Akhirnya post yang dinanti-nantikan oleh rakan-rakan blogger semua sempat juga saya tulis pada cuti raya ke 3. Antara event yang sangat memberi makna kepada saya disepanjang 3 tahun melibatkan diri bersama Upin – Ipin lebih-lebih lagi kepada adik Fathiah sendiri. Photoshoot untuk Kosmo yang dirancang kurang dari 3 hari ni sememangnya dinanti-nantikan oleh crew Upin & Ipin tapi bukan untuk adik Fathiah kerana dia sendiri masih tidak tahu dengan siapa dia akan bergambar. Kami merahsiakan mengenai details photoshoot yang akan disertai Tiah dengan memberi alasan Tiah pasti akan rasa berbaloi-baloi nanti selepas sertai photoshoot ni. Tiah yang separuh blur hanya mengiakan saja apa yang dijanjikan oleh abang-abang Upin Ipin semasa dalam perjalanan ke Hotel Nikko.
Tiah baru sedar Dato’ CT merupakan pasangan bergambar pada hari tersebut
Tiah sendiri sebenarnya merupakan peminat no 1 Dato CT yang sering menyebut nama CT sekiranya ditanya oleh media siapakah artis kegemaran Tiah. Bagaikan mimpi jadi kenyataan Tiah disebaliknya terkaku dan terdiam sebaik sahaja ternampak kelibat CT di dalam Royal Suite Hotel Nikko yang dijadikan lokasi pengambaran kali ini. Sambil mencuit Mamanya inginkan kepastian, dia masih dalam keadaan separuh percaya. Sebenarnya bukan Tiah saja yang hampir tidak percaya, malahan saya bersama beberapa team Upin & Ipin juga tergamam melihat CT yang berada di depan mata. Berada di dalam photoshoot tertutup memudahkan saya untuk bergambar serta berborak santai bersama CT. CT yang pertama kali berjumpa dengan maskot Upin & Ipin pula nampaknya sangat teruja dan gembira. CT yang begitu mesra ini sangat sopan dan merendah diri. Malahan CT lah yang pertama sekali yang mengeluarkan hasrat untuk bergambar bersama Upin & Ipin. Saya bersama Afiq yang malu-malu awalnya akhirnya mengeluarkan DLSR masing-masing dan mengambil gambar dari pelbagai sudut yang termampu.
Upin, Ipin Dato CT dan Fathiah pertama kali digandingkan
Dato CT begitu mesra bersama Fathiah
Tiah gembira berjumpa CT
Dato’ CT yang kelihatan cantik
Tiah yang agak kaku pada awalnya semakin lama nampaknya semakin selesa dengan CT. CT yang pandai melayan dan mengambil hati Tiah akhirnya menampakkan kemesraan diantara dua bintang baru dan lama ini. Lebih dari 3 set dan 2 persalinan dikenakan oleh mereka berdua untuk melengkapkan sesi hampir 2 jam photoshoot kali ini. Walaupun sebenarnya photoshoot kali ini hanya disertai oleh seorang photographer dari kosmo tetapi suasananya bagaikan banyak photographer dari media-media lain. Manakan tidak, saya dan Afiq yang dengan DSLR masing-masing berlari ke kiri dan kanan mencari angle yang cantik mengalahkan photographer utama kosmo.
Gambar yang digunakan untuk cover Kosmo
Photographer sedang mengambil gambar untuk cover Kosmo
Saya di dalam sesi photoshoot
Dato’ CT yang sempat mengemaskan rambut Tiah
Dari ruang tamu kita berpindah ke dalam bilik tidur pula . Tiah semasa ni yang memang sudah nampak lebih selesa dengan CT begitu gembira dapat berbaring di atas CT. Memang nampak lebih mesra dan akrab bagaikan seorang ibu dan anak. Warna tema baju yang hampir sama menaikkan lagi seri gambar. Sama cantik dan sama comel itulah sahaja yang dapat saya katakan. Gambar di dalam bilik tidur yang lebih cantik ini terus disetkan sebagai wallpaper Tiah di dalam handphonenya. Sempat juga saya bergambar bersama Tiah di sudut katil walaupun saya tahu dia tidak akan memilih gambar saya untuk dijadikan wallpaper handphonenya.
