Kali ni saya nak berkongsi mengenai toolbar yang direka khas untuk pengguna Facebook. Dengan populariti Facebook sekarang ni tak heranlah banyak add-ons yang telah direka untuk memudahkan penggunaan facebook. Add-ons yang diterangkan ini hanya sesuai untuk browser jenis Firefox sahaja. Boost for Facebook dan Faceook Toolbar diantara 2 add-ons yang menarik perhatian saya untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca blog ini.
2 add-ons Facebook untuk Firefox
Preview imej sebenar tanpa perlu klik pada imej
Fungsi utama Boost for Firefox ini ialah untuk menayangkan gambar di dalam album Facebook tanpa perlu membuka setiap imej dalam album foto. Hanya perlu meletakkan mouse pada imej dan add-ons ini akan menayangkan imej besar di sudut atas browser. Walaupun nampak remeh, tapi kadang kala agak berguna juga.
Facebook sidebar
Kelebihan Facebook Toolbar pula ialah sebagai short cut untuk beberapa fungsi utama di dalam Facebook. Sesuai dengan namanya, add-ons ini didatangkan dalam konsep toolbar di dalam browser. Fungsi tambahan Sidebar membolehkan kita melihat status rakan-rakan tanpa membukak facebook langsung. Ianya juga dikemas kini secara terus dan akan memberikan notification kepada pengguna sekiranya berlaku sebarang perubahan.
Interface upload imej
Features terakhir ialah kegemaran saya. Kita boleh mengupload gambar dengan mudah sekiranya mengunakan toolbar yang disediakan. Dengan interface yang menarik, pengguna hanya perlu mengunakan konsep drag and drop untuk mengupload gambar. Fungsi Tagging juga disediakan di window ini dengan mudah.
Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang sedang membaca blog peribadi saya yang tak seberapa ni. Kalau pada bulan puasa sebegini sudah tentulah bazaar Ramadhan menjadi tarikan utama sewaktu membeli juadah berbuka. Hanya beberapa km sahaja dari studio Les’ Copaque, sememangnya Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam ini menjadi destinasi utama kepada staff di sini termasuklah saya.
Hanya berjalan kaki ke bazaar
Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam
Bazaar Ramadhan di sini bolehlah dikategorikan diantara yang terkenal dan terbesar disekitar lembah klang. Pernah keluar beberapa kali di dalam rancangan tv dan sekali gus mempopularkan bazaar ini. Banyaklah juga gerai terkenal yang memerlukan ramai orang beratur untuk mendapat makanan. Saya sendiri sebenarnya malas nak beratur dan berebut. Cukuplah sekadar membeli di kedai yang tidak begitu ramai orang. Selebihnya hanya melihat pilihan yang ada.
Ayam percik
Kuih tepung pelita
Akak ni jual apa pun saya kurang pasti
Promosi makanan yang menarik
Teringat episod Upin & Ipin di mana Mail menjual ayam semasa saya lalu di gerai menjual ayam golek. Terbayang juga suasana sekiranya saya membawa maskot Upin & Ipin di dalam kawasan bazaar. Hmm, pasti pengsan orang kat dalam. Sememangnya suasana semasa membeli makanan berbuka begitu mewah sekiranya dibandingkan dengan hari-hari lain. Hopefully kita pandai control dan berjimat-cermat.
Agak overuse perkataan “berbaloi-baloi”
Ayam golek
Di Bazaar Ramadhan
Selepas ini saya berhajat untuk pergi ke Bazaar Ramadhan Putrajaya dan Bangi sekiranya sempat. Harap-harap dapatlah jugak menyelitkan diri untuk ke sana dan nak tengok suasana Bazaar di tempat lain pula.
Sebenarnya sesi funtime ni boleh dikatakan sudah agak lama dilakukan. Berterusan sebaik sahaja selepas event sambutan Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya, saya dan yang lain-lain terus ke Alamanda untuk menghabiskan baki lagi separuh hari kami. Saya tahu bagi beberapa orang yang sudah terlalu biasa ke Alamanda pasti rasa bosan untuk membaca post kali ini. Tapi bagi kami yang jarang ke sana dan jarang mempunyai masa lapang sebegini pasti mengambil peluang sebegini untuk bersenang lenang di sana.
