Sekali lagi berkesempatan untuk join event suarasa yang telah menjadi aktiviti tahunan bagi TV9. Saya bersama krew Les’ Copaque juga tidak melepaskan peluang memeriahkan suarasa yang kali ini diadakan di Kuala Terengganu. Seperti yang telah dijangkakan, sambutan di Terengganu ni memang amat memberansangkan. Bermula pada hari Jumaat iaitu hari cuti umum di Terengganu kebanyakkan pengunjung tidak putus2 meramaikan tapak karnival ni.
Antara yang turut memeriahkan karnival ni ialah pengacara TV9, persembahan artis tempatan serta booth jualan oleh penganjur dan sebagainya. Turut tidak ketinggalan ialah pemenang Gadis Melayi iaitu Aida dan juga Khusna menjadi hos bagi beberapa acara yang diadakan. Ini merupakan kali ke 3 saya berkesempatan berjumpa dengan Khusna iaitu idola saya dalam rancangan Gadis Melayu (heheh).
Nampaknya kali ni Khusna, walaupun sibuk dengan aktiviti sepanjang hari di karnival ni, tapi dia sempat lagi datang beberapa kali di booth kami untuk membeli baju Upin & Ipin. Memang peminat setia la kiranya Khusna ni.
Antara yang menjadi tarikan utama pada Suarasa kali ni ialah penampilan maskot Upin & Ipin. Boleh dikatakan kesemua pengunjung karnival ni pasti akan berpusu-pusu nak bergambar dengan karakter kembar comel ni. Oleh kerana kakitangan LCP yang turun pada karnival ni adalah limited, jadi saya sorang saja yang kena menjaga dorang orang kembar ni. Dengan crowd yang sangat ramai, kadang kala saya terpaksa meminta bantuan pihak polis dan pihak krew sokongan.
Bayangkan apabila saja maskot muncul, saya hanya mampu berdiri pada 1 tempat sahaja dan tidak boleh bergerak ke mana2 lagi. Lautan manusia berderet2 ingin melihat Upin & Ipin ni dari dekat. Saya pasti banyak jugak permintaan peminat untuk bergambar yang terpaksa ditolak kerana maskot pada ketika itu telah membuat kemunculan lebih dari masa yang sepatutnya.
Kat atas ni ialah adik Ain iaitu pengacara Adik Di 9. Adik Ain ni begitu petah bercakap sehinggakan pengunjung terkeliru dengan adik Nurfathiah ( yang mana takde kat situ).
Walaupun dalam tempoh 2 hari kami berada di sini sangat memenatkan. Namun, dengan sambutan dan kemeriahan di Suarasa Terengganu kali ni betul-betul membuahkan hasilkan. Pasti takkan lepaskan peluang untuk ke suarasa yang seterusnya. Kalau tak salah, lepas ni di Kedah pula. Tungguuuu!
Yay sebaik saja selesai sesi live kat HotFM tempoh hari, tiba2 je Suraya HotFM offer join event dorang kat Titiwangsa ni. Event dorang ni yang memang dah lama ditunggu oleh pendengar HotFM sendiri ni memang ramai orang yang datang dari awal2 pagi lagi. Kitaorg 1 team maskot dan assistant pun masing2 turun padang sambil si Upin Ipin Fathiah pun nak ikut sekali. Yela, semenjak dua menjak ni dia tiba2 cam ngam pulak dgn Fara Fauzana tu… pandai dia layan Teah sampai Teah nak ikut.. so layan je la
Hanya 7 orang dari Les Copaque je yang menyinggah ke Titiwangsa dan maskotnya adalah diantara 7 orang ni. Sapa ek? Rahsia2… Dari kiri, Nell, Faiz, Zarin, Yong Pin, Eejean, Nurul dan Faliq.
Aktiviti pagi hari bermula dengan senam robik yang diketuai oleh akak baju hitam ni. Orang ramai pun mengikut gerak langkah ketua senaman ni sambil berbackgroundkan muzik. Bukan sahaja si Teah pun ikut sekali, tapi maskot Upin & Ipin pun kena buat senaman sekali. Dah la orang kat dalam tu pun senang panas, ini kan kena buat senaman pulak lagi.. tapi dorang kata ok je.. so, biarjela. Rata2 orang ramai tak tahan melihat gelagat maskot Upin & Ipin ni buat gerakan senaman ni.. yela, apa yang dorang buat mestilah nampak comelkan.