Fathiah dan Dato CT bergambar di atas katil
Mama Tiah turut mengambil gambar untuk simpanan peribadi
Zarin, Tiah dan Mamanya
Gambar potret Fathiah
Walaupun sesi photoshoot ini memakan masa hampir 2 jam, namun terasa sangat sekejap dan tidak puas bergambar. Tiah sendiri sempat memberitahu hasratnya untuk berjumpa dengan Dato’ CT lagi pada keesokkan hari. Photoshoot ini diakhiri dengan sesi temuramah oleh wartawan kosmo. Saya membantu Tiah menjawab soalan-soalan yang berkaitan Upin & Ipin disamping soalan-soalan lain berkaitan aktiviti hari raya Tiah.
Peluang bergambar bersama Dato’ CT
Saya bersama Mama Tiah semasa sesi temuramah
Selain dari itu, Dato CT yang sempat mencuba kepala maskot Ipin berjaya mengayakan pelbagai pose comel yang sekarang ini telah tersebar dibeberapa laman web. CT yang pada awalnya teragak-agak untuk mencuba memberanikan diri juga selepas kepala maskot tersebut diserahkan kepadanya. Tak sangka CT boleh dikatakan menghasilkan banyak pose comel walaupun pertama kali memakainya. Nampaknya selepas ini, siapa yang memakai maskot Ipin pasti akan rasa bertuah dan tidak mahu menanggalkan kepala maskot untuk jangka masa yang lama.
Gambar Dato CT mencuba kepala Ipin yang tersebar di Internet
Dato’ CT, Tiah, Kak Lin (Mama Tiah) Depan Wartawan Kosmo (Belakang)
Saya bersama team Upin & Ipin masih berasa teruja sampai sekarang dan bertuah berpeluang berjumpa dengan penyanyi no 1 negara. Tiah yang tiba-tiba aktif disepanjang perjalanan pulang sudah faham akan maksud berbaloi-baloi. Terima kasih kepada wartawan Kosmo kerana memberi peluang ini dan insyaAllah kerjasama di antara Kosmo dan pihak Dato’ CT dapat dijalin pada masa akan datang. Selain itu, sila layari laman web di bawah yang juga menulis mengenai photoshoot ini :
Kuih raya dah semakin berkurangan, budget angpau yang dah semakin susut dan dah semakin terlupa tarikh dan hari merupakan tanda-tanda iaitu sudah puas beraya. Walaupun sekarang ni dah masuk raya ke 3 tapi saya masih hutang beberapa post mengenai bulan puasa yang lepas. Saya selesaikan dulu post mengenai beberapa majlis berbuka puasa lagi dan selepas itu barulah kita masuk mengenai post Raya. 4 Happy Seasons destinasi berbuka kali ini yang terletak di kawasan Wangsa Maju merupakan jembutan oleh wakil Karangkraf untuk membawa Upin & Ipin berbuka puasa bersama-sama disamping meraikan anak-anak yatim.
Suasana berbuka puasa
Majlis ni juga turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang artis iaitu Farawahida, Amir (Ukays) dan Haziq (Syurga Cinta). Yang menariknya ialah si Haziq yang masih berumur 9 tahun ni sangat petah bercakap dan penat nak layan. Dia ni juga yang sangat agresif dan tak segan dengan siapa-siapapun bercerita mengenai sambungan filem Syurga Cinta yang akan ditayangkan nanti. Saya yang terpaksa melayan dia terfikir sekejap; ” Nasib baik Teah tak macam ni. Kalau tak lagi letih “. Tapi Haziq ni memang memang peminat Upin & Ipin. Mananya tidak, sewaktu pengacara menjemput mana-nama kanak-kanak untuk menanyakan soalan kepada Upin & Ipin, dialah dulu yang berlari dari jauh sambil menjerit sekuat hati.