Berhadapan dengan pusat bowling
Oklah, secara jujurnya tiada apa yang boleh dilakukan sangat selain menonton wayang. Tayangan wayang G.I JOE yang agak lambat, menyebabkan kami bermain dengan camera DLSR sementara menunggu. Boleh dikatakan banyak jugaklah sebenarnya gambar dan pose yang dilakukan tanpa mengenal segan dan silu. Berikut ialah diantara gambar yang lulus untuk tayangan. Tiada apa yang boleh saya tulis hanya gambar dapat menerangkan segalanya.
Berpakaian baru Upin & Ipin yang seragam
Gambar ala myspace
Bergambar dihadapan standee G.I Joe
Nak balik pun sempat bergambar jugak
Ni gambar candid sebenarnya. Percaya tak?
p/s : Ramai yang mahupun saya menulis mengenai hal selain event sekali sekala. Mungkin mengenai hal peribadi. Tengoklah macam mana…
Alhamdullilah, akhirnya sambutan hari kemerdekaan ni diadakan lebih awal kerana ingin mengelakkan bertembung dengan bulan puasa. Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Presint 14 C2 ni walaupun dianjurkan kecil-kecilan tapi tetap meriah dengan caranya tersendiri. Boleh dikatakan rata-rata penduduk di sini sememangnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi di mana pada awal pagi lagi sudah mula memeriahkan sambutan ini. Saya dan team Upin & Ipin yang juga yang terasa berada di kawasan rumah sendiri dilayan dengan begitu baik dan mesra oleh AJK acara ini.
Upin & Ipin bergambar dibanner acara
Zarin dan Juan yang sempat bergambar
Nurul, Amin dan Shima yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama2
Seorang peminat kecil yang comel
Acara biasa seperti jualan dan penampilan maskot dijalankan dengan kadar ringkas dan mudah memandangkan pengunjung hanya datang dari penduduk kawasan sekitar. Walaupun tidak begitu sibuk namun semangat patriotik sedikit sebanyak berjaya dikembangkan semula dalam hati setiap event’s team member pada hari tersebut. Jalur gemilang yang diedarkan secara percuma sememangnya mewarnai acara pada hari tersebut.
Juan bersama camera Sony Alpha melengkapkan acara
Upin & Ipin bersama anggota Rela
Acara kemuncak iaitu perasmian Jalur Gemilang gergasi sememangnya dinantikan oleh penduduk di sini. Walaupun berada di kawasan yang kecil, tetapi dengan persediaan sambutan sebegini sememangnya sangat membanggakan. Rasanya kali terakhir saya melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan ialah pada sekolah menengah dulu. Jalur Gemilang gergasi tersebut dibiarkan berkibar di kawasan perumahan ini yang begitu cantik dan bersih. Pasti penduduk di sini sangat bangga dengan apa yang mereka sudah usahakan.
Aksi seorang peminat kecil Upin & Ipin
Ketika acara perasmian Jalur Gemilang gergasi
Upin & Ipin beramah mesra bersama penduduk sekitar
Selain kisah mengenai kibaran Jalur Gemilang, kami juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang merupakan sebahagian dari aktiviti yang diadakan. Walaupun agak banyak nombor-nombor cabutan bertuah yang kami pegang, namun mungkin tuah tidak menyebelahi kami dan akhirnya terpaksa balik dengan tangan kosong. Sebelum balik, sempat juga bergambar bersama Jalur Gemilang dengan bangganya. Walaupun secara keseluruhan acara ini tidaklah sesibuk Suarasa, namun keseronokan menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan di sini telah membakar semula semangat patriotik masing-masing. Sekurang-kurangnya kami dapat merasakan bagaimana sambutan kemerdekaan diadakan dan bertapa pentingnya sambutan sebegini diadakan.
Shima yang tidak bertuah
Juan bangga bersama Jalur Gemilang
Saya juga bergambar bersama Jalur Gemilang
Jalur Gemilang yang diletakkan dikereta AJK
Walaupun hanya separuh hari di sini, namun selebihnya kami penuhi dengan aktiviti bebas lain di Alamanda. Aktiviti yang jarang dapat dilakukan bersama-sama ini memandangkan kebiasaannya sibuk sememangnya menarik untuk dikongsi. Selepas ini saya akan bercerita mengenai aktiviti ini pula. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.
