Author - Mohd Zarin

Suasana Suarasa Seremban

Assalamualaikum. Walaupun sebelum ni saya inform yang saya mungkin tak join Suarasa lagi.. tapi oleh kerana Suarasa kali ni agak dekat dan tak berapa jauh dari KL, jadi membolehkan saya untuk arrangekan diri sendiri untuk Suarasa kali ni. Bertempat di Seremban atau lebih tepat lagi berdekatan dengan Stadium Paroi, perjalanan ke Suarasa kali ini tidaklah memenatkan. Bahkan rasa tidak puas memandu kerana rasa terlalu sekejap sampai.

Suasana dipersekitaran suarasa seremban

Antara krew LCP yang turun

Keadaan dan suasana Suarasa kali ini bolehlah dikatakan hampir sama saje dengan Suarasa yang lain., cuma perbezaan ketara pada kali ini ialah lokasi setiap booth. Lokasi booth kami iaitu booth Adik di 9 boleh dikatakan agak strategi dan menjadi tumpuan orang ramai apa tah lagi bersebelahan dengan salah sebuah booth utama iaitu booth Celcom dan beberapa booth yang lain lagi. Namun begitu, setiap booth yang sangat berdekatan dengan salah satu ini terpaksa berlawan promosi dengan PA System masing2 untuk menarik crowds. Jadi suasana ketika itu bolehlah dikatakan agak bingit dan riuh.

Ketika kemunculan maskot Upin & Ipin

Sesi karaoke bersama Upin & Ipin

Antara peminat yang tercengang melihat aksi Upin & Ipin

Seperti biasa, penampilan istimewa maskot Upin & Ipin menjadi salah satu faktor penarik di Suarasa. Maskot Upin & Ipin boleh dikatakan sempat berjalan disetiap booth kerana lokasinya yang begitu dekat. Selesai saja di pentas Adik di 9, Upin & Ipin seolah-olah berpindah pentas dan terus membuat persembahan di booth TV9 pula. Kebetulan timing masuk Upin & Ipin agak tepat sebaik sebelum pertandingan karoake bermula, jadi kemunculan maskot Upin & Ipin terus dijadikan sebahagian dari persembahan salah seorang peserta. Begitulah, aksi untuk kedua-dua hari untuk maskot Upin & Ipin.. mana booth yang sempat dilawati pasti berjaya menarik perhatian orang ramai.

Peminat kecil yang mirip dengan Mei Mei

Adruce ketika crossover bersama Upin & Ipin

Sheilla, Salina, Fazida bersama Fimie

Antara reaksi peminat kecil ketika aktiviti dijalankan


Hos atau pengacara di booth Adik di 9 kali ni pula ialah Adruce dan Fimie yang mengacarakan booth ini dengan pelbagai aktiviti seperti games dan kuiz. Adruce selain dari tu, kemunculan dia kali ni ialah untuk mempromosikan rancangan terbarunya iaitu Hartamania. Mak kepada Adruce ni pulak peminat Upin & Ipin. Tak sempat shooping di gerai lain lagi dah banyak perhabis duit di gerai Upin & Ipin. Memang support habis la. Mak kepada Adruce ni jugak merupakan salah seorang yang aktif dengan Facebook dan pernah muncul dalam Nasi Lemak Kopi O sebagai tetamu undangan serta terkini dengar cerita dah belakon drama tapi sebagai extra. Cayalah Kak Leza.

Ketika program Apa Ke Halnya?

Khusna dan Sharifah Nur di booth Fair & Lovely


Irma Hasmie untuk program Chopp (agaknya la)
Perasmian kereta K9 TV9

Kenderaan K9

Gambar kat atas ni ialah diantara crossover serta rakaman yang sempat saya ambil gambar. Sebenarnya crossover ni boleh dikatakan berlaku disetiap booth dan diselang-selangkan dengan hos yang lain. Diantara program siaran langsung yang dilakukan pada Suarasa tersebut ialah “Apa Ke Halnya” yang dibuat di atas pentas utama. Selain dari tu, diantara highlight penting di Suarasa kali ini ialah perasmian kenderaan untuk K9 ataupun Kawan 9 yang berfungsi seperti skuad untuk TV9. Menggunakan ikon kucing sebagai simbol K9, kenderaan K9 ini dikatakan akan digunakan sebagai medium untuk aktiviti2 bersama masyarakat awam (lebih kurang macam tu la.. kalau salah faham, maaf ye)