Farawahida antara artis jemputan
Layan je la Haziq berborak
Ambik gambar sudah
4 Happy Seasons ni sebenarnya merupakan restoran baru yang berkonsepkan 4 season. Tempat makanannya yang cantik dan dihias dengan begitu menarik sekali boleh dijadikan sebagai salah satu faktor menarik di sini. Owner restoran ni selain ingin meraikan anak-anak yatim, beliau juga berhasrat untuk mempromosikan restoran ini yang mengamalkan jenis makanan untuk pelbagai kaum. Hmm, lepas2 raya ni boleh la singgah-singgah lagi. Harap-harap boleh dapat diskaun.
Majlis berbuka puasa yang dianjurkan sebenarnya agak ringkas tapi sudah cukup untuk memudahkan media yang datang pada malam tersebut. Mungkin sedikit sebanyak saya boleh ambik idea dan konsep untuk menganjurkan sebarang majlis makan-makan di Geng’s Corner selepas ini nanti.
Nampaknya saya berhasrat nak selesaikan semua entry mengenai berbuka puasa sebelum habis bulan puasa iaitu esok. Ok, kali ni berbuka puasa di Geng’s Corner anjuran bersama Les’ Copaque merupakan salah satu acara yang telah dirancang untuk menghargai peminat Upin & Ipin selain mempromosikan DVD Geng : Pengembaraan Bermula yang baru sahaja mula dijual dipasaran.
Suasana diluar Geng’s Corner sebelum berbuka puasa
Saya emcee sementara bersama Afiq
Sebenarnya ni merupakan kali pertama menganjurkan majlis berbuka puasa untuk peminat Upin & Ipin di Geng’s Corner. Maklumlah, waktu berbuka puasa yang singat agak sukar untuk anjurkan pelbagai aktiviti. . Penjualan DVD Geng diadakan dengan harga promosi yang sangat murah. Selain dari itu disediakan juga ruangan untuk tayangan Upin & Ipin serta GENG yang diadakan mengikut slot masa tertentu.
Salina, Faiz dan Shiela bersedia menjual DVD
Antara peminat kecil yang menonton tayangan Upin & Ipin
Antara staff yang bersiap sedia sebelum acara dan majlis berbuka bermula
Selepas waktu berbuka pula sempat juga menampilkan pelakon suara Kak Ros serta Upin & Ipin pada malam tersebut. Rata-rata pengunjung yang sememangnya warga Shah Alam ini sedikit sebanyak dapat juga beramah mesra dengan pelakon-pelakon suara yang ada. Aktiviti ringkas seperti kuiz dan games diadakan untuk memeriahkan lagi acara. Saya begitu terkejut dengan respon pengunjung pada malam tersebut yang agak sedikit hyper tapi sporting.
Antara peminat yang bergambar dengan maskot Upin & Ipin
Semua staff Geng’s Corner bergambar bersama Upin & Ipin
InsyaAllah selepas ini akan dianjurkan pula Majlis Hari Raya Upin & Ipin. Terima kasih kepada semua yang sudi datang dan mohon maaf di atas kekurangan dan kesilapan. Terima kasih juga kepada semua staff LCP yang bertungkus lumus sejak dari awal petang untuk memastikan perjalanan majlis in berjalan dengan lancar.
Satu lagi jemputan berbuka yang sempat saya ikuti selain membawa maskot Upin & Ipin untuk memeriahkan majlis berbuka puasa. Kali ini anjuran TM Global, lokasi berbuka puasa ialah di tengah-tengah bandar KL iaitu di Hotel Sheraton Imperial. Terpaksa mengharungi kesesakkan lalu lintas dan memandangkan kami dari event yang berbeza di sebelah paginya. Masing-masing sudah terlalu penat bercampur gembira dari event sebelum ini mengambil peluang kesesakkan lalu lintas ni untuk berehat sekejap. Selain dari team maskot Upin & Ipin, kali ini juga kami ditemani oleh Fathiah serta mamanya yang juga amat teruja selepas selesai dari event pagi tadi.
