Author - Mohd Zarin

Event di NBECE, PWTC

Backdrop NBECE di pentas utama

Oleh kerana event SHOUT! Awards lebih menarik dikongsi walaupun sebenarnya event inilah yang sebenarnya berlangsung terlebih dahulu. NBECE ataupun National Bumiputra Enterepreneur Conference & Exhibition telah berlangsung di Dewan Tun Razak 2, PWTC selama 2 hari bermula dari 17 Julai hingga 19 Julai 2009. Penglibatan Upin & Ipin semestinya berkait rapat dengan maskot Upin & Ipin serta penjualan barangan Upin & Ipin. Walaupun event ini secara kasarnya nampak seperti berpotensi besar tetapi mungkin kerana faktor-faktor promosi serta lokasi menjadikan event ini agak kurang mendapat sambutan.

Jualan barangan Upin & Ipin


Ketika perasmian di pintu masuk


Event ini bertujuan menempatkan pelbagai usahawan Malaysia di bawah satu bumbung selain membuka peluang perniagaan event ini juga memberi peluang kepada orang lain yang berminat untuk memulakan perniagaan masing-masing. Maskot Upin & Ipin di event ini muncul membuat penampilan di pentas utama. Namun mungkin, penampilan pertama pada hari Jumaat nampaknya begitu tidak mendapat sambutan. Maskot yang dibawa turun bersama Kak Ros hanya ditontoni kurang dari 20 orang. Terima kasih kepada Kak Ros yang begitu komited tetap memberikan persembahan yang terbaik pada hari tersebut. Kak Ros untuk weekend tersebut amat rajin mengikut saya ke beberapa event lain dan terima kasih sekali lagi diucapkan.

Kak Ros : Ya, itu kamu

Upin & Ipin bersama beberapa peminat

Ketika aktiviti pentas

Selain pada hari Jumaat, maskot Upin & Ipin juga dibawa sekali lagi pada hari Ahad. Kali ini sambutan agak lebih baik. Ini mungkin kerana dengan kemunculan Adam (AF2) pada hari yang sama dan maskot Upin & Ipin sempat digabungkan sebentar di pentas utama. Namun, buat masa ini saya masih belum dapat gambar-gambar sepanjang hari Ahad. InsyaAllah saya akan postkan bahagian ke 2 sebaik sahaja saya dapat gambar tersebut.

Nell, Shima & Zarin

 1,227 total views

Blog anda tak best!

Itulah yang diutarakan oleh wanita di bawah ini yang identitinya ingin dirahsiakan. “Mana ada orang buat blog macam diari-diari lagi zaman sekarang ni”. Ungkapan yang diluahkan ini terus memadamkan semangat saya untuk mengupdate blog ini lagi. Rasanya semua update selama ini sia2 sahaja. Saya rasa terkonfius sekejap dan terus mengubah persepsi saya mengenai blog sendiri. Oklah, nampaknya sampai di sini sahaja blog ini akan beroperasi.. mungkin tiada lagi blog mediahorizon selepas ini.. huhu. Salam…

Gadis misteri yang tidak mahu identitinya diketahui umum

p/s : Saya memerlukan pendapat anda para pembaca blog saya? (ada ke orang ke yang baca?)

 1,205 total views

Upin & Ipin di SACC Mall

Walaupun sepatutnya minggu ini tiada event langsung, tapi panggilan telefon tawaran event last minit yang saya terima sehari sebelum weekend ni tetap saya sambut dengan tangan terbuka. Memandangkan ianya bertempat di SACC Mall yang terletak tidak berada jauh dari opis di Seksyen 13 event kali ini boleh dikatakan seperti memenuhkan masa separuh hari pada Ahad weekend ni. Event yang diberi nama Minggu Fesyen dan Aksesori ini walaupun sekali pandang macam tiada kaitan dengan Upin & Ipin namun slot tengahari iaitu pertandingan mewarna kanak – kanak sudah cukup menjadikan Upin & Ipin sebagai dari acara utama pada hari tersebut.