Walaupun acara pada hari tu kitaorg join sampai sekitar pukul 12 sahaja, tapi sambutan orang ramai memang sangat memberansangkan. Rasanya di mana saja maskot ni berjalan orang akan beralih pandangan ke arah dorang. Boleh mengalahkan Farah Fauzana cam ni.
Tapi, yang agak mengecewakan ialah terdapat segelintir penjual VCD haram yang mengambil kesempatan utk jual vcd Upin Ipin semasa event kat sini. Dorang macam mengambil peluang mempromosikan vcd dorang tu selepas melihat sambutan hangat maskot Upin & Ipin.
Tengoklah macam mana mobilenya dorang ni. Hanya pegang VCD tu ke hulu ke hilir untuk menjual dengan cara mudah. Yang agak hairannya, VCD2 yang lain ialah VCD berbentuk keagamaan. Setelah diwarning, dorang ni sedikit sebanyak menjauhkan diri dari kawasan maskot berada. Tapi, kitaorg still rasa cam tak puas hati melihat VCD cetak rompak yang pada masa tu kitaorg sendiri pun belum keluarkan season tu kat pasaran.
Kalau baju cetak rompak tu memanglah tersangat banyat dipasaran sekarang ni. Kalau baju boleh dimaafkan lagi la sebab orang tak dapat menilai antara baju yang original dan cetak rompak. Tapi apa2 pon adik dalam gambar kat atas ni memang rock.
Kesimpulannya, event dgn HotFM ni memang happening. Boleh kata kesemua pengacara dorang macam Farah, Faizal, Anne dan Ikwan betul2 nampak professional. Bukan professional dari segi suara atau cara bercakap. Tapi dari segi mengatur flow events dan mengawal crowds. Cayalah.
p/s : Kalau ada event lagi jangan la malu nak jemput
Karangkraf yang terletak tak berapa jauh dari opis LCP ni merupakan salah satu destinasi Sergahan Upin & Ipin semasa sesi promotion GENG tempoh hari. Saya boleh dikatakan selalu jugak ke Karangkraf, kalau tak jumpa dengan editor MajalahPC mesti jumpa dengan editor G3. Hubungan yang baik antara LCP dan Karangkraf membuatkan sedikit sebanyak aktiviti bersama karangkraf mudah dilakukan.
Maskot Upin & Ipin ni diserbu sebaik sahaja menjejakkan kaki di ruang kerja mereka. Kebanyakan pakcik, makcik, kakak, abang, kakak cleaner tidak melepaskan peluang bergambar dengan maskot kesukakan anak-anak dorang ni. Ada juga yang betul2 hyperaktif apabila berjumpa dengan maskot Upin & Ipin ni. Dengan bersebabkan untuk anak2, mereka semua bergambar beberapa kali dengan pose2 yang mengancam.
Majalah G3 pula dapat sesi pengambaraan eksklusif bila dorang dapat bergambar dalam studio sambil mempromosikan majalah g3 yang terbaru time tu. Majalah tu bercoverkan Upin & Ipin dan dikatakan antara isu yang terlaris dipasaran. Macam goreng pisang panas.
Sesi ke Karangkraf ni memang berbaloi kerana boleh dikatakan semuanya memang minat gila dengan Upin & Ipin. Dah lebih 10 majalah maskot Upin & Ipin ni kena pegang untuk promosi dari majalah PC hinggalah ke majalah Pa&Ma. Tapi, apa2 pon Karangkraf memang best sebab semuanya memang very supportive. Thanks a lot.
Actually LCP menganjurkan 2 tayangan istimewa iaitu Tayangan Gala dan Tayangan Fanatik pada malam yang berbeza. Walaupun konsep yang hampir sama iaitu mengadakan tayangan, tapi persediaan dan penganjuranna berbeza sikit sebab orang yang datang ialah 2 kumpulan penonton yang berbeza.
Tayangan Gala ni khas untuk VVIP, badan – badan yang pernah menyokong seperti MDeC, MIMOS, MOSTI dan banyak lagi. Manakala tayangan fanatik ni LCP anjurkan khas untuk peminat yang fanatik gila kat GENG. Jadi kiranya mcam membalas balik kesetiaan dorang selama ni. Kat atas ni simbolik perasmian utk malam tayangan gala.