Nak amik jalan mana ni
Fathiah yang terlalu penat sampai tertido
Tapi tiba-tiba terjaga bila sesi bergambar di dalam kereta
Kebiasaanya kemunculan maskot Upin & Ipin akan dilangsungkan pada sebelum waktu berbuka dan selepas solat maghrib. Pada majlis ini, kanak-kanak dari beberapa rumah anak yatim menjadi jemputan utama untuk memeriahkan malam tersebut. Masing-masing yang pertama kali berjumpa dengan idola mereka ini kebanyakkan terdiam dan hanya tersenyum bersalaman dengan maskot Upin & Ipin. Kemunculan Adik Nurfathiah juga membuatkan mereka teruja setelah mendengar suara comel Upin & Ipin keluar dari mulut Fathiah.
Upin & Ipin ketika di pentas
Fathiah ketika ditemubual
Suasana ketika jamuan berbuka
Kanak – kanak dari rumah anak yatim bergambar bersama-sama Upin & Ipin
Diberikan cenderamata
Selain dari kemunculan Upin & Ipin, majlis ni juga dimeriahkan dengan kemunculan istimewa Adibah Nor dan AC Mizal. Saya pertama kali berjumpa dengan Adibah Nor terasa senang dengan sikapnya yang begitu merendah diri. Sempat juga dia mengusik penonton di pentas memberitahu bahawa dialah “Penyanyi Terbesar Di Malaysia”. Begitu juga dengan AC Mizal yang menari bersama maskot Upin & Ipin di atas pentas yang berjaya membuat kebanyakkan penonton terhibur.
Adibah Nor ketika menyanyi lagu Raya di pentas
AC Mizal begitu pandai menarik bersama Upin & Ipin
Dari kiri Awal, Zarin, Farish, Fathiah, Afiq dan Kak Lin
Secara keseluruhannya saya sangat berterima kasih kepada TM Global kerana menjemput Upin & Ipin untuk memeriahkan majlis berbuka puasa ini. Bukan sahaja kerana makanannya yang sedap, tapi sekali sekala dapat berjumpa dengan kanak-kanak khususnya kanak-kanak dari rumah anak yatim sebegini membuatkan kita sedar dan sentiasa bersyukur. Alhamudullilah~
Assalamualaikum, post kali ni saya kongsikan mengenai suasana berbuka di Saujana Resort Shaha Alam. Majlis berbuka puasa anjuran Les’ Copaque Production sendiri untuk semua warga kerja ni julung-julungnya diadakan di Saujana. Disponsor sepenuhnya dengan kata lain makan free sememangnya memberi peluang untuk semua warga kerja berbuka bersama-sama dan merehatkan minda dari stress dengan kerja masing-masing. Boleh dikatakan lebih kurang 80 orang staff termasuk dengan pasangan masing-masing turut memeriahkan majlis ni.
Oklah, sebenarnya Yuki bukanlah pasangan saya pada hari tersebut. Cuma Yuki hanya ada sehelai baju kurung berwarna oren yang akan dipakainya disetiap majlis formal dan secara kebetulan sama dengan warna baju melayu kegemaran saya. Saya pasti Yuki akan mengetuk saya selepas membaca caption di atas. Selain dari staff LCP sendiri, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pelakon suara termasuklah adik Fathiah yang ditemani keluarga tersayang.
Fathiah bersama Mamanya
Antara anak dara LCP (Hmm, ada yang berkenan?)
Antara jejaka LCP (Macam pelakon filem ni)
Kesemua menu makanan yang disediakan agak menarik dan sangat memuaskan. Sudah tentulah makanan yang menjadi tumpuan orang ramai di mana-mana buffet Ramadhan ialah kambing golek. Mengikut feedback orang ramai kambing golek yang digolekkan pada malam tersebut sungguh sedap dan berdaging lembut. Saya mengurangkan pengambilan daging kambing di atas sebab awet muda yang saya amalkan sejak berumur 10 tahun (kononnya la). Tiada juga gambar kambing golek yang sempat diabadikan di dalam mana-mana kamera yang ada pada malam tersebut. Diantara menu lain yang turut menjadi tarikan ialah pelbagai jenis ikan bakar, popiah. satey, ketam dan macam-macam lagi.