Destinasi kali ni merupakan destinasi paling jauh maskot Upin & Ipin pernah dibawa untuk sesebuah event. Festival Filem Malaysia buat pertama kalinya dianjurkan di negeri Sabah ini, memberi peluang untuk saya sekurang-kurangnya berkunjung ke negeri di bawah bayu. Pertama kali juga saya terbang ke Sabah dan selagi gus menjadi pengalaman pertama buat semua ahili event. Air Asia merupakan syarikat penerbangan yang disediakan oleh penganjur sedikitpun tidak mengurangkan keseronokan perjalanan ke sana.
Faris tersenyum riang dapat menaiki pesawat Air Asia
Zarin dihadapan UMS
Tiba beberapa hari lebih awal kerana perlu melengkapkan sesi latihan persembahan yang bakal dipersembahkan pada malam anugerah membolehkan kami meluangkan sedikit masa untuk berjalan. Berjalan di dalam definisi sebenarnya iaitu berjalan kaki disekitar kawasan hotel. Sempat singgah di pasar Filipino (kalau tak salah) yang menawarkan banyak pilihan mutiara dan gelang serta pelbagai jenis handcraft tempatan. Selain itu, di kawasan ini juga sangat terkenal dengan makanan lautnya yang sangat murah dan sedap. Berada di kawasan yang kaya dengan mutiara serta makanan laut ini menyebabkan saya berbelanja lebih sedikit untuk orang tersayang di kampung halaman.
Antara pilihan gelang mutiara yang ada
Pelbagai pilihan ikan masing antara tarikan di sini
Diantara pilihan makanan Sabah yang tidak pasti namanya
Ruang legar pasar basah di Sabah
*Kucing yang dijual mengikut kg
Saya juga sempat ditemani oleh kawan yang sememangnya berasal dari Sabah untuk merasai sendiri makanan laut di sini. Sememangnya sedap dan segar itulah yang dapat dikatakan. Sekali lagi saya tak berkesempatan untuk mengambil gambar makanan sebagai bukti mungkin kerana terlalu lapar ketika itu. Terima kasih kepada Sara selaku pemandu pelancong kami pada hari tersebut. Kalau tanpa dia, mungkin kami hanya akan makan McD sabah setiap hari.
Antara ikan yang dijual di pasar basah
Memilih makan laut sendiri
Ok, bertukar kepada cerita tujuan asal ke Sabah. Malam anugerah yang dilangsungkan di UMS ni sememangnya meriah dan besar. Saya yang berada lebih awal sempat berjumpa dengan beberapa orang artis terkemuka seperti Adflin Shauki, Awei, Farid Kamil, Rashidi Ishak, Vanida Imran, Lisa Suryati, Juliana Evans dan yang penting sekali ialah STACY… Walaupun Upin & Ipin muncul untuk jangka masa yang agak sekejap, namun setiap kali kemunculan Upin & Ipin di belakang pentas pasti mendapat sambutan. Saya sempat berjumpa dengan Vanida Imran dan rupanya dia begitu meminati Upin & Ipin. Begitu juga Rashidi yang begitu sopan dan peramah.
Video ketika persembahan pada lama anugerah
Suasana di dalam dewan UMS yang besar
Diantara senario ketika red carpet
Upin & Ipin bersama diantaranya ialah Adflin Shauki dan Awie
Upin & Ipin bersama Vanida Imran
Upin & Ipin bersama salah seorang penari di sana
Upin & Ipin bersama Ito serta Altimet
Bersama Juliana Evans
Selama lebih kurang 4 hari di Sabah betul-betul terasa rindukan Shah Alam. Namun begitu, pengalaman di Sabah diantara yang berharga dan sudah tentu tidak boleh dilupakan.
*kucing tu sebenarnya sedang tidur dimeja jualan yang kosong dan secara kebetulan terdapat tanda harga di situ.