Shah Alam City Centre (SACC) Mall

Antara butik fesyen yang mengambil bahagian

Salah satu daya penarik dalam acara ini yang telah membuat saya teruja ialah persembahan band yang bersahaja mendendangkan beberapa lagu dalam pelbagai bahasa. Begitu merdu dan lunak lebih-lebih lagi kepada saya yang hanya berdiri berdekatan dengan persembahan tersebut. Walaupun tiada orang yang mendengar persembahan ini sebenarnya selain urusetia event namun kualiti persembahan dorang ni seolah-olah telah berjaya memukau 10 ribu penonton. Memang amat terpesona lebih-lebih lagi dengan lagu berkonsepkan latin yang menampilkan kelainan.

Band yang membuat persembahan

Plush toys Upin & Ipin yang turut dijual

Aktiviti pertandingan mewarna dimulakan tepat pukul 2 petang. Walaupun tak begitu ramai yang menyertai mungkin faktor-faktor lokasi namun pertandingan tetap dilangsungkan dengan meriahnya. Bertemakan Upin & Ipin, adik-adik kecil ini dijanjikan dengan kemunculan maskot Upin & Ipin diakhir pertandingan ini. Saya secara tak langsung sekali lagi menjadi pengadil profesional yang dijemput khas. Rupanya mengadili pertandingan mewarna boleh dikatakan agak susar bila semua peserta mewarna pada tahap yang hampir sama.
Pertandingan mewarna dimulakan
Peserta sedang mewarna

Seperti yang dijanjikan kemunculan maskot Upin & Ipin dinanti-nanti diakhir pertandingan. Walaupun tak begitu ramai orang namun sedikit sebanyak sempat membuatkan pentas utama sibuk buat seketika. Namun yang menariknya kali ini, sekali lagi peminat no 1 Ipin iaitu adik Iman muncul sekali lagi. Adik Iman yang seperti biasa memakai kostum Ipinnya terus menerkam maskot di mana saja mereka pergi. Kemunculan Ipin juga kali ini boleh dikatakan terkawal kerana saya berjaya mengumpannya dengan plush toys Ipin yang pertama kali ditengoknya.
Bersama dengan peserta pertandingan mewarna

Upin & Ipin bersama peminat di SACC

Iman bersama plush toys Ipin

Sempat bergambar bersama Iman

Akhirnya event ni berakhir sekitar 4 petang. Tidaklah terlalu penat dan terlalu ramai orang, namun event ni dapatlah jugak mengisi ruang kosong di hari minggu. InsyaAllah nanti Iman akan membuat kemunculan istimewa di event yang lain lagi.

 1,195 total views

Kemenangan di SHOUT! Awards

Belon SHOUT! Awards

Sememangnya salah satu weekend yang sangat memenatkan. Ada 3 event serentak berlangsung pada weekend ni namun agenda di dalam SHOUT! Awards lah yang paling menyerlah. Oleh kerana terlalu excited, saya postkan dulu mengenai SHOUT! Awards dan mengenai event2 serentak yang berlaku tu kemudianlah baru saya post.

Oklah, bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil memang perjalanan nak ke sana sudah dijangkakan akan jem, lebih2 lagi pada hari yang sama Manchester United sedang berlatih untuk Asia Tour menentang Malaysia pada keesokkan harinya. Buat pertama kalinya, maskot Upin & Ipin di bawa berjalan di kapet merah. Memang dah lama saya nak tengok macam mana suasana Upin & Ipin kalau berjalan kat kapet merah. Hasilnya memang lain dari yang lain. Dengan jeritan dan peminat yang terlalu excited, keselamatan maskot seolah-olah berada dalam bahaya untuk setiap masa.

Upin & Ipin ketika di kapet merah

Sedang berbincang mengenai perjalan maskot Upin & Ipin

Maskot Upin & Ipin standby di kapet merah menantikan Fathiah

Fathiah ketika diinterview oleh hos SHOUT! Awards

Sekejap sahaja sebenarnya proses di kapet merah tu tambahan pula saya tidak berbekalkan DSLR jadi tidak banyak gambar menarik yang saya sempat amik. Bila kami beredar saja dari karpet merah sememangnya debaran dan hype awards sebentar nanti amat terasa. Persembahan SHOUT! Awards bermula tepat pada pukul 8.30malam. Saya bersama team maskot boleh dikatakan mendapat layanan istimewa bila kami dibenarkan makan bersama artis-artis yang lain. Selain tu kami juga terpaksa duduk di belakang back stage namun itu merupakan salah satu kelebihan yang kami terima pada malam tersebut. Masuk dan keluar tanpa had membolehkan kami, melihat persembahan dari jarak dekat.