Daging kebab
Kaunter ikan bakar
Satey daging yang antara tersedap pernah dimakan
Selain dari aktiviti makan, malam tersebut juga dimeriahkan dengan cabutan bertuah. Walaupun sebelum ini sudah beberapa kali cabutan bertuah tidak memberi tuah kepada saya, namun pada malam tersebut seperti kata orang-orang tua; tuah ayam nampak di kaki, tuah saya nampak di baju. Yela, warna oren kegemaran saya ni menyerlahkan ketuahan saya pada malam tersebut. Walaupun hanya berjaya membawa pulang bantal Ipin sahaja tetapi ianya sekaligus telah mengecewakan sekurang-kurangnya 60 orang yang lain yang pasti pulang dengan tangan kosong. (Jangan marah ar). Kepada yang kurang bertuah, sila cuba lagi tahun depan…
Majlis yang berakhir sekitar pukul 10 malam tu, membolehkan kami bersantai seketika sambil bergambar bersama-sama. Sekurang-kurangnya 6 buah kamera termasuklah kamera biasa dan digital SLR digunakan untuk mengabadikan kenangan berbuka bersama-sama. Dari foto berkumpulan hinggalah kepada bertiga-tigaan dan seterusnya berdua-duaan diambil dari pelbagai sudut kawasan Saujana Resort ini.
Bergambar bersama Fazidah yang mengenakan tudung ala2 pengacara TV9
Bersama Shima yang juga mengenakan pakaian berwarna oren dan berselendang
Antara group foto yang sempat diambil
Nad, Zarin, Juan, Nurul dan Shima dalam jarak bergambar yang agak berbeza.
Zarin, Juan dan Afiq yang kurang pasti sedang bersalam untuk apa
Group foto di bawah pokok kelapa
Adik Fathiah yang begitu gembira dapat bergambar bersama saya
Antara keseluruhan team yang sempat bergambar
InsyaAllah tahun depan kita akan mengadakan sekali lagi majlis berbuka puasa bersama-sama. Yang pastinya majlis berbuka setiap tahun berbeza dan ahli keluarga Les’ Copaque bertambah setiap tahun.
p/s : Mesti ramai yang berbuka di macam-macam jenis buffet dan bazaar Ramadhan kan?
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Suarasa dianjurkan pada bulan Ramadhan. Bersesuaian dengan bulan yang mulia ini, Suarasa diadakan di dalam konsep yang sedikit berbeza. Ianya bukan sahaja diadakan diperkarangan masjid namun aktivitinya juga diterhadkan dan bersesuaian dengan tema bulan Ramadhan. Tapak Suarasa di dalam masjid ini walaupun tidaklah berapa besar, namun sudah cukup untuk melengkapkan program Suarasa kali ini. Bermula sekitar pukul 2 tengahari dan berakhir sekitar 3 pagi, Suarasa kali ini memang lain dari yang lain.
Masjid di Klang menjadi lokasi Suarasa kali ini
Aktiviti rutin kami sudah semestinya penampilan istimewa Upin & Ipin. Penampilan maskot yang dihadkan kepada beberapa minit sahaja kadang kala menjadi tumpuan orang ramai dan seolah-olah tidak mencukupi. Oleh kerana kawasan tapak yang tidaklah begitu luas, sempat juga saya membawa maskot ronda-ronda kawasan tapak untuk beberapa kali. Mungkin di dalam suasana berpuasa, jadi kebanyakkan peminat yang ingin bergambar adalah di dalam keadaaan terkawal dan teratur.