Program Jom Buka TV9 ni sebenarnya telahpun dilakukan shootingnya sebelum bulan puasa lagi. Bertempat di Petaling Jaya, rumah orang kurang upaya ini menjadi destinasi untuk program Jom Buka kali ini. Jom Buka yang disiarkan di TV9 pada pukul 7ptg (kalau tak salah) ini dihoskan oleh Farrah Adeeba dan merupakan program terbaru TV9 untuk Ramadhan kali ini.
Ketika persediaan awal
Farrah Adeeba bersama Upin & Ipin
Kebanyakkan pelajar di sini aktif dan ceria
Berkonsepkan program amal, separuh hari di sini secara tak langsung mengubah persepsi saya terhadap golongan OKU. Bayangkan, kebanyakkan dari mereka ni begitu excited semata-mata dapat memeluk Upin & Ipin. Tidak tahu dari mana, tapi sememangnya watak Upin & Ipin dikenali mereka. Sesetengah dari mereka sudahpun lanjut usia dan sudah berada di sini agak lama. Mampu membuatkan sesetengah orang sebak bila mengenangkan nasib mereka dan kita sepatutnya lebih bersyukur dengan apa yang kita ada.
Farrah ketika mengadakan aktiviti bersama pelajar
Farrah berinteraksi dengan salah seorang pelajar
Farrah Adeeba juga pandai melayan pelajar-pelajar ini dengan gurau senda dan soalan-soalan yang membuatkan mereka bersemangat untuk menjawab. Disebalik keceriaan pelajar-pelajar ni, berapa soalan juga kadang kala membuat beberapa pelajar ini berlinangan air mata. Bayangkan, tiada keluarga atau penjaga yang melawat mereka ini untuk jangka masa yang agak lama. Farrah Adeeba dengan spontan kadang – kala pandai memujuk pelajar-pelajar ini dengan meminta mereka menyanyikan lagu raya. Farrah yang mengemari program amal sebegini dilihat amat sesuai mengacarakan program Jom Buka.
Diakhir sesi suaikenal dan ramah mesra sampailah sesi berbuka puasa bersama-sama. Walaupun sebenarnya ketika itu masih belum masuk bulan puasa namun semata-mata untuk sesi rakaman, masing-masing turut makan seolah-olah berbuka.
Berjalan ke tempat makan
Ketika persiapan berbuka
Bergambar di luar kelas
Selepas ini saya akan kongsi pula rakaman untuk program Raya TV9. Salah satu sesi rakaman yang amat menarik dan unik. Sementara itu, Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog ini.~
Ok, sambungan Suarasa Ipoh yang terakhir kali ini saya kongsi mengenai aktiviti luar selain aktiviti tetap untuk event ni. Rasanya macam susah benar nak abiskan post kali ni. Untuk maklumat, Suarasa Ipoh ini telah berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad. Salah seorang team yang join kali ini ialah Kevin, anak jati Ipoh (Ipoh Mali la). Jadi pada hari terakhir Kevin telahpun membawa kami semua berjalan – jalan dan makan makanan special di Ipoh ini.
Hari terakhir Suarasa Ipoh
Tentulah tak sah kalau tak bercerita mengenai makanan. Di Ipoh ni walaupun rasanya banyak makanan yang sedap-sedap, tapi oleh kerana kekurangan sumber dan kesuntukan masa pada hari pertama tu kami hanya makan di kedai-kedai makan sekitar tapak Suarasa. Kedai – kedai makan ni jugalah yang saya makan tahun lepas. Walaupun kedai-kedainya nampak macam ala-ala sempoi sikit, tapi banyaklah jugak pilihan makanan. Kat sini saya dimaklumkan mendapat sambutan orang ramai dan beroperasi sehingga pukul 2-3 pagi.
Suasana ketika makan
Shima dan Nurul nak tambah 2 mangkuk lagi sup
Antara makanan yang ada ialah sup dan satay
Pada malam terakhir pula, seperti yang telah dijanjikan Kevin bawa kitaorang ke tempat makanan eksklusif. Tempat makanan “Chinese Halal Food” ini sememangnya bersesuaian dengan keadaan masing-masing yang sudah kelaparan tahap maksima. Antara menu yang dihidangkan pada kami ialah, ikan kerapu steam, sayur2, tomyam dan hmm tak ingat dah. Makanannya sememangnya sedap sehingga menjilat jari walaupun masing-masing makan pakai sudu dan garpu. Oleh kerana terlalu sedap, satu gambar makanan pun rupanya tak sempat nak diambil. Terima kasih kepada Kevin dan keluarga kerana menaja makan malam pada hari tersebut. Sekiranya tidak, pasti antara kami sudah terpaksa mencuci pinggan di dapur.