Kali ni sempat la pulak saya join aktiviti yang diadakan di booth Celcom. Walaupun sebenarnya lebih kepada terpaksa join, tapi rasanya games susun2 kotak ni memang best. Abang Bob iaitu pengacara di booth Celcom ni dengan tidak semena-mena memilih saya bersama Juan untuk bertanding susun2 kotak ni bersama team perempuan. Mungkin oleh kerana kami terlalu handal dan telah mempunyai perancangan rapi dalam masa yang singkat jadi pemenangnya sudah tidak perlu disangkal lagi.. hehe. Walaupun, tidak berjaya melengkapkan kotak2 ni dalam masa 3 minit, tetapi hasil akhir susunan kotak tu boleh dikatakan 79.6% siap sepenuhnya. Pasukan perempuan yang tidak memberikan cabaran, membolehkan kami memenangi kupon reload Celcom RM10. Tapi, oleh kerana saya tak pakai Celcom.. jadi saya telah mendermakan kepada yang lebih memerlukan.


Merancang strategi

Mari susun2

Selain dari tu, di booth Celcom juga tidak sunyi dengan kehadiran 4 orang personaliti TV9 iaitu Khusna, Aida, Syarifah Nur dan Faradeeba. Dorang muncul kat sini ialah untuk mengendalikan aktiviti karaoke lagu Search ataupun lebih tepat kalau dikatakan dorang sendirilah yang menyanyi sebenarnya. Walaupun, mula2 tu macam malu2 tapi diam tak diam dah 3 lagu dah abis nyanyi. Pada keesokkan harinya pula, sekali lagi aktiviti karaoke dijalankan. Tapi, kali ni saya tak berani nak ambik gambar dekat2, takut dorang suruh menyanyi pulak kang.


Aida nak nyanyi 2 lagu aje.. huhu”

Nyanyi2 lagu Search

Selain booth Celcom, booth Fair & Lovely pun tidak kurang meriahnya. Kehadiran maskot Upin & Ipin berjaya menarik perhatian pengacara di booth Fair & Lovely ni yang rata2 semuanya lelaki. Upin & Ipin yang tidak memerlukan krim pencerah muka itu, sempat mengambil kipas percuma ketika pulang dari booth Fair & Lovely. Seperti di booth2 lain, booth Fair & Lovely ni juga mengadakan pelbagai aktiviti di mana pengacaranya setiap kali selalu tertukar perkataan dengan Suarasa dan Jom Heboh.

Booth Fair & Lovely

Antara aktiviti yang berlangsung

Upin Ipin yang tidak memerlukan krim pencerah muka

Nampaknya itulah sahaja aktiviti dan perkara menarik yang boleh dikongsi untuk Suarasa kali ini. Yang pastinya setiap pengalaman Suarasa di tempat2 lain pasti mempunyai pengalamannya tersendiri. Saya suka mengaitkan perkataan “Berbaloi baloi” pada Suarasa kali ini kerana kami dihadiahkan tiket percuma untuk konsert Search di Awan Biru di Stadium Bukit Jalil Ogos nanti. Tiket complimentary ni dihadiahkan sendiri oleh bos Celcom di atas kerjasama serta penampilan istimewa maskot Upin & Ipin disepanjang acara Suarasa berlangsung. Bersuaian dengan tagline Celcom : Prabayar Paling Berbaloi; setidak-tidaknya usaha kami untuk memeriahkan booth Celcom pada haritu berbaloi. Sekarang persoalannya adakah saya ada masa untuk pergi ke konsert tu nanti? huhu. Kita tunggu je la.

p/s : Lepas ni Suarasa akan berkunjung di Muar pula. Adakah saya akan turun juga? Doa2 kan lah… hehe


 1,195 total views

Signing Ceremony at KL Tower

Assalamualaikum, nampaknya banyak event yang masuk pada bulan Jun nanti. Boleh dikatakan setiap weekend sudah dilock dengan event yang berkaitan dengan Upin & Ipin mahupun GENG. Disamping bekerja menjayakan event, dapatlah jugak saya bertukar-tukar contact dengan orang disebalik event berkenaan untuk kegunaan masa hadapan. Tapi, sebelum kita masuk mengenai event disepanjang bulan Jun kita tengok dulu event yang amat penting berlaku pada hujung bulan Mei ni iaitu Majlis Menandatangani Perjanjian bersama Les’ Copaque.