Suasana di dalam SHOUT! Awards

Sebaik sahaja Upin & Ipin diumumkan sebagai pemenang Stadium Putra bergema dengan jeritan peminat yang keseluruhan memang menyokong Upin & Ipin pada malam tersebut. Bangga dan terharu lebih-lebih lagi pada malam tersebut saya boleh dikatakan sedang “bekerja” untuk menjayakan program malam tersebut. Kebanyakkan amat teruja dengan ucapan Fathiah yang ringkas, pendek tetapi comel. Pada malam tu juga, SHOUT! Awards diakhiri dengan persembahan bertenaga dari Sean Kingston.

Fathiah sedang memberi ucapan


Video ucapan Fathiah

Fathiah di temuramah selepas kemenangan

Persembahan Sean Kingston memang memukau
Sebahagian kakitangan yang bergambar campur
dengan orang ramai yang tak dikenali


Saya ketika di Shout! Awards

Oklah, saya katakan hari ni memenatkan sebab seharian saya bergegas untuk 2 event. Nantikan post mengenai event yang lain selepas ini.

p/s : Buat masa ni setiap perjalanan event setiap minggu bagi saya sudah dilock. Nampaknya saya tak boleh pergi ke mana-mana.

 844 total views

Green Day!

Wohooo!. Kali ni theme Green is all over the office.. Hmm, actually ramai jugak yang join green ni tapi tak sempat nak bergambar in one big group.. jadi gambar diambil secara berasingan. Oklah jugak, but still the red theme is the winner.

Juan, Yuki dan Zarin

Green Day Theme!

p/s: Macam semua gambar pun ada Yuki!

 1,233 total views

Bersua di Suarasa Muar (Bahagian 3)

Oklah akhirnya post mengenai Suarasa Muar ni dah sampai ke bahagian terakhir. Saya pun tak tau kenapa semangat sangat nak tulis sampat 3 bahagian. Mungkin tak tau lagi bila boleh ke Suarasa agaknya, jadi setiap pengalaman ke Suarasa amat berharga. (ceh wah). Bersesuaian dengan musim durian, salah satu aktiviti sampingan ialah melantak durian bersama-sama. Walaupun aktiviti sebegini tidak digalakkan lebih-lebih lagi ketika itu cuaca sedang panas terik, namun semua yang terlibat sudah mengambil langkah berjaga-jaga.
Belon besar penaja Celcom. Berbaloi-baloi
Suasana di ruang legar tapak Suarasa

Satu lori durian bersama rambutan dihidangkan secara percuma kepada kakitangan bertugas. Walaupun masa tu masing-masing sebenarnya sedang bertugas, namun rezeki memang pantang ditolak. Isi durian yang di sini memang sangat sedap. Terasa mengidam durian beberapa hari sebelum ini telah berbayar. Menjamu durian bersama-sama ini juga dilakukan bersama beberapa VIP TV9 serta personaliti yang turut tidak melepaskan peluang.

Nyum, nyum, nyum

Suasana ketika festival durian

Lili (Drama Bong) juga meminati durian

Durian terbesar yang dikata berjantinakan betina. Hmm..

Bergambar bersama-sama dengan durian

Selain dari aktiviti makan2, sempat jugak saya jadi DJ jemputan sementara krew TV9 sedang berehat. Menjadi DJ jemputan sendiri ni walaupun sekejap tapi sempat jugak berduet bersama dengan Afiq, seorang DJ jemputan sendiri. Promosi yang dilakukan bersama-sama ni sekurang-kurangnya berjaya menjual barangan Upin & Ipin bernilai RM5 ribu. (lebih kurang la). Selain tu, aktiviti bergambar hasil kamera pinjam itu sudah pasti menjadi aktiviti sampingan yang utama.

