Author - Mohd Zarin

Malam Penghargaan Media

Yay, dah lama tak buat event kat GENG’s Corner. Kali ni event yang separuh formal ni dibuat sempena menghargai pihak media untuk sokongan dan bantuan yang dorang dah beri disepanjang penghasilan filem GENG sehingga berjaya mendapat kutipan yang tinggi di wayang. Percaya tak percaya perancangan hanya dibuat 2 hari sebelum malam majlis ni. Huh, ingatkan tak sempat… tapi oleh kerana kecekapan team event (ceh wah) akhirnya majlis ni berjalan dengan lancar.

Target orang yang datang sekitar 100 orang dan jumlah ni hampir tercapai. Walaupon ada yang confirm nak datang tapi tak datang bersebabkan hujan atau ada hal lain. Tapi takpe, majlis ni still meriah dengan kehadiran pelbagai media seperti utusan, metro, rtm, karangkraf, tv9 dan juga mediahorizon. Maskot Upin & Ipin juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Krew Chopp sedang merakam aksi Upin & Ipin

Pada malam ni jugak, Les Copaque dianugerahkan Malaysia Book of Record sebagai filem animasi 3D yang pertama di Malaysia. Terima kasih kepada wakil yang hadir untuk memberi sijil replika ni. Dapat je sijil ni terus dorang pi amik gambar ramai-ramai.

Nani dari RTM bergambar dengan Teah

Pada malam tu jugak, terdapat peminat yang me”maksa” teah bercakap dengan member dia on the phone untuk membuktikan yang dia telah berjumpa dengan “Upin Ipin. Walaupon bukan dipaksa tetapi wajah Teah sungguh menampakkan dalam keadaan terpaksa… hehe.

First time muncul dengan rambut baru…

Walaupun malam ni disambut dengan penuh keserdahanaan, semua warga Les Copaque berasa sungguh bersyukur dengan apa yang telah dikecapi dalam tempoh kurang 3 tahun ni. Semoga ni merupakan satu detik permulaan untuk pencapaian yang lebih besar. InsyaAllah.


 829 total views

Rombongan TV9 ke Utusan

Seperti yang telah ditulis di dalam post yang lepas, sebaik je rombongan ke NSTP dan Utusan Karya selesai keesokkan harinya rombongan TV9 diteruskan di Utusan Melayu yang opisnya bertempat dekat KL. Persiapan oleh TV9 hampir sama iaitu datang bersama2 belon dan cookies sebagai cenderamata. Seperti semalam, konvoy bersama2 sampai ke Utusan. Oleh kerana bergerak agak lewat skit jadi sampai pun lewat skit. Dah la hari tu hari Jumaat, jadi masa sangat singkat semasa berada kat Utusan ni.

Macam biasa semasa proses perbincangan, Upin & Ipin duduk kat tepi sambil mendengar dengar khusyuknya. Respon yang amat baik diberikan oleh pihak Utusan sehingga beberapa isu yang diperbincangkan tiba2 berpindah kepada rancangan Upin & Ipin serta filem GENG. Penolong penerbit Utusan (kalau tak salah la) sendiri yang betul2 meminati Upin & Ipin ni sampai nampak begitu teruja ketika bertanyakan soalan.

Selepas tu, semua ahli rombongan dibawa berjalan-jalan sekitar Utusan untuk suai kenal dan beramah mesra bersama staff Utusan. Antara bahagian2 yang terdapat kat Utusan ni macam Kosmo, Mingguan dan beberapa lagi.. dah lupa dah.

Ini lah antara krew2 yang menghadiri rombongan ni. Antaranya ialah Alif (OIAM), Nadia (Hos Chopp), Pelakon2 Nana Tanjung, Aida (Hos Apa Ke Halnya), orang2 kuat TV9 seperti Amy (Ketua Branding), Azzah (tak sure jawatan dia apa), Farina (pun tak sure jawatan dia apa) dan krew2 TV9 yang lain.

Hasil daripada rombongan ni selain dari dapat merapatkan hubungan dengan media, krew Upin & Ipin juga dijemput untk menghadiri acara SmartKids Program pada hujung minggu ni. Jadi tunggulah updates saya mengenai event ni nanti yek.

P/s : ye betul tu Aida, Upin Ipin memang best!