View dari atas menara KL


Majlis ni basically ialah perjanjian diantara Les’ Copaque dengan Telekom Malaysia untuk tujuan penaajan siri Upin & Ipin, dengan TV9 sebagai stesyen penyiar rasmi Upin & Ipin di Malaysia, dengan TPI sebagai stesyen penyiar rasmi Upin & Ipin di Indonesia, serta Bliztmegaplex sebagai pengedar filem GENG di rantau Indonesia. Bertempat di Menara Kuala Lumpur, lokasi event pada kali ini pasti menarik dengan berkonsepkan ala2 casual campur formal sikit (sebab ada orang besar). Sehari sebelum majlis ni, semua orang yang bertanggungjawab dikenakan hadir untuk raptai dan sesi persiapan. Semuanya memastikan bahagian masing2 seperti teknikal, backdrop, event flow dan sebagainya tiada masalah pada hari event tu nanti. Ini merupakan pertama saya menjalankan event di Menara KL, jadi masih banyak prosedur dan perkara yang harus dibelajar.

Ketika sesi raptai berlangsung

Baby Eilham pun nak join raptai

Ok, pada hari majlis berlangsung diantara tetamu terhormat yang hadir ialah Dato Bazlan Osman (CFO) TM Berhad), En Bukhari Che Muda (TV9) dan beberapa orang lain lagi. Majlis dihoskan oleh pengacara TV9 iaitu Puan Syarifah Nur. Majlis ni berlangsung agak baik dan bermula lebih awal dari yang dijangkakan. Walaupun agak kekurangan kehadiran media dan press namun semuanya yang hadir berpuas hati dengan kelancaran majlis. Terima kasih kepada media yang hadir dan telah menulis mengenai event ini seperti dari Utusan dan Metro.

Ketika sesi menandatangani berlangsung

Tuan Haji Burhanuddin ketika berucap

Selain dari menyaksikan majlis menandatangani, tetamu yang hadir juga ditontonkan dengan siri animasi Upin & Ipin yang baru serta trailer filem akan datang iaitu Upin & Ipin : Angkasa. Kebanyakkan tetamu begitu kagum dengan trailer terbaru ini. Kepada siapa2 yang ingin menonton trailer terbaru ni, kenalah tunggu sehingga laman webnya siap nanti.

Antara tetamu yang hadir

Nizam ketika ditemubual

Delagasi dari Indonesia

Antara staff yang sempat bergambar bersama2


Fuad menunjukkan bunting hasil kerjanya. (yela… lawa2)

Bergambar bersama Syarifah Nur

Secara keseluruhannya, majlis ni walaupun nampak simple tetapi tujuan dan kesan selepas majlis ini amatlah besar. Diharapkan perjalanan dan proses menghasilkan Upin & Ipin : Angkasa selepas ni berjalan dengan baik dan lancar. Oklah, tunggu post saya mengenai event2 berlangsung sepanjang bulan Jun nanti.


 3,125 total views

Hari Konsert

Satu hari ni penuh dengan konsert serta mini konsert. Memang sudah lebih kurang seminggu merancang untuk pergi konsert2 ni berdasarkan iklan dan personal contact. Pada sebelah tengah harinya, boleh dikatakan mini konsert diadakan di PKNS, Shah Alam. Ada 2 artis yang membuat persembahan iaitu Amylia dan Haziq. Dua2nya dari Akademi Fantasia. Oleh kerana pada minggu sebelumnya saya sudah mengendalikan acara di sini jadi pengendali acara ni memberikan akses backstage kepada saya untuk berjumpa dengan kedua-dua artis ni.

Amylia memulakan persembahan

Amylia AF

Mungkin kurang promosi atau daya penarik, jumlah penonton tidaklah begitu banyak. Ini memudahkan saya bergambar dari jarak dekat. Kebetulan parents Fathiah juga tidak melepaskan peluang bersantai hujung minggu sambil menonton mini konsert percuma ini.