Tempat makanan “Chinese Halal Food”
Yay, kita minum dulu
Bergambar bersama Kevin selepas selesai makan
Masih belum puas, kami ke destinasi yang lain pula iaitu ke Old Town. Old Town bukan ada kat KL ke? Ye, betul tu… cuma kedai yang avalaible pada pukul 1 pagi hanyalah Old Town yang dibuka 24 jam. Old Town ini dikatakan yang terbesar dan terkenal dikawasan ni. Walaupun hasrat asalnya hanyalah ingin mencari secawan air namun bila masing-masing sudah melihat menu menarik yang terhidang, ianya berubah menjadi acara sahur.
Menu Old Town
Salina dengan camera Nikon
Saya pun nak tambah 2 mangkuk lagi
Bergambar sebelum makanan sampai
Lebih kurang 1 jam berada di Old Town seolah-olah melengkapkan acara penutup tidak rasmi di Suarasa Ipoh ini. Masing-masing berasa amat berpuas hati meluangkan masa hari minggu bersama-sama di Ipoh. Walaupun sedikit penat, namun yang penting masing-masing gembira dan berpuas hati. Penat? Oh, silap dorang tak penat lagi sebenarnya. Aktiviti bergambar diteruskan lagi diluar Old Town dengan agak tidak terkawalnya. hehe…
Juan & Salina
Bergambar bersama-sama di dalam Old Town
Bergambar secara liar di luar Old Town
Gambar duta produk Old Town
InsyaAllah selepas ini ialah Suarasa di Klang pula. Walaupun diadakan pada bulan Ramadhan yang pastinya ianya tetap meriah.
Maksudnya : “Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”
Niat Berbuka Puasa
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
Kalau beramai – ramai :
Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharthina birahmatika ya arhamarrohimin.
Alhamdullilah, bersambung semula dengan kisah di Suarasa Ipoh untuk bahagian ke 2. Seperti yang ditulis pada bahagian sebelum ini Suarasa kali ini walaupun hampir sama dengan Suarasa yang lain namun yang membezakannya ialah memori bergambar yang tidak dapat dilupakan. Suarasa Ipoh dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti serta persembahan yang tidak putus-putus. Warga Ipoh pula boleh dikatakan amat menghargai karnival sebegini dan setia menanti sebarang aktiviti yang telah dijanjikan. Kali ini saya kongsikan lebih banyak gambar yang bolehlah dikatakan menarik dan unik.
Banner peta tapak Suarasa Ipoh
Close Up Menara Jam Camera DSLR Nikon D80
Antara persembahan tarian kebudayaan
Belon Sponge Bob
Antara peminat kecil Upin & Ipin
Aktiviti yang berlangsung di booth TV9 sendiri tidak kurang meriahnya juga. Disamping diceriakan oleh pengacara TV9, booth TV9 kali ini dimeriahkan juga dengan kemunculan pertama Gadis Melayu Musim ke 2. Peserta program Gadis Melayu 2 ini di dalam tempoh promosi siaran itu yang baru sahaja ditayangkan di TV9. Gadis Melayu 2 yang rata-rata agak berbeza dengan musim pertama ini masing-masing diberi peluang untuk beramah mesra serta memperkenalkan diri dengan pengunjung.
Ernee dan Rita bersama Ipin
Aziz Desa yang juga pengacara Nasi Lemak Kopi O
Antara Gadis Melayu 2 yang perasan gambarnya diambil
Antara Gadis Melayu 2 yang sedang membuat persembahan pentas
Selain itu juga kemunculan pelakon drama bersiri Ceplos sememangnya menarik perhatian. Dengan gaya bersahaja dan unik, rata-rata pengunjung amat teruja dapat berjumpa dengan Ceplos yang jarang-jarang membuat kemunculan di mana-mana Suarasa. Ceplos yang berkonsepkan hantu baik ini, selain memberi peluang bergambar dia juga amat terkenal dengan taglinenya iaitu “Allrighttt”.