Kedua2 malam ni diadakan di tempat yang sama. Actually masuk ni dah 3 kali, LCP anjurkan tayangan di Cathay Cineleisure Damansara. Salah satu reason, sebab dah senang nak organize sebab dah kenal pihak management dan tempatnya tak crowded sangat dengan pengunjung luar.
Penonton untuk Tayangan Gala selain VVIP ialah ahli keluarga LCP sendiri. Yelah, dorang kira VIP la jugakan.. Jadi pada malam tu, selain sempat berjumpa dengan ahli family yang lain… sempat jugak la dorang beramah mesra sesama dorang sendiri.
Kat bawah ni antara wajah2 comel ahli keluarga dan fanatik yang datang pada malam tu.
p/s : event ni dah sebulan lepas baru nak tulis.. so dah tade idea nak tulis apa… post gambar je
Bertempat di GSC Midvalley, lebih kurang 40 orang ahli sifoo.com telah beramai-beramai menjayakan aktiviti menonton filem GENG : Pengembaraan Bermula bersama-sama. Sifoo.com merupakan salah sebuah laman web komuniti berasaskan grafik dan multimedia terbesar di Malaysia. Saya dah lama join sifoo.com sejak tahun 1997 cuma ni lah pertama kali join aktiviti2 cam ni. Harapan selain dapat beramah mesra bersama ahli sifoo.com yang lain, saya jgak nak support la dorang sebab semangat buat gathering beramai2 untuk tengok filem GENG.
Rata-rata ahli sifoo.com terhibur dengan tayangan filem GENG tersebut dan penaung sifoo.com sendiri iaitu En. Imran telahpun menulis reviewnya mengenai filem GENG. Sebaik sahaja selesai tayangan, masing-masing diberi hadiah GENG melalui kuiz ringkas yang dijalankan secara spontan.
Pada hari yang sama Le Tour De Langkawi 09(LTDL) diadakan, team LCP yang lain sedang menganjurkan events di GSC MidValley sempena event roadtour filem GENG yang diadakan hampir setiap minggu sepanjang tayangan GENG di pawagam seluruh negara. Saya bersama beberapa krew LCP dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan booth di event LTDL ni. Event LTDL 09 yang bertempat di Dataran Merdeka memang sesuai kerana ianya menjadi tempat tumpuan pelancong dari luar dan dalam negara.
Tengoklah, jalan depan dataran ni pun dah diconvert jadi track lumba. Walaupun cuaca panas terik, tapi kebanyakkan pengunjung tidak putus-putus mengunjungi tapak jualan dan acara.
Salah 1 acara yang menarik perhatian orang ramai ialah acara aksi berbasikal ni. Dorang bikers2 ni menunggang basikal kemudian berpusing2 kat atas ramp tu. Kira macam sukan extreme le sikit.
Tak kurang juga yang mengambil peluang untuk beramah mesra dengan maskot BlueHypo. Siap nari2 lagi…
Ni pulak, (tak ingat nama) sedang menunjukkan kebolehan dalam skill menimbang bola sepak. Actuallym dia ni femes dan siap ada buat kelas kat area bukit jalil.
Ok, event di booth Upin & Ipin tak kurang hebatnya juga. Selain jualan barangan Upin & Ipin, saya dan Idaman memberikan kuiz dan permainan secara spontan kepada semua pengunjung. Walaupun penat, tapi aktiviti seharian di Dataran ni dapat membuka pandangan baru kerana terdapat juga pengunjung dari luar seperti dari China yang tertarik dengan animasi Upin & Ipin.
“Malam Bersama Geng” anjuran Les’ Copaque bersama Geng’s Corner merupakan salah satu kerjasama yang pertama kali diadakan. Selepas beberapa minggu berbincang dengan Kak Zu (owner Geng Corner)akhirnya dapatlah jugak menjayakan mini event ni. Geng’s Corner yang terletak depan opis aje.. memang memudahkan untuk menjalankan event macam ni.
Bermula sekitar pukul 8malam, pengunjung dihiburkan terlebih dahulu dengan tayangan TMO dan beberapa episod Upin & Ipin sementara tunggu kemuncaknya bila nak ending nanti. Tak sangka ramai pulak yang datang, memandangkan event ni diiklan kat website dan bagi flyers sahaja.