Upin & Ipin bergambar di backdrop besar Suarasa
Maskot diserbu orang ramai
Ronda-ronda dengan Ipin
Upin & Ipin mengacau dodol
Peminat Upin & Ipin yang terkejut dengan kemunculan maskot
Selain dari itu, beberapa personaliti TV9 juga turun padang untuk memeriahkan Suarasa kali ini. Di antaranya ialah Ustaz Zamri yang sangat terkenal dengan rancangannya iaitu “Ustaz Zamri Bercerita”. Ustaz yang kebiasaanya bercerita di studio, kali ini membuat kelainan dengan bercerita secara live kepada kanak-kanak di sini. Selain itu, booth TV9 juga diceriakan dengan adik Fimi yang sudah biasa mengendalikan booth Adik di 9. Pada kali ni, kami terpaksa berkongsi satu booth bersama TV9. Oleh sebab itu, kali ini kami agak kekurangan ruang namun kebaikkannya ialah kami agak dekat dengan kesemua personaliti serta aktiviti yang diadakan di booth TV9.
Ustaz Zamri Bercerita
Adik Fimi
Booth di TV9 tidak lengang kerana diceriakan oleh peserta Gadis Melayu musim ke 2. Kesemua peserta GM2 ini turun dan mempromosi diri masing-masing di dalam segmen suai kenal bersama peminat. Oleh kerana aktiviti suai kenal ni begitu dekat dengan booth jualan kami, jadi saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar mereka dari jarak dekat. Rata-rata yang datang bertudung itu, selain memperkenalkan diri mereka juga turut mengadakan kuiz ringkas untuk pengunjung. Apa-apa pun goodlucklah kepada mereka semua ni dan kita tunggu sahajalah keputusan pemenangnya dihujung rancangan nanti.
Gadis Melayu musim 2 ketika aktiviti suai kenal
Salah seorang peserta sedang memperkenalkan diri
Antara peserta Gadis Melayu musim ke 2
Selain dari itu, sempat juga saya berjumpa dengan Gadis Melayu musim 1 yang semakin sibuk dan terkenal dengan rancangan memasak “Resepi Istana” disepanjang bulan puasa. Khusna kali ini tidak berpakaian TV9 nampak lain dan bersahaja mengendalikan beberapa booth di Suarasa untuk segmen lintas langsung. Mungkin rezeki beliau semakin bertambah semenjak dua menjak ni. Tidak ketinggalan Syarifah Nur yang semenjak dua menjak ni sering kelihatan makan di Geng’s Corner.
Khusna dan Syarifah Nur bergambar bersama peminat
Nurul, Shima, Syarifah Nur, Zarin dan Juan serba serbi pink
Nampaknya walaupun Suarasa kali ni nampak lebih ringkas dan mudah, namun ianya sememangnya menduga tahap ketahanan berpuasa. Melakukan aktiviti di panas terik amat berbeza seperti berpuasa pada hari lain di office. Sekurang-kurangnya cara ini lebih baik dari tiada langsung cabaran semasa berpuasa. InsyaAllah selepas ini ialah Suarasa di Shah Alam pula. Mengikut perancangan, kemungkinan besar kami tidak akan menyertai Suarasa kali ini kerana bertembung dengan aktiviti syarikat. Tapi, sama-samalah doa supaya boleh berlaku keajaiban.
p/s : pertama kali berbaju pink Upin & Ipin. Ingat pompuan je ke boleh baju pink
Alhamdullilah akhirnya semasa saya menulis post ini Ramadhan sudahpun hampir melabuhkan tirainya. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi akan menyambut Aidilfitiri. Mengikut perancangan, kemungkinan besar saya akan beraya di Batu Pahat selama 2 hari dan kemudiannya beraya di rumah sedara – mara sekitar Melaka dan Seremban. Tapi, apa-apapun kali ni saya nak berkongsi mengenai rakaman program raya yang telah berlangsung sebelum masuk bulan puasa lagi sebenarnya.