Farrah Adeeba ketika di booth Celcom
Pelakon utama drama Ceplos
Disamping kemeriahan Suarasa Ipoh kali ini, saya juga dapat melihat kekurangan personaliti TV9 yang turun padang kali ini. Mungkin disebabkan kesibukkan beberapa orang personaliti yang lain, kali ini peluang diberikan kepada wajah-wajah baru. Di acara penutup Suarasa kali ini dipenuhi dengan wajah-wajah baru termasuklah peserta akhir Gadis Melayu 2, pengacara Tv9 seperti Azean, Aziz Desa, Farrah Debba dan Khusna. Acara penutup yang walaupun hanya 5 minit ke udara ini seperti biasa mendapat sambutan ramai pengunjung.
Ketika acara penutup Suarasa
Azean sedang bersedia untuk penutup
Aksi Ceplos yang membuat Fimi tergamam
Rita dan Faiz dari jauh ketika penutup
Adik Fimi yang petah bercakap
Pengacara TV9 iaitu Khusna boleh dikatakan berada disetiap booth untuk lintas langsung. Ini pertama kali saya melihat Khusna begitu sibuk. Selain itu, Khusna yang mempunyai ramai adik serta anak buah ini sempat membeli beberapa lagi barangan Upin & Ipin termasuklah sepasang plush toys. Kali terakhir Khusna memborong barangan Upin & Ipin ialah ketika di Suarasa Terengganu.
Antara Gadis Melayu 2 yang turut menyertai penutup
Khusna yang sudah mula aktif dengan pengacaraan TV9
Selain rutin biasa Suarasa, saya juga sempat mengabadikan gambar lain disepanjang Suarasa ini berlangsung. Diantaranya ialah sudah tentulah penyanyi pujaan saya iaitu Noh (Hujan). Walaupun sebenarnya sudah beberapa kali berjumpa, namun kali ini sahajalah dapat peluang bergambar. Noh yang bersahaja dan ringkas sempat melahirkan rasa kagum dengan populariti Upin & Ipin yang telah sampai ke Indonesia.
Noh (Hujan) dan Zarin
Abang Sazali merenung masa depan
Antara pengunjung booth
Suasana di hadapan booth
Antara peminat kecil Upin & Ipin
Kasut maskot Upin & Ipin
Antara peminat kecil Upin & Ipin
Antara suasana sibuk di booth
Antara peminat kecil yang comel
Juan & Nurul ketika main kira-kira duit
Antara peminat emas yang berkunjung di booth
Kevin dengan senyuman Ipoh Mali nya
Afiq, tak tau dia tengah buat apa sebenarnya
Ketika hari terakhir penutup
Post ke 2 kali ini hanya saya penuhi dengan gambar yang cukup meriah ini. Untuk post bahagian ke 3 dan terakhir nanti barulah saya berkongsi mengenai acara yang dilakukan selepas selesai Suarasa.
p/s : dah banyak sangat gambar sampai tak tau nak tulis apa.. huhu
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam seluruh dunia. Diharapkan bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Perasaan Ramadhan kali ini juga amat berbeza bila kali ini saya akan lebih banyak bertugas diluar walaupun pada bulan Ramadhan. Bagi saya itu bukanlah masalah atau alasan untuk kita tidak berpuasa. Malahan saya memang lebih gemar melakukan aktiviti luar semasa bulan ini kerana ianya lebih baik dan menyihatkan. Sebelum masuk Ramadhan lagi, sebenarnya ada beberapa program melibatkan bulan puasa dan hari raya yang telah saya sertai. InsyaAllah sekiranya ada kelapangan saya akan menulis mengenainya.
Zarin bersama Fimi di salah sebuah program Hari Raya TV9
Saya masih ingat 2 tahun lepas semasa di France saya pernah berpuasa di sana untuk lebih kurang dalam tempoh 1 minggu. Sememangnya berpuasa di negara sendiri disamping keluarga dan kawan-kawan membuatkan kita rasa lebih bersyukur dan menghargai. Sebelum terlupa, saya ingin meminta maaf kepada semua sekiranya ada melakukan kesalahan sebelum ini.