 801 total views

Rombongan TV9 ke NSTP

Actually rombongan ke NSTP ni saya join bersama2 krew TV9. Rombongan ni yang bertujuan untuk berkongsi pendapat dan memberi tanda berterima kasih TV9 kpd NSTP sebab bagi support sebelum ni. Jadi saya bersama team Upin & Ipin juga dijemput oleh TV9 untuk bersama-sama memeriahkan rombongan ni. TV9 selain terdiri dari kakitangannya sendiri, dorang juga menjemput selebriti istimewa seperti Aida (GM), pelakon2 Nana Tanjung dan Pengacara TV9. Rombongan yang berkonvoy kereta dari Sri Pentas ke opis NSTP di Bangsar dimulakan seawal pukul 10pagi.

Sesi suaikenal dan beramah mesra dimulakan sambil masing2 memberikan pendapat dan cadangan untuk memperbaiki kelemahan sebelum ni. Ketika sesi ni maskot Upin & Ipin juga sedang duduk sambil mendengarkan perbincangan yang panjang lebar tu. Atau mungkin jugak dorang tertidur kat dalam tu.. sapalah yang tau…

Aida khuyuk mendengar perbincangan

Sapa yang tak tau, tahun ni merupakan tahun ke 3 TV9. Oleh sebab tu sekarang dorang dah gunakan tagline baru iaitu “Dihatiku” (dulu “Dekat di Hati”). Selesai saje sesi perbincangan tu, semua kakitangan NSTP dan TV9 pun mengambil peluang untuk bergambar bersama-sama.

Bergambar bersama team NSTP dan TV9 serta Upin & Ipin

Separuh hari di NSTP, sebelah petangnya pula rombongan yang hampir sama ke Utusan Karya pula. Utusan Karya ni ialah tempat di mana terciptanya majalah2 seperti URTV, Kawan, Mangga, Remix dan banyak lagi. Oleh kerana saya tak sempat nak amik gambar masa tu, jadi takdela gambar kat sini.

Aida yang sungguh meminati Upin & Ipin juga tidak ketinggalan bergambar bersama maskot kegemarannya. Aida cakap dia suka sangat dengan Ipin, kalau tengah bersedih tuu, tengok je Ipin mesti hilang sedih. Aida sendiri katanya sudah menonton filem GENG sebanyak 2 kali. Hmmm, bagus… bagus… bagus

Keesokkanya harinya pula, rombongan TV9 bertandang ke Utusan Melayu pulak. Lepas ni saya update mengenai rombongan ni…

p/s : teruja tengok tahi lalat Aida

 1,011 total views

Anak Kucing Lagi~

Kucing yang lama dah mak dia larikan… pergi mana ntah. Sekarang rasanya anak kucing tu dah boleh kata besar la jugak. Tapi, sekian lama.. sekali lagi mak kucing yang lama menyelinap masuk balik dalam rumah dan bersalinkan 5 ekor anak lagi. Haih, dah macam hospital kucing pulak. Nak bersalin tau aje mana nak carik tempat.

Anyway, kali ni anaknya dua ekor putih, dua ekor oren dan sekor lagi warna hitam. Tersangatlah comel dorang2 ni lebih2 lagi yang warna putih dan hitam ni. Pandai betul kucing ni carik baka yang cantik.. hehe.

Kali ni macam nak bela (macam tu jgk cakap masa kucing yg sebelum ni). Tapi kena tengoklah mcam mana nanti. Takut tak cukup masa untuk kucing2 ni. Nanti kurang kasih sayang.. sapa yg susah…

 1,866 total views

Stay`

Another addicted song yang tengah layan berulang2 kali. Sounds like Mocca and so simple yet relaxing. Is a local indie band and the lyric is so lovely…

Sounds straight from the twilight
Has me up all night I can’t
Fall asleep coz I keep thinking of you
And I saw a shadow, outside my window
And it’s you!

c/o
All my sorrows flew away,
Hush keep quiet hear me say
I don’t ever want you to go
Please stay

With the moonlight dancing free
And there’s no one but you and me
There’s no reason to go astray
Please stay

-bridge
Making up a story
It’s the way you’re looking at me
If you think that this is funny
It’s just you

Try and think about it
If your heart is closed don’t lock it
Keep your keys back in your pocket, think this through

 893 total views

UiTM Segamat sekali lagi~

Kalau ingat tahun lepas memang saya pernah ke UiTM Segamat untuk bagi talk sempena Seminar Animasi . Kali ni dijemput sekali lagi untuk tujuan yang lain pulak iaitu untuk membuka booth jualan sempena pameran IT oleh student sem 5. Perjalanan ke UiTM Segamat ni boleh dikatakan amik masa sekitar 4 jam jugak la… Kami diberi penginapan kat dalam kampus iaitu kat rumah tamu. Kepada siapa2 yg tahu, UiTM Segamat ni terletak kat dalam boleh dikatakan agak jauh dari pekan dan rumah orang lain. Boleh dikatakan scary sikit la nak tido kat sini… Tapi dah dapat tempat tido pun dah bersyukurkan. Anyway, esok paginya mulalah sesi jualan.