DJ jemputan turut memeriahkan booth Adik di 9

Zarin : Lepas ni kita terus serang.
Syawal : Baik bos

Dapat jugak bergambar bersama Syarifah Nur

Upin & Ipin sedang baca doa makan

Rubik TV9

Selain dari itu, Upin & Ipin juga sempat bersama-sama join beberapa crossover dan live untuk beberapa segmen di TV9. Diantaranya ialah segmen K9 atau Kawan di 9. K9 ni merupakan projek terbaru TV9. Nanti kita tengok ajelah apa yang K9 dah sediakan di TV9 nanti. Manakala closing Suarasa pula, seperti biasa bersama-sama personaliti TV9 seperti Aida, Syarifah Nur, Azian, Amin dan beberapa orang lagi.

Ketika recording untuk Kawan di 9 (K9)

Feveret Aida sudah tentulah Ipin. Yay!
(Ke feveret Ipin sebenarnya Aida?…Hmm)

Ketika siaran langsung closing Suarasa

Faris, Zarin, Afiq, Shima, Nad, Abg Sazali dan Nurul

Oklah, penat pulak rasanya nak habiskan 3 bahagian ni. Anyway, yang uniknya dengan Suarasa kali ini ialah kali ini kebanyakkan benda yang berlaku boleh dikatakan pertama kali dan menarik. Walaupun banyak masalah yang saya terpaksa tempohi baik sebelum, semasa dan selepas Suarasa semua ada baik buruknya. Walaupun sekejap, tapi sekurang-kurangnya pengalaman kali ini boleh dikatakan antara yang menarik. Saya bersyukur mendapat rakan-rakan yang sanggup bersusah demi menjayakan sesebuah event. Moga-moga kita berjumpa lagi di Suarasa yang lain selepas ini iaitu di Ipoh, Perak.

p/s : Diantara Konsert Search Bukit Jalil dengan Suarasa Ipoh mana yang harus saya pergi. Hmm, nampaknya sudah tentulah Suarasa!… huhu

 931 total views

Upin & Ipin di Shout! Awards

Mari mengundi Upin & Ipin di dalam Shout! Awards. Awards nite yang akan dilangsungkan pada malam 17 Julai ini di Stadium Bukit Jalil menyaksikan Upin & Ipin dicalonkan dalam kategori “Best On Screen Chemistry Award”. Hopefully kalau memang ada chemistry tu ada la rezeki. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.8tv.com.my/shoutawards/

Hopefully saya dapat tiket Shout! Awards ni sebelum malam awards tu nanti sebab tiket yang free dah orang lain amik.. uhuhuk.

 766 total views

Red Day~

Actually setiap hari Selasa setiap minggu adalah theme day. Normally, kitaorg akan pakat one day ealier untuk pakai baju color apa atau theme apa. This day, antara rekod terbanyak yang memakai baju warna yang sama iaitu MERAH. Coolkan? Macam CNY pun ada jugak….

p/s : hopefully lepas ni theme warna oren pulak

 833 total views

Bersua di Suarasa Muar (Bahagian 2)

Kita bersua kembali dengan sambungan jelajah di Suasasa Muar dalam bahagian ke 2. Seperti yang telah dijanjikan, maskot Upin & Ipin seperti biasa membuat kemunculan rasmi di booth Adik di 9. Kali ini pemakainya ialah orang yang lebih pakar dan telah dilatih khas untuk event sebegini. Maskot versi 3.0 yang dilengkapi dengan sistem penyejuk penghawa dingin yang diimport dari China ini mampu membuatkan pemakainya bertahan lebih lama dari biasa.

Semasa maskot sedang bersedia untuk bertukar lagi sudah ramai peminat-peminat kecil yang berkumpul di hadapan pentas semata-mata untuk bersalam dengan maskot ini. Pelbagai reaksi yang diberikan oleh adik-adik ini bila pertama kali bertentang mata dengan idola mereka termasuklah ketawa, gembira dan tak kurang juga yang menangis. Pada kebiasaannya Upin & Ipin akan berada di pentas lebih kurang 30 minit semasa setiap kali membuat kemunculan. Tetapi kepada yang tak tau, sebenarnya Upin & Ipin lebih gemar berjalan-jalan dari berada di atas pentas.

