle yang tak pernah orang ambil sebab memerlukan zoom lens. Jadi dengan magiknya pada satu hari, maka saya bersama pentax putih saya mengendap dari jauh bangunan LCP ni. Lokasinya bersebelahan dengan Tiger Mart dan dari sini sememangnya viewnya menampaknya keseluruhan bangungan LCP termasuklah kawasan construction yang masih hijau ni.
Objektif saya pada hari ini ialah untuk melihat kadar zoom yang mampu dicapai oleh camera saya. Jadi di bawah inilah hasilnya.
Menggunakan 18mm kadar zoom
Menggunakan 55mm kadar zoom
Menggunakan 300 mm kadar zoom
Boleh tahan jauh juga dan puas hati dengan hasil dari testing ni. Hehe. Jauh juga perbezaanya. Oklah tu aje… alalalala
Macam jalan-jalan cari makan pulak dah tapi itulah yang pasti iaitu; aktiviti makan! Sebenarnya dah selalu saya bersama kawan-kawan makan ABC di kawasan ni tapi ni lah first time saya memblog mengenai ABC ni. Kalau student-student di UiTM Shah Alam ni dah pasti fimiliar sangat dengan kawasan ni sebab selain sedap harganya memang khas untuk student. Jimat budget.
Oh ni wajah-wajah yang join aktiviti makan ABC, tapi ABC tak sampai lagi masa ni
Wow, ABC
Kenapa ek ABC kat sini sedap sangat ke? Tak sedap sangat sebenarnya. Tapi bayangkan lapisan ABC tu ditimbuni dengan aiskrim dan kemudian dicurah dengan limpahan coklat sambil diselitkan sebiji buah apa ntah. Tidak ketinggalan biskut Love Letter ataupun orang panggil biskut rokok dicucuk bersama-sama dengan straw. Menarik bukan?
Suasana ketika makan ABC
Orang dari jauh iaitu Zarith pun turut join
Afiq makan 3 cawan sekali. Kata nak diet je lebih.. ehhe
Ha kalau nak try boleh la singgah kat Seksyen 2 ni. Tapi pastikan kedainya ialah Kedai Pegaga. Kalau kedai lain mungkin rupa ABC dia agak berbeza mengikut kedai yang anda pergi. Ok, sedapkan. Yay, nanti nak pegi lagi.
Akhirnya hari yang dinanti-nantipun tiba. Hari yang sama saya membeli lens 300mm saya pun sebenarnya dengan tiba-tiba mendapat idea untuk mencubanya di sini. Bermula sekitar pukul 6 petang lokasi saya ialah Extreme Park yang memang dah lama buka. Saya pula tak pernah ke sini melainkan kalau singgah Burger King sahaja. Memang nasib saya baik kerana hari tu memang agak ramai orang beriadah kat situ dengan extreme games masing-masing. Antaranya ialah skateboard, rock climbing, bicycle, flying fox dan tak kurang juga yang hanya bersantai kat situ.
View kawasan rock climbing sewaktu hampir senja
Masih ada orang yang berusaha nak panjat
Antara pemanjat yang berdedikasi
Tempat shooting pertama saya ialah di kawasan rock climbing. Alangkah bestnya kerana saya dapat zoom in kepada orang yang telahpun sampai di atas sekali dengan jelas. Walau bagaimanapun oleh kerana zoomnya jauh, jadi memudahkan gambar untuk jadi blur. Kena control tangan betul-betul barulah tak blur. Suasana kat situ dengan cahaya hampir senja tu memang cantik dan nyaman. Selain itu, saya ke ruang skateboarding pula yang boleh dikatakan bersepah-sepah orang bermain. Di setiap sudut ada saja skateboarder yang sedang melompat-lompat dengan board masing-masing. Lens ni juga saya jugakan untuk mengambil gambar dari jauh kerana risau terlanggar dorang ni. Tak sangka dorang semua ni memang hebat sangatlah. Sampai jatuh banyak kali pun masih nak teruskan lagi.
Kawasan skateboard ala-ala pool
Sequence skateboarder bermain (klik untuk lihat besar)
Antara aksi menarik para skateboarders
Wow, sanggup tu lompat tinggi-tinggi
Tak tau apa nak panggil. Orang naik basikal la kut.