Sambutan dan layanan student kat sini memang antara yang terbaik. Boleh dianggapkan macam VIP lah. Makan, minum semua dijaga.. hehe. Oleh kerana tahun lepas saya berurusan dengan student lain yang mananya dorang by now sepatutnya dah keje ataupon sedang carik keje, jadi kali ni jumpa muka2 lain pulak… Macam biasalah, UiTM Segamat ni memang populasinya ramai student perempuan. Jadi saya yang jarang tengok situasi ni rasa macam kekok skit… sebab terlalu ramai perempuan pulak.. (Mungkin ada kebaikkannya jugak)

Terjumpa balik Puan Syarifah yang pernah jumpa tahun lepas…

Selain jualan kami jugak buat tayangan Upin & Ipin secara terbuka. Jadi sapa yg lalu lalang kat situ dan takde kelas akan singgahlah kejap tengok sikit2. Memang pada awal pagi ramai student dan staff datang memborong sampai ada ketika tak sempat nak susun2 barang pun. Antara yang memeriahkan booth kami ni ialah ajk event ni ataupun student sem 5 ni sendiri. Bukan saja datang banyak kali sambil setiap kali datang mesti beli skit2 tapi kalau berkesempatan mesti nak amik gambar. Kadang2 bergambar sesama dorang atau kadang2 dgn kitaorang yang sedang tak berapa sibuk belah2 petangnya.

Bergambar bersama 1 kelas sem 5… Boleh tahan sporting jgk dorang ni. Overall, UiTM Segamat ni antara yang paling supporting selain UiTM Perak dan UiTM Shah Alam. InsyaAllah kalau ada rezeki akan ke sana lagi. Goodluck kepada pelajar2 sem 5 ni yang akan praktikal lepas cuti nanti… (walaupun tau tade student ni yang baca blog saya ni.. haha)

p/s : Kampung saya hanya di Muar, rasanya tak jauh dari Segamat.

 2,497 total views

Event bersama TM di Zoo Negara

Rasanya memang dah bertahun-tahun tak masuk dalam ZOO… ntah apa yang ada kat dalam. Zoo tu lagi. Kebetulan 1 hari ni TM invite untuk join launching dorang under BlueHypo Kidz something something kat dalam Zoo Negara. Kira oklah tu.. sambil tolong2 tengokkan maskot, boleh jugak ringankan mata dengan tengok binatang2 kat dalam Zoo.

Jejak je kaki kat pintu masuk Zoo, dah start bau macam2… memang confirm tak wangila. Eventnya tu agak dalam dan kena jalan kaki lebih kurang 5-10 minit baru sampai. Event under TM ni focus kat budak2 dan antara aktiviti yang dijalankan macam coloring contest, games2, magic2, clown dan penampilan maskot.

Sudah tentulah maskot yang kena keluar dulu maskot bluehypo. Automatic bila jumpa org disebalik maskot ni terus jadi macam sedara mara dah. Yela maskot saja yang memahami perasaan maskot lain.. huhu.. Sekali maskot bluehypo ni kluar.. kitaorg semua pun pakat bergambar macam tak pernah jumpa maskot. Kesian jugak kat bluehypo ni sebab dia sorang2 je jadi maskot… Upin Ipin kan berdua..

Selepas beberapa ketika, dorang bagi line je.. kitaorg pulak keluar dengan maskot comel Upin & Ipin. Maskot Upin & Ipin yang 1st time jejak kaki kat Zoo ni tiba2 lebih femes dari gajah mahupun harimau kat dalam Zoo tu. Pengunjung yg datang boleh pulak tiba2 alihkan attention kat maskot Upin & Ipin. Oleh kerana event ni ramai budak2 kecik… jadi ramai lah budak2 ni yang peluk2 maskot macam teddybear dibuatnya.

Oleh kerana kawasan event tu jalannya tak berapa bersih, berlumpur skit2.. jadi team maskot tak dapatlah berjalan lebih jauh dari kawasan event ni. Pihak Zoo pulak tak bagi kerjasama sekiranya nak bawak maskot Upin & Ipin ni naik tram. Malas nak complicatedkan keadaan jadi kitaorg keep it simple aje…



Bukan aje orang yang datang untuk event ni bergambar, tapi orang2 lain yg ada kat Zoo tu pun turut bergambar mana yg sempat… Oleh kerana orang tak berapa ramai, jadi keadaan sangatlah terkawal. Staff Zoo sendiri pun ada yang lari dari tempat dorang bertugas semata2 untuk bergambar dengan Upin & Ipin ni.