Upin & Ipin bersama peminat-peminat

Adik yang gigit jari tak percaya dapat
berjumpa Upin & Ipin sebenar

Walaupun dikala hujan lebat, peminat-peminat masih sanggup berpayung ataupun berdiri di dalam hujan semata-mata untuk melihat maskot Upin & Ipin ini dari dekat. Dengan jumlah peminat yang terlalu ramai, keadaan agak kurang terkawal untuk beberapa ketika. Tidak kurang ramai juga peminat-peminat yang berpusu-pusu untuk bergambar walaupun segelintir dari mereka tidak mempunyai kamera sebenarnya. Terdapat juga ramai permintaan untuk bergambar yang tidak dapat saya tunaikan kerana masa yang tidak mencukupi. Sempat juga juga saya menawarkan diri untuk bergambar bersama, namun mereka hanya ingin bergambar bersama Upin & Ipin sahaja.

Fimi bersama Upin & Ipin

Sungguh teruja melihat Upin & Ipin

Masih sanggup menjawab
soalan walaupun di dalam hujan

Pengacara cilik kita iaitu adik Fimi dan Ain kadang kala akan menyelitkan penampilan Upin & Ipin dengan kuiz ataupun games spontan yang berjaya difikirkan. Sebagai contoh mereka memilih salah seorang peminat untuk bersalam dengan Ipin tapi memeluk Upin; ataupun disebaliknya. Upin & Ipin juga kadang kala akan membuat persembahan tarian yang tidak pernah ada latihan pun sebelum ini secara automatiknya apabila mendengar muzik Upin & Ipin berkumandang.


Adik yang basah kuyup berdiri di dalam
hujan semata-mata untuk Upin & Ipin

Ipin membuat pose comelnya

Kemunculan maskot Upin & Ipin pasti tidak lengkap sekiranya tidak muncul di booth2 yang lain. Kehadiran maskot Upin & Ipin sedikit sebanyak berjaya menarik pengunjung yang kadang kala digunakan oleh pemilik booth untuk mempromosikan produk masing-masing. Seperti magnet, ke mana saja maskot ini berjalan pasti akan ada pengikutnya dari belakang. Sempat juga Upin & Ipin berjalan-jalan dihampir setiap booth kerana seperti yang saya maklumkan tadi Upin & Ipin memang suka berjalan-jalan.

Upin & Ipin bersama kereta K9

Kulit cerah Upin & Ipin hasil produk Fair & Lovely

Namun begitu, kemunculan di booth Celcom iaitu penaja utama Suarasa merupakan penampilan utama bagi Upin & Ipin. Apakan tidak, kemunculan Upin & Ipin bersama Fahrin Ahmad memang berjaya memeriahkan booth Celcom pada masa itu. Pengacara di booth Celcom iaitu Abang Bob selain pandai mengawal crowd dia juga pandai menyelitkan kuiz serta games semasa kemunculan maskot Upin & Ipin. Pertandingan menyebut Betul, betul, betul terpanjang merupakan salah sebuah aktiviti sampingan yang mendapat sambutan ramai. Yang pasti kunjungan kami di booth Celcom memang berbaloi-baloi.

Abang Bob Celcom yang pandai menarik pengunjung

Fahrin menemubual salah seorang peminat

Ipin cuba mengajar cara mencuci rambut

Fahrin bersama Upin & Ipin

Bergambar bersama semua krew Celcom

Selesai di booth Celcom, saya cuba pula mempromosikan plush toys Upin & Ipin dengan cara berbeza. Plush toys Upin & Ipin saya bawa ke merata kawasan booth yang jauh dari booth Adik di 9 untuk menarik minat pembeli. Walaupun, tak ramai yang membeli dari saya tapi pujian mereka mengatakan “Eee.. Comelnya” cukup membuatkan saya untuk meneruskan lagi perjalanan promosi. Saya tak pasti mereka memuji plush toys itu ataupun tuan yang membawa plush toys itu sendiri. Hmm, saya kurang pasti.

Promosi ke mana saja

Orang Celcom : Akak nak beli dengan abang2nya sekali bole tak

Abang Bob : Abang nak order 1 lori tau

Promoter Celcom : Kena bayar ke bang? kita orang pun promote free je ni.