Pada malam tersebut, LCP ada membuka booth jualan kecil-kecilan untuk memudahkan peminat mendapatkan barangan eksklusif GENG. Antara yang ekskuslif pada malam tu ialah MUG Geng yang tak dijual di kedai WOG. Biasanya kalau ada event atau apa2 hari istimewa baru mug ni muncul.
Saya selaku emcee pada malam tu berduet dengan Idaman sedikit sebanyak memeriahkan acara malam tu (kut). Adalah tanya kuiz sedikit sebanyak.. dan interview orang yang datang. Gambar kat atas ni ialah adik Hakimi yang dulu2 lagi saya dah pernah terjumpa dia di event2 yang lepas. Dah besar dah sekarang tapi still maintain comel.
Adik Hakimi yang hanya mengangguk bila ditanya “Ingat abang tak lagi?” berpakaian baju Upin & Ipin yang original. Dah lama dah dia beli ni masih muat lagi ye… sayang adik kimi.
Pada malam tu jugak, antara yang ditunggu ialah maskot Upin & Ipin. Ramailah peminat yang mengerumuni maskot2 ni untuk bergambar. Amboi… memang sentiasa glamour la dorang ni… mengalahkan artis.
Pada malam tu, maskot yang digunakan ialah maskot baru.. still bau kedai lagi. Maskot baru ni lebih comel dan mudah bergerak. Betul ke comel?
Kalau comel kenapa adik ni menangis ni? ish ish Mungkin menangis tanda gembira. Oklah, secara keseluruhanya mini event di GENG corner memang best. Cuma lepas2 ni macam susah nak buat kat GENG corner dah… sebab krew GENG kena bergerak ke arah selatan dan utara pulak lepas ni. Kat mana? haaa kena la tungguu…
p/s: Mungkin orang akan cakap saya comel kalau saya pakai maskot jugak .. uhuk
Rasa macam tak pernah pegi MediaPrima je pulak walaupun selalu jugak menjejakkan kaki ke situ. Biasanya kalau tak jumpa orang GB mesti pergi TV9 sekejap. Tapi, pada hari ni berbeza sikit sebab saya bersama Upin & Ipin join shooting live untuk beberapa rancangan Tv3 seperti Apa-Apa Aje! dan beberapa rancangan lagi. Jadi hampir sehari kat situ, sungguh banyak yang mampu menceriakan hari saya.. haha
Kita bermula dengan Teah yang suaranya digilai oleh orang ramai sebab terlalu comel. Teah semasa ni sedang berduet dengan Amy Mastura dalam rancangan “Apa-Apa Aje”. Amy suka gila dengan Upin & Ipin rupanya.
Selepas tu, semasa menunggu di guest room.. kebetulan terserempak dengan Fabulous Cat… jadi dorang pun tak lepaskan kesempatan amik gambar sama2… Hmm apa yg Ipin buat tu?
Baru keluar sekejap dah ditahan oleh Pija (yang baru pink tu). Pija ni masa tu ada kelas kat area2 situ… Rupanya pun peminat Upin & Ipin… memang jalan kat mana2 sudut MediaPrima ni mesti kena serbu… sampai makcik cleaner pun nak amik gambar.
Yang ni pulak beberapa staff kat floor Tv3 yang sakan bergambar dengan Upin & Ipin ni. Tak sangka ramai peminat dorang ni dari kalangan media. Walaupun orang kat dalam maskot tu tidaklah berapa comel… tapi bila nampak je maskot Upin & Ipin mesti dorang cakap… “alaaa comelnya”…. ok la.. jeles skit la.. tapi still tak nak jadi maskot…
Sempat pulak saya curik gambar teah semasa sedang makeup. Kat sini sebelum any shooting, mesti kena touchup… Hai.. kecik2 dah pakai listick nii.. apa nak jadi niii
Pada hari yang sama jugak, saya dengan bermodalkan Teah… berjaya memasuki studio HOTFM. Kononnnya Teah ni peminat Farah Fauzana (mmg ye pun) tapi saya pun nak jumpa jugak Farah Fauzana dan Faizal Ismail.. kalau time2 biasa mesti susah nak serbu cam ni… Kebetulan Farah ni pun minat jugak kat Upin & Ipin, jadi macam jejak kasih le sikit… Kalau sapa perasan Farah dalam rancangan Melodi dan HotFm selalu sangat cakap “Betul.. Betul… Betul”
Jadi dengan modal tu tadi, saya dapat bergambar dengan DJ pujaan hati HotFm. Walaupun sekejap saje kat situ, tapi dorang sempat jugak rekod suara Teah untuk promo. Menjadi PR kepada Teah sungguh seronok sekali kerana impian saya juga boleh tercapai… haha. Lepas ni ada apa2 urusan dengan Teah, contact saya ye.