Kawasan rock climbing yang tak putus-putus ada orang
Wah, sepetang kat sini memang best betul. Masing-masing akan buat gaya tersendiri bila saya halakan lens camera kat dorang. Masuk majalah ni dik. heheh. Apa-apapun lepas ni saya akan berkunjung ke sini lagi untuk cuba mendapatkan shoots yang lebih unik dan kreatif. Hmm. Kalau ada widelens ni pun mesti lagi cun.
Ohyea, penambahan terkini dalam set camera putih saya ialah Zoom Lens Tamron 70mm-300mm. Tamron ni sebenarnya jenama pengeluar Lens untuk macam-macam camera termasuklah Nikon dan Canon. Cumakan Pentax susah sikit nak carik lens dia kat Malaysia ni, jadi saya cubalah guna lens Tamron pula. Apakah kelebihan lens ni? Bila dah ada lens 300MM ni, yang bestnya dapat mengzoom tahap jauh sehingga 300MM lah. Biasanya orang pakai 300MM ni untuk shoot binatang macam burung ataupun harimau. Even orang kedai tu pun tak recommend saya beli lens ni tapi lebih mencadangkan untuk beli wide lens. Katanya awak akan jarang pakai lens ni melainkan kalau awak memang shooting gambar widelife. Ok, saya tak dengar cakap dia.. saya beli terus.
Lens 300MM
Lens Tamron ni pun ada Macro features
Tapi lens ni memanglah warna hitam. Takpelah nak cari warna putih juga memanglah tade dan tak mungkin ada. Jadi lepas je dapat, saya pun test shoot di sekitar Midvalley. Alamak, kantoi pulak beli kat MidValley. Gambar-gambar kat bawah ni memangnya di ambil se maksimum zoom mengunakan 300MM ni. Patung-patung ni semua terletak di atas bangunan tinggi (bahagian dalam MidValley). Dapat ambil sedekat ni memang saya rasa kagum. Hehe.
Sample gambar
Sample gambar
Sample gambar
Oklah ni kan. Ni pun kira widelife jugak ni apa. Tapi apa2pun selepas tu saja dah ada macam-macam idea untuk shoot. Ha, lepas ni saya akan tunjukkan ke mana saya pergi dengan lens baru ni. Memang best!
Yea, Red Day datang lagi. Theme Cloth day yang kali ni mengunakan konsep baju merah sekali gus digabungkan dengan sambutan CNY kat opis. Wow, memang merah mak ngah. Masing-masing rupanya banyak jugak stock baju merah jika dibandingkan dengan baju kaler lain. Meriah tu dah pasti meriah, dah macam open house CNY lah kat opis hari tu.
Merah bersama-sama Zaid, Yuki, Faiz dan Razuri yang macho tu
Dorang ni pulak tengah jual limau
Suasana ketika sesi bergambar
Tapi ni bukanlah sambutan CNY yang ada makan2 punya. Kalau nak makan, bolehlah makan limau aje sebab tu aje yang ada. Lain-lain tu, sudah tentu aktiviti bergambar sampai letih. Macam-macam aksi yang dorang nak buat. Asal ada camera saja, masing-masing mulalah tersenyum dan buat pose2 pelik. Gambar saya pula tade dalam post kali ni sebab saya secara automatik dengan paksaan dikerah menjadi cameraman pada haritu. Kesiankan. Tapi takpelah, saya memang suka berkhidmat macam ni. Hehe…
Fila dan Juan main cucuk-cucuk
Gambar Yuki yang memaksa saya untuk ambil gambar dia
Selamat Tahun Baru Cina!!!
Tapi yang seronoknya juga, tahun ni CNY cuti agak panjang. Sudah semestinya masing-masing dah ada plan nak balik ke kampung halaman. Tapi yang tade tu pulak, pun seronok jugak kerana akan ke Penang untuk wedding salah seorang staff LCP yang akan menamatkan zaman bujang lapoknya iaitu Jam.
p/s : pandang merah banyak sangat sakit mata jugak ea
Yeah, kali ni cerita pasal kucing ke 3 yang saya bela di rumah. Kucing ni actually bukanlah totally persian.. dia ni mix persian. Saya tak bela kucing ni dari kecik tapi saya beli semasa umur dia 2 bulan. Saya pun taktau kenapa saya beli kucing ni, mungkin sebab nak ada baka kucing persian lepas2 ni, so saya cuba aje la. Lagipun dia comel sangat neh. Ohya, namanya Ryoka. Nama macam orang Jepunkan. Actually Ryoka ni kucing jantan dan pada masa yang sama adik beradik dia iaitu kucing betina dibeli oleh kawan saya. Jadi kitaorang nak kasik nama yang sama ala-ala kembar gitu… jadi berilah nama Ryoka (kucing saya) dan Ryoko (kucing dia).