Parents Fathiah juga turut menonton konsert

Haziq bersama penonton

Pada malam hari pula, 1 lagi konsert percuma menanti di perkarangan Stadium Shah Alam di mana ianya tersangatlah dekat dengan opis. Konsert Jelajah 11 Era ni, menampilkan banyak artis seperti Dato Siti, Mila, Bunkface, Hafiz, DJ2 Era dan kebanyakkannya artis yang lahir dari AF. Jumlah penonton pada konsert ni boleh tahan banyaknya namun masih agak selesa untuk menonton. Konsert yang berlangsung lebih kurang 2 jam ni, amat meriah lebih2 lagi ketika kemunculan Dato’ Siti Nurhaliza.

Penyampai Era beraksi di pentas

Ramai penonton hanya duduk di jalan raya untuk menonton

Mila

Dato’ Siti Nurhaliza
Ehster AF7

p/s : keesokkan harinya pula, saya terlibat dengan persiapan event besar yang bakal berlangsung di Menara KL. Nantikan post saya mengenai event ni.


 893 total views

Menara KL, Santai@1

Assalamualaikum semua, acara pada kali ini yang ingin dikongsi telahpun berlalu 2 minggu lepas sebenarnya. Oleh kerana tak sempat nak post, jadi ianya bertangguh sekejap. Program ni ialah recording Santai@1 bersama DJ Hezry di Menara Kuala Lumpur. Program yang berkonsepkan talkshow ni recordingnya bermula pada 11 malam, jadi boleh kata agak lewatlah jugak. Sebenarnya, program ni sepatutnya disiarkan secara langsung, tetapi oleh kerana ada siaran langsung yang lain ketika tu program ni ditukar menjadi recording. Tajuk Santai@1 ni pada masa tu ialah Hari Guru. Fathiah (Pelakon suara Upin & Ipin) telah menjadi jemputan bersama cikgu dia sambil ditemani oleh maskot Upin & Ipin.

Teah ketika makeup sebelum bermula

Teah ketika standby di set

Program ni bermula dengan DJ Hezry seolah-olah berinteraksi dengan Upin & Ipin di mana suara Fathiah digunakan sebagai latar belakang. Krew maskot ketika ini yang masih baru dalam bidang pe-maskotan masih tidak arif melakonkan perwatakan Upin & Ipin terpaksa membuat reaksi berdasarkan respon dari Fathiah. Fathiah pada bukan sahaja petah menjawab soalan dari DJ Hezry, malah suaranya turut membuatkan penonton di studio teruja.

Ketika sesi recording

Sesi penutup

Bergambar bersama semua tetamu

DJ Nazie yang excited berjumpa dengan Upin & Ipin

p/s: Ni kali pertama Upin & Ipin sampai ke Menara KL


 867 total views

Upin & Ipin di PKNS, Shah Alam

Last weekend saya berkesempatan untuk join event yang dilangsungkan di PKNS, Shah Alam. Event yang diberi nama Jualan Hartanah ni sebenarnya telah berlangsung hampir 1 minggu lebih dan kedatangan krew Upin & Ipin ni ke sini merupakan sebahagian daripada aktiviti sampingan untuk memeriahkan event ni. Bertempat di pentas utama, kemunculan Upin & Ipin ini boleh dikatakan ditunggu2 oleh warga Shah Alam kerana iklan mengenainya telah diedarkan melalui poster serta flyers sejak awal event ini bermula.

Ketika jualan barangan Upin & Ipin

Aktiviti utama ini ialah aktiviti jualan barangan original Upin & Ipin. Walaupun tempat jualan tu berdekatan dengan tempat jualan barangan cetak rompak namun ianya tidak mengganggu aktiviti jualan kami. Malahan, kebanyakkan barangan Upin & Ipin habis dijual kerana sambutan yang amat menggalakan. Selain dari itu, aktiviti utama pada event ini ialah pertandingan mewarna kanak-kanak. Saya diberitahu penyertaan pertandingan pada kali ini sungguh memberansangkan dengan lebih 70 penyertaan diterima pada hari tersebut. Kebanyakkan adik-adik yang memasuki pertandingan ini merupakan peminat setia Upin & Ipin.