Kebetulan, kitaorg jumpa Anne dan Ikwan dari HotFM yang jadi emcee untuk event ni. Oleh kerana memang dah pernah jumpa dulu masa kat Titiwangsa.. jadi kali ni jumpa dah jadi tahap bro bro dah la… Untuk event ni ada masalah sikit dgn pihak management Zoo, jadi kami tak dapat jual barangan Upin & Ipin. Jadi dorang just beli baju GENG ni dari kitaorg kat belakang pentas. Khas untuk Anne dan Ikwan kitaorg sanggup jugak jual secara senyap2.

Dengar cerita dorang dua memang dah tengok filem GENG. Lepas abis keje, midnight lari tengok GENG sekejap. Dorang memang bg feedback yang amat baik… memang suka sangatlah.. kalau tak, takkan la beli baju kan… Cayalah. HotFM memang banyak support kitaorang dan selalu tolong promote dalam radio.

Dan gambar bersama Anne mengakhiri sesi bersama TM di Zoo Negara. Walaupun event ni tak begitu ramai orang, namun atleast sekali sekala dapat tengok monyet, badak dan haiwan2 lain pun dapat rehatkan minda dari keje opis….

p/s: hari kempunan tak dpt bergambar dgn Anne masa kat Titiwangsa..


 1,161 total views,  1 views today

Pelancaran Muzik Aktif

Event pelancaran Muzik Aktif ni diadakan kat Angkasapuri, RTM. Bersiaran secara langsung di RTM 2 pukul 8:30 malam dan rata2 penonton serta penghibur terdiri dari pelbagai latar belakang dan zaman. Oleh kerana event ni siaran langsung, jadi selepas je selepas di Genting, saya terus ke sini. Nasib baik opis Berita Harian dekat je dengan Angkasapuri.

Maskot Upin & Ipin ketika berada di atas stage

Majlis ni dimeriahkan dengan persembahan oleh artis tempatan dari pelbagai latar belakang. Diantaranya ialah Aizat, Meet Uncle Hussien, Azharina dan err sapa lg ek.. Jeffry Din, DJ Dave dan beberapa orang lagi. Macam biasalah tarian dan persembahan yang macam biasa kita tgk kat tv.

Cuma yang agak menarik ialah pertama kali dapat jumpa dgn Meet Uncle Hussien balik. Actually, dorang ni kawan masa belajar time diploma dulu. Memang kenal sangat la dengan gitaris dorang Taja (dulu panggil Nik aje) dan vokalis Lan. Tak sangka sekarang dorang dah femes gila. Dulu stock malas pergi kelas la… mungkin rezeki orang kita taktau… Ingat lagi, dulu pernah 1 group dengan Taja buat projek multimedia. Saya focus buat animation tu ini.. tapi dia semangat gila siap nak compose lagu (rasanya boleh download je.. student level tak kisah).. tengok2 sekarang dia dah jadi composer dan gitaris terkenal… saya pulak bekerja dalam bidang 3d animation. Memang tak sangka.

Bersama Taja (Meet Uncle Hussien)

Dorang memang sebijik cam dulu. Apa yang orang RTM interview lain yang dijawab. Nasib baik tak jadi manager dorang… kalau tak pening jugak. Apa2 pun memang sungguh bangga dengan dorang ni. Hopefully one day kita boleh bekerjasama… buat soundtrack filem mungkin… Bila berborak dengan Lan pulak, tak sangka dia dah tengok filem GENG sebanyak 2 kali dah. Dia betul2 minat dengan filem GENG dah tak sangka saya salah seorang team yang hasilkan filem ni.

Seperti biasa, mana arits yang sempat berjumpa memang tak sah kalau tak bergambar. Ni antara yang sempat dicuri gambar bersama2. Actually, Abang Jeffry Din ni dah dua kali nak mintak bergambar dgn dia.. tapi last2 time dah abis semua baru sempat nak bergambar.

Gambar dengan Maya

Bersama Jeffry Din

Bersama Rosyam Nor


Akhirnya event malam tu berakhir hampir pukul 12am jugak la. Bermula dari Genting turun ke RTM.. ni memanglah umpama 1 hari bersama artis.