Akhirnya berakhirlah sudah post mengenai Suarasa bahagian ke 2. Pada bahagian ke 3 nanti akan menceritakan mengenai aktiviti2 yang tiada kaitan dengan event. Tak tau nak kata menarik ke tak. Saya akhiri post kali ini dengan picture of the day di bawah ini. Gambar ni diambil semasa saya sedang mempromosikan plush toys Upin & Ipin kepada Aida Gadis Melayu serta Lili (Drama Bong). Ianya seolah-olah mempunyai cerita tersirat disebaliknya. Menarik bukan?

Ketika promosi kepada Aida (Gadis Melayu) dan Lili (Drama Bong)

Tahukah anda : Kalau Ipin dalam TV suka makan ayam goreng, Ipin dalam maskot suka makan aiskrim


 1,174 total views

Bersua di Suarasa Muar (Bahagian 1)

Alhamdullilah, akhirnya sekali lagi dapat jugak saya pergi memeriahkan Suarasa anjuran TV9. Kali ini team Suarasa bertandang ke negeri Johor pula iaitu kampung saya, tetapi lokasinya bertempat di Dataran Tanjung Mas, Muar. Walaupun pada peringkat awal, saya tak dapat join di atas sebab-sebab tertentu tapi akhirnya setelah diadjust2 dapatlah jugak menyelitkan diri di dalam team Suarasa kali ini yang menampakkan keunikkan dan menjanjikan sesuatu kelainan. Memandu seorang diri ke Muar dengan kelajuan 140-160 km/j membolehkan saya sampai ke Muar dalam tempoh 2 jam. Berpandukan GPS di tangan memudahkan pencarian lokasi pada kali ini. Segala maklumat yang diperlukan seperti jalan yang harus diambil akan diihantar dari semasa ke semasa secara automatic. (GPS = Guna Phone Sendiri)

Kereta satria yang juga ingin ke Suarasa (seperti tuan dia)

Sebaik sahaja sampai, lokasi pertama sudah tentulah mencari makanan trademark di Muar; Mee Bandung Muar. Gerai di bawah pokok besar yang dikatakan menyajikan Mee Bandung special ini menjadi pilihan kami. Selain Mee Bandung, terdapat juga makanan yang lain yang tidak kurang sedapnya seperti otak-otak dan kerang bakar sambal. Tak cukup dengan makan di situ, kerang bakar sambal dibungkus pulang sudah cukup mengambarkan betapa sedapnya kerang tersebut.

Lokasi makanan mee bandung

Mee Bandung Muar

Team kali ini boleh dikatakan ramai (sebab tambah saya) dan terdapat juga beberapa orang kali pertama ke Suarasa. Pada malam sebelum Suarasa tersebut juga, Adik Ain iaitu pengacara Adik di 9 secara spontan mengikut kami menjamu selera. Selesai makan, destinasi seterusnya ialah ke tempat penginapan Hotel Classic yang terletak di tengah-tengah Muar.

Shima : Saya nak 2 pinggan
Nurul
: Saya tak makan, saya tengok je

Afiq yang mencadangkan tempat makanan tersenyum puas

Bergambar dengan semua event team Suarasa

Hotel Classic hanyalah terletak lebih kurang 10 minit dari destinasi. Seperti yang saya maklumkan di dalam perenggan pertama tadi, saya berjaya menyelitkan diri di dalam Suarasa kali ini sememangnya benar apabila saya perlu memuatkan diri di dalam bilik bersama 3 orang padahal bilik tu hanyalah untuk 2 orang. Setelah semuanya selesai kami pun berehat untuk persediaan esok hari. Namun begitu, terdapat beberapa idea unik dan menarik kerana kebanyakkan dari kami tidak boleh tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

Kami akhirnya telah membuat penampilan istimewa untuk maskot Upin & Ipin disekitar kawasan hotel. Yang uniknya kali ini, maskot Upin & Ipin dipakai oleh orang yang kebiasaannya membantu maskot. Maskot ini juga merupakan maskot versi 3.0 dan tidak pernah digunakan di mana2 event lagi. Maskot Upin & Ipin ini dibawa ke lobby hotel dan berjaya membuatkan penyambut tetamu di hotel ini teruja seketika. Setelah lebih kurang 15 minit, akhirnya maskot Upin & Ipin dibawa berehat untuk penampilan esok hari. Aksi-aski menarik itu tadi akhirnya berjaya membuat semua orang sedikit penat dan akhirnya tertidur.