Suasana ketika pertandingan mewarna diadakan

Acara kemuncak sudah tentulah kemunculan maskot Upin & Ipin yang dinanti2kan. Ini merupakan kali pertama maskot Upin & Ipin menjejakkan kaki di sini dan respon dari orang ramai amatlah memuaskan. Seperti biasa, peluang ini diambil oleh pengunjung untuk bergambar dan beramah mesra bersama maskot kesayangan mereka. Kali ini saya tidak akan memaparkan banyak gambar maskot Upin & Ipin kerana saya ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang peminat kecil Upin & Ipin.

Kemunculan maskot Upin & Ipin di pentas

Ketika kemunculan maskot Upin & Ipin

Kemunculan peminat kecil yang sangat comel

Adik comel yang berumur 2 tahun lebih ini datang dengan berpakaian Ipin yang dibelinya sejak beberapa bulan lepas. Oleh kerana terlalu minat dengan Upin & Ipin dia masih memakai baju tersebut walaupun baju tersebut bukan sahaja sudah ketat malahan sudahpun lusuh. Kemunculan adik Ipin ini di kawasan pentas bukan sahaja menarik perhatian pengunjung malahan emcee majlis sendiri yang secara spontan memanggilnya sebagai Ipin yang sebenar. Adik Ipin ini bukan sahaja agak aktif malahan kerap kali naik ke pentas sehingga terpaksa ditarik oleh krew terlibat. Bukan itu saja, adik Ipin ini juga banyak kali cuba melibatkan diri di dalam pertandingan mewarna yang sedang dijalankan dengan memerhatikan peserta lain yang sedang mewarna dari jarak dekat.

Ipin sehingga terpaksa ditarik turun pentas

Tak sempat bergambar dengan Ipin ni kerana dia sangat bergerak aktif

Memerhatikan dari dekat peserta sedang mewarna

Event yang tamat sekitar pukul 5 petang ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada warga Shah Alam untuk beramah mesra dengan Upin & Ipin malahan juga dapat membuktikan bahawa sebenarnya ramai peminat yang berminat dan menyokonh dengan barangan original Upin & Ipin.

p/s : sedang sibuk merancang untuk big event next week…


 930 total views

Badminton Day~

Oklah, setelah sekian lama tak join any activities berbentuk riadah ni… atlast, sempat jugak join main badminton.. tu pun setelah banyak kali dipaksa oleh Yuki. Actually, badminton day ni memang diadakan setiap hari Jumaat sebelah malam selama 2 jam. Tempatnya pun hanya di Subang dan tak susah pun nak pegi. Jadi marilah kita bersukan tiap2 minggu… insyaAllah boleh jadi kurus.. hehe

Yuki & Haris

Nurul & Eejean

Super Saf & Din

Yana & Me

Yang sempat pergi kali ni ialah Eejean, Nurul, Yuki, Ahwei, Saf, Din, Nell, Haris,Safwan dan Yana. Memang ramai org macam Yuki, Eejean, Saf dan Nurul main macam profesional. Huhu… kutip bola je la
Powerfull Eejean

New shoes, sepatutnya untuk futsal

p/s : Dah lama tak jogging…

 996 total views

Makan² @ Qaseh & Geng’s Corner

Post kali ni sekadar suka2 dan sekadar untuk memenuhi ruang post untuk bulan ini… Hehe, takdelah, actually acara makan2 ni sempena last day untuk 2 orang intern student yang dah lebih kurang 6 bulan lebih bekerja di Les’ Copaque. Dorang ialah Juan dan Muiz yang masing2 ialah student dari UTEM. Tempat makannya ialah di Qaseh iaitu dekat aje dengan opis Les’ Copaque ni. Kebetulan pada hari yang sama ex-staff iaitu Nazrul pun join makan sama2 sambil bagi kad jemputan kahwinnya.

Antara staff yang join makan di Qaseh

Awei si mata cantik

Ee mulut besar sangat tu

Idaman tergelak dengan aksi Ee

Fazida, our new render’s artist

Hasan dengan baju melayunya hari ni

Nazmi control

Yeah, Ni la Juan.. last day dah.. Tapi next 2 weeks masuk balik keje as fulltime..