Lokasi rakaman ialah D’ Haslam
Rakaman Ketupat Rendang Kopi O yang merupakan edisi raya bagi rancangan Nasi Lemak Kopi O ni telahpun menjalani rakamannya di rumah D’ Haslam yang terletak di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat. Rancangan ni dijadualkan akan ke udara pada hari raya ke 3 nanti di TV9. Saya bersama team Upin & Ipin sedikit sebanyak turut gembira dan teruja kerana dapat berkongsi pengalaman baru di sepanjang rakaman raya ni. Dikendalikan sepenuhnya oleh personaliti TV9 seperti Syarifah Nur, Farrah Adeeba, Azian, Aziz Desa dan beberapa orang lagi program ini turut diceriakan oleh kunjungan anak-anak yatim.
Bergambar di lokasi rakaman
Shima, Faris dan Zarin bergambar sementara menunggu giliran rakaman
Bergambar sekejap
Selain itu, beberapa orang artis juga turut memeriahkan rakaman tersebut termasuklah Farah (AF). Farah yang pertama kali berjumpa dengan maskot Upin & Ipin ni sangat teruja dan tidak melepaskan peluang untuk berebut bergambar bersama-sama Upin & Ipin. Farah yang sangat berbeza dari yang biasa kita lihat di kaca TV iaitu dalam erti kata lebih kecik dan comel ni turut mendendangkan beberapa buah lagu raya semasa program ni.
Farah cuba berinteraksi bersama Ipin
Farah ketika mendendangkan lagu raya
Farah bergambar bersama Upin & Ipin selepas selesai rakaman
Rakaman juga melibatkan penglibatan anak-anak yatim dan juga dilakukan dibeberapa set yang berbeza. Saya diberitahu rumah D’ Haslam ni kerap kali digunakan sebagai lokasi pengambaraan drama ataupun rencana. Lokasinya yang cantik dan mengekalkan ciri-ciri rumah tradisional tetapi dimodenkan sedikit ini sememanya mempunyai permandangan yang amat cantik dan menarik.
Ketika rakaman bersama anak-anak yatim
Persiapan sebelum rakaman
Ipin hampir ingin terjun ke dalam kolam
Bergambar dengan adik Fimi
InsyaAllah jangan lupa menyaksikan rancangan ini di TV9 pada raya ke 3 nanti. Sebelum itu, jangan keliru dengan pakaian baju melayu saya kerana saya tidak akan keluar TV pun untuk rancangan ni. Sekadar ingin memeriahkan rakaman pada hari tersebut.
Pada hari Sabtu ini iaitu bersamaan 12 September 09, Les Copaque Production dengan kerjasama Geng’s Corner akan menganjurkan “Malam Bersama Upin & Ipin”. Malam yang bertujuan untuk menyemarakkan tayangan Upin & Ipin yang sedang ditayangkan di TV9 disepanjang bulan Ramadhan ini juga memberi peluang kepada semua peminat untuk berjumpa dengan pelakon suara utama Upin & Ipin iaitu adik Nurfathiah dan Ida Shaheera (Kak R0s). Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik yang akan dianjurkan termasuklah tayangan eksklusif episod Upin & Ipin serta filem Geng. DVD filem Geng : Pengembaraan Bermula yang telah mula dijual dipasaran juga boleh didapati pada malam tersebut dengan harga promosi.
Malam Bersama Upin & Ipin ini terbuka kepada semua peminat namun tempat untuk berbuka adalah terhad. Sila membuat tempahan untuk berbuka secara terus kepada En. Zahir (012 – 240 8015). Kepada yang tidak berkesempatan untuk berbuka bersama-sama, anda masih boleh memeriahkan malam ini dengan menghadiri aktiviti selepas waktu berbuka. Sila rujuk jadual aturcara. Terima kasih dan jumpa anda semua Sabtu ini. Salam Ramadhan.