 1,081 total views

Jelajah Genting bersama Finalist ABP2008

ABP atau Anugerah Bintang Popular yang memang dah tentu2 untuk artis popular sahaja. Peluang yang jarang2 berlaku apabila dapat bersama2 dengan beberapa top finalis ABP ni ke genting untuk sesi bergambar kat genting. Saya bersama team maskot Upin & Ipin dijemput untuk memeriahkan keadaan di Genting yang pada masa tu sedang cuti sekolah. Bermula pukul 11pagi kami bertolak dari opis NST dia area Bangsar dengan menaiki sebuah bas eksklusif bersama beberapa orang artis seperti Scha, Nurul Alis, Kenchana Devi, Aiman dan beberapa orang krew yang lain.

Inilah antara artis yang ada pada sesi bergambar kat Genting ni. Antaranya ialah Juliana Evans, Nurul Alis, Kenchana Devis, Scha, Diana Danielle, Liyana Jasmay, Nabil, Aqasha, Faizal Ismail, Aiman dan tidak lupa maskot Upin & Ipin. Walaupon maskot Upin & Ipin tidak dicalonkan untuk sebarang kategori, tetapi populariti dorang ni kadang2 lebih hebat sebab berkerumun orang datang nak bergambar dgn dorang ni.

Antara yang sempat ditegur dan berbual ialah Liyana Jasmay. Liyana atau nama panggilannya Nana ni rupanya kakak dia kenalan masa belajar kat MMU. Jadi semasa makan semeja dengan dorang ni lah sempat berkenal-kenalan. Walaupon Nana tak tengok lagi GENG dan siri Upin & Ipin tapi dia antara yang histeria bila nampak maskot Upin & Ipin. Comey sangat agaknya.

Selain tu yang sempat makan semeja ialah Diana Danielle. Diana ni pun peramah. Walaupon nampak macam 24 tahun, tapi rupanya baru nak masuk PLKN (by now dah ada kat dalam dah). Bila ditanya adakah harapan untuk memenangi ABP, dia hanya menjawab yang dia tak harapkan apa2 kemenangan.

Oklah, selain pasal citer makan semeja, semua artis2 ABP ni berjalan 1 genting sambil main mainan apa yang sempat dan berani. Tapi, maskot Upin & Ipin tak lepas untuk main sebab kepala dorang terlalu besar. Sambil main sambil bergambar. Hampir 2-3 jam di Genting rasa sekejap, sebab semua permainan tu main sekejap2 je. Diiring ioleh krew Genting sendiri, dorang semua tak payah beratur untuk semua permainan kat dalam taman tema luar walaupon pada masa tu tengah ramai org beratur.

Yay, diakhir aktiviti kat Genting ni sempatlah jugak nak bergambar dengan Liyana. Dengan sportingnya dia memberi two thumbs up untuk aktiviti yang sungguh menceriakan itu. Kat bawah ni pulak, gambar bersama Scha. Actually tak banyak sangat benda yang boleh diceritakan pasal Scha. Scha pun time ni agak kurang sihat dan pening mungkin sebab lepas main permainan apa ntah kat taman tema luar tu. Scha ni sunggu tinggi dan sempoi je….

Ye, last but not least… walaupun dia ni bukan artis, tapi dia nilah antara orang penting yang menjadikan aktiviti ni berlaku. Dia ni ialah abang Zubir orang wartawan hiburan Berita Harian. Semuanya Abg Zubir yang organize dari mula sampai abis. Abang Zubir ni selalu jugak keluar TV untuk rancangan yang mengulas pasal artis. Tq ye Abg Zubir.

Akhir kata, pengalaman seharian bersama artis2 top ni memang satu pengalaman baru. Macam kawan2 yang rapat gile. Walaupon penat tapi 1 hari ni sungguh banyak benda yang berlaku. Kenapa saya cakap seharian? sebab selepas turun genting saya terus ke RTM untuk sesi siaran langsung pelancaran Muzik Aktif. Sapa pulak yang saya jumpa.. nanti saya update lepas ni…

 1,210 total views,  1 views today

Laman Web Baru Upin & Ipin

Serentak dengan tayangan siri baru animasi “Upin & Ipin : Dan Kawan-Kawan”, Les’ Copaque telah mengubah layout laman web Upin & Ipin kepada versi yang lebih ceria dan segar. Semua peminat boleh melayari di http://www.upindanipin.com.my untuk mengikuti episod terkini serta berita-berita berkaitan Upin & Ipin.

Kami akan menambah lagi maklumat serta muat turun dari masa ke semasa untuk kemudahan peminat setia Upin & Ipin. Di laman web ini juga, kami telah memansuhkan sistem shoutbox di mana kami telah terima banyak aduan mengenai penyalahgunaan sistem shoutbox ini. Diharapkan, kepada sesiapa yang mempunyai soalan atau cadangan silalah emelkan terus kepada webmaster@lescopaque.com

 2,382 total views