Cute Eejean

Bersama yang lain2nya. Rupanya tengah makan kat Geng’s Corner

Me

Ok, tu aje untuk kali ni. Post kali ni tak banyak ayat2 simply just pictures. Jumpa lagi untuk post yang lain selepas ni. Assalamualaikum…

 1,709 total views

Hujan – Dugaannya

Oklah, sungguh tak sangka saya akan layan mendengar lagu… huhu. Dulu tak suka sangat dengan Hujan… Tapi semenjak dua menjak ni lagu ni dekat 50 kali ulang-ulang dalam playlist.. so, kita layan jee

Bapanya mahukannya jadi seorang askar,
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.

Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masanya,
Pilu mula terasa.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Beginikah selalunya cinta,
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua.

Cuba ku dalami,
Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,
Semuanya sama.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?

Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.

Ini semua dugaan Nya

 1,402 total views

Media Prima, Media Party

Dalam masa yang singkat dan secara kebetulan, saya mendapat jemputan untuk join Media Party anjuran Media Prima. Media Party ni bertujuan untuk menghargai media2 yang pernah menyokong Media Prima selama ni. Saya dan team Upin & Ipin akhirnya menghadiri event ni yang diadakan di Sunway Lagoon. Event ni berkonsepkan “Sarong Party” tapi kami datang ikut suka hati tidak mengikut dress code yang disediakan sebab tak pasti dengan pakaian yang patut dipakai. (Malam2 bukan org nampak pon). Bermula sekitar pukul 8.30 malam, event ni berkonsep ala2 tepi beach dan santai.

Memang tak rugilah datang kerana saya berpeluang berjumpa dengan beberapa orang media/press yang saya kenal dan tidak putus2 menyokong Les Copaque. Antaranya wartawan dari NSTP dan Utusan. Kebanyakkan dari mereka amat terkejut dengan kemunculan maskot Upin & Ipin ini kerana kami sendiri jarang menurunkan maskot Upin & Ipin untuk event malam hari. Media Party ni selain untuk menghargai media ianya juga memberi peluang kepada para media untuk memenangi hadiah2 lumayan dengan hanya melalui cabutan bertuah yang diadakan pada malam tersebut juga. Antara hadiah yang ditawarkan ialah handphone, peralatan elektrik dan grand pricenya ialah sebuah kereta Fiat. ( huhuh)

Kak Lin, antara orang kuat Utusan

Dato Seri Farid, CEO of Mediaprima

Performer dari Screampark, Sunway Lagoon

Upin & Ipin di pintu masuk
Saya bersama spek mata baru… hehe

p/s: Nampaknya Suarasa dah berubah lokasi… nanti kita tunggu updates terkini

 898 total views

Mari Pilih Kasih

Salam semua, ye tajuk post kali ni tiada kaitan dengan pilihan kekasih hati mahupun apa2 yang bersangkutan dengannya. Nak dijadikan cerita weekend ni kebetulan saya takde event dan rasa tak senang duduk kat rumah. Dengan berbekalkan camera pinjam saya dengan spontannya ke Plaza Alam Sentral sebab nak beli barang nak mungkin selepas tu ke Taman Tasik Shah Alam nak amik gambar sikit2. Tapi tengok2 kat Plaza Alam Sentral sedang berlangsung ujibakat rancangan realiti baru RTM iaitu “Pilih Kasih” yang diketuai oleh Abang Rosyam Noor. Camera ready!… ok kita main klik2 aje.. tengok apa yang kita boleh kongsi.

Bunting Pilih Kasih

Bagi sapa yang tak tau, program Pilih Kasih ni program realiti mengenai bidang lakonan. Kalau bidang nyanyi tu dah banyak sangatkan sekarang ni. So kira macam the 1st program yang berkonsepkan macam ni selain satu program Astro yang juga sedang mencari bakat baru.

Peserta yang sedang menunggu

Antara peserta yang sedang diuji bakat

Juri2, salah seorangnya ialah Erma Fatima

Sudah tentulah Abang Rosyam pun turun nak tengok kehebatan peserta area Selangor ni.

Sesi uji bakat ni masih diteruskan sehingga hari esok 10 May 2009. Kepada siapa2 yang rasa ada bakat terpendam dalam bidang lakonan tu bolehlah mencuba nasib.


 1,048 total views