Maskot Upin & Ipin di luar bilik hotel

Aksi Ipin ketika menaiki lif

Pemakai Upin & Ipin pertama kali digandingkan
berjaya memukau orang ramai

Upin & Ipin meminta extra bed

Seawal 9 pagi lagi, kami telah berangkat ke tapak lokasi Suarasa. Seperti biasa, jualan barangan Upin & Ipin dilakukan di booth Adik di 9. Bertemankan adik Ain serta Fimi sudah cukup memastikan booth kami tidak sunyi sepi. Pada kali ini juga, terdapat beberapa barangan yang pertama kali dibawa ke Suarasa. Antaranya ialah plush toy Upin & Ipin yang merupakan antara barangan terhangat lebih-lebih lagi pada waktu tengahari. Suarasa Muar ini juga merupakan event pertama yang menjual plush toys ini dan Alhamudullilah ianya mendapat sambutan yang amat memberansangkan.

Banner “Adik di 9”

Adik Ain pengacara Adik di 9

Plush toys Upin & Ipin yang begitu hangat

Siapakah gadis disebalik banner ini

En Bukhari Che Muda dari TV9 juga sempat melawat dan melihat sendiri produk terbaru Upin & Ipin ini. Beliau sempat juga memuji plush toys ini dan mencadangkan supaya meningkatkan promosi plush toys sepanjang Suarasa ini berlangsung. Dengan tidak semena-mena, plush toys ini turut dihadiahkan kepada beliau tanda terima kasih di atas sokongan beliau selama ini.

Suarasa kali ini juga, kami memperkenalkan penanda buku Upin & Ipin yang dijual dengan harga promosi. Selain itu kali ini juga, character stand baru juga diperkenalkan. Character stand Upin & Ipin ini kali ini membolehkan peminat memasukkan kepala untuk bergambar. Oleh kerana sambutan yang amat luar biasa dari peminat, akhirnya character stand ini dibawa pulang di dalam keadaan berbeza dengan semasa ia dibawa datang. Saudara Fuad yang telah mencipta character stand ini pasti terpegun melihat hasil yang dibawa pulang.

En Bukhari Che Muda bergambar bersama plush toy Upin & Ipin

Penanda buku baru

Character stand baru Upin & Ipin

Sesi jualan barangan Upin & Ipin

Walaupun cuaca yang panas dan kadang kala hujan tidak melemahkan semangat kami, lebih-lebih lagi kepada krew yang pertama kali menjejakkan kaki di Suarasa. Hasil promosi serta sokongan pengunjung secara keseluruhannya jualan barangan Upin & Ipin boleh dikatakan amat berjaya. Plush toys Upin & Ipin secara kiraan sainstifiknya habis dijual pada hari pertama lagi. Sambutan yang amat diluar jangkaan ini membolehkan kebanyakkan krew event tersenyum riang sepanjang hari. (rujuk gambar di bawah).

Stail senyuman masing-masing yang berbeza

Selain aktiviti jualan sudah tentu aktiviti biasa yang dijalankan oleh TV9 tetap berlangsung. Pelbagai crossover serta siaran langsung yang dilakukan dihampir setiap booth untuk tujuan promosi. Booth2 yang terdapat di Suarasa kali ini ialah seperti Perodua, Silkygirl, Fair & Lovely, Celcom dan sudah tentu booth TV9 sendiri. Pada malam harinya pula, ialah masa untuk konsert yang dikatakan begitu ramai orang yang menonton. Namun saya tak berkesempatan untuk menonton konsert tersebut kerana agak sibuk pada waktu malam.

Cameraman TV9

Apa Ke Halnya

Booth Perodua

Booth Silkygirl

Me & Faiz TV9

Ikuti bahagian ke 2 yang akan menceritakan mengenai aktiviti-aktiviti lain serta kisah-kisah menarik yang berlaku di sepanjang Suarasa Muar kali ini. Anda juga boleh membaca blog saudara Afiq sekiranya mahu.

p/s : Ini kali ke 5 saya ke Suarasa

 1,283 total views