Ryoka lagi
Ryoka ni sangatlah penakut dan awal2 tu susah jugak nak biasanya diri kat rumah. Tambahan pula dah ada 2 ekor kucing kat rumah tu, jadi tambahlah lagi takut dia tu. Tapi lama2 tu nampak macam dah ok dan by now dorang semua dah berkawan. Takde gaduh2. Ryoka ni nampak comel dan berbulu lebat. Tapi perangai2 yang biasa sebagai kucing persian tu standard la masih ada. Mungkin saya tak bela dia dari kecik, jadi dia kurang penyayang skit bila dicompare dengan Simba dan Kimba.
Ryoka main-main
Ryoka dah biasa dengan environment
Ryoko suka dibelai
Tapi yang bagus pasal Ryoka ni dia suka dibelai. Kalau belai2 dia tu, mula nak nak berguling2 dia dibuatnya. Masa mula2 dia start untuk aktif tu, pelik juga dia suka lari ke sana ke sini sampai kadang-kadang terlanggar kerusi dan dinding. Ermm… .tak tau la kenapa. Tapi sekrang bila semuanya dah jadi member, memang legalah rasanya. Suka betul dorang main2 sama dorang. Tu la, rasanya better bela kucing 2-3 ekor dari bela seekor je. Atleast kucing tu ada lah juga member.
p/s : lepas2 ni saya akan ambil lagi gambar kucing2 ni in action…
Alhamdullilah, saya ni sebenarnya dah lama tak turun event dan berjalan jauh. Jadi satu hari ni saya ditugaskan untuk bersama-sama team yang lain untuk ke USIM pula ataupun nama panjangnya Universiti Sains Islam Malaysia. Takde lah jauh sangat, pejam celik pejam celik drive tengok-tengok dah sampai dah. Berdekatkan dengan area Nilai, event kali ni lebih tertumpu pasal pameran IPTA untuk pelajar-pelajar yang dilangsungkan di dalam Stadium. Tapi team saya pula, ditugaskan di luar Stadium di mana seolah-olah macam tapak event sampingan untuk event utama tu tadi. Pahamkan?
Shima, Saya dan Nurul selepas baru saja sampai di kawasan tapak
Aktiviti rutin biasa kami lakukan seperti penampilan maskot dan kuiz. Kali ni Shima pula yang sangat excited untuk menjadi emcee kuiz. Saya biarkan saja sambil saya pula menjadi cameraman sambilan dan merakamkan semua aksi semasa event ni berlangsung. Walaupun cuaca di sini amat panas, tetapi bila timing Upin & Ipin sahaja boleh tahan ramai yang sudah menanti. Tak kurang juga yang berlari dan berebut ketika sesi soal jawab Upin & Ipin diadakan. Pandai ye Kak Shima menarik perhatian kanak-kanak. Selain tu juga, aktiviti bergambar menggunakan polaroid pun menjadi aktiviti yang turut mendapatkan perhatian hangat.
Suasana ketika aktiviti soal jawab bersama maskot Upin & Ipin
Lari jangan tak lari…
Ye, inilah dia abang polaroid kita panggil
Disekitar event ni, pihak penganjur juga mengadakan macam2 aktiviti seperti permainan yang dipanggil Bestari kalau tak salah saya. Dia berkonsepkan monopoly tapi lebih fokus kepada perniagaan. Ramai jugak lah yang join games ni walaupun saya tak faham macam mana main dia. Booth Upin & Ipin juga turut dibuka khas untuk peminat kat sini. Sekarang ni sebenarnya dah banyak produk-produk baru yang sesuai dengan adik-adik yang bersekolah. Kalau saya sekolah lagi, sure saya beli.
Suasana ketika permainan Bestari
Booth jualanpun ada
Abang polaroid bersama hasil polaroidnya
Semua AJK yang telah berusaha keras
Walaupun event ni selesai lebih kurang pukul 5 macam tu, tapi kami semua ni masih belum selesai lagi. Dah target dah nak beli makanan apa. Yang menjadi pujaan hati saya ialah ayam percik kat sini. Memang sedap betul. Saya beli banyak kali dah. Selain tu, kat sini ada juga jual benda2 macam pakaian, cenderamata dan macam-macam lagi. Tapi saya masih berkenan dengan ayam perciknya saja.