Event kali ni sebenarnya hanyalah event mini yang saya sertai bersama-sama team event dari K9 (Kawan 9). Berkonsepkan ala-ala Viva Zoomer untuk Hot.FM dan Krew Era Avanza untuk Era.fm sesi bersama K9 ni hanya mengambil masa sekitar 1 jam. Bertempat di Mydin Klang, sememangnya lokasi kali ini tak berapa jauh dari office di Shah Alam. Yang menariknya event ni dilangsungkan semasa bulan puasa. Seperti yang diduga, kami akan mengalami masalah tempat pertukaran baju maskot. Ramai orang yang menganggap maskot boleh ditukar di bilik kecik ataupun toilet. Oleh kerana kesuntukan masa dan ketiadaan pilihan lain, nampaknya maskot Upin & Ipin kali ini terpaksa bertukar di dalam bilik persalinan pakaian yang terletak di dalam kawasan jualan pakai di dalam Mydin sendiri.
Juan dan Zarin bersiap sedia membawa keluar maskot
Bertukar maskot di dalam bilik persalinan yang sempit
Bayangkan kita sendiri nak berjalan di dalam Mydinpun agak sempit dan susah, inikan pula maskot Upin & Ipin yang besar. Tambahan pula bilik persalinan yang disediakan terletak di tingkat 3. Memang agak susah nak menempuh proses persalinan baju maskot yang rata-rata kakitangan Mydin ketika itu sudah mula dekat dengan dasar ingin tahu. Selepas itu, maskot terus ditampilkan di ruang legar berhadapan dengan Mydin Klang. Team K9 yang telah menanti terus menjalankan aktiviti suai kenal serta games dengan pengunjung di situ.
Asraf dari K9 mula memperkenalkan diri
Tiah juga turut hadir
Tiah, suara latar Upin & Ipin yang juga tinggal di Klang sempat memeriahkan aktiviti bersama K9 ini. Rata – rata pengunjung di sini agak baru dan pada awalnya tidak faham apa tujuan team K9 ini berada di sini. Pengunjung yang boleh dikatakan ramai ini masing-masing mula mengerumuni kawasan aktiviti yang tidaklah begitu luas ini. Mungkin buat seketika boleh dikatakan agak risau dengan keadaan sekeliling yang menampakkan kebanyakkan orang sudah mula berasak-asak untuk melihat dari jarak dekat. Purata pengunjung yang terdiri dari pekerja warga asing menambahkan lagi keraguan saya.
Risau orang mula berasak-asak
Upin bergambar dengan pengunjung
Cameraman TV9 merakamkan aksi akviti bersama K9
Alhamdullillah, tidak ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Mengambil masa lebih kurang 1 jam, akhirnya kami terpaksa menamatkan acara dan penglibatan maskot yang sudah berdiri agak lama. Memikirkan pemakai maskot juga sebenarnya sedang berpuasa jadi penglibatan maskot hanyalah mana yang terdaya sahaya. Masalah menyalin maskot datang sekali lagi di mana tempat persalinan maskot tadi terletak terlalu jauh dan kurang strategik. Dengan persetujuan semua orang, kami menyalinkan maskot di tempat letak kereta yang pada masa itu tidak ada orang. Hanya mengambil masa kurang dari 5 minit, masing-masing siap untuk pulang.
Bergambar di dalam Mydin
Siap untuk menyalin maskot
Bergambar bersama Tiah
Walaupun ringkas, namun event pertama pada bulan puasa ini amatlah seronok dan mencabar. Selepas ini, event yang berlangsung ialah Suarasa Klang yang juga diadakan pada bulan puasa. Nantikan selepas ini.
Seperti yang dijanjikan saya telahpun mengedarkan kad raya Upin & Ipin kepada rakan-rakan sekalian. Kalau cepat mungkin 3 atau 4 hari bekerja dapatlah tu (bermula selepas 8hb). Oleh kerana tahun lepas saya agak malas nak menghantar kad raya ni, jadi tahun ni saya berazam untuk wajib jugak menghantar kad raya. Tahun ni juga saya terlebih rajin dan menyelitkan sampul raya kat dalam setiap kad raya yang saya hantar tu. Tapi sampul raya kosong je la, isi dia kena taruk sendiri. Tapi actually bukan semua orang dapat sampul raya tu, sebab sampul raya tu terhad. Kepada kawan-kawan yang dah dapat kad raya tu, kalau sempat janganlah bagi saya biar di rumah dengan tangan kosong aje. hehe…