Lastly, saya paksa Teah untuk bergambar sebagai bukti saya PR dia pada hari tersebut. Macam biasalah, Teah bila on saja camera mestilah senyum lebar…
Yang pasti pada tarikh topik ni ditulis, GENG telah pun bermula tayangannya dan hari ini genap hari ke 5 tayangan. Bermula dari sebelum dan selepas tarikh tayangan saya begitu sibuk sehingga tarikh 12 Feb 2009 pun saya tak dapat update blog pasal tarikh tayangan.
Poster GENG di pawagam
Review? Oklah, takkan la saya nak review pasal filem GENG. Just, nak kongsi mengenai pendapat dan pengalaman yang dilalui sebagai salah seorang krew Les’ Copaque terhadap filem GENG ni.
Nampak sahaja poster GENG di panggung wayang memang memberikan impak kepada semua staff Les’ Copaque. Bukan sebab design atau printing posternya… tapi saya ingat lagi pada peringkat awal dulu semasa proses nak hasilkan GENG… masing2 percaya yang kita mampu buat filem.. tapi tak tau bila akan siap… semuanya diexplore sendiri. Dari animation, rendering nak render berapa besar untuk wayang… kalau nak render kat renderfarm macam mana nak start.. semuanya tertanya-tanya dan masih kabur-kabur ketika itu. Sebab itulah kalau nampak je poster GENG di pawagam mostly staff LCP akan terasa sebak… (sikit la..) sebab semuanya kita usaha sendiri.
Kalau tanya sapa2 staff LCP dorang akan cakap yang untuk hasilkan GENG ni bukanlah sesuatu yang mudah… semua orang atleast sekali pernah terdetik untuk putus asa kerana tanggungjawab yang dipikul sangatlah berat.. tapi oleh kerana semuanya percaya dan saling memberikan semangat diantara satu sama lain, akhirnya usaha itu tak pernah padam. Saya tak dapat bayangkan apa yang akan saya lakukan sekiranya saya bukan salah seorang staff LCP. Bukan sahaja buat apa yang saya suka, tapi bekerja di LCP bagaikan sebuah keluarga yang besar. Kebanyakan dari kami meluangkan masa bersama lebih dari luangkan masa dengan orang lain.
Hampir 3 tahun saya di sini.. bukan sahaja bangga kerana mempunyai team yang mempunyai kerjasama yang tinggi, tetapi selama 3 tahun ini GENG juga telah berjaya merubah cara pemikiran dan pendirian saya. Saya masih ingat pada peringkat awal diterima kerja, saya hanya ingin mahir dalam rendering sahaja… kalau tinggi sikit pun mungkin nak render animation yang lebih cantik dari biasa.. itu sahaja.
Selepas diduga dengan pelbagai cabaran, diam tak diam saya sudah menceburi banyak bidang. Saya pernah menjadi render artist, storyboard artist, web designer, modeller, pernah jadi animator sekejap dan yang terbaru ialah bergiat dalam pengurusan event. Kalau dulu saya takut nak present, tapi sekarang saya berebut nak present. Begitu banyak masalah yang pernah saya harungi di dalam GENG sehingga saya rasakan masalah yang lain begitu mudah nak diselesaikan.
Antara kata-kata semangat yang selalu saya pegang ialah :
1. TO BE GREAT LEADER YOU HAVE TO BE GOOD FOLLOWER 2. LEADER IS A ROLEMODEL
Oklah, kita bercakap pasal GENG pulak…
Bermula sahaja tayangan GENG dipawagam, nampaknya banyak gila respon yang amat baik diterima dari pelbagai sumber seperti blog dan website. Saya sendiri sudah tengok beberapa kali sebagai penonton. Perasan semasa menonton GENG bersama-sama orang lain dipawagam amat berbeza kerana saya sudah tahu apa yang akan berlaku. Sekiranya orang lain sedang focus pada jalan cerita, saya pula sedang focus kepada shot number, rendering dan macam2 lagi… memang tak boleh lari, sebab dah bertahun-tahun buat.
Antara scene yang paling saya tunggu2 ialah scene suspen. Saya tunggu reaction orang ramai kerana scene ini ialah scene yang paling menonjol. Kebanyakan penonton akan menjerit bila nampak hantu durian dan membuat bunyi “eeeee” bila nampak lipan di kepala Rajoo (tak spoiler ye… ada dlm trailer). Bila part kelakar pula, ada yang gelak sampai terbatuk-batuk. Memang susah nak buat orang ketawa sebenarnya…
Bila part ending pula, ramai orang yang beri tepukan gemuruh… dan ada juga yang tidak sabar nak keluar panggung. Tapi kat GENG ada beberapa ending… kadang2 saya bercakap dalam hati, jangan la keluar lagi.. still ada lagi ni… Seolah2 mendengar apa yang saya fikirkan.. penonton akan berhenti dikaki tangga bila ending istimewa itu muncul… Semasa inilah, gelakan dan tepukan yang paling hebat saya dengar…. Tak kurang juga yang sambil turun tangga tu, sempat pula bercakap “Memang berbaloi la RM11 aku ni”.
Rasa penat lelah selama ini seolah-olah berbayar dengan hanya mendengar pujian dan rasa puas hati dari orang ramai. Perasan seumpama ini sungguh priceless. Tak pernah terbayang saya akan berada diposisi sebegini dulu. GENG seolah-olah telah menjadi 1 fenomena baru dalam dunia animasi dan hiburan di Malaysia.
Apa yang saya harapkan filem GENG ini berjaya mencapai target RM10 juta. Kepada sesiapa yang tidak tahu, budget filem GENG ialah RM4 juta lebih. Kutipan wayang akan dibahagikan kepada pihak wayang yang kebiasaanya lebih kurang 50% dari jumlah kutipan. Ini bermakna dari RM10juta, kami hanya mendapat RM5 juta bersih. 5% dari jumlah ini pula perlu diberi kepada distributor. Jadi jumlah bersihnya sekitar RM4 juta lebih. Sasaran ini hanya untuk memulangkan semula modal budget filem dan bukannya untuk mengaut untung.
Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menonton filem GENG. Dialog “Kita semua GENG” sememangnya sinonim dengan LCP dan semua peminat serta pihak yang pernah bekerjasama.
Kali ni saya bekesempatan untuk join event Hari Terbuka Finas yang diadakan di Ampang dekat2 dengan Zoo Negara. Event menarik sebab dijanjikan ramai artis yang akan muncul seperti Liyana Jasmay dan beberapa artis yang lain.
Peminat kanak-kanak yang sempat bergambar dengan Upin & Ipin. Tapi kenapa tak senyum?
LCP turut membuka booth jualan dan menampilkan maskot Upin & Ipin yang menjadi kegilaan kanak-kanak. Kebanyakan pengunjung memang terhibur dengan maskot Upin & Ipin walaupun ada segelintir yang agak takut dengan wajah Upin & Ipin yang agak besar dari biasa.
Ni Ayman pun tak ketinggalan pakai baju Upin time tu. Baju ni dia beli on the spot kat booth LCP. Pantang nampak baju ni, mesti nak pakai… terpaksa la Kak Izan beli 1 untuk dia lagi.
Ni pulak Rajoo, Idaman dan Badrol yang sedang menayangkan soalan2 kuiz pada hari tu. Kiranya cam soalan bocor sebelum kuiz le ni.
Ha tu dia, aksi mereka ketika berada di atas stage. Memang best le sambutan kat Finas masatu lebih2 lagi dari adik2 yang minat gila dengan Upin Ipin.
Ni bukan adik beradik ye, nasib baik perut tak sama. Anyway, sempat jugak bergambar dengan Afdlin Shauki yang kebetulan juga membuka booth time event ni.
Lastly, yang ni pula ialah gambar bersama dengan Pierre Andre yang sangat tinggi.
P/s: haih, tak dapat bergambar dgn Liyana Jasmay… maybe next time.