Jalan-jalan cari makan
Wah, sedapnya. Tengok gambar ni pun saya masih dapat ingat lagi rasanya
Makan kat tepi jalan pun jadilah
p/s : Lama dah tak pegi jauh-jauh macam Penang ke, Terengganu ke… rindu nak makan sata… uhuhuk
1 DSLR Camera, 3 orang, lokasi Putraya. Event yang tak dirancang ni bermula semasa balik dari Alamanda selepas selesai event mengenai pelancaran kiosk Upin & Ipin di situ. Tak pernah bergambar di Putrajaya menggunakan DSLR jadi ini sememangnya waktu yang amat sesuai. Jam pun menunjukkan hampir pukul 7pm dan matahari pun sememangnya sedang mula hampir terbenam. Dengan bermodalkan cahaya yang baik, set yang cantik semuanya memang melengkapkan sesi photoshoot di Putrajaya ni.
Macam iklan kereta
Masjid Putrajaya diterangi cahaya dari matahari terbenam
Bergambar di jambatan Putrajaya
Masih banyak lagi gambar-gambar semasa sesi ni yang saya dah uploadpun kat facebook saya. Kalau nak tengok gambar lain-lain silalah klik di link bawah ni.
Pada hari saya menulis post ni dah hampir 3 minggu saya pakai Pentax K-X White ni. Sikit pun saya tade rasa menyesal malahan ada je benda yang saya nak cuba setiap hari. Sebelum ni saya ada cerita kenapa saya decide nak beli camera model ni, sedangkan lagi banyak model lain yang lagi terkenal macam Nikon ataupun Canon. Sebenarnya Pentax ni sangat terkenal di US dan Japan berbanding Malaysia. Selain sebab utama camera DSLR ini bewarna putih sebab-sebab lain ialah spesifikasi camera ni hampir sama dan pada beberapa kriteria yang lain pula lebih baik dari camera yang seangkatan dengannya.
Pentax K-X White
Antara pilihan menu yang ada di K-X ni
12.4 Megapixel
Ye, dengan 12.4 megapixel akan memastikan gambar kita sentiasa sharp dan cantik. Camera ni juga memberi option ISO dari range ISO 100 sehingga ISO 12800 yang mana lebih jauh rangenya jika dibandingkan dengan camera lain.
Video Features
Camera ni ada features video sama seperti camera idaman saya sebelum ini iaitu Nikon D90. Mampu merekod video bersaiz HD (1280 X 720). Duration videonya pula bergantung kepada memori yang kita letak dalam camera ni. Macam saya dah setkan 8GB high speed memory.
Live View Camera ni juga ada features Live View yang juga sama seperti Nikon D90. Live View maksudnya kita boleh ambil gambar tanpa melihat melalui view finder, hanya lihat di LCD screen. Mengikut website, Live View ni boleh detect sehingga 16 muka orang dan mengsharpkan wajah muka2 orang ni.
Toy Camera Mode
Walaupun bukanlah sebab utama, tetapi bermain dengan toy camera mode kadang-kala menarik juga. Toy Camera mode ni macam filter-filter yang telah disetkan untuk diapply kepada gambar. Ada macam-macam filter yang kebanyakkannya seronok digunakan. Cross Processing mode juga merupakan salah satu elemen yang menarik. Hampir sama konsepnya iaitu filter warna yang diapplykan tetapi ianya boleh diletakkan sebagai shortcut di shortcut button.
Kimba yang diambil gambar direct mengunakan Cross Processing Mode
Rupa dari bahagian belakang camera
Ada banyak lagi features yang ada tetapi cukuplah sampai di sini kerana saya takmau bercerita terlalu teknikal. Tapi tak dinafikan ada juga kelemahan pada camera ini seperti ianya mengunakan bateri AA sahaja. Ada orang suka dan ada orang tak suka.
Dalam tempoh 3 minggu ni saja sekurang-kurangnya ada 2-3 cerita menarik yang berlaku disepanjang saya mengambil gambar dengan camera putih ni. Antaranya ialah orang kedai camera yg lain amat teruja bila berjumpa camera saya ni. Stock model ni tiada di kedai mereka jadi ni merupakan pertama kali dorang lihat. Bukan saja lihat siap gosok2 lagi. Bila ambil gambar pula, dari jauh lagi orang dah mula tengok sebab pelik dengan camera yang berwarna putih macam ni. Menarik kan?.. eheh
p/s: lepas ni saya akan tunjukkan item terbaru bagi